Anda di halaman 1dari 6

SOS BLACK PEPPER

Bahan2

2 sudu besar butter


2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan fresh milk
segenggam balck peper yang ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom ( aku guna shitake muashroom )
2 sudu besar kicap
garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam ( yang ni aku x buh )

Cara2

1. Cairkan butter dalam saucepan


2. Bila butter cair, masukkan tepung gandum dan kacau rata.
3. Bila dah berbuih2 masukkan fresh milk / susu cair,black pepper, mushroom & kiub
pati ayam.
4. Kacau sehingga agak pekat.
5. Masukkan kicap dan perisakan dengan garam
6. Matikan api selepas menggelegak
7. Suka ati kome la nak sos tu pekat mana...

SOS MUSHROOM
Bahan-bahannya:-

2 sudu mentega
1 biji bawang besar (dihiris halus)
6 biji cendawan butang (dipotong nipis)
3 sudu besar tepung gandum
200ml stok ayam / air (air bergantung kepada anda suka pekat atau cair sosnya)
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara Membuatnya :-

1. Panaskan periuk kecil / saucepan dan masukkan mentega. Biar sekejap hingga
mentega cair.
2. Kemudian tumiskan bawang besar hingga naik bau. Tambahkan tepung gandum dan
kacau. (tepung akan bergentil dengan bawang & tepung akan buat sos jadi pekat)
3. Masukkan stok ayam / air. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, kicap manis dan sos
lada hitam.
4. Kacau hingga sebati semuanya. Rasa dan jika ok padamkan api.
5. Tuangkan diatas kepingan chicken chop yang telah siap dimasak.

CHICKEN CHOP

Bahan-bahannya :-
2 keping peha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk roti / breadcrumbs
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuatnya :-

1. Ayam dicuci bersih terlebih dahulu. Toskan airnya. Kemudian ditaburkan sedikit
garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa.
2. Sediakan 3 pinggan / mangkuk dan dalamnya letakkan berasingan tepung gandum,
telur dan serbuk roti
3. Diambil setiap keping ayam dibalutkan dengan tepung gandum. Kemudian pindahkan
peha ayam ke pinggan berisi telur. Lumurkan telur pada peha ayam itu
4. Angkat dari pinggan telur dan pindahkan ke pinggan berisi serbuk roti. Dibalutkan
seluruh kepingan peha ayam dengan serbuk roti. Ulangkan cara yang sama untuk
kepingan kedua.
5. Setelah itu panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
6. Gorengkan setiap kepingan peha ayam hingga kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama menu sampingan kegemaran
anda.

RESEPI AYAM GORENG ALA MCD

Bahan-bahan perapan:

1 ekor ayam dipotong 8


8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
Sedikit air

Bahan-bahan untuk salut ayam A

1 sudu serbuk cili


1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B

3 cawan tepung jagung


1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda

Cara-cara penyediaan:

1. Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan.
2. Gaul bahan-bahan salut ayam (A), selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan
telur itu rata-rata.
3. Selepas itu, letak ayam yang sudah digolekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan
salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pada tepung berulang kali,
kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B.
4. Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang
penuh menutupi ayam dalam tempoh 10-15 minit.
RESEPI KENTANG PUTAR

Bahan-bahan

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar


2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga
kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan
air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak
lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat
mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

SPAGHETI AGLIO E OLIO

Bahan bahan:

500 gram spaghetti


1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper
Udang, sotong atau apa apa yg disukai

Cara cara:

1. Mula mula rebus pasta mengikut masa yang ditetapkan di bungkusan. Yang ni,
semua orang tahu kot, letak garam banyak-banyak sampai air rasa salty, baru sedap.
Juga letak sedikit olive oil.
2. Masukkan olive oil ke dalam kuali dan tumis bawang putih yang dihiris nipis dengan
api perlahan sehingga kekuningan. Masukkan cili kering yang digunting. Goreng
lagi dan masukkan chicken stock bagi memberhentikan bawang putih dari terus
kegaringan. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang masak.
3. Pasta yang masak, ditabur parmesan cheese dan daun parsley yang dicincang. Gaul
rata rata.
4. Masukkan pasta ke dalam kuali dan dikacau rata rata. Masukkan garam dan red
pepper flakes. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
5. Masa dihidang, taburkan red pepper flakes dan chopped fresh parsley sekali lagi.

Anda mungkin juga menyukai