Anda di halaman 1dari 6

Sup Cendawan Butang ala Itali (Italian Cream of Mushroom)

Kiriman: S.H. AbdulLatif


Hits: 5072 Rating: 8.53 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
biji ubi kentang, didadu
sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa 1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan. Cara: Tumis bawang besar dan
bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan
dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi
kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA
selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai
nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam
dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan
dengan hiasan daun parsley. Tambahan: Penting bagi menggunakan cendawan
butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa
macam makan makanan bayi!
Kalau ikut resepi ni, tak payahlah bayar mahal-mahal sampai RM12 semangkuk
sup kat hotel. Rasanya memang sebijik! Dan bukan macam sup segera dalam
tin!!! Nipu semua tu!!!

Untung Emas ... Melancong Ke Kota London ! ! !

Friday, July 29, 2011


MUSHROOM SOUP WIF GARLIC BREAD..I LIKE!.

Assalammualaikum, salam malam semua, terakhir ni letak resipi, tapi untuk ni malam
lah, esok insya Allah, lusa pun insya Allahh, sebab hari tu mat ada tetamu, tu pun kalau
jadi, mudah2an dengan izin dari Nya, semua akan berjalan lancar. Petang tadi tak de
entri, tak sempat lahh, sebab pi beli barang2 dapur sikit. Ok malam ni nak share resipi
mushroom soup, dah pernah buat dulu dan letak kat sini, rasa mat resipi ni juga pernah
tersiar di Majalah Jelita sedikit masa dahulu, resipi dia biasa2 je, tapi mat guna
cendawan butang segar, dan ia memberi satu aroma yang segar dan rasa ke cendawan
an dia lebih terasa. Kali ni mat guna roti beli je, kalau dulu kan mat buat sendiri, tapi
sebab mengejar masa, kita rembat je lah kat kedai, senang cerita.....

Kali ni mat guna susu rendah lemak, selalu guna susu sejat IDEAL, dan kalau nak lagi
lemak berkrim dan menyihatkan body memasing gebu, sila tambah sedikit whipping
cream yea..hehe, mat memang tak letak lah. Sepatutnya letak parsley sebagai hiasan,
tapi kan tadi kat Tesco jangan kata parsley, bayang dia pun tak de, jadi kita tabur lah
hirisan kuchai atau chives sebagai hiasan. Roti tu pulak mat sapu olive spread + 2 ulas
bawang putih yang dicincang lumat. Kalau nak guna mentega pun ok, lagi sedap, lagi
sehat dan lagi.................gebu. Ok mat tulis resipi dia, jommm....
BAHAN-BAHAN :-)
220 g cendawan butang jenis segar (boleh lihat contoh disini....)
600 ml air
350 ml susu rendah lemak
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan (tak de)
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5


kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya,
hiris kasar. Ketepikan.
2. Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan
mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan
bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan
kacau rata2. Gunakan api kecil.
3. Tuang air dan susu rendah lemak, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar
mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali
semula.
4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu
tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika
perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa
garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan
taburan serbuk lada hitam serta garlic bread......

Sky Cream Mushroom Soup

skyboy@myresipi.com
Sedap di hidang bersama french bread ( roti perancis ) semasa breakfast

Created on : 03-07-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi skyboy

7Share

Bahan-bahan ( saiz hidangan 2-4 orang )

180 gm cendawan butang ( di cincang )


95 gm Bawang Besar di cincang dadu ( 1 labu besar )
90 gm butter
1 liter sos bechamel
370 ml susu segar
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih ( white paper )
20 ml whip cream
sedikit chicken stock

Cara-cara
1. panaskan periuk dan masakkan whip cream di atas api yang sederhana..
2. kemudian masukkan cendawan dan bawang besar.. kacau perlahan
3. masukkan sos bechamel dan kacau sehingga pekat ( jangan terlalu pekat dan
terlalu cair )
4. masukkan susu segar dan kacau lagi.. masukkan garam dan serbuk lada putih
secukup rasa dan juga chicken stock,
5. setelah masak hidangkan sup ketika masih panas bersama roti perancis (french
bread )
6. -------------------------------------------------------------7. UNTUK BECHAMEL SOS
8. tepung gandum (2 sudu besar) ...(2)- Marjerin (1 sudu besar) ...(3)- Susu (1
cawan) ...(4)- Bawang besar (1/4) ...(5)- Bay leaf (1 helai) ...(6)- Bunga cengkih
(2 batang) 7) Garam 8) Serbuk lada putih
9. Mula-mula cairkan marjerin, kemudian masukkan tepung. Adunan ini dikenali
sebagai white roux. Masak white roux sehingga sebati dan ketepikan. Kemudian,
suamkan susu dengan menggunakan api yang sederhana dan masukkan bawang.
bay leave, bunga cengkih tadi.
10. Setelah beberapa minit, keluarkan keluarkan bawang, bunga cengkih dan bay
leave tersebut dan masukkan adunan white roux. Tambahkan garam dan serbuk
lada putih. Kacau adunan susu tersebut sehingga pekat.
Bahan-Bahan:
1.
2.
3.
4.
5.

100gram bawang besar(dipotong dadu)


1 sudu besar mentega
300gram cendawan butang (dihiris)
1 sudu makan tepung jagung
1/2 kiub ayam

6. 1 cawan air
7. 1 cawan susu segar
8. Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:

Cairkan mentega didalam periuk dan tumiskan bawang


Masukkan cendawan dan tumis 2 hingga 3 minit
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk
Masukkan air, garam dan kiub ayam. Biarkan mendidih
Masukkan pula susu dan kacau
Apabila sudah mendidih. Padamkan api dan biarkan sejuk
Setelah itu, kisarkan sup sehingga cendawan sedikit hancur
Kemudian masukkan kembali sup ke dalam eriuk dan masak semula sehingga
pekat
Sedia untuk dihidangkan

Anda mungkin juga menyukai