Anda di halaman 1dari 21

Sup

Cendawan
User Rating:
/5
Poor

Best
Rate

(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)


Bahan-bahan:
250 gm cendawan tiram - dikisar
250 ml susu rendah lemak
100 gm tepung gandum - dicampur sedikit air menjadi pes
3 sudu besar minyak jagung
1 labu bawang besar - dikisar
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakan:
1. Campurkan minyak, bawang dan cendaran di dalam kaserol, biarkan 1 1/2 minit (medium high).
2. Masukkan pes tepung, susu dan lada sulah, kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masak kembali dalam
ketuhar gelombang mikro selama 5 minit (medium high).

Spageti
Aglio Olio Cendawan
User Rating:
/ 22
Poor

Best
Rate

Jom cuba resipi yang amat ringkas, mudah dan versatil ini. Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak
mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk, ini adalah resipi yang patut dicuba.
Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain. Rasanya juga
lebih enak. Tetapi jika tiada, cendawan kering seperti di dalam resipi ini pun boleh!
Anda perlukan:
200 gm spageti
6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
Beberapa keping cendawan kering - direndam hinggalembut
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba - parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
Garam secukup rasa
Untuk menyediakannya:

1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di
paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente
kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.
2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing).
Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

Cendawan
Sumbat
User Rating:
/ 11
Poor

Best
Rate

Bahan-bahan:
20 biji cendawan kering - direndam hingga kembang
300 gm udang - dibuang kulit dan dicincang
2 biji telur masin - dikukus
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun bawang - dicincang halus
Sedikit gula, garam dan serbuk lada sulah
Untuk Sos:
1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah


1 sudu kecil tepung jagung
Cara Menyediakan:
1. Cendawan diramas untuk membuang airnya.
2. Gaulkan udang dengan tepung jagung, gula, garam, serbuk lada sulah dan juga daun bawang. Sumbatkan
adunan udang ke dalam cendawan. Hiaskan bahagian atasnya dengan sedikit telur kuning masin.
3. Kukus dengan api yang kuat selama lapan minit, kemudian atur di atas pinggan.
4. Campurkan kesemua bahan sos dan jerangkan di atas api yang kecil. Bila mendidih, tuangkan ke atas
cendawan. Hidang panas-panas.

Cendawan
Goreng
User Rating:
/ 169
Poor

Best
Rate

Cendawan Goreng

BAHAN-BAHAN:
500 gm cendawan
1 sudu kecil lada hitam (kisar)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
4 biji telur
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Telur dipukul dan dicampurkan de-ngan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.

2. Kemudian celupkan cendawan dan goreng sehingga masak.


Cream of Mushroom Soup | Resepi Sup Cendawan
Posted by Norasikin Basri on Saturday, January 8, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup
ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang
tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup
membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan
mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan harga sekitar RM3 - RM4 ringgit
Tak ada la mahal sangat tapi kalau dimasak sendiri lagi menjimatkan malah jika dijual sudah pasti
menguntungkan.
Masak cream of mushroom cara barat ni lebih kurang sama dengan memasak cream of chicken soup yang
pernah saya tunjukkan dalam entri yang lepas. Cuma kali ini saya jadikan ia lebih berperisa dengan menambah
beberapa bahan. Tujuannya supaya anda boleh berfikir sejenak dan membandingkan dengan resepi cream of
chicken soup seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan dalam mempelbagaikan hidangan mengikut
kesesuaian tanpa mengubah ciri-ciri masakan barat itu sendiri.

Bahan-bahan untuk Cream Of Mushroom Soup


1 cmt mentega
1 cmt tepung gandum
1 cmt bawang besar dicincang
1 cmt leek dicincang
1/2 L stok rebusan sayur
3 bj cendawan butang
1/2 cawan susu segar
garam dan gula
Cara membuat Cream Of Mushroom Soup

1.

Panaskan mentega dalam periuk sehingga cair.

2.

Tumiskan bawang besar dan leek sehingga layu sahaja.

3.

Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan whisk sehingga mendapat tekstur seperti pasir.

4.

Masukkan air rebusan sambil dikacau sehingga pekat dan tidak berketul.

5.

Jika suka, boleh masukkan kedalam blender dan kisar supaya bawang dan leek juga turut halus.

6.

Masukkan cendawan butang yang dicincang.

7.

Perasakan dengan garam, gula dan susu.

8.

Sedia untuk dihidangkan.

Tip masakan komersial

1.

Untuk resepi ini kalau boleh saya mahu anda rasa perbezaan antara sup yang menggunakan leek
dengan yang tidak, sup yang menggunakan bawang dengan yang tidak serta sup yang menggunakan
susu dengan yang tidak. Begitulah cara belajar yang betul. Kena beranikan hati, jangan takut
mengeluarkan modal asalkan ilmu yang diperolehi boleh memberi pulangan dalam jangkamasa
panjang.

2.

Oleh kerana bahannya yang lebih banyak daripada biasa, jadi harga jualan semangkuk sup sepatutnya
lebih tinggi dari biasa. Bagaimanapun harga jualan sebenarnya bergantung kepada berapa banyak kos
yang kita keluarkan. Jadi anda boleh mengawal kos dengan cara menetapkan dahulu harga jualan.
Jika harga jual murah, tak perlu la gunaka leek, susu dan sebagainya. Harga jual juga berkadaran

dengan rasa masakan itu sendiri.


Anda mungkin juga meminati:

Resepi Cream of Chicken Soup


Posted by Norasikin Basri on Thursday, January 6, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas
yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan
sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial.
Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan
dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang tidak
dipengaruhi oleh rempah-rempah dan pelbagai bahan tambahan. Tak seperti masakan melayu yang terlalu
banyak bahan dan rempahnya sehinggakan kita terpaksa tanya "ini ayam ke daging? Kenapa daging ni rasa
macam kambing?" Jadi jika membuat masakan barat, jangan letak terlalu banyak bahan. Hanya gunakan
rempah dan herba yang paling minimum supaya rasa bahan utama tidak terhalang oleh bahan-bahan lain.
Itulah sebabnya kebanyakan masakan barat hanya menggunakan garam dan lada hitam sahaja sebagai bahan
perapan.Ciri-ciri masakan barat ini penting untuk membezakan masakan barat dengan masakan-masakan yang
lain.

Bahan-bahan asas untuk Cream of Chicken Soup


1 cmt tepung gandum
1 cmt mentega

1/2 L air rebusan ayam


garam dan lada hitam
Cara memasak Cream of Chicken Soup

1.

Panaskan mentega sehingga cair.

2.

Gorengkan tepung gandum dan kacau menggunakan whisk sehingga mendapat tekstur berbentuk pasir.

3.

Masukkan air rebusan dan kacau sehingga sup menjadi pekat dan tidak berketul.

4.

Perasakan dengan garam dan lada hitam.

5.

Boleh dihidangkan bersama roti bawang putih (garlic bread)

Tip Masakan Komersial

1.

Kalau nak jual sup ayam, pastikan ada cebisan ayam didalamnya. Tak la rasa kosong sangat. Boleh
masukkan 1 cmb ayam yang dicincang.

2.

Menambah sayur-sayuran boleh menambahkan kesedapan masakan, memberikan warna yang menarik
serta lebih berkhasiat. Boleh tambahkan karet cincang, giant celery yang dihiris, leek dan sebagainya.

3.

Tak sah masakan barat tanpa herba barat. Bagi sesiapa yang telah membaca ebook tulisan
saya Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, sudah tentu tahu herba yang digunakan sewaktu
membuat stok rebusan ayam. Sewaktu perasakan sup ayam ini, boleh la dimasukkan secubit oregano.

4.

Banyak eksperimen yang anda boleh jalankan untuk menghasilkan sup yang sedap. Banyak herbaherba barat yang boleh dicuba. Saya cadangkan anda pergi ke mana-mana restoran makanan segera
yang menghidangkan sup ini dan cuba semangkuk. Sambil-sambil tu belek apa bahan tambahan yang
dimasukkan. Kemudian cipta versi anda sendiri. Kebanyakkan sup yang dijual banyak menggunakan

kiub pati ayam segera untuk memberikan rasa ayam yang kuat. Anda boleh berbuat demikian jika
mahu. Bagi saya, tidak sama sekali kecuali kuib pati ayam itu saya buat sendiri.

Resepi Pancake Asas


Posted by Norasikin Basri on Friday, June 3, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat
tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak
resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak
makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar
juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masak terlebih dahulu. Setiap apa
yang saya masak perlulah saya modalkan juga. Kepada yang mendapat kebaikkan dari blog saya tanpa
mengeluarkan modal, cubalah bersyukur dan ucapkan alhamdulillah.

Kalau anda tak pernah dengar perkataan pancake, saya yakin, anda tentu pernah dengar perkataan lempeng.
Jadi tak perlu di panjang-panjangkan lagi. Resepi pancake dibawah ini terlalu asas. Tanpa gula, tanpa serbuk
penaik. Strukturnya bergantung penuh kepada kendungan telur yang banyak dalam resepi ini. Cubalah jadikan
pancake ini lebih menarik ala apam balik dengan melipatkan inti ditengah-tengahnya. Takkan nak makan
pancake asas semata-mata. Bila ilmu kulinari nak maju...

Bahan-bahan Resepi Pancake Asas


300g tepung gandum

3 bj telur (A)
250ml air
250ml susu cair
1/3 cwn minyak masak
Cara membuat Pancake Asas

1.

Pukul telur sehingga kembang dan putih.

2.

Campurkan air dan susu cair kedalam telur dan gaulkan sebati.

3.

Masukkan tepung gandum dan lipat-lipatkan adunan sehingga semuanya bercampur.

4.

Curahkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil dilipat-lipatkan adunan.

5.

Tuangkan satu senduk adunan diatas kuali leper dengan kepanasan sederhana. Biarkan masak sebelah.

6.

Setelah itu palingkan pancake agar masak sebelah lagi.

7.

Angkat dan hidangkan bersama mentega atau madu atau jem dan sebagainya.

Tip Masakan Komersial.

1.

Saya pernah cuba memesan hidangan pancake dengan mentega beberapa tahun dahulu. Harganya
hanya RM3 tetapi cuma mendapat 3 keping pancake bersaiz lebih kurang 6cm. Daripada adunan
diatas, cuba kirakan kos yang diperlukan. Resepi diatas membolehkan anda mendapat lebih kurang 20
keping pancake. Kirakan harga yang sepatutnya untuk satu hidangan pancake.

2.

Lebih mudah jika anda menggunakan blender untuk mengadun resepi pancake ini. Bagaimanapun
untuk blender bersaiz 1 liter sudah tentu tak muat. Jadi cubalah dengan setengah adunan dahulu.

3.

Kalau boleh gunakan kuali yang tebal seperti kuali apam balik. Menggunakan non-stick pan juga sesuai
cuma warnanya tak sekata macam gambar pancake saya tu. Saya menggunakan kuali melengkung
biasa tu je. hehhee

4.

Jangan tanya saya kenapa tak ada gula, kenapa tak ada soda, kenapa tak ada garam, kenapa tak ada
macam-macam lagi. Anda yang masak, anda yang makan, anda yang tentukan.

Assalamualaikum sahabat,
Resepi Lasagna Bolognese
Posted by Norasikin Basri on Monday, December 27, 2010 Under: Resepi Masakan Barat

Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit
dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai
citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah,
hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju
kemudian dibakar sehingga keperangan.

Kesimpulannya, untuk membuat lasagna, bahan yang paling utama adalah pasta dan sos kegemaran. Pasta yang
digunakan untuk lasagna biasanya berbentuk lebar dan leper. Kini terdapat pasta lasagna segera dipasaran
untuk kemudahan semua. Ada juga yang restoran yang menghidangkan lasagna dengan menggunakan pastapasta lain seperti fetuchini, fusili, makaroni. Terpulang kepada anda kerana anda yang memasak dan
memakannya. Bagi saya, saya lebih senang menggunakan pasta yang saya buat sendiri. Lebih jimat, lebih
selamat, lebih menguntungkan dan lebih fleksibel dan mudah untuk saya ubahsuai mengikut selera sendiri.
Saya ada sertakan resepi untuk pasta lasagna yang sering saya gunakan.

Bahan-bahan untuk Lasagna Bolognaise


1 porsi Pasta Lasagna
1 porsi Sos Bolognaise (Klik disini untuk resepi Sos Bolognaise)
1 porsi Sos Bechamel Putih (Klik disini untuk resepi Sos Bechamel)
1/2 cwn keju mozarella

Bahan-bahan untuk Pasta Lasagna


1 bj telur (A)
cmt garam
150g tepung gandum

Cara membuat Pasta Lasagna

1.

Larutkan garam dalam telur.

2.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli. Dapatkan doh yang keras tapi masih boleh
dicanai. Tak perlu habiskan semua tepung jika doh sudah cukup keras.

3.

Rehatkan doh kira-kira 30 minit dalam bekas bertutup sebelum dicanai nipis. Lebih senang jika
menggunakan mesin.

4.

Potongkan mengikut bentuk acuan yang akan digunakan tetapi kurangkan saiznya lebih kurang 1 inci.

5.

Rebus dalam air mendidih sehingga lembut antara 10 15 minit yang dicampurkan dengan sedikit
minyak.

6.

Tuskan dan rendam di dalam air biasa untuk menyejukkannya (memberhentikan proses memasak) dan
supaya ia tidak melekat sesama sendiri.

Cara membuat Lasagna Bolognaise.

1.

Griskan acuan dengan sedikit marjerin/mentega

2.

Bahagikan sos putih dan sos bolognaise mengikut bilangan lapisan yang anda kehendaki.

3.

Tuangkan 1 bahagian sos putih ke dalam acuan dan ratakan.

4.

Masukkan 1 lapisan pasta.

5.

Tuangkan 1 bahagian sos bolognaise dan ratakan.

6.

Ulangi langkah 3 5 sehingga semua bahan-bahan habis digunakan.

7.

Taburkan keju secukupnya sebagai lapisan terakhir.

8.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 200C sehingga keju berwarna sedikit keperangan.

9.

Potong dan sedia untuk dihidangkan.

Tip Masakan Komersial.

1.

Jika anda menggunakan pasta berbentuk lain, pastikan pasta itu disusun rata supaya lapisan antara
sos dan pasta mudah kelihatan.

2.

Boleh cuba Seafood Lasagna dengan melapiskan pasta, sos putih dan campuran pelbagai jenis seafood
yang direbus dan didadu.

3.

Sewaktu membuat sos bolognaise, sebaik-baiknya dapatkan tekstur sos yang pekat supaya hasilnya
lebih cantik.

4.

Asalnya, lapisan dalam lasagna juga ditaburkan keju biasanya parmesan tetapi boleh juga diabaikan
kerana keju memang mahal di negara kita.

5.

Anda boleh menyejukbekukan lasagna ini setelah dipotong sama saiz dan dibungkus dengan kertas
aluminium. Apabila diperlukan, barulah dikeluarkan dan dibakar sebelum dihidangkan tetapi
pastikan sos anda pekat dan tidak terlalu berair.

Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood Marinara


Posted by Norasikin Basri on Friday, February 4, 2011 Under: Resepi Masakan Barat

Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat.
Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan
mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan
diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara
memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise, carbonara
dan untuk entri ini saya akan tunjukkan cara membuat sos makanan laut (seafood). Kalau dilihat kepada
restoran-restoran masakan barat yang ada di Malaysia, fettucini makan dengan sambal sotong pun mereka kata
fettucini makanan laut.
Penting untuk anda tahu, masakan barat amat mementingkan keaslian rasanya. Mereka tidak gemar rasa
seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain dipengaruhi oleh rasa rempah-rempah termasuk garam dan gula.
Tidak hairanlah jika anda mendapati rasa sos untuk fettucini makanan laut ini terlalu hambar, tawar, tak pedas
dan kurang perasa untuk lidah orang Malaysia. Oleh itu, kalau nak makan masakan barat, pastikan lidah anda
terbiasa dengan ciri-ciri masakan barat. Makan banyak kali baru terasa nikmatnya. Tapi jangan pula sampai
kena bercakap pelat omputeh.

Bahan-bahan Fettuchini Makanan Laut (Fettuchini Seafood Marinara)


1/2 pkt Pasta Fettucini atau secukupnya
2 ulas bawang putih
1/2 bj bawang besar
1 cmb mentega
1/2 L Sos Bechamel (Klik untuk dapatkan resepi Sos Bechamel Istimewa saya)
10 bj cendawan butang
2 bj tomato
250g makanan laut segar (udang, sotong, isi ketam)
Garam dan lada sulah
Cara membuat Fettucini Makanan Laut

1.

Rebus pasta fettuchini mengikut arahan pada pembungkusnya dan hidang didalam pinggan.

2.

Bawang besar dan bawang putih dicincang. Tomato didadu. Kalau suka boleh buang kulit dan bijinya)
Cendawan butang dihiris nipis. Makanan laut dipotong mengikut citarasa anda.

3.

Panaskan mentega, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Tidak perlu sehingga
bertukar warna menjadi perang.

4.

Masukkan makanan laut dan digaul sebati sehingga makanan laut masak.

5.

Masukkan tomato dan cendawan butang dan gaul lagi sebentar sahaja.

6.

Tuangkan sos bechamel, dan perasakan dengan garam dan lada sulah.

7.

Tuangkan keatas pasta fettucini, hiaskan dan sedia dihidang.

Tip Masakan Komersial

1.

Memasak makanan laut tidak boleh terlalu lama. Cukup untuk seminit atau 2 minit sahaja bergantung
kepada kuantiti makanan laut itu. Makanan laut jika dimasak terlalu lama menyebabkan ia mengecut.
Sotong pula kalau dimasak terlalu lama membuatkan isinya menjadi keras dan kenyal.

2.

Setiap kali menghias masakan barat, gunakanlah sayuran dengan pelbagai warna. Sayuran yang perlu
dimasak seperti brokoli, bolehlah dicelur sebentar dan disejukkan dalam air untuk mengekalkan
warnanya.

3.

Bagi yang pernah membaca ebook tulisan saya Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, anda
boleh menggunakan pelbagai sos yang saya ajarkan untuk resepi pasta ini untuk kelainan.

4.

Cuba juga menggunakan pasta-pasta lain yang banyak dijual dipasaran dengan teknik yang sama.
Bezakan pada hiasan dan bahan utamanya untuk menambah menu dalam restoran anda seperti pasta
sayur-sayuran, pasta ayam, daging dan sardin dan lain-lain. Kalau boleh buat sesuatu yang tak pernah
terfikir oleh orang lain.

Sos Bolognaise | Resepi Spagetti | Hidangan Pasta


Posted by Norasikin Basri on Thursday, December 23, 2010 Under: Resepi Masakan Barat

Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam
hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa
sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan
dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai.
Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam entri yang lain. Jadi tak
ada la gambar pasta yang disimbah dengan sos ini. Yang penting, resepi ini sangat mudah dan sedap. Anda
boleh mencubanya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Lupakan la sos segera yang banyak dijual di pasaraya.
Hidangkan hanya makanan berkhasiat, selamat dan halal untuk keluarga anda. Lagipun rasa sos dari resepi ini
sebijik macam sos segera dalam botol. Kalau dinilai dari bahan-bahannya, memang tak percaya. Tapi inilah
kebenarannya.

Bahan-bahan Sos Bolognaise


1 biji bawang besar
2 cmb mentega/majerin
3 bj tomato segar
250g daging / isi ayam

100g cendawan butang


2 cmb tomato puri atau sos tomato
2 cmt oregano
1 helai daun bay
garam dan lada sulah sebagai perasa

Cara membuat Sos Bolognaise

1.

Bawang besar, tomato segar didadu. Ayam/daging dicincang halus. Cendawan butang dihiris nipis.

2.

Panaskan mentega. Tumiskan bawang besar sehingga layu.

3.

Masukkan tomato segar dan dimasak sehingga hancur.

4.

Tambahkan daging/ayam cincang, daun bay dan cendawan. Masak sehingga empuk.

5.

Setelah daging masak sepenuhnya, barulah masukkan bahan perasa yang lain seperti tomato puri,
oregano, garam dan lada sulah.

6.

Masak sehingga sos menjadi sedikit pekat.

7.

Sos sedia digunakan untuk hidangan pasta anda.

Tip masakan komersial

1.

Anda boleh mendapatkan ayam/daging yang siap dicincang di pasaraya, walaubagaimanapun, anda
boleh mengisar sendiri menggunakan pengisar bijirin/kering. Cuma kisar sedikit demi sedikit. Kawal
suhu blender untuk mengelakkan kerosakan pada mesin.

2.

Jika boleh dapatkan tomato segar yang bewarna merah supaya warna sos menjadi lebih cantik.

3.

Daun bay banyak digunakan dalam masakan nasi beriani, jadi untuk mendapatkan daun bay yang
murah bukan satu masalah. Cuba tanyakan dipasar-pasar besar. Kalau beli didalam botol dipasaraya,

memang mahal harganya. Biasanya dipasar, satu paket daun bay mengandungi 20-30 helai daun hanya
RM1 sahaja.
4.

Begitu juga dengan oregano. Jangan beli didalam botol di pasaraya. Carilah di kedai menjual bahan
kuih/kek. Oregano antara herba barat yang paling murah. Boleh beli dalam paket yang kecil mengikut
keperluan.

5.

Saya inginkan sos Bolognaise yang sedikit pedas dan manis untuk lasagna saya, jadi saya
menambahkan sedikit sos cili yang saya hasilkan sendiri. Saya memang tak beli sos cili dikedai. Saya
rasa, sos yang sayabuat sendiri lebih sedap, selamat dan jimat. Lagipun saya lebih memahami sos cili
saya sendiri. Jadi lebih mudah untuk saya gunakan dalam masakan-masakan saya. Saya juga

manambah karot yang didadu dalam sos bolognaise ini.


Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai