Anda di halaman 1dari 18

Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap

Azie 15.9.17

Hah? Apa? Oooh OK OK, masih ada stok daging korban


dalam freezer kat rumah ya. Ohh resepi apa nak guna ke?
Kalau tak tahu nak masak apa, meh saya cadangkan
anda semua mencuba Nasi Daging yang sangat popular
se antario utara. Hahaha.

Hari ini saya cuti kerana anakanda saya Juita Amanda


akan berangkat untuk memulakan pengajian peringkat
Ijazah dalam bidang Ekonomi di United Kingdom. Doakan
agar Juita dipermudahkan dalam segala urusan beliau di
sana dan lulus dengan cermerlang. Sama sama
mengaminkan doa untuk Juita ya. Aameen. Terima kasih.
Saya bukan orang utara, jadi memang tak pernah dengar
nasi daging sebelum sebelum ini. Tapi selepas melihat
sahabat facebook saya kongsikan nasi daging yang
dimasak untuk hidangan keluarga, menjadikan saya
sangat teruja untuk mencuba. Setelah dicuba, memang
sedap lah pulak.
Ada pelbagai cara memasak nasi daging, ada yang
menggunakan rempah ratus yang disangai dan
ditumbuk. Tapi jika tak ada, saya hanya menggunakan
serbuk rempah Kurma sahaja. Kali ini, sebenarnya saya
tak meletakkan buah tomato kerana tiada stock. Kali ada,
anda boleh lah cincang atau potong dadu dan dimasukkan
dalam nasi. Nampak lebih colourful.

Namun begitu, rasanya tetap sedap. Lebih lebih lagi bila


saya menggunakan sedikit kiub pati ayam Maggi sebagai
bahan perasa. Lebih terasa kelazatannya.
Teringat semasa Dato Ustazah Siti Nor Bahyah datang ke
surau kami untuk kuliah Ramadhan yang lalu, Ustazah
memberitahu yang dia berniaga nasi daging di Bazar
Ramadhan Taman Mesra Kajang. Nasi daging yang
dimasak sendiri habis tak sampai 1 jam sehingga
keesokannya dia terpaksa memasak 2 periuk besar nasi
daging. Tapi bukan ustazah sendiri yang menjual tetapi
semua orang lelaki sahaja yang ditugas menjual. Bila
mendengar celoteh ustazah, hati dah tak sabar terasa nak
jer ke Bazar Ramadhan Taman Mesra.

Baru teringat yang rakan sekerja saya yang juga jiran


pada Ustazah selalu menghidangkan nasi daging untuk
majlis rumah terbuka beliau. Hmm mesti nasi daging
famous di kejiranan mereka agaknya. Kali pertama saya
merasa nasi daging pun, di rumah rakan saya itu.

Sejak dengar cerita Ustazah, hati mula teruja untuk


memasak nasi daging. Lagi pulak, saya suka
memasak masakan berasaskan nasi yang mana kita tak
perlu menyediakan pelbagai lauk pauk. Bila siap sahaja
nasi, boleh terus dihidangkan. Boleh klik di SINI untuk entri
nasi daging saya sebelum ini.

Nasi daging ini sangat ringkas, cuma dihidangkan dengan


air asam kerisik. Tak perlu lauk pauk lain lagi dah. Cara
membuat air asam kerisik sangat mudah, cuma sediakan
sambal belacan dan disatukan dengan bawang, tomato
dan kerisik sebelum diletakkan bahan seperti serbuk
perasa.

Saya salin resepi kali ini di SINI. Yang menariknya sebab


dikatakan bukan sahaja nampak sedap tetapi juga dijamin
sedap. Haaa perkataan dijamin sedap tu yang sangat
catchy. Itu yang teruja untuk mencuba resepi ini.

Jom layan resepi yang telah saya olahkan supaya lebih


mudah difahami dan diikuti. Jom follower, pakat pakat
cuba memasak nasi daging untuk hidangan hari raya atau
untuk dimakan bersama keluarga….

Layan video di Instagram Azie Kitchen atau youtube Azie


Kitchen chanel untuk video yang berdurasi lebih panjang
di SINI.
Nasi Daging Utara
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Daging
1 kg daging - dipotong kecil dan rebus hingga empuk

Bahan Nasi
1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos
Air - nisbah 1 beras: 1.5 air - atau ikut beras
Rempah - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis,
buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam Maggi
2 biji buah tomato - potong 2 atau 4
3 sudu besar rempah kurma - sangai

Bahan hiris:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah
penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi.

Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian


masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika
bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik
berderai.
Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub
pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang
dipotong.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
Setelah masak baru dikacau nasi rata rata.
Sekarang kita masuk pula bab penyediaan Air Asam
Kerisik. Yang pentingnya adalah penyediaan Sambal
Belacan dan yang kemudiannya di gaul dengan bahan
bahan lain.

Untuk menambah keenakannya, kerisik mestilah yang


dibuat sendiri dari kelapa parut yang digoreng. Jom layan
resepi di bawah ini...
Air Asam Kerisik

Bahan kisar: Sambal Belacan


10 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
1/4 ketul belacan
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Gula

Bahan lain:
2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
Sedikit kerisik - dari 1/4 biji kelapa parut
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
Sos tomato
Sos cili

Cara cara:
Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang
dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh
dengan air rebusan daging.

Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga


berminyak untuk dijadikan kerisik.

Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa


Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga
semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber : http://www.aziekitchen.com/2017/09/nasi-daging-utara-yang-terlajak-sedap.html

Anda mungkin juga menyukai