Anda di halaman 1dari 5

DAGING MASAK HITAM

Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad


Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di
rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan
sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam
lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi
lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam
penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak
pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging
Cara Penyediannya

Pijarkan minyak dalam kuali


Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi,
sehingga harum
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!

Selamat mencuba dan memjamu selera

AHAN UNTUK LAKSAM :

2 cawan tepung beras

2 cawan tepung gandum

air secukupnya

sedikit garam

BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :

1 kg ikan selayang @ sardin

4 1/2 cawan santan pekat

15 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 batang serai

2 keping asam gelugur

1/2 sudu makan serbuk lada hitam

garam secukupnya

BAHAN UNTUK SAMBAL :

sedikit cili padi

4 tangkai cili kering

sedikit cuka

sedikit gula melaka

garam

gula

BAHAN UNTUK HIASAN :

1 batang bunga kantan - dihiris

4 batang kacang panjang - dihiris

sedikit kobis - dihiris

dua tangkai daun kesum - dihiris

sedikit taugeh

Instructions

1.Untuk membuat laksam :


2.Panaskan periuk pengukus.
3.Gaulkan semua bahan-bahan.
4.Sapukan tudung periuk/loyang dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari
melekat.
5.Tuangkan adunan di atas tudung periuk,pastikan tidak terlalu nipis atau tebal.
6.Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak,lebih kurang 4 minit. Biarkan
ianya sejuk terlebih dahulu.
7.Gulungkan adunan dan potong kecil secara membulat. Ulangi langkah 2- 5 sehingga
adunan habis.
8.Untuk membuat kuah laksam :
9.Ikan direbus terlebih dahulu,kemudian asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
10.Masukkan isi ikan,halia,bawang putih,bawang merah dan lada hitam bersama air
secukupnya ke dalam mesin pengisar..kisarkan hingga sebati.
11.Kemudian,masukkan bahan dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
12.Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
13.Untuk membuat sambal :
14.Kisarkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
15.Untuk hidangan :
16.Masukkan sedikit laksam yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
17.Masukkan ulam yang telah dihiris diikuti dengan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya.
18.Siap untuk dihidang.

LAKSAM

1.Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak

3 cawan tepung beras


1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus
sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan
cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan
ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.

Anda mungkin juga menyukai