Anda di halaman 1dari 8

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit

Posted on September 26, 2010 by Amir Said

Bahan-bahan (7-8 orang)

15 ulas bawang merah – dikisar

2 ulas bawang putih – dikisar

1 inci halia – dikisar

1/2 inci lengkuas – dikisar

5 sudu besar cili kisar

3 batang serai – dititik


1 tin santan (125-150 mL)

1 keping gula Melaka

4 sudu besar air asam jawa pekat

Gula dan garam

500g kacang tanah

Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar

separa hancur.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum

dimasukkan kacang tanah, gula melaka dan air asam jawa. Masukkan sedikit air jika

kering.

4. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.

Untuk kuah kacang tanpa santan, boleh tengok resepi ini.

Resepi Kuah Kacang


Posted on December 8, 2011 by Amir Said

Bahan-bahan

500g kacang tanah

20 ulas bawang merah – dikisar

3 ulas bawang putih – dikisar

1 inci halia – dikisar

1/2 inci lengkuas – dikisar

3 batang serai – dititik

5 sudu besar cili kisar

4 keping gula melaka

4 sudu besar air asam jawa pekat

5 cawan air

Garam dan gula

Cara-cara
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar

separa hancur.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan serai. Masak selama 5 minit sebelum dimasukkan air, kacang

tanah, gula melaka dan air asam jawa.

4. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit dan sate.

Untuk resepi kuah kacang yang menggunakan santan, sila klik di sini.

Resepi Solok Lada


Posted on July 27, 2012 by Amir Said
Bahan-bahan

10 biji lada besar

10 ekor ikan selayang – direbus, diambil isi

6 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

2 batang serai

1 sudu kecil lada hitam

Garam dan gula

1/2 cawan santan cair

1/2 cawan kelapa parut + 1/2 cawan santan pekat

5 tangkai pucuk ubi (optional)

Cara-cara

1. Lada dibelah di bahagian tengah dan dibuang biji.

2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan lada hitam.

3. Gaul isi ikan dengan bahan yang ditumbuk, kelapa parut, santan pekat, garam dan gula

secukup rasa. Masukkan ke dalam lada tadi.

4. Susun pucuk ubi di dalam periuk (sebagai alas) dan susun solok lada di atasnya. Masukkan

santan cair.

5. Panaskan periuk dengan api yang sederhana besar dan masak selama 4-5 minit (tutup

periuk semasa memasak).


Friday, November 5, 2010

Resepi : Kuah Laksa Lemak | Kuah Laksa Kelantan


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Labels: resepi

Exceli, makngoh tak mahu letak nama Kuah Laksa Kelantan sebab kuah laksa ni bukan jer ada di negeri
Kelantan. Negeri lain pun ada kuah laksa ni. Jadi makngoh suka namakannya sebagai Kuah Laksa Lemak.

Bahan-bahan-:

1. Sekilo santan (digunakan untuk mengisar bawang, ikan dan juga sebagai kuah)

2. Sekilo ikan direbus dengan sedikit garam

3. 10 ulas bawang merah

4. 5 ulas bawang putih

5. Halia

5. selabu bawang besar kuning

6. garam dan gula

7. asam keping mengikut citarasa anda

8. serbuk lada hitam

Cara memasak -:

1. Semua jenis bawang dan halia dihiris kasar dan diblender dengan santan.Kisar hingga betul-betul lumat dan
halus.
2. Ikan rebus dibuang tulang dan diambil isi sahaja. Kisar isi ikan dengan santan juga. Kisar hingga betul-betul
lumat dan halus.

3. Satukan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kemudian, masukkan lagi lebihan santan baki dari yang
dikisar tu. Kacau sekata tanpa dihidupkan api terlebih dahulu.

4. Selepas sekata, barulah dipanaskan periuk tadi. Kacau dengan kerap. Jangan tak kacau nanti kuah akan jadi
berketul-ketul. Masukkan garam, asam gelugor / asam keping, gula dan serbuk lada hitam.

5. Selepas rasa sebati dan kuah telah mendidih, matikanlah api dan sedia dihidangkan. Jangan dibiarkan lama
mendidih. Nanti pecah minyak tak best..

inilah kuah laksa yang dah siap. Gambar dari dalam periuk lagi tu... ekeke

Pesanan orang tua

1. Kalau mahu guna lada hitam biji dan mahu ditumbuk boleh juga. Tetapi selepas ditumbuk itu, masukkan ke
dalam mangkuk dan gaul dengan santan. Kemudian tapiskan ke dalam periuk. Bagi mengelakkan warna hitam
ku'lit lada hitam. Kalau guna serbuk lada hitam terus tabur dalam periuk jer.

2. Orang kata sedap kalau kisar bawang dan ikan dengan santan, tetapi kalau anda nak kisar guna air pun tak
kisah. tapi mungkin kuah akan sedikit cair sebab dah campur air.

3. Sifir nak buat kuah laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa

4. Laksa lemak dimakan dengan -:

a) kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan
bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya sahaja.
b) t-[0 nhjbgggggggggggggggggggggggggggggggjnjhbgtbvf]augeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam
bekas berasingan.

c) timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan.

d) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)

e) belacan yang dihiris kecil dan diletakkan dalam bekas berasingan.

f) limau nipis dan limau kasturi yang dibelah.

g) garam halus ( untuk mereka yang mahu rasa lebih masin) diletak dalam bekas berasingan.

}?=

Anda mungkin juga menyukai