Anda di halaman 1dari 4

RESEPI KUAH KACANG @ KUAH SATAY Bahan2 300gm kacang tanah - sangar dan kisar 100 gm gula pasir

150 gm gula merah 40 gm asam jawa - Noorsha guna 2 keping asam keping 1 sk garam 1 sk kunyit serbuk Bahan kisar 2 biji buah keras 1 sb ketumbar biji - sangar 1 sk jintan kasar - sangar 1 sk jintan halus - sangar 2 hiris lengkuas 2 hiris halia muda 20 tangkai cili kering 7 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 7 batang serai - hiris 20 gm udang kering 1 cawan minyak masak (Noorsha guna minyak sayuran)

Cara2 1. satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata. 2, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata. 3. masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. masak hingga keluar minyak.

Cara Noorsha 1. tumis bahan kiisar hingga garing dan wangi. Masukkan garam, gula, gula merah, asam keping, kacang kisar dan 500 ml air. kacau rata. 3. biar ia merenih hingga pecah minyak. sesuaikan rasa, matikan api dan hidang.

Resepi Kuah Kacang Sate Sedap Mengancam! Bahan 1kg kacang tanah 1 batang serai 1 inci halia 1 inci lengkuas ( ketuk ) 3 senduk gula pasir 1 senduk Gula merah atau gula melaka 1 cawan air asam jawa 1 cawan cili kering atau giling ( blender ) 10 ulas bawang kecil ( shallot- blender ) 1 inci belacan 100 gm Udang Kering 5 biji bawang merah ( blender ) 1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit 1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong 2 sudu besar Kicap pekat Manis 3 senduk minyak masak garam secukup rasa.

Cara-caranya

1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).

2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan Serai, lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api. 3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee 4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!!

KUAH SATE HAJI SAMURI

Untuk kuah Sate Samuri


kilo kacang mentah - digoreng dan tumbuk kasar 2 ketul gula melaka Air asam jawa - 2 sudu asam jawa Garam dan gula secukup rasa

Bahan dihiris kemudian dikisar :


5 tangkai cili kering - dikisar saja 7 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 batang serai 1 inci halia

Cara membuat kuah Sate Samuri 1. Hiris semua bahan dihiris, kemudian goreng dan kisar halus. Cili kering xperlu digoreng, terus kisar saje. 2. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah. Kacau rata di dalam periuk. 3. Masak sehingga mendidih. 4. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa. 5. Kepekatan boleh diubah ikut citarasa. Tambah sedikit air jika terlalu pekat. 6. Kuah kacang biasanya sedikit manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan sate ayam. 7. Apabila mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik minyak sambil dikacau sekali sekala

RESEPI SATAY KAJANG (SATE AYAM) HAJI SAMURI

Berikut adalah resepi Sate/satay Ayam ala Haji Samuri Kajang Bahan Sate Samuri

1 ekor ayam - dipotong 12 1 cawan gula pasir 5 sudu teh garam

Bahan dikisar halus :


kg bawang merah 50g jintan manis 30g jintan putih 300g lengkuas 200g halia 50g kunyit 5 batang serai

Cara masak sate/satay Samuri: 1. Perap ayam bersama bahan yang dikisar sekitar 6jam. 2. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Arang mesti dibakar hingga tinggalkan bara sahaja. 3. Gunakan kipas untuk menstabilkan haba apabila membakar sate. 4. Renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk. Ini dapat melembutkan ayam dan nampak berminyak. Barulah lebih selera nak makan tu. 5. Apabila dah agak kekuningan bolehlah diangkat 6. Hidangkan bersama kuah sate Haji Samuri dan nasi impit.

Anda mungkin juga menyukai