Anda di halaman 1dari 17

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia


 Lauk Pauk 
o
o
o
o
o
 Aneka Nasi
 Aneka Mee
 Kuih Muih
 Dessert
 Kek
 Famili 
o
o
o
Home  Kuih Muih  Masakan Tradisional  Kuih Tepung Pelita Asli Sedap

Kuih Tepung Pelita Asli Sedap


Azie 5/25/2015 Kuih Muih Masakan Tradisional
Kuih tepung pelita adalah antara kuih yang sangat dekat
dengan diri saya kerana sejak kecil gemar memakan kuih
tepung pelita samada yang dibeli di Pekan Jelawat atau
yang dibeli di kedai kopi di kampung kami. Memang
sedap, terutama bila dapat menceduk sekali air gula di
bahagian bawah bekas daun pisang. Oleh kerana ianya
dikukus dalam bekas yang dibuat dari daun pisang, maka
kewangiannya tak boleh dipertikaikan lagi. Hubby dan
anak anak pun suka membeli kuih ini bila ke Bazar
Ramadhan untuk dimakan ketika berbuka puasa.
Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah
diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung
kwan hoe lah dan macam macam lagi. 
Saya teringat untuk membuat kuih tepung pelita selepas
menikmati kuih tepung pelita di pejabat dalam satu majlis
makan makan yang sangat sedap. Tapi kalau kuih tepung
pelita untuk berjualan, mudah jika dikukus dalam bekas
plastik. Boleh ditutup dan senang dibuat penghantaran.
Kalau untuk makan sendiri, sedap lagi jika menggunakan
daun pisang. 
Untuk hari ini saya memberanikan diri menyediakan bekas
tepung pelita dari daun pisang selain menggunakan bekas
plastik. Hahaha tapi bekas saya dah gagal berfungsi
dengan baik bila saya hanya menggunakan selapis sahaja
daun pisang. Bekas nya tidak berdiri dengan kukuh. Jadi
seganlah nak kongsikan gambarnya di sini. Namun, resepi
tepung pelita asli ini sangat sedap walaupun kejadian
tepung pelita saya hari ini pun tak berapa elok kerana
periuk pengukus saya menitiskan air yang banyak. Hmm
minta ditukarlah tu...
Jom layan resepi tepung pelita asli di bawah ini yang
sangat sedap. Mungkin lain kali kena dilebihkan adunan
lapisan hijau kerana ternipis sedikit berbanding dengan
lapisan putih. Silakan share resepi ini jika ianya menepati
apa yang anda cari... 
Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun
pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk
lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya
mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan


satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru
dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 
Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula
adunan lapisan atas di atasnya. 

Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur
sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas
lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa
perlu dimasak terlebih dahulu.

Related Posts

 Nasi Goreng Telur Melompat lompatResepi hari ini ialah


nasi goreng telur melompat lompat. Hahaha melompat macam mana tu? Macam lompat si
katak lompa…

 Kuih Sagu Versi Kukus Dan Nostalgia Kampung


HalamanMusim tengkujuh datang lagi. Melihatkan video yang dikongsikan di WhatsApp
memang sangat kasihan dengan mereka yang…

 Rendang Pedas Perak versi Bonda Mertua Beberapa hari


lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, atau dikenali juga sebagai hari raya
Korban. I…
35 ulasan

1.

Sha Mohamed25 Mei, 2015 08:31


Sedapnya.. Bulan2 puasa kalau dapat mkn nie memang best..
Balas

Balasan

1.

Azie25 Mei, 2015 11:19

Makan sejuk sejuk lagi nyaman

2.

Unknown21 Julai, 2015 13:35

Salam kak. santan tu kna pkai santan pati ke?


Balas

2.

adda syuhada25 Mei, 2015 12:26

Adda tak pernah buat ... Biasa makan samada org bagi atau beli
Balas

3.

kokna25 Mei, 2015 12:30

sedapnye akak.. sy pon suke.. nanti nak cuba buat


Balas

4.

Wan Julytati27 Mei, 2015 16:35

Sedap ya puan.. Teringat arwah nenek yg suka buat kuih ni bila ramadhan
Sy nk cuba jg la, tq
Balas

5.

Unknown08 Julai, 2015 13:23


Sedap snghotie....
Balas

6.

Unknown19 Oktober, 2015 13:20

Salam kak... nk tanya.. kalau pkai bekas daun pandan.. xnk kukus blh x? Pengukus xde
la kak... :-D
Balas

7.

amira adnan10 Disember, 2015 00:59

kak nak tanya la. saya dekat oversea tak ada daun pandan. kalau pakai pes pandan
boleh tak? and berapa amount dia ye? Please help me.
Balas

Balasan

1.

Azie10 Disember, 2015 10:57

Boleh juga. Gunalah 1-2 sudu kecil. Letak sikit sikit dulu

2.

amira adnan05 Januari, 2016 23:29

Terima kasih kak. Saya dah buat byk resipi2 akak. Semuanya menjadi. Terima kasih

sgt3.  )
Balas

8.

diariputeri03 April, 2016 15:28

saya berjaya buat hari ni...tq for the recipe sis


Balas

9.

Unknown06 April, 2016 11:39

Klw x pakai pengukus pakai apa ya ? Heee


Balas

10.

Sihatbahagiaceria.blogsoot.com30 April, 2016 07:35

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Memang nak sangat belajar buat kuih ni suami &
anak2 suka sangat. Mmg selalunya beli je, tapi time2 bulan puasa je mudah nak dapat.
Tu pun nak kena pilih betul2. Kadang sedap, dmkadang xsedap. InsyaAllah nak try buat
& harap2 sedap. Tgk resepi sedap, mudah je. Terima kasih
Balas

11.

Unknown07 Jun, 2016 11:38

Anak nak makn kuih ni utk berbuka hari ni


Balas

12.

Unknown09 Jun, 2016 10:15

nak try buat hari ni..wish me luck


Balas

13.

Unknown09 Jun, 2016 10:34

apa kegunaan air kapur? kalau tak pakai air kapur boleh tak?
Balas

14.
Unknown13 Jun, 2016 08:22

Saya pun nak tahu apa fungsi air kapaur?apa kelebihannya...dan apa akan jadi kalau
tak ade..so far kak azie sangat membantu saya merialsasikan resepi yg hebat...terima
kasih kak azie...
Balas

Balasan

1.

Azie13 Jun, 2016 16:00

Resepi tradisional banyak menggunakan kapur utk menjadikan adunan lebih kenyal.
Kalau tk ada, tak letak pun tak apa
Balas

15.

nazzaryuu17 Jun, 2016 16:39

Terima kasih resepi..sy nak cuba buat hari ni untuk juadah berbuka..
Balas

16.

MohdRasdan13 Julai, 2016 20:06

salam nk tanya, tepung beras blh ke diganti dgn tepung gandum


tq
Balas

Balasan

1.

Azie13 Julai, 2016 21:39

Tepung beras tak sama dengan tepung gandum. Pasti hasilnya tak sama
Balas

17.

Unknown29 Oktober, 2016 05:14


Sukatan cik pakai ni boleh dapat berapa ye kalau pakai bekas bulat kecil tu. Dan 21/2
santan tu berpa banyak ye. Saya nak buat assignment. Harap puan dapat balas.
Balas

Balasan

1.

Azie29 Oktober, 2016 06:32

Saya tak catat hari tu. Boleh cuba buat dan dpt kan bilangannya
Balas

18.

;lelawangsa.blogspot,com o27 Februari, 2017 23:42

Ingat tepung pelita,ingat Jelawat kampung saya juga.Sava bersekolah disitu ketika
darjah Lima.Mohon share resipi,tq

Balas

19.

Unknown28 Mac, 2017 20:43

Klu xguna kapur xpe ke kak?


Balas

Balasan

1.

Azie28 Mac, 2017 20:50

Boleh jer tp lebih sedap jika ads kapur


Balas

20.

nnz389206 April, 2017 17:41

salam akak, nk tny kalau kita masak ptg ni, dan smpan dlm pti ais lebihan tu untuk
makan esok, boleh tahan x ?
Balas

21.

Nor Lailee Ahmad29 Mei, 2017 14:06

Terima kasih 😊
Balas

22.

adynoor04 Jun, 2017 03:20

pilihan kueh bulan ramadan


Balas

23.

Ummu Faiz24 Julai, 2017 15:12

Nanti saya cuba buat ye puan.Minta izin resepi.


Balas

24.

Unknown16 Ogos, 2017 23:47

Mohon halal kan resepi ya..suka sangat kuih ni.


Balas

25.

BMDusunNanding26 Mei, 2018 11:33

Saya selalu rujuk resipi-resipi Azie Kitchen. Terima kasih membantu.


Balas

26.

Unknown07 April, 2020 19:32

Gula kena letak banyak mana d dalam bekas tu ya ? 1 sudu kcik ?


Balas

27.

Unknown20 April, 2020 08:04

Salam puan azie..terimakasih ya share resepi.paling sy suka agar2 milo oreo..siap


ditempah kwn2 bila ada mkn2...nak tnya juga klu guna santan kotak tu 1 kotak atau 2
kotak..ke 1 kotak campur air jadikn 21/2 cawan..boleh tolong jelask tak..terimakasih.
Balas

Add your comment


BUKU 101 RESEPI DARI AZIE KITCHEN

 Hubungi
haziahjaya@hotmail.com untuk mendapatkan buku ini
Social Media

 FOLLOW ME ON INSTAGRAM
 SUBSCRIBE ME ON YOUTUBE

Entri Popular

 Kuih Onde Onde Sedap dan Lembut


 Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap
 Roti Jala Yang Kekal Lembut Sampai Ke Petang
 Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen
 Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap
 Ayam Percik Kelantan Buat Dr Nana
 Kuih Tepung Pelita Asli Sedap
 Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

 Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Kategori Popular

Ayam (203)Biskut (24)Cake (32)Cookies (23)Daging (147)Dessert (98)Kek (127)Kuih Muih (389)Lauk
               

Pauk (852)Masakan Kelantan (186)Masakan Tradisional (253)Mee/Mee Hoon (69)Nasi (135)Nasi


         

Ayam (22)Pencuci Mulut (35)Puding (66)Sayur (135)Sotong (48)Telur (46)Western Food (89)
             

 
Azie Kitchen
Food Blogger No. 1 Malaysia, menyediakan pelbagai resepi masakan
tradisional, masakan barat, kek, dessert dan pelbagai lagi.
Pelawat
231,632,598
Hubungi
 Penafian
 Dasar Privasi
 Hubungi
Copyright © 2020 Azie Kitchen All Right Reserved | by 7 Network

https://www.aziekitchen.com/2015/05/kuih-tepung-pelita-asli-sedap.html

Anda mungkin juga menyukai