Anda di halaman 1dari 3

https://m.youtube.com/watch?

v=TQCJNd4SNhg

Resepi 1

LOYANG : 8 inci x 8inci //Bahasa Melayu -------------------------------------- Bahan-bahan: 5 biji telur 220g
tepung naik sendiri 170g gula kastor 60ml susu full cream 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu besar
ovalette 150g mentega (salted) **Kalau guna mentega unslated, tambah 1/4 sudu kecil garam dan
ayak bersama tepung

Resepi 2

1 stgh cawan tepung(kak guna bakers choice)

Stgh cwn gula

Telur gred c 4 bji

3 sudu susu pekat

1 sudu kecil esen

5 sudu susu tepung full cream

6 sudu susu cair full cream

1 sudu besar ovelet

1 sudu kecik soda n baking

Loyang saiz 6

Mix sampai gebu

Last gaul.dgn majerin caiq stghh cawan

Bakar ikut oven...

Selamat mencuba.resepi dlm komen lupa ke telur tu..

Sy jual rm 10 sb nk bg semua org blh mkn.dlu sy pn xmampu nk bli bila mahal.bab untung tu memg x sgt

Kebanyakan order dr jiran.alhamdulillah hari2 ada order.rezeki semua dr Allah s.w.t


Marble Red Velvet. Ambik satu tempahan je hari ni. Satgi nak masak untuk lunch pulak. 😀

Sedikit nota:

✔Butter cairkan dulu. Biar suam. Baru guna. So cairkan butter adalah perkara pertama sekali yang kita
buat sebelum masuk langkah lain.

✔Mix adunan mula dari kelajuan sederhana hingga maksimum. Masa tak tentu. Yang penting dapat
tekstur adunan yang kental, gebu, bertanduk, melekat di sudu, tak meleleh, tak cair.

✔Pakai pewarna gel based atau oil based kalau nak warna cantik. Sila GOOGLE gambar pewarna2
tersebut. Brand apapun tak kisah. Pergi kedai, tanya pekerja. Dia tahu.

✔Pewarna water-based kalau pakai banyak sangat, akan mencairkan adunan hiasan. Sebabtu kadang2
muka kek jadi terlalu lembap lepas masak.

✔Masa bakar kek? Tak tentu. Saya BAKAR SAMPAI MASAK. Standard 50-60 minit untuk oven saya, Khind
22liter. Suhu 140-150. Rak tengah. Api atas bawah.

✔Nak kek tinggi, gunakan ovalet special. Ada jual di kedai bahan buat kek. Rupa dan fungsi dia? Cari
dalam google.

✔Pastikan telur yang kita guna ikut saiz yang sama macam dalam resepi. Dan pastikan telur masih fresh.
Kalau telur rosak, kek akan bantat sebab adunan tak mengembang dengan sempurna.

✔Untuk video cara buat corak tu, rujuk video sis Hafie Zea. Dia ade share video dalam group ni.
Gunakan tab search, dan cari nama dia dalam group ni. Yang ni pun dah tak tahu berapa kali saya cakap.
💆

✔Kenapa corak mengecut/berkumpul ke tengah2 masa bakar? Biasanya sebab oven panas sangat. Saya
tak tahu cara orang. Tapi cara saya, jangan panaskan oven. Bila dh siap masuk adunan dlm loyang, dh
hias, baru set suhu, mula bakar kek.

✔Kenapa kek kecut? Sebab biar lama2 dalam loyang. Cara saya, lepas masak, terus keluarkan kek dari
loyang, terus terbalikkan atas redai. Biarlah dia rehat terbalik macam tu paling tidak 5 minit. Redai boleh
beli dekat DIY atau kedai barang baking. Rupa redai boleh google.

✔Perisa kek nak apa? Resepi untuk perisa berlainan? Kawan2, resepi sama je semua. Yang tukarnya,
emulco/paste saja. 😀

✔Cara lorek kek, corak, semua boleh cari di tab search dekat atas tu. Taip je. Akan keluar. Ramai rakan2
yang dah share video. Resepi pun ada. Sila save resepi dan screenshot gambar untuk rujukan sendiri.
Atau rujuk di youtube untuk cara lorek dan rujuk google untuk inspirasi corak.

✔Oven kena check setiap 5 minit supaya kita dapat kawal suhu dan kawal masalah. Kalau nampak muka
kek mcm nak menggelap, nak merekah, boleh turunkan sikit suhu atau turunkan ke rak bawah sekali.
Jangan risau. Kek akan masak. Biar je dalam oven, SAMPAI MASAK. Jangan ikut masa dalam resepi
bulat2.

✔TIDAK BOLEH set suhu, set masa dan tinggalkan terus kek tanpa check sepanjang tempoh membakar.
Itu pantang dia. Kalau buat macam ni, jadi apa2 masalah pada kek, tak sempat selamatkan.

✔Kenapa kek tak masak-masak? Mungkin kurang tepung. Nanti lain kali buat, kena check semula betul2.
Atau mungkin adunan terlampau gebu masa mix. So, biarkan kek dalam oven sampai masak. Jangan
alang2.

✔Resepi ikut saiz loyang, ikut berapa biji telur, kalau kita nampak ada kawan2 share, cepat2 save. Boleh
guna bila2 masa.

✔Berapa harga nak jual kek? Biasanya orang darab 2 dengan kos semua bahan. Bagilah harga yang
sepatutnya. Kalau guna marjerin, murahlah sikit. Kalau guna butter, mahallah sikit. Ambilkira jugak kos
bekas, kos utiliti (letrik, air), dan upah kita sebagai pembuat kek. Kecuali kalau nak berniaga sambil
bersedekah, bolehlah jual murah sikit dari harga standard.

✔Jangan putus asa kalau baru gagal 5/6 kali. Sebab ada kawan2 yang dah gagal 20 kali baru berjaya.

✔Dan berdoalah supaya Allah bagi kemudahan, bagi jadi dan bagi sedap. 😀

Anda mungkin juga menyukai