Anda di halaman 1dari 3

Chicken Floss..

Bahan-bahan :

250 gram tepung roti / tepung berprotien
tinggi, diayak
35 gram gula kaster
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
1/2 sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135 ml susu segar
30 gram mentega, dilembutkan

Toping
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Cara-cara:

1. Campurkan tepung yang telah diayak,
gula kaster dan garam didalam mixer
dan putar pada kelajuan perlahan
selama 1 minit.
2. Masukkan yis, telur dan air.
3. Putar selama 1 minit pada kelajuan
perlahan dan kemudian pada kelajuan
sederhana selama 8 minit.
4. Masukkan butter dan gaul hingga sebati
selama 5 minit pada kelajuan sederhana
sehingga adunan roti menjadi lembut
dan licin.
5. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian
25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih.
6. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah
10 minit, isi inti di dalam doh dengan
potongan kecil butter.
7. Tutup dengan kemas supaya butter
tidak terkeluar apabila membakar
nanti.
8. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia
naik kembang.
9. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah
celcius, selama 20 minit
10. Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan
1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat
manis. Gaul rata. SaPu mayonis dan susu itu
ke atas roti, dan taburkan chicken floss....
Siap untuk di makan


Tips membuat roti dari pengalaman ros yang
lepas.
Jika menggunakan tangan untuk menguli
1. Perkara pertama sebelum membuat roti,
sediakan segala alatan dan bekas menguli,
pemilihan bahan amat penting, bahan akan
mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti.
Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak
terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira
suam-suam kuku lah, suhunye lebih kurang
30darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli
yang murah, sebab teksturnya tidak halus,
sbb ros ade pengalaman, kononnye nak
jimat, bila buat ape pun jenis roti semua tak
jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan
elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi
sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang
lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah,
terutamanya sukatan marjerin atau butter,
butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab
kandungan garam dlm dua bahan ini akan
mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat
proses penapaian, caranya, ambil air suam
dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil
Dua bahan nie boleh ganti
dengan water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masukkan semua bahan
dalam periuk dan kacau
sehingga pekat dgn
meggunakan api yang
perlahan setelah pekat,
angkat dan sejukkan
sebelum digunakan (bahagi
dua setip tu boleh guna dua
adunan)
tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula,
masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis
berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus
dicurah di dalam adunan. tu cara selamat
lah, tapi kalau confident boleh terus letak je
yis kering dlm adunan.
5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus
lebur je semua bahan, tapi kalau ade
penggunaan telur, telur perlulah di kocak
sedikit menggunakan garpu, uli hingga
menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit
tanpa henti.
6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang
menguli tangan, seperti yang pernah ros
mention sebelum ni di dalam resepi roti-roti
ros, cara ini amat berkesan dan ros telah
mencubanya ber ulang kali, setelah adunan
menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan
sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di
dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh
beberapa minit, masa ni boleh duduk depan
tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan
picit-picitkan doh tu selama mane yang anda
suke, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit
je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli
balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh
akan elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap
di tempat yang mempunyai cahaya matahari,
jika duduk di luar negara musim sejuk, letak
doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di
dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas
untuk mengembang, dan tutup doh dengan
plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan
doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam
atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah
cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh
dengan jari, doh tidak akan memantul
kembali.
8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan
angin, dan uli semula beberapa minit,
kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti
yang anda suke, dan kemudian perlu juga
rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8
minit, baru dimasukkan inti ataupun di
letakkan terus dlm loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni
kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2
roti jadi besar dah roti takkan gebu, ros dulu
ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti
akan naik elok, tp ros silap, semua nye kena
timing betul-betul. masa perap ni jgn lama,
paling lama pun sejam, yang paling elok
hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik
dua kali ganda tu terus je boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu kan,
mengikut pemerhatian ros, untuk
mendapatkan permukaan doh yang berkilat
tu, kita kena campurkan telur, susu dan
beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh,
dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal,
nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila
nak bakar sahaja baru gliss ya.
11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170
hingga 200 darjah, tapi ros selalu guna suhu
oven 180darjah lah, bila nampak doh dah
perang kt permukaan nye tu, terus buka
pintu oven dah cover atas roti tadi dengan
alumunium foil, pastikan permukaan roti
betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali
pintu oven dan biarkan masa pembakaran
selesai. Tips ini amat membantu untuk
mendapatkan pemukaan doh yang tidak
begitu perang.
Ha, macam mana byk yang perlu kita jaga
kan bila buat roti ni kan, dan kalau guna
breadmaker pun kena jaga-jaga masa
membentuk roti tu, klu bakar terus dalam
breadmaker selalu nya takde masalah.
Buat roti pun bukan terus boleh jadi, first
time ros buat roti pun, rotinya keras boleh
baling ke dinding, keras sgt2, hahhahaha,
tapi ros tak putus asa, ros terus cuba dan
terus mencuba sampai lah mahir dalam bab
meroti ni, dan ros kongsikan pengalaman
dan tips, ikhlas buat semua, jika ade yang
ros tertinggal tolong bagitau ye, dan ros
akan updates kemudian.
SELAMAT MEROTI BUAT SEMUA


water roux, klu letak ni dlm doh, roti akan
lembut gebu, insyaAllah
Di atas ni ade gambar bahan yang sering ros
gunakan, tapi yang ade kt jepun lah, cuma
dough softner n bread improver je dari
Malaysia, kalau takde dua bahan ni pun
takpe, boleh guna water roux ya.., nak
buat water roux tu boleh rujuk SINI, guna
water roux lagi bagus, sebab takde bahan
kimia..: ), so takde alasan dah ye nak
meroti...hihihi...
Nasi butter
Masak nasi macam biasa
Masukkan mentega lepas tu tunggu cair,
then masukkan eras yang dah dibersihkan
dengan sukatan air yang telah disukat.
If nak taruk kismis, gajus pun boleh

*100*6*2*5#
Chocolate Funde Brownies

Anda mungkin juga menyukai