Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN REFLEKTIF PRAKTIKUM

MASALAH 2: ALAT BANTU MENGAJAR


PERKARA

REFLEKSI
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi

KENAL PASTI

masih ada sesetengah guru yang kurang memanfaatkannya. Dengan ini cara penyampaian guru di dalam

MASALAH

kelas tidak dapat menarik minat murid dalam kelas.


Pada minggu kedua latihan mengajar saya di SMK Taman Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saya mendapati
murid-murid tidak menunjukkan minat mereka apabila berada di dalam kelas saya. Subjek yang diajar
agak membosankan mereka kerana subjek Perdagangan banyak teori yang perlu diingatkan dan dihafal.
Setelah mengenal pasti dalam pemasalahan mengenai alat bantu mengajar terdapat beberapa punca
mengapa hal ini boleh berlaku. Antaranya, ialah saya tidak membuat rujukan sebelum memulakan sesi

ANALISIS MASALAH pengajaran. Dimana saya tidak merujuk rancangan pengajaran harian yang telah disediakan sebelum proses
(PUNCA)

pengajaran bermula. Selain itu, saya tidak mahir dalam penggunaan alat yang berteknologi seperti
komputer.

Saya tidak mempunyai asas kemahiran Microsoft Powepoint dan sebagainya. Saya perlu

melakukan perubahan dalam pengajaran saya dan tidak semata-mata menggunakan kaedah chalk and
talk dalam pengajaran. Dengan cara ini membosankan dan menurunkan motivasi murid untuk belajar.
Seterusnya, saya kekurangan alat bantu mengajar ketika mengajar di kelas. Hal ini kerana alat bantu
mengajar tidak sesuai untuk mengajar dan menerangkan topik yang diajar ini disebabkan oleh tiada
persedian yang rapi bagi menyiapkan alat bantu mengajar.
Selain itu, saya tidak berkesempatan menggunakan ABM kerana terlalu banyak ABM dan mengejar masa
untuk menghabiskan sukatan dalam RPH yang telah disediakan. Punca yang lain ialah saya kurang
1

keyakinan untuk menggunakan ABM saya dengan berkesan. Saya tidak menggunakan sepenuhnya kerana
merasakan ABM yang saya buat tidak dapat menarik minat murid untuk belajar, untuk mendengar dan saya
tidak mempunyai daya kreativiti dalam merekacipta ABM yang menarik.
Antara cadangan penambahbaikan kualiti pengajaran dimasa akan datang guru perlu bekerja lebih keras
dalam mencari sumber maklumat atau rujukan lain selain daripada rujukan yang dibekalkan oleh pihak
CADANGAN/

sekolah. Apabila sumber yang diperoleh daripada pelbagai maka secara automatik ABM akan

LANGKAH

dipelbagaikan dan dapat memvariasikan aktiviti dalam kelas supaya murid-murid tidak mudah berasa bosan

PENAMBAHBAIKA

untuk belajar. Contohnya, menggunakan gambar sebagai kaedah permainan cantum dan cerita. Oleh itu,

guru perlu bijak memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap murid yang diajar kerana ia akan
memberi garis panduan kepada guru untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkesan dan
menarik serta memperkembangkan bakat dan potensi murid serta membina keyakinan diri.
Setelah mendapat sumber maklumat yang mencukupi dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, guru
perlu menyediakan ABM yang bersesuaian dengan tajuknya. Sebagai contoh, bungkusan kerepek (bahan
maujud) mewakili pengeluaran sumber.
Cadangan yang seterusnya, ABM yang disedikan harus bersesuaian dengan tempat yang digunakan kerana
ABM boleh memberi kesan sampingan kepada objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Guru perlu
menyediakan ABM yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid supaya mereka dapat mengikuti
pengajaran guru dengan baik. Akhir sekali, guru perlu kreatif dalam menghasilkan sesuatu ABM supaya
murid memberi perhatian sepenuhnya pada pengajaran.

Tindakan susulan dalam masalah penggunaan alat bantu mengajar dijalankan setelah menganalisa
kelemahan dan kekuatan pengajaran saya dikenalpasti seperti alat bantu mengajar yang kecil dan kurang
TINDAKAN

jelas serta saya mempunyai suara yang lantang apabila mengajar. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan
2

SUSULAN

kelemahan saya tidak menjadi lebih teruk sehingga menjejaskan pengajaran saya dalam kelas yang akan
datang. Tindakan yang seterusnya menyediakan alat bantu mengajar selari dengan topik yang diajar supaya
dapat memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh
murid dalam pengajaran. Bagi kelas yang akan datang ini saya akan lebih menggunakan pengaplikasian
teknologi bagi menarik perhatian murid untuk belajar.
Setelah mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi di dalam kelas iaitu
penggunaan alat bantu mengajar yang kurang menarik. Saya telah menganalisa masalah yang dihadapi

KESIMPULAN

dengan mencari punca berlakunya masalah ini dan mengambil beberapa langkah penambahbaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti mempelbagaikan alat bantu mengajar akan banyak
membantu dalam proses pengajaran di dalam kelas saya. Namun begitu, seandainya saya bijak dan mahir
dalam mempelbagaikan alat bantu mengajar dengan penggunaan pelbagai sumber dan media yang lebih
canggih terutamanya pengaplikasiaan teknologi, proses pengajaran di dalam kelas saya akan menjadi lebih
menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta perhatian murid. Saya juga mengambil kira beberapa
tindakan susulan bagi memastikan kelemahan saya dapat dibaiki dengan sebaik-baiknya.

Sumber rujukan
Rosqistina binti Ishak (2006). Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Guru Lukisan
Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Kelantan. UTM: Tesis Sarjana Muda.
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai