Anda di halaman 1dari 6

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 


1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream


1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan
kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk
memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah
untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada
dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain
la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk
langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada
stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi
'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil
terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat.
Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih
berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus
punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam
dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang
tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh
tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek
yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih
tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara
saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di
tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak
selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas,
luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang
lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa
garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka.
Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja.
Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping
cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah
kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak
jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti
bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang
siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Apa kata saya :

Sedap. Melalui pembacaan, mereka mengatakan rasanya seperti marshmallow. Selepas


mencuba sendiri, apa yang boleh saya katakan, pavlova lagi sedap dari marshmallow.
Makan sampai tak sedar dah habis sepotong. :)

Semestinya pavlova ni manis rasanya. Nak kata manis sangat tu tak lah. Saya pernah makan
dessert yang lebih manis. Contohnya macaron. Bila dimakan dengan buah yang masam
(strawberry, blueberry,kiwi) rasa manis tu dah hilang dalam rasa masamnya buah-buah ni.
Mak saya tetap kata manis. Saya tak leh nak ambil pendapat mak saya sebab dia memang
jaga kesihatan betul. Satu jug besar air teh dibancuh dengan satu senduk gula sahaja. Nak
bagitahu jugak. Dalam mak duk kata manis. Habis juga sepotong pavlova. ;D

Bagi sesiapa yang merujuk pada resepi Joy of baking. Dia menggunakan suhu 130'C. Sebagai
anak murid yang taat ( tang ni yang taat pun. tang lain ada je derhaka.) saya guna suhu 130'C.
Selepas 50 minit pavlova saya masih lagi tak bertukar wajah seperti yang saya nak. Bila
dipegang masih lagi rasa melekit dan tak betul-betul garing kulitnya.

Dalam masa yang sama saya tutup api. Jarangkan pintu oven untuk sejukkan meringue. 

Bila dah sejuk, saya sentuh lagi. Pasal tak puas hati, saya panaskan balik oven dengan suhu
150'C dan tunggu api panas. Saya masak balik selama 1/2 jam. Haaaa.. kali ni baru puas hati.
Kulit dia bertukar menjadi keperangan dan ada rekahan kecil yang membuatkan saya
tersenyum. :)

Kemudian dalam satu video youtube, dia gunakan cream of tartar menggantikan tepung
jagung dan cuka masakan. Saya yang teruja dengan cara mudah telah menderhaka resepi Joy
of baking. Kan dah kata. Ada je nak derhaka. ;)

Satu lagi terakhir, Joy of baking guna esen vanilla. Saya pulak ikut resepi yang tak guna. Jadi
bila makan ada rasa hanyir sikit. Betul. Sikit ja. Tak mencacatkan pun rasa pavlova yang
sememangnya sedap. Jadi gunalah esen vanilla ya. Kalau tak nanti ada bau hanyir. 
http://rahelblog-rahel.blogspot.com/2013/03/melty-hershey-chocolate.html
Muffin Pisang Email this Recipe Print this Recipe
Kiriman: Mama
Hits: 805 Rating: 7.75 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung 1 sudu kecil baking powder


¾ gula castor 1 sudu kecil bicarbonat soda
1 cawan butter (yg sudah dicairkan) ½ sude kecil garam
4 biji pisang (yg sudah masak) ½ sudu kecil serbuk cinnamon
1 biji telur besar

Cara:

ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon.


Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan
masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

 8 tbsp mentega, dicairkan


 4 cawan tepung
 2 cawan gula
 2 cawan susu segar
 4 tbsp baking powder
 1 tsp garam
 2 biji telur
 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

1. 1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.


2. 2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3. 3.Bakar selama 20minit/180C.

Tag
1) putih telur (105gm )

2) gula kastor (150gm )

3) esen vanilla (3/4 sudu kecil )

4) cream of tartar (1/2 sudu kecil )

5) tepung jagung (3/4 sudu besar)

6) Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi.

Bahan custard cream filling

1) whipping cream (200gm )

2) susu segar (1/2 cawan)

3) vanilla (1/2 sudu kecil)

4) kuning telur (1 biji )

5) gula kastor (33gm )

6) tepung kastard (13gm )

7) mentega (25gm )

Anda mungkin juga menyukai