Anda di halaman 1dari 4

Resepi Cupcake Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.

RESEPI CUPCAKE MUDAH


Bahan2:
1/2 cawan butter
3/4 cawan susu pekat
1 biji telur A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar air
Kacang badam dan choc chip untuk tabur atas cupcake

Cara membuatnya:

Panaskan oven serta loyang muffin 180°C. Putar butter dan susu pekat kemudian
masukkan telur. Putar lagi sebelum dimasukkn lain2 bahan. Susun cup kertas dalam
loyang muffin. Sudukan adunan 1/2 - 3/4 cup kertas. Tabur bahan hiasan. Bakar
selama 15 minit.
*saya tak pakai cup kertas..kat rumah dah kehabisan cup kertas, jadi saya hanya
lapikkan kertas yang digunting bulat sebagai alas di dasar loyang cupcake.. :)

Selamat ber'cupcake.' Amat mudah dan cepat nak membuatnya.... sekejap je ambik
masa buat, kita dah boleh makan cupcake... Alhamdulillah :)

Wassalam.

Resepi Vanila Cupcake Gebu Sedap


1 1/4 cawan tepung cake (saya guna tepung naik sendiri)
1 1/4 sudu kecil baking powder (saya gune baking powder double action)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 telur
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil vanila extract
1/2 cawan minyak
1/2 cup buttermilk
*(cara buat buttermilk – 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka @ lemon juice, biarkan 5 minit) –
ambil setengah cawan sahaja

Langkah-langkah
1. Panas kan suhu oven 170 darjah celsius (bergantung kepada suhu oven masing-masing)
2. Dalam mangkuk kering, masukkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat, dan
garam. Kacau rata dan ayak.
3. Dalam mangkuk mixer kek, masukkan telur. Pukul sehingga kembang sedikit. Masukkan
gula dan pukul sederhana laju lebih kurang seminit. Tambahkan esen extract vanila dan
minyak
4. Kurangkan kelajuan dan masukkan tepung dan susu secara berselang seli.
5. Adunan ini sedikit cair. Masukkan ke dalam acuan kek cawan. (saya gunakan scoop
aiskrim supaya sekata dan sama volumn setiap cawan kertas)
6. Bakar dalam 15 – 20 sehingga masak. Tak perlu gelap sangat seperti saya buat. Asalkan
kek masak memadai.

Saya dah cuba 2 version. 1 dengan menggunakan vegetable oil. 1 adunan lagi dengan
menggunakan butter yang dicairkan. Sekiranya guna salted butter, maka tak perlulah tambah
garam lagi ya. Kalau guna unsalted butter atau minyak, maka perlulah letak 1/2 sudu kecil garam
tu. Hasilnya? opkos lah guna butter mahal tu sedat compare dengan guna minyak. Heheheheheh.
Sebab tu bila kite buat kek sendiri, ade pilihan kita. Nak kurangkan gula (konon serba salah
makan banyak gula :mrgreen:). Nak guna butter atau minyak, juga terpulang pada kita juga.
Hehehe .

Selamat mencuba. Memang marvelous kek ni. Mudah amat untuk pada yang baru nak berjinak-
jinak dalam dunia baking ni. Cair di mulut rasanya. nanti saya share buat buttercream pulak ya.

Kanan – guna minyak. Kiri guna butter. Dari segi structure sama lembut dan gebu. Tapi dari segi
rasa memang butter cake sedap amat.

Anda mungkin juga menyukai