Anda di halaman 1dari 25

~ Kek Durian...

Bahan Untuk Kek


360 gm sponge mix / tepung optima
90 ml air
6 biji telur
2 tsp esen vanilla
90 gm mentega ( dicairkan )

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C dan sediakan 3 atau 4 loyang bersaiz 7.5
inci. Alas loyang dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul tepung optima bersama air dan telur sehingga ringan dan gebu
menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi selama lebih kurang 6 - 7
minit.
3. Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan esen vanilla dan pukul
rata.
4. Masukkan mentega cair dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
5. Bahagikan adunan kek kepada 3 atau 4 bahagian. Masukkan setiap satu
bahagian ke dalam loyang. ( Jika hanya mempunyai satu sahaja loyang,
masukkan adunan secara bergilir-gilir ).
6. Bakar sehingga kek masak dan keluarkan dari oven.
7. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dengan krim.




~ Krim Durian...

Bahan
250 gm fresh cream _ ( dipukul hingga kembang dan gebu )
600 gm isi durian yang telah diasingkan dari bijinya_ ( dikisar menggunakan food
processor )



Cara
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata menggunakan spatula.
2. Sedia untuk digunakan.




:: Cara Melapis Kek
1. Ambil sekeping kek span dan sapu di atasnya dengan krim durian dan
ratakan.
2. Kemudian lapis lagi di atasnya dengan sekeping kek span.
3. Buat langkah No. 1 hingga kesemua kek habis digunakan.
4. Setelah itu sapukan nipis krim durian di sekeliling kek.
5. Akhir sekali sapukan di sekeliling kek dengan fresh cream. Hias mengikut
citarasa masing-masing.




:: Note ~ Untuk sesiapa yang tinggal di W.P.Labuan... Sebab ada pertanyaan
mengenai di mana hendak mendapatkan fresh cream ( Non-Dairy Whipping Cream
/ Krim Putar Bukan Tenusu ) di sini.. Biasanya Diana beli di Bataras dan Labuan
Supermarket.. Cuba cari di bahagian tempat beku / freezer ( berhampiran dengan
penyimpanan ais krim ), bukan di bahagian peti ais penyimpanan minuman kotak
atau berhampiran dengan buahan tu ya.. Kalau yang dekat sana itu bukan fresah
cream.. Itu Dairy Whipping Cream / Thick Cream / Double Cream...Ianya tidak
sesuai untuk topping kek.. Kelmarin masih ada stock di Labuan Supermarket.. Tapi
hari ini tidak pasti lah kan.. Cuba tengok di Milimewah dan Utama jaya juga..
Diana harap anda dapat jumpa ya.. Sebab kekadang tu memang susah juga hendak
mencarinya di Labuan kan..




KEK DURIAN 2
KEK DURIAN (DURIAN CREAM LAYER CAKE)

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hihihihiiii...mesti pening kan baca ucapan atas kek tu. Syawal pun dah nak sampai ke
penghujung, tiba-tiba lak ada ucapan selamat menyambut Ramadan. Ini kek yang tak sempat
dibuat entrynya sebelum bulan puasa hari tu. Kek durian ni asalnya Naz buat untuk
memenuhi permintaan dan juga tempahan seorang rakan fb, Adilla sempena menyambut
bulan Ramadan yang lalu. Memang sebelum ni Naz tak pernah mencuba membuat kek span
yang dilapisi dengan krim durian di bahagian tengahnya. So this is an opportunity for me to
try making this fabulous cake.

Cari-cari resepi, jumpalah beberapa jenis kek durian. Tapi akhirnya Naz buat keputusan
untuk mencuba resepi kek durian dari dapur cyber kakak doktor ni. Kek yang di atas tu,
tempahan dari Adilla. Cukup lama dah tempahan tu, baru sekarang nak update ke dalam
blog..hehehee.. Tempahannya pada minggu terakhir sebelum Ramadan.

Terima kasih Adilla atas tempahan. Sila abaikan tulisan tangan Naz yang teruk itu ye. Masih
perlu diperbaiki lagi. Memang lebih mudah menulis di atas kertas sebenarnya...heheheeee...


Haaa... kek ini pula adalah kek durian yang Naz buat untuk makan-makan sendiri di rumah.
Deco pun cincai-cincai je. Tapi rasa kek memang marvelous. Terima kasih kak Ina berkongsi
resepi. Naz simpan lak resepi ni di sini. Minta dihalalkan ye!

DURIAN CREAM LAYER CAKE
RECIPE BY: Inahar's cooking time
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Kek Span Vanilla
Bahan-bahan:
150 gm tepung superfine (Naz guna tepung gandum)
150 gm gula kastor
5 biji telur A
1 sudu besar ovalette
80 ml jus oren (Naz ikut kak Ina ganti susu segar)
80 ml minyak / mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning - optional




Cara-cara:

1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul
hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi nie terletak kepada
kelajuan pengadun).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan jus dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi
dengan kelajuan tinggi selama seminit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga
sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau segi empat berukuran 8 inci, griskan dasarnya dan
lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga
masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih
kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
6. Bila sejuk boleh hias ikut suka.



Resipi durian cream filling
Bahan-bahan:
250 gm whipped/fresh cream
200 gm isi durian (Naz guna 300 gm isi durian)
1/2 tsp gelatin (Naz guna 1 tsp halal gelatin)
2 tbsp air
2 tbsp gula kastor (ni Naz tambah sendiri-adjustlah kalau durian dah cukup
manis tak perlu)
Cara-cara:
1. Pukul whipping cream sampai bertanduk.
2. Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
3. Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut.
(Naz campurkan gelatan dengan air panas dan kacau hingga larut. Gula pun Naz
masukkan dan larutkan bersama).
4. Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi ke dlm krim durian. Kacau rata dan
ketepikan.

Untuk hiasan
300 gm whipped/fresh cream- dipukul kental

Cara menyusun kek:
1. Kek span dipotong 3 lapis kemudian lapiskan dgn durian filling di setiap lapisan kek.
2. Sapu whipped/fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias
ikut suka.
3. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang.
SELAMAT MENCUBA!



KEK DURIAN 3
kek durian express

kakbesah@myresipi.com
kes my sons yg pandai 'mengayat' tauke durian.. dah la dpt less price, isinya
plk..ffuh..likat,lemak berkrim..so banyak bleh dimnafaatkn.Alhamdulillah..

Created on : 27-02-2011
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi kakbesah



Bahan-bahan ( sebiji kek ukuran 20 cm )
1 1/2 cawan tepung beserbuk penaik(self rising flour) kalau guna tepung biasa, ayak
dgn 1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
3/4 cawan bancuhan 3,4 ulas durian + susu segar @ susu cair(bancuhan susu tepung
pn blh)
1/3 sudu teh garam
3/4 cawan minyak jagung @ kacang @ sawit, smua ok.
1/2 sudu teh soda bicarbonate
Cara-cara
1. blend telur,gula,garam & bancuhan durian hingga gula hancur.masukkan minyak &
blend 5 saat.masukkan bicarbonate soda, blend lg 5 saat (guna blender cili je)
2. masukkan tepung dlm mangkuk, lalu curahkan bahan mesin sambil dikacau rata
menggunakan hand whisk.tp kalau nk senang, stelah dikacau rata masukkan semula
dlm blender, & blend 5 saat.
3. masukkan dlm loyang yg tlh dialas kertas & disapu minyak. bakar 170c selama
lbihkurang 40 minit @ sehinggai msk. (oh ya, jgn lupa panaskan oven trlebih dulu
sbelum mengadun kek)
4. bleh juga dimasukkan dlm cawan kertas @ muffin
(BOLEH TAMBAH OVELET UNTUK KEK GEBU)
RESEPI SETERUSNYAAAA
Assalammualaikum semua


Akak pernah beli kek ni..harga boleh tahan. Masa dulu resepi kek ni tak
boleh di publish di blog sebab ramai yang menjual kek ni..ala macam juga
durian crepe yang menjadi fenomena sekarang ni.
Sape nak resepi rahsia kena gi kelas dan keluar wang dulu baru boleh
jual. Akak pun dapat gak resepi rahsia kek ini dan durian crepe ..demi
menghormati permintaan empunya resepi akak tak publish kat blog.

Tapi sekarang ni resepi kek ni dah boleh jumpa kat banyak blog dah tak
jadi secret recipe lagi dah. Akak ambil resepi ni dari blog MamaFami

Bahan-bahan
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna
shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:


1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali
masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang
telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama
45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek
ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya
menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan
sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek
sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Akak parut cheddar cheese terus atas kek..maaflah
terlupa nak snap gambar bila siap di potong
Semua anak-anak sukanya..berbaloi membuatnya

Tips & Cara Membuat Kek Lapis Supaya Terhasil Dengan Sempurna
Assalamualaikum.
Amie terpanggil untuk membuat entri ringkas tentang cara membuat kek lapis
supaya terhasil dengan sempurna. Ini berikutan sejak 3 hari lepas sehinggalah
tengahari tadi, beberapa orang rakan FB menceritakan masalah mereka yang
terpaksa menanggung keletihan dan rasa kecewa disebabkan kek lapis yang
dihasilkan tidak memuaskan dan ada yang hangus! Ada yang menyuarakan rasa
tidak puas hati kerana kek yang dihasilkan berminyak! Setelah meluangkan sedikit
masa bersembang dengan mereka, akhirnya dapatlah Amie rumuskan beberapa
perkara yang perlu diambil kira walaupun kita anggap ia perkara kecil tetapi
sebenarnya memberi impak yang besar.... sebab, dengan sedikit kesilapan seperti
membiarkan atau melebihkan masa dalam tempoh 5 minit sahaja (terutama lapisan
terakhir), kek lapis anda mungkin hangus di bahagian atas dan sekaligus anda
berasa lemah longlai dan tidak berbaloi bersengkang mata sepanjang malam
kerana telah menghabiskan masa selama 4 hingga 5 jam di depan oven! Dan sudah
tentu anda akan berasa sangat kesal kerana terlupa untuk menukar butang
kepanasan dari atas ke bawah selain menukar suhu maksima hanya semata-mata
untuk mendapatkan hasil kek lapis yang masak seragam & sekata (di peringkat
paling akhir proses membakar)!



Pertama:
Sekiranya anda ingin membuat kek lapis, pastikan anda telah membaca resepi
pilihan anda dengan teliti. Baca beberapa kali sehingga anda benar-benar faham
dan rujuk kepada seseorang yang biasa menghasilkan kek lapis sekiranya terdapat
keraguan. Terdapat pelbagai cara dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan
kek lapis. Jika anda tidak biasa membuat kek lapis atau baru pertama kali
mencuba, pastikan 100% gunakan bahan dan langkah seperti yang tertera dalam
resepi.


Kedua:
Buat keputusan muktamad sama ada hendak mengukus atau membakar sebab
dengan menggunakan bahan yang sama anda boleh membuat pilihan cara kukus
atau bakar. Kali pertama Amie menghasilkan kek lapis seperti di atas ialah dengan
kaedah mengukus sebab Amie tidak yakin boleh menjaga api oven untuk
menghasilkan kek lapis yang sempurna. Ini disebabkan sewaktu Amie belajar
membuat kek lapis di kelas masakan, guru masakan kami juga membuat silap! Kek
lapis yang dihasilkan hangus di bahagian bawah kerana terlupa memadamkan /
menutup butang api bawah, sebaliknya menggunakan kedua-dua api atas dan
bawah. Ini kesilapan yang dilakukan oleh guru masakan, yang memang sudah biasa
atau berpengalaman, tetapi bagaimana pula dengan Amie atau anda yang tidak
biasa menghasilkan kek lapis (pada masa itu). Dan untuk beberapa biji kek lapis
seterusnya Amie tetap menggunakan kaedah kukus sehinggalah Amie banar-benar
yakin untuk menggunakan kaedah bakar.

Rujuk entri Amie tentang Panduan (Penting) Asas Untuk Membuat Kek DI SINI.

Persediaan Membakar
Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu, sekurang-kurang 12-20 minit sebelum
membakar. Buka pintu ketuhar 2 minit sebelum kek dibakar. Pastikan anda
membiasakan diri dengan ketuhar yang terdapat di dapur anda. Patuhi peraturan
penggunaan seperti yang disyorkan oleh pengilang. Pandai-pandailah bermain api,
kerana lain ketuhar lain ragamnya.
Posisi yang paling elok untuk diletakkan loyang pembakar ialah di rak yang kedua
(tengah), tetapi jika anda mahu menggunakan dua lapisan rak, sesuaikan
kedudukannya agar tidak bertindanan. Bubuh loyang di rak tengah terkedepan
sedikit, manakala yang di rak bawah, biar terkebelakang sedikit. Jangan sekali-kali
letak loyang terlalu hampir dengan dinding ketuhar.

Mengukus
Sekiranya anda memilih untuk memasak dengan kaedah ini, sentiasa didihkan air di
dalam kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus. Untuk mengukus kek buah,
anda harus mengambil masa berjam-jam. Bagi mengelakkan anda terlalai sehingga
air kukusan kering, bubuh batu kerikil atau guli di dalamnya. Apabila air surut,
batu itu akan menari dan berlaga dengan bunyi keretup keretap, mengingatkan
anda agar air mesti segera ditambah. Amie sendiri pernah buat silap semasa
mengukus kerana terlupa menambah air sehingga kering air kukusan. Ini terjadi
sewaktu Amie menyiapkan tempahan Kek Lapis Chocolate Peanut Butter.
Pelanggan meminta Amie mengukusnya dan kemudian membakarnya pula.




Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas merupakan kek lapis pertama Amie gunakan
kaedah bakar. Dan di bawah ini pua Amie gunakan kaedah bakar untuk kali yang
kedua. Sudah tentu nampak perbezaannya terutama dari segi teksturnya yang lebih
lembut untuk percubaan bakaran kedua berbanding yang pertama. Ada dua
kesilapan yang Amie lakukan untuk bakaran kali pertama. Amie gunakan tepung
gandum sedangkan resepi asal gunakan tepung Hong Kong dan Amie potong
semasa kek masih panas, dan kebetulan pula pisau yang digunakan tidak tajam!
Apa pun Amie berpuas hati kerana dari situ Amie telah mempelajari sesuatu!



Amie memulakan langkah seterusnya dengan mencuba versi penggunaan kuning
telur sepenuhnya! Kek Lapis Cheese Masam Manis di atas menggunakan resepi yang
sama dengan kek lapis bakaran yang pertama, tetapi Amie tukarkan 10 biji telur
sepenuhnya kepada 20 biji kuning telur! Amie gunakan tepung Hong Kong dan Amie
dapati kek lapis bakaran kedua ini sangat lembut, lebih enak dan berganda-ganda
rasa puas hati!




Ketiga:
Sediakan semua bahan dan peralatan di tempat anda bekerja dan perlu ingat,
hanya bahan-bahan yang berkualiti sahaja yang boleh menghasilkan kek lapis yang
sedap dan cantik seperti yang dikehendaki. Jadi, sekiranya bahan yang digunakan
ialah mentega berkualiti tinggi, janganlah tukar kepada marjerin atau buttercup
pula. Amie telah mencuba pelbagai jenama mentega berkualiti tinggi termasuk
jenama Anchor, Golden Churn dan sebagainya. Namun akhirnya Amie memilih
jenama Wood Dunn yang Amie rasa merupakan pilihan yang paling tepat untuk kek
lapis yang Amie hasilkan.(Kredit sepenuhnya untuk Cikgu Fauziah Biran yang
menyarankan Amie mencuba Wood Dunn). Melihat sahaja tanda harganya mungkin
anda akan berfikir sehingga 33 kali untuk membelinya, tetapi setelah melihat
hasilnya anda mungkin tidak akan berfikir lebih daripada sekali untuk memilihnya!
Namun, terpulang kepada citarasa masing-masing kerana selera terletak di tangan
anda. Di Lahad Datu misalnya, harga mentega tulen tidak sama untuk setiap kedai.
Golden Churn dijual dengan harga setinggi RM79.90 untuk 2kg, dan Amie pernah
membelinya dengan harga yang agak murah iaitu RM77.60sen 2kg dan baru-baru ini
di sebuah pasaraya ditawarkan potongan harga sehingga RM74.90 untuk 2kg.
Namun begitu Amie sudah memutuskan untuk menggunakan Wood Dunn
memandangkan hasilnya sangat sempurna, dan terasa wanginya, walaupun harga
yang ditawarkan mencecah RM82.90sen untuk 2kg di sebuah kedai, dan RM81. 50
sen di kedai yang lain. Bagaimanapun Amie agak bernasib baik kerana
berkesempatan meninjai-ninjau di sebuah pasaraya dan mendapat harga serendah
RM70.90 untuk harga promosi selama beberapa hari! Mentega tulen jenama Anchor
yang agak murah sedikit berbanding mentega kualiti tinggi yang lain, sebenarnya
tidak kurang juga enaknya dijadikan sebagai pilihan utama anda! Untuk keju krim
pula, memandangkan tiada bekalan yang mencukupi dari jenama Philadephia yang
ternyata menjadi pilihan ramai, Amie terpaksa akur dengan jenama Anchor yang
sebenarnya tidak kurang juga lazatnya! Tambahan pula untuk memenuhi tempahan
Amie terpaksa membeli dalam jumlah yang berganda, dan sudah pasti Amie
menghadapi masalah yang sama untuk mendapatkan harga yang minima! Untuk
mendapatkan kelazatan yang berganda, anda mesti sanggup mengeluarkan modal
yang maksima! Amie rasa semua sedia maklum, harga barangan di negeri Sabah
memang lebih tinggi berbanding di semenanjung kecuali ikan dan sayur! Bagi anda
yang baru belajar mengambil tempahan, pastikan anda mempunyai lebihan bahan
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Misalnya, telur yang digunakan
mesti mencukupi sebagaimana bilangannya dalam resepi. Untuk memastikan telur
yang digunakan dalam keadaan baik, pecahkan telur di dalam bekas terlebih
dahulu dan kemudian baru masukkan sebiji demi sebiji ke dalam pengadun.
Sekiranya anda memecahkan telur di dalam adunan, kemungkinan salah sebiji di
antara telur yang anda gunakan itu busuk... rosaklah adunan anda keseluruhannya!



Jika kita perhatikan dan bandingkan beberapa resepi kek lapis, memang terdapat
perbezaan semasa proses penyediaannya. Ada yang mengadun beberapa bahan
tertentu terlebih dahulu diikuti dengan bahan seterusnya dalam satu adunan dan
ada pula yang mengadun secara berasingan. Berdasarkan buku resepi Sarawak
Layer Cakes, panduan asas yang diberi ialah membuat adunan secara berasingan
dan kemudian dicampur menjadi satu. Misalnya Bahan A yang terdiri daripada
tepung Hong Kong, gula dan ovallete serta kuning telur, dan perisa vanilla dipukul
dalam sebuah bekas, manakala Bahan B yang terdiri daripada mentega dan susu
dipukul dalam bekas yang lain dan kemudian disatukan.
Amie ikut kaedah guru masakan dengan memukul satu persatu bahan dimulai
dengan mentega, ovallete atau baking powder, gula kastor, cream cheese dan
parmesa cheese, diikuti dengan telur satu persatu, susu pekat, tepung dan diakhiri
dengan horlicks. (Merujuk resepi Kek Lapis Cheese Masam Manis DI SINI)



Keempat:
Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, sukat adunan dengan menggunakan
senduk(anggaran 1/2 cawan). Gunakan sukatan yang sama untuk setiap
lapisan. Gunakan hanya api di bahagian atas ketuhar, iaitu api grill atau
pemanggang untuk membakar kek lapis demi lapis. Apabila sesuatu lapisan masak,
tekan lapisan itu dengan menggunakan penekan khas supaya semua lapisan rata
dan sekata. Jika tiada penekan, gunakan buntut gelas. Semasa prose membakar,
jika terdapat gelembung udara timbul di permukaan kek, cucukkannya dengan lidi
atau garfu. Alhamdulillah setakat ini jarang sangat Amie terjumpa gelembung
udara di permukaan kek yang dihasilkan, tapi Amie tetap tekan juga
permukaannya. Di bawah ini merupakan salah satu kek lapis Sarawak yang Amie
cuba dengan menggunakan 20 biji putih telur. Amie sangat berpuas hati kerana
setiap kali dikeluarkan dari oven, lapisannya sangat cantik, halus dan sedikitpun
tidak ada gelembung udara yang menunjukkan udara terperangkap di dalamnya.



Trio Layer Cake yang menggunakan 20 biji putih telur! Amie telah mencubanya
untuk kali pertama dan kali kedua untuk memenuhi tempahan.




Kelima:
Setelah selesai melapis, matikan api atas, laraskan suhu kepada 100'C - 170'C
mengikut kepanasan oven masing-masing (sebab kapasiti dan kepanasan oven
berbeza-beza mengikut jenis dan kebiasaan), dan bakar lagi selama 20 minit
menggunakan api bawah. Dengan cara ini, semua bahagian dan lapisan kek dapat
dipastikan masak dengan rata. Keluarkan kek dari loyang ketika masih panas dan
sejukkan di atas redai.

Catatan:
Terdapat berbezaan / percanggahan pendapat ketika mengeluarkan kek dari
loyang. Ada yang menyatakan keluarkan ketika masih panas, dan ada yang
menyatakan tunggu sehingga kek benar-benar sejuk barulah keluarkan dari loyang.
Amie gunakan dua cara, sejuk dan panas. Tidak terdapat sebarang kesan untuk
kedua-dua kaedah. Namun begitu, Amie gunakan kaedah pertama iaitu keluarkan
kek ketika masih panas sebaik sahaja keluar dari oven kerana Amie hendak
menggunakan loyang untuk bakaran seterusnya (terutama ketika banyak tempahan
seperti sekarang ini). Amie yakin kedua-dua kaedah boleh digunakan kerana dalam
kelas masakan yang Amie ikuti memang guru masakan terus keluarkan kek sebaik
sahaja keluar dari oven dan disejukkan di atas redai.



Semua kek lapis yang Amie hasilkan untuk tempahan menggunakan kaedah
mengadun yang sama seperti yang Amie nyatakan di atas. Bagaimanapun, Amie
kurangkan sebanyak 20% bahan memandangkan dalam resepi yang biasa Amie
gunakan (panduan Kek Lapis Cheese Masam Manis), kek lapis yang terhasil seberat
2.3 kg! Sangat berat berbanding standard kek lapis biasa. Apabila Amie kurangkan
20% bahan, kek lapis yang dihasilkan lebih kurang 1-7kg hingga 1.8kg sahaja.
Misalnya 450gram mentega jika dikurangkan sebanyak 20% menjadi 380gram, da
tepung hong kong pula daripada 250 gram menjadi 200 gram. Jadi, panduan sudah
diberi, pandai-pandailah hitung sendiri ye.



Amie harap dengan sedikit sebanyak panduan yang diberi dapatlah dimanfaatkan
bersama rakan-rakan yang ingin menghasilkan kek lapis. Sebenarnya Amie pun
masih sangat baru dalam aktiviti lapis melapis ini tapi in shaa Allah, ilmu yang
sedikit ini Amie harap dapat membantu rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dan
menanam minat untuk membuat kek lapis.



Dan... yang terakhir, untuk memulakan kerja melapis ini pastikan anda sudah
cukup persediaan dari segi mental dan fizikal. Perlu beri tumpuan sepenuhnya
terutama lapisan yang menggunakan banyak warna sebab kalau sebarangan saja,
hasil lapisan akan menjadi tidak sekata dari segi warnanya. Jangan paksa diri
membuat kek lapis kalau anda letih atau mengantuk kerana menyiapkannya bukan
dalam tempoh 1 atau 2 jam tetapi menuntut masa selama 4 hingga 5 jam! Amie
pun sebenarnya terpanggil membuat entri ini disebabkan salah seorang rakan FB
menyatakan bahawa beliau membakar kek lapis selama 6 jam dan akhirnya rentung
hangus atas bawah disebabkan kesilapan menjaga api!

Amie sebenarnya memilih untuk berehat selama 2 hari setelah beberapa hari dari
petang sehingga pagi menyiapkan tempahan kek lapis yang dibawa pulang rakan-
rakan yang berhari raya bersama keluarga di semenanjung. In shaa Allah setelah
cukup tenaga, bersedia dari segi mental dan fizikal, Amie akan meneruskan
kembali melapis pada malam ini sehingga 7hb Ogos untuk menyiapkan lebih kurang
16 biji lagi kek lapis tempahan rakan-rakan di sini pula. Jadi, kesempatan berehat
ini Amie gunakan seketika untuk berkongsi Tips & Cara Menjaga Kek Lapis Supaya
Terhasil Dengan Sempurna. Mudah-mudahan kek lapis yang anda hasilkan (buat
yang pertama kali mencuba atau yang telah berkali-kali melapis tetapi masih
belum dapat hasil yang memuaskan), dapat memenuhi kehendak... enak dan cantik
buat hidangan keluarga atau untuk para tetamu di hari raya yang bakal menjelang
beberapa hari lagi!

Selamat menunaikan ibadah puasa!








Kek Lapis Cempedak.... Sedap Giler!!!!
Inilah satu-satunya kek lapis yang paling banyak pernah Amie makan setakat ini!



Kami makan sehingga ke potongan yang terakhir dalam tempoh 5 hari! Tentu anda
boleh bayangkan betapa enak dan lazatnya Kek Lapis Cempedak! Abaikan segala
ketidakemasan rupa parasnya, sebab apa yang penting Amie ingin menikmati
kelazatannya selain aroma puri cempedak yang sungguh menyelerakan!
Maklumlah... asyik siapkan tempahan kek lapis untuk pelanggan, sesekali teringin
juga buat untuk keluarga. Jadi Amie cuba gunakan cempedak pula. Bagaimana pun
kenalah ringankan sikit tulang empat kerat untuk sediakan puri cempedaknya dulu.




Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang resepi Kek Lapis Cempedak
yang tidak lain dan tidak bukan daripada BROTHER ROZZAN! Minta izin untuk Amie
panjangkan resepinya di sini buat rujukan akan datang dan juga untuk teman-
teman yang berminat.

Resepi : Kek Lapis Cempedak
Sumber : BROTHER ROZZAN

Bahan A :
500g mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen cempedak - (optional)
1 sudu teh esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas dengan high speed)

Bahan B :
20 kuning telur
5 putih telur
270 gm gula kastor (halus)
1 sudu besar ovallete

120 gm tepung Hong Kong/ Top
20 gm tepung susu
150 gm puree cempedak*

*Bahan Untuk Puree :
600 gm isi cempedak (dibuang biji)
220 gm gula kastor/halus
220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga
pekat. Dikacau selalu agar tidak hangit)

Cara :
1. Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dengan high speed
sehingga kembang dan pekat.
2. Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.
3.Seterusnya, bubuh tepung Hong Kon dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu
dikacau rata.
4. Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.
5. Sediakan loyang kek berukuran 10 x 7 atau 8 x 8. Alaskan dasar loyang dgn
kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
6. Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180
darjah Celsius.
7. Untuk lapisan pertama, bakarlah dengan menggunakan api atas dan bawah
sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus
membakar sehingga kekuningan.
8. Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu
besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar
hingga cempedak betul-betul kering.
9. Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan
puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.
10.Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kepada 130-140'C dan buka
semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.

NOTA :
Untuk menambah rasa lebih lemak kepada kek, anda bolehlah sapukan mentega
cair di permukaan setiap lapisan kek yang plain (tanpa cempedak).
Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah
dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek...




Nak jemput makan sepotong pun dah tak boleh sebab dah habis licin. Kalau
teringin cubalah buat sendiri ye... resepi sudah dikongsikan di atas. Ringan-
ringankan sikit tulang-temulang tu kalau ingin menikmati keenakan Kek Lapis
Cempedak ini... ahaks!

Anda mungkin juga menyukai