Anda di halaman 1dari 41

Baked Yogurt Cheese Cake

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com



ros guna acuan srpingform 20cm [ aku guna loyang bulat 8''
yang dialas dengan baking paper pada dasar dan tepi loyang ]

-180 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang)
kat malaysia boleh guna natural yogurt jenama nestle
-120 gram tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-60gm gula
-180gm cream cheese philidelphia [ aku guna yang tatura ]
-4 biji kuning telur
-200 ml whipping cream

Bahan untuk meringue
-4 biji putih telur
-80 gram gula


-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil
penapis, alaskan dengan kicthen towel ( tisu dapur) , curahkan
plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl
tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah,
biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati
ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang
air nye baru ditimbang.


Topping
-coklat cair atau coklat Hesley yang dalam botol tu. [ aku guna
lebihan coklat ganache ]


Cara-cara

Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang
pembakar dan panaskan pada suhu 160 darjah [ aku bakar pada
suhu 140C. kalau lebih dari tu, nanti kek merekah ].
Kemudian putar cream cheese bersama gula hingga
lembut,masukkan pula kuning telur dan pukul hingga agak
kembang, selepas itu masukkan plain yogurt dan sebatikan
dalam adunan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan curahkan pula
whipping cream kacau sebati. ketepikan.
Buat meringue- pukul putih telur hingga berbuih, baru
masukkan gula, pukul hingga betul-betul kental dan menjadi
meringue, cara nak tau putih telur tu dah betul2 kembang, bila
kita terbalikkan bekas adunan, putih telur tu elok je terletak
dan tidak jatuh.
Bahagi adunan meringue pada 3 atau 4 bahagian dan masukkan
ke dalam adunan kek tadi sedikit demi sedikit dengan
menggunakan kaedah kaup balik, jangan terlalu lama mengacau
meringue, takut overmix, pastikan meringue betul-betul sebati
dalam adunan kek dan jangan gunakan mixer, gunakan senduk
kayu atau spatula.
Alas dasar springform dengan baking sheet dan sapukan
marjerin di keliling acuan, curahkan adunan , ambil coklat cair
dan paipkan di atas permukaan kek dan lorekkan menggunkaan
lidi mengikut kreativiti masing-masing. balut sedikit bawah
acuan kek spring foam hingga separuh ketinggan acuan dengan
alumunium foil supaya air tidak termasuk dalam acuan.
Bakar selama 70 ke 80 minit atau sehingga permukaan kek
menjadi perang, sejukkan atas redai, setelah sejuk baru
masukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam baru
dipotong, hidangkan sejuk baru sedap dimakan, selamat
mencuba.





Sungguh lembut dan lemak berkrim...
Tak manis sangat...
Sangat sedap...

Rainbow Snow Cheesecake



Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek
yang tengah meletop waktu sekarang ni.. Kalau tengok rata-
rata blog masakan tengah dok tayang kek cheese meleleh atau
kek cheese bersalji... Ramai yang dah dapat ungtung dengan
kek cheese meleleh ni. Tapi kek cheese aku ni bukan dalam
golongan kek cheese meleleh la... Cuma dalam golongan kek
cheese bersalji yang dah di derhaka jadi rainbow cake yang
telah di salut dengan cheese... Kalau aku buat cara kek cheese
meleleh, kompem runtuh kek ni... Huhuu... Untuk setiap warna
aku letak berlainan rasa... Pilih nak rasa yang mana... Hehehe...
Ok la, jom kita layan resepi kat bawah...






Rainbow Snow Cheesecake
Sumber : Sherry mz / MyR ( Kek cheese bersalji )

KEK
-6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
-100 gram gula halus
-100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
-60 gram tepung jagung (maizena)
-50 gram air sejuk (dr peti ais)
-1 sudu teh baking powder
-2 sudu makan ovelet
-75 gram mentega (dicairkan)
-pewarna merah ( perisa strawberry ), oren ( perisa oren
), kuning ( perisa mangga ), hijau ( perisa pandan ), biru ( perisa
vanila ) & ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati
dan pekat.
Bahagi adunan kepada 6 bahagian sama banyak dan masukkan
setiap bahagian dengan warna dan perisa masing-masing.
Sediakan dua loyang bulat 7'' yang telah dialas dengan kertas
minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 12
minit ke 15 minit, dengan kepanasan 150C.
Bila sudah masak biarkan sejuk.


KRIM
-450gm cream cheese
-1/2 tin susu pekat manis [ ikut tahap kemanisan masing-
masing ]

Cara-Cara
Satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga tidak berketul-
ketul.


TOPPING
-1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)






Cara Penyediaan Kek

-jus untuk lembabkan kek

Letak sekeping kek atas papan kek. Renjis sedikit jus untuk
lembabkan permukaan kek. Sapu sedikit krim dan ratakan.
Letak sekeping kek diatasnya.
Ulang langkah satu sehingga kepingan kek yang terakhir.
Sapu keseluruhan kek dengan baki krim.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi
keseluruh kek sebagai toppingnya.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum
dihidangkan.




selamat mencuba...


















KIWI (GOLD) PANNA COTTA
Source : Gert (Mango Panna Cotta)
C&P : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
-9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
-4 sudu besar air
-2 1/2 cawan susu segar/fresh milk
-1/4 cawan gula
-1 sudu teh vanila
-3 biji buah kiwi gold ~ blend utk dijadikan puri + 2 - 3 sudu
besar gula


Cara-Cara


Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api
sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan
buih2 kecil.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau
sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga
jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



makan sejuk-sejuk baru best...





Aiskrim Goreng Salut Bread Crum



Salam semua... Petang-petang ni makan apa...? Aku petang ni
try buat aiskrim goreng. Kali ni aku buat lain sikit. Salut dengan
bread crum. Guna yang kale oren tau.. Baru nampak
mengancam kan.. Bila dah siap goreng tu, nampak cantik je kale
dia. Macam nuget ayam pun ada. Hehehee... Masa kita gigit tu
boleh la dengar krup, krap, krup, krap sebab bread crum tu
rangup. Masa goreng tu kena kejap je. Cuma balik kiri, balik
kanan. Dah siap. Kalu lama nanti aiskrim tu cair. Meh kita
tengok resepinya...


Bahan-Bahan [ sorang makan ]
-4 keping roti
-aiskrim kegemaran
-bread crum secukupnya
-1 biji telur [ dipukul sedikit ]
Cara-Cara
Ratakan roti hingga leper.
Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut.
Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
Tekap dengan gelas getah. Pastikan kedua-dua belah roti
bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam
tempat sejuk beku.
Setelah semalaman, keluarkan dari peti sejuk. Pukul telur, salut
seluruh aiskrim dan golek-golek atas bread crum.
Simpan semula di tempat sejuk beku sehingga sedia digoreng.
Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan
api kuat. Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair.
Sedia dinikmati.






Untuk step salut dengan bred crum tak disertakan..
Harap maaf yee..


























KEK SPAN BLUEBERRY
C&P : E-NA LOVELY KITCHEN ( Kek Span Pandan )


Bahan-bahan:
-150 g tepung kek
-150 g gula kastor
-5 biji telur gred A
-15 g ovallete
-1 sk baking powder
-80 ml air
-80 ml butter cair
-Sedikit Perisa Pandan [ ganti perisa blueberry ]
-Sedikit Pewarna Hijau [ ganti pewarna biru ]


Cara-Cara

Ayak tepung bersama baking powder.
Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan
pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan
tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa blueberry.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul
ringan.
Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati.
Bahagi adunan kepada 5 bahagian dan letak pewarna biru
mengikut ton yang sesuai.
Sediakan beberapa biji loyang 6 inci dan oles dengan marjerin
dan alas dengan cooking sheet.
Tuang adunan dan bakar pada suhu 150 degree selama 10-15
minit atau sehingga kek masak.
Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas
redai sehingga kek sejuk.
Keluarkan kek dari acuan.





Cara Penyediaan Kek

-blueberry topping secukupnya + sedikit air [ hancurkan
buahnya ]
-300gm fresh cream [ pukul kental ]
-buah blueberry segar [ hiasan ]



Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu sedikit blueberry
toping dan ratakan. Paipkan pula fresh cream. Ratakan. Letak
sekeping kek lagi diatasnya.
Ulang langkah 1 hingga lapisan kek yang terakhir dan sapu
keseluruhan kek dengan baki fresh cream.
Susun buah blueberry diatas kek dan sapu dengan lebihan
blueberry topping.
Sejukkan dahulu sebelum dihidang.
















Kek Lapis Pelangi
Sumber / Rujukan: sherry_mz [ Kek lapis Sarawak ]


DALAM KEK [ inti kek ]

Bahan A
-5 biji kuning telur
-3 biji putih telur
-150 gram gula kastor
-100 gram tepung hong kong
-1 sudu makan ovelet

BAHAN B
-200 gram mentega/butter
-3 sudu makan susu pekat


Cara-Cara

Pukul Bahan B hingga sebati. [ Untuk buat bahagian dalam kek
ni aku guna loyang 8x8 ]
Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam
Bahan B. Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan
pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke
3 masukkan pewarna kuning. [ aku bahagi kepada 7 bahagian
dan letak
warna merah, oren, kuning, hijau, biru, violet dan ungu ]
Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke
2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. [ Bakar selapis -
selapis untuk setiap warna hingga habis ]
Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk
potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian
potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu. [ Bila
kek dah masak dan sejuk, potong kek kepada 16 keping iaitu
setiap satu tinggi 1/2 inci dan panjang 7 inci. Ketepikan ]



BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

-300 gram putih telur (8 biji putih telur)
-190 gram tepung hong kong
-150 gram gula kastor
-1 sudu makan ovelet
-250 gram butter/mentega (cairkan)
-50 ml susu cair


Cara-Cara

Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua
bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan
mentega cair. Gaul rata & sebati.
Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir
masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya.
Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek
yang telah dipotong. Bakar lagi.[ Bahagi adunan kepada 3
hahagian. Mula-mula ambil bahagian pertama dan masukkan
lebih kurang 7 sudu makan dalam loyang 7x7 dan ratakan.
Bakar api atas dan bawah. Suhu bergantung pada oven masing-
masing. Setelah keperangan, kelurkan dari oven dan tekan
sedikit kek dengan penekan kek. Buat sebanyak 3 lapis. untuk
lapisan ke-2 hingga berikutnya guna api atas sahaja. Untuk
lapisan ke-3, sapu jem dan susun inti kek. Sapu jugak jem ditepi
setiap inti kek supaya melekat antara satu sama lain. Ambil 7
sudu makan adunan ke-2 dan ratakan. Bakar hingga masak dan
buat sebanyak 3 lapis juga. ]
Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi.
Buatlah begitu sehingga semua adunan habis. [ Ulang proses
yang sama untuk inti kek yang ke-2. Untuk lapisan terakhir,
bakar api atas dan bawah selama 10 minit untuk pastikan kek
masak keseluruhan. ]
GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci [ aku guna loyang 7x7 ]











Jus Buah Naga
C&P : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

-1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
-1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis) [ tak letak ]
-3 cawan air mineral
-1/2 cawan susu sejat IDEAL
-3 titik esen vanilla
-Ais kiub secukupnya
-Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat
pengisar bersama2 gula dan air. Kisar hingga hancur. Tambah
susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok
boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan
hidangkan sejuk...hmmm....














4 biji telur - asingkan kuning dan putih
100 gm gula caster
250 gm cream cheese
160 gm susu cair
110 gm tepung halus lagi putih
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu teh nescafe + 1 sudu besar air panas ( larutkan)
1 sudu besar coklat emulco
10 keping oreo - hancurkan


Pukul putih telur hingga bertanduk, masukkan 1/2 gula dan
pukul hingga kaku ( kalau diterbalikkan bekas, adunan tu tak
jatuh)
Dalam bekas lain, pukul cream cheese dgn baki gula hingga
lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga lembut.
Masukkan susu dan tepung sedikit2 dan berselang seli. ( masuk
tepung sikit pas tu masuk susu, pas tu masuk tepung lagi dan
masuk susu begitulah hingga habis akhir dgn tepung) kacau
rata.
Masukkan esen vanila kacau rata.
Akhir sekali masukkan 1/3 dari putih telur ke dlm adunan
kuning telur tadi. Kacau rata menggunakan kaedah kaup balik.
Setelah rata Tuangkan baki putih telur dan kaup balik semula
hingga rata.
Ambil sedikit adunan dan campurkan dgn nescafe dan coklat
emulco.
Sediakan loyang 8" griskan dgn butter dan alas dasar loyang
dgn kertas minyak.
Tuangkan selapis adunan ke dalam loyang, kemudian taburkan
oreo kisar tadi, Kemudian tuangkan adunan nescafe dan tuang
selapis lagi adunan, tabur oreo dan selapis nescafe lagi
begitulah berselang seli sehingga habis.
Permukaan yg akhir sekali mestilah adunan nescafe
Kemudian kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak
sepenuhnyer.






Puding roti bersama sos vanilla yang saya buat.
Satu je gambar yang ada. Sebab adekku dah delete. Sadis tol.
=_=
Bahan-bahannya:
7 keping roti
3 sudu butter
650 ml susu segar/ susu cair
3 biji telur
30 gram gula
30 gram kismis
1 sudu esen vanila
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

2. Sediakan loyang. Loyang tak perlu besar sangat. Agak-agak
muat 7 keping roti saja. Sapukan butter pada bahagian bawah
dan tepi loyang.

3. Kemudian, sapukan butter pada permukaan roti (sebelah
bahagian saja). Potong kesemua roti tadi kepada 4 bahagian.

4. Masukkan roti yang dipotong tadi ke dalam loyang. Sambil
masukkan roti tu taburlah kismis sekali. Ketepikan sekejap.

5. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur. Agak-agak gula dah
larut, masukkan susu dan esen vanilla.

6. Tuang campuran susu ke dalam loyang yang mengandungi
roti tadi. Biar selama 5 minit supaya roti kembang.

7. Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30-35 minit. Jangan
asyik buka tutup oven, nanti roti akan mengecut.

8. Bila dah masak, bolehlah hidangkan bersama sos vanilla, sos
coklat atau pun aiskrim vanilla. Ikut kesukaan anda lah.

Kalau makan puding roti ni saja pun dah sedap.
Sedap dimakan panas ataupun sejuk. Selamat mencuba.

P/s: Best bestt, rugi tak tengok SINI.

Anda mungkin juga menyukai