Anda di halaman 1dari 36

Isu-isu etika guru

Kesantunan guru
Kepedulian guru
Penampilan guru
Berniaga di sekolah
Pengurus masa
Pengurus kewangan
KESANTUNAN GURU
Kesantunan
berpakaian
Kesantunan
tingkah laku
Kesantunan
berbahasa
Kesantunan berpakaian
Jenis pakaian yang digunakan;
Fesyen pakaian tersebut;
Solekan yang digunakan oleh guru;
Berpakaian sopan sesuai dengan etika
berpakaian;
Tidak boleh berpakaian yang dapat
merangsang orang lain (terutama dari jenis
jantina berlainan);
Kesantunan berpakaian
Pakaian tembus pandang (transparence),
menampakkan bahagian badan, blause yang
terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
Kesesuaian berpakaian sama ada ke majlis
rasmi atau majlis santai.

Kesantunan tingkahlaku
Ialah tatacara bertindak atau gerak geri guru
ketika menghadapi sesuatu dalam situasi
tertentu.
Contohnya:-
ibu bapa yang datang berurusan di sekolah;
berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan;
duduk di dalam kelas;
berhadapan dengan orang yang kita hormati;
Berjalan di tempat umum;
Kesantunan berbahasa
Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-
unsur budaya yang ada dalam masyarakat
setempat.
Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah
sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan
berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap
sebagai seorang yang sombong, angkuh, egois,
tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
KEPEDULIAN GURU
Dari segi moral, pendekatan kepedulian
merupakan kesanggupan seseorang untuk
berkorban demi orang lain.
Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah
ambil peduli, mengambil berat dan
menyayangi, yang melibatkan responsif
sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap
pengalaman mereka.
4 komponen penting dalam
pendekatan ini, iaitu:
Dialog
Modeling
Kepastian
Praktis
Modeling
Komponen ini adalah penting dalam
menunjukkan bagaimana kita mengambil
berat terhadap orang tersayang, iaitu murid
kita.
Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada
murid bagaimana untuk mengambil berat dan
menyayangi dengan cara membuat hubungan
yang baik terhadap mereka.
Dialog
Komponen ini bukan sahaja hanya melibatkan
percakapan atau perbualan semata-mata,
tetapi ianya mempunyai pembuka dan
penutup, di mana kedua-dua pihak
mengetahui keputusan atau matlamat yang
akan dicapai melalui aktiviti berdialog.
Ia memberikan murid peluang untuk bertanya
dan membantu kedua-dua pihak mencapai
keputusan yang seimbang dan dipersetujui.
Praktis
Komponen ini juga hampir sama dengan
komponen modeling di mana guru akan
mempraktikkan bagaimana untuk
menunjukkan kasih sayang di antara guru dan
murid.
Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada
seorang murid.
Apabila guru berbuat demikian, murid itu
mengucapkan terima kasih.
Kepastian
Perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang
terbaik daripada orang lain.
Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita
mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk
mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.
(Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat
murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih
kepada belajar menggunakan teknologi
maklumat, misalnya komputer, guru perlu
menggalakkan aktiviti tersebut.)

PENAMPILAN GURU
Hendaklah menampilkan watak terpuji,
berimej, berperibadi mulia dan berwawasan
sebagai pendidik yang unggul.
Menunjukkan sifat yang positif.
Mengamalkan semua nilai murni dalam
kehidupan seharian dan ketika melaksanakan
tugas sebagai seorang guru.
Guru mestilah mempunyai sifat:-
Sabar yang tinggi
Mesra
Bertimbang rasa
Kesediaan mendengar
Kesediaan menerima kritikan
Rajin
Adil
Periang
Berdedikasi
Kreatif dan inovatif
Faktor penampilan diri guru
Faktor pendidikan
Faktor pengalaman
Faktor persekitaran
Faktor pendidikan
Lebih menfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang guru.
Kebiasaannya guru yang terdidik dalam
keluarga yang mementingkan penampilan
sahsiah diri, turut akan menonjolkan
penampilan diri dalam amalan kehidupan dan
perkhidmatan yang mereka ceburi.
Faktor pengalaman
Pengalaman hidup dan kerja seseorang guru
dapat mempengaruhi sikapnya, sama ada ke
arah yang lebih positif atau negatif;
Sebagai guru permulaan, anda harus berusaha
untuk mebentuk penampilan diri yang posotif
dengan merujuk kepada mereka yang lebih
berpengalaman dalam sesebuah sekolah yang
ditempatkan kelak.
Faktor persekitaran
Amat luas skopnya termasuklah keluarga,
kebudayaan, pengaruh sekolah, media massa,
pengalaman dan masyarakat;
Persekitaran yang baik dan harmonis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya;
Guru seharusnya mempunyai jati diri agar mereka
tidak terpengaruh dengan penampilan negatif
yang ditunjukkan oleh persekitaran mereka.
BERNIAGA DI SEKOLAH
Perniagaan bermaksud perihal urusan jual
beli yang melibatkan barangan dan bertujuan
untuk mencari keuntungan
Melibatkan produk ataupun perkhidamatan
kepada pelanggan
1) Ramai guru terlibat dalam perniagaan di
sekolah samada secara terus ataupun sistem
MLM ( Multilevel Marketing)

Guru yang terlibat mula beralih arah dan
melepaskan tanggungjawab dan hilang daya
tumpuan dalam mengajar khususnya yang
terlibat dalam MLM
Berjaga malam
Merebak disekolah
Menyalahi etika kerja
Tugas sebenar dianggap sampingan
Tidak menghargai amanah yang diberikan
kepada mereka
2) Ketika musim perayaan juga menimbulkan
peluang berniaga
Peluang berniaga kuih raya, baju raya,
tempahan pakaian, perhiasan wanita dan
ianya membelakangkan tanggungjawab utama
guru
Mewujudkan budaya yang tidak baik di
sekolah
3) Minggu suai kenal dengan menjadi tempat
individu yang dijemput mempromosi
barangan mereka kepada ibu-bapa
4) Guru berkempen murid menyertai tuisyen
yang dijalankan
Melewatkan sukatan pelajaran
Memberikan penumpuan yang berbeza
Mengambil untung
Menggunakan sekolah sebagai tempat tuisyen
Menggagalkan atau memberi markah rendah
kepada murid yang disasarkan
Menggunakan kemudahan sekolah untuk tuisyen
Menjual makanan ketika kelas tuisyen kerana
tiada kantin
KERJAYA SAMBILAN
Kerja sementara untuk menambah
pendapatan
Pengalaman bekerja menjelaskan erti
kehidupan sebenar
Menerap nilai menepati masa, mengikut
arahan,rajin dan menggunakan minda serta
labih berwawasan
Tekanan hidup memaksa guru dikawasan
bandar mencari alternatif menambah
pendapatan
Kos sewa rumah
Perbelanjaan keluarga
Bebanan hutang
Contoh kerja sampingan yang dilakukan guru :
Pengajar tuisyen/pusat tuisyen
Penceramah seminar
MLM (Multilevel Marketing)
Memandu teksi
Aktiviti kerja sampingan selepas waktu di
sekolah membawa kesan negatif
Keletihan dan lesu
Perancangan mengajar tidak lengkap
Tiada tumpuan mengajar
Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 1 Tahun 1999 dimana ianya untuk
memantau dan memberi kebenaran kepada
individu yang terlibat
Antara panduan yang ditetapkan ialah :
Ketika memohon telah disahkan jawatan
Kerja sampingan tidak melebihi 4 jam seminggu
Markah prestasi tahunan anda haruslah tinggi
iaitu bersamaan atau melebhi 80% bagi tahun
sebelumnya
Kerja sampingan tidak mengganggu tugas rasmi
Tidak dibenarkan menggunakan peralatan
pejabat/ sekolah
Pemohon dapat sokongan Ketua Jabatan masing -
masing
Guru guru yng terlibat, terikat dengan
pekeliling dan syarat-syarat peraturan 5(3),
Peraturan Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Tidak melakukan aktiviti dalam waktu pejabat dan
pada ketika anda dikehendaki menjalankan tugas
rasmi
Tidak dengan apa cara menjejeaskan kegunaan
anda sebagai pnjawat awam
Tidak dengan apa apa cara bercanggah dengan
kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar
dengan kedudukan anda sebagai pegawai awam
PENGURUSAN MASA
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di
dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman
dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan
kebenaran dan berpesan kepada kesabaran
Menguruskan masa melibatkan penggunaan
peralatan dan kaedah atau teknik untuk
merancang masa dengan sesuai untuk mencapai
matlamat anda
Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan
masa yang baik untuk mandapat kesan yang
maksimum
Taktik penting yang perlu diketahui :
Tentukan keutamaan
Merancang masa depan dan tuliskannya
Membaca dengan laju dan menulis dengan cepat
Tidak melakukan perkara tidak penting
Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain
Mengikut seminar yang boleh meningkatkan
kemahiran
Memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya
Elak menangguh kerja
Seimbangkan masa untuk kerjaya,keluarga dan
masyarakat
Kehilangan masa melibatkan :
Keluarga
Rakan
Aktiviti tidak berfaedah
Pengaruh media massa
Sikap
Kaedah mengurus masa :
Senaraikan semua aktiviti yang mahu dijalankan
dalam 1 hari
Susun aktiviti berdasarkan kepentingan
Elak senarai aktiviti tidak berfaedah
Agihkan masa untuk setiap aktiviti
buat jadual untuk aktiviti
Disiplinkan diri
Jadual sehari kemudian seminggu

PLAN
DO
CHECK
ACT
Kesan menguruskan masa dengan berkesan :
Terurus
Produktif
Kurang tertekan
Lebih mempunyai banyak masa melakukan aktiviti
yang bermakna dalam kehidupan
i. Mengubah tabiat lama yang negatif
Menangguhkan kerja atau tugasan perlu dikikis
dan dibuang daripada sikap guru untuk menjadi
lebih efisen.
ii. Komunikasi
Komunikasi amat penting dalam menyampaikan
maklumat. Ianya perlulah tepat, jelas, mudah
difahami agar masa yang digunakan menjadi lebih
efisen
iii. Penumpuan
Perlu mahir membezakan pengurusan masa untuk
sesuatu aktiviti
Aktiviti yang memerlukan sepenuh penumpuan
adalah seperti berikut :
masa beribadat, bekerja, menambah intelektual,
keluarga, bermasyarakat dan bersosial dan berehat

PENGURUSAN KEWANGAN
Elaun atau gaji anda tidak mencukupi?
Mempunyai wang simpanan kecemasan?
Bebas dari bebanan hutang?
Guru harus manjadi pengurus kewangan yang
cekap kerana ia memberi kesan kepada kejayaan
guru di dalam kelas
Aspek pengurusan kewangan disekolah :
Gaji sendiri, yuran murid kelas anda dan yuran PIBG
Pengutan wang murid perlu surat kuasa
Kutipan segera diserah kepada pejabat

Segala dokumen yang berkaitan perlu lengkap
sebagai bukti
Segala rekod perlu disimpan dengan teratur
agar mudah disemak
Segala wang memerlukan pengeluaran resit
sebagai bukti
Tidak boleh melakukan Perbelanjaan Tanpa
Kebenaran atau melakukan urusan tanpa
kebenaran
Perkara yang guru perlu perhatikan :
Kenalpasti KEPERLUAN dan KEMAHUAN
Sediakan peruntukan untuk emergency buffer
Buat keputusan bagaimana wang sepatutnya
dibelanjakan
Fokus pada matlamat jangka pendek dan panjang
Kenalpasti kebocoran dalam corak perbelanjaan dan
tanganinya
Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang
dan bukan pendapatan ramalan
Mengingatkan diri sendiri tentang kepentingan
pengurusan kewangan
Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga

Anda mungkin juga menyukai