Anda di halaman 1dari 2

Matapelajaran : Matematik

Kelas Masa Tajuk : 3 Mawar : 8 . 45 9. 45 PAGI : Nilai Wang RM 1 RM 100

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : a) Menyatakan nilai wang kertas dari RM1 RM 100 b) Membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu wang lain. c) Boleh menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki. Hasil Pembelajaran : a) Murid dapat menyatakan nilai duit yang diberi . b) Murid dapat membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu yang lain. c) Murid dapat menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki. Bahan Bantu Mengajar : i. ii. iii. iv. v. vi. Gambar duit RM 1 RM 100 Duit Mainan RM 1 RM 100 Barang barang mainan dengan tanda harga Kad imbasan yang ditulis nilai wang. Klip Video Power Point

LANGKAH Set induksi ( 3 minit )

TAJUK AKTIVITI Apa itu wang ?

FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN 1) Guru menayangkan klip video mata wang Malaysia . 2) Guru meminta murid menyatakan nilai duit yang ditunjukkan. 1) Murid diminta untuk memberikan ciri ciri mata wang yang ditayangkan pada power point. 2) Guru meminta murid menyatakan nilai dan symbol mata wang yang ditayangkan. 1) Guru menyediakan beberapa jenis barang berserta tanda harga dalam bentuk power point. 2) Murid dipilih secara rawak untuk memadankan jenis barang dengan harga nya dengan menggunakan power point. 1) Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2) Guru member arahan mengenai aktiviti yang dijalankan. 3) Setiap kumpulan akan diberikan beberapa not wang untuk digunakan dalam simulasi jual beli. 4) Mereka akan bertukar tukar giliran sebagai penjual dan pembeli. 1) Murid akan diberikan lembaran kerja yang mengandungi petak kosong untuk diisikan nilai mata wang. 2) Murid diberikan masalah penambahan dan penolakan dalam system mata wang. 1) Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran pada hari ini. 2) Guru membuat rumusan tentang pengajaran yang diajar.

CATATAN/STRATEGI Strategi berpusatkan Guru. BBM : Klip Video, wang sebenar. Strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan murid. Strategi berpusatkan murid ( koperatif ) BBM : Power Point

Langkah 1 ( 10 minit )

Ciri ciri wang

Langkah 2 ( 10 minit )

Melabel

Langkah 3 ( 20 minit )

Simulasi Jual Beli

Strategi berpusatkan murid. BBM : Buku, Wang Permainan, Gambar Mainan.

Langkah 4 ( 10 minit )

Latihan Pengukuhan

Strategi berpusatkan bahan

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

Anda mungkin juga menyukai