Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH PENGAJARAN

Standard Kandungan :PI 1.3.1 Mengetahui bahasa Arab mudah.

Standard Pembelajaran : PI 1.3.2 menyebut dan mengecam nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.

PI 1.3.3 menyebut perkataan mudah dalam bahasa arab.

Kesepaduan : matematik, estetika

Objektif : diakhir sesi pdp diharap murid dapat :

1. Menyebut nombor 1 hingga 10 dalam bahasa arab.


2. Murid dapat memadankan nombor 1 hingga 10 jawi dan rumi.
3. Murid dapat menyanyi dan membilang menggunakan jari dengan betul.

Langkah pengajaran:

Langkah 1:

1) Guru menunjukkan nombor 1 hingga 10 dalam tulisan jawi dan rumi.


2) Guru memperkenalkan nombor dengan menyebut nombor dalam bahasa arab satu persatu.

Langkah 2:

1. Guru menyanyikan lagu yang memperkenalkan nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.
2. Murid menyanyi bersama-sama dengan guru sambil membilang menggunakan jari.

Langkah 3:

1. Guru menyediakan kad nombor rumi dan jawi.


2. Murid perlu memadankan nombor rumi dan jawi dengan betul.

Penutup.

1. Guru menyuruh murid menyanyi tanpa bimbingan guru.


LANGKAH PENGAJARAN

Standard Kandungan : PI 2.2 memahami asas beriman kepada Allah.

Standard Pembelajaran : PI 2.2.3 Memuji kebesaran Allah dengan lafaz:

i) Subhanallah
ii) Alhamdulillah
iii) Allah Akbar

Kesepaduan : Komunikasi, kemanusiaan, sains dan teknologi.

Objektif : diakhir sesi pdp diharap murid dapat :

1. Murid dapat melafaz ketiga-tiga kalimah di atas.


2. Murid dapat menyuai padan kalimah dengan gambar yang sesuai.

Langkah pengajaran:

Langkah 1:

1. Guru menunjukkan gambar-gambar berkaitan makanan, pemandangan, keluarga, harta


benda dan bencana,

Langkah 2:

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan gambar yang ditunjukkan.

Langkah 3:

1. Guru memberikan lembaran kerja yang perlu dipadankan dengan kalimah yang sesuai.

Penutup.

1. Guru mengulang kembali kalimah yang dipelajari oleh murid-murid.


LANGKAH PENGAJARAN

Standard Kandungan : PI 6.1 Mengetahui huruf jawi.

Standard Pembelajaran : PI 6.1.2 Mengenalpasti bentuk huruf jawi.

Kesepaduan : Komunikasi

Objektif : diakhir sesi pdp diharap murid dapat :

1. Murid dapat menyebut 28 huruf jawi dengan jelas.


2. Murid dapat memngingat tiga huruf pertama jawi iaitu alif, ba dan ta.

Langkah pengajaran:

Langkah 1:

1. Guru menunjukkan poster huruf jawi.

Langkah 2:

1. Guru menyebut alif hingga ya dan murid mengikut sebutan guru.

Langkah 3:

1. Murid mengingat dan mengecam alif ba dan ta.

Penutup.

Murid menyanyikan lagu alif ba ta dengan bimbingan guru.


LANGKAH PENGAJARAN

Standard Kandungan : PI 6.2 Membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka.

Standard Pembelajaran : PI 6.2.4 Membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata terbuka.

Kesepaduan : Komunikasi, fizikal dan sains

Objektif : diakhir sesi pdp diharap murid dapat :

1. Murid dapat menyebut suku kata terbuka


2. Murid dapat menyebut sambil menunjukkan anggota yang terdapat di badan.

Langkah pengajaran:

Langkah 1:

1. Guru menunjukkan kad bergambar anggota badan kepada murid-murid.


2. Setiap kad bergambar mempunyai dua suku kata terbuka yang berbeza warna.

Langkah 2:

1. Guru mengajar murid menyebut perkataan iaitu kaki, pipi dan siku.

Penutup.

Murid mengulang semula perkataan yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai