Anda di halaman 1dari 2

3.

3 Dominasi Barat terhadap Media

Media merupakan saluran informasi yang sangat penting pada era ini sama ada media cetak
mahupun media elektronik. Kecanggihan dunia barat dalam bidang komunikasi telah memberi
peluang yang luas kepada mereka untuk mendominasi penyebaran berita-berita antarabangsa.
Berita-berita berkaitan dengan politik, ekonomi dan domonasi Barat ke atas negara-negara lain
menjadi liputan utama kerana kebanyakkan syarikat gergasi media cetak dan media elektronik
adalah berpusat di Negara Barat . Melalui media, jentera pendidikan mereka memomokkan
masyarakat terhadap agama agar terbentuk ketakutan dan kebencian terhadap agamawan dan
simbol-simbol agama. Dengan demikian, meratalah bentuk sikap dan budaya warga dunia yang
bersifat anti agama dan sekular. Mereka turut memburukkan negara-negara Islam dengan
mengambarkan rakyat Islam sebagai pemberontak dan sering menimbulkan kekecohan.

Keadilan bukan lagi menjadi teras utama kepada sumber maklumat yang diperolehi oleh pihak
media Barat. Sebaliknya agensi-agensi berita yang dikuasai oleh syarikat Barat mengeksploitasi
berita yang diperolehi untuk menutup kesalahan Barat dan memenuhi kepentingan sendiri.

Dalam zaman globalisasi ini, peranan media semakin penting kerana dengan medialah yang
menyebarkan isu-isu semasa berkaitan dunia kini. Kepentingan ini juga menyebabkan berita-berita
yang disiarkan juaga penting kepada pemikiran penduduk dunia. Media secara tidak langsung dapat
mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat dalam dunia global ini. Melalui pemikiran dan
pemahaman masyarakat pula akan melahirkan tindakan-tindakan yang lain sama ada ingin memihak
kepada mana-mana pihak atau tidak. Jadi kesannya adalah, hal ini akan menimbulkan perselisihan
faham antara negara-negara luar dan akan menjejaskan hubungan yang telah dibina antara negara-
negara tersebut.
Bibliografi

Kamus Dewan Edisi ke Empat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

nidapink09. (2011, Julai). Hegemoni dan Globalisasi Barat. Retrieved April 10, 8, from Bunga :
http://nidapink90.blogspot.my/2011/07/hegemoni-dan-globalisasi-barat.html

Zikri, M. (2014, November 3). Hegamoni Barat. Retrieved April 10, 2017, from Scribd:
https://www.scribd.com/document/111982382/HEGEMONI-BARAT

Anda mungkin juga menyukai