Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI SUBTOPIK MODUL DESIGN DIALOGUE SATU


TINJAUAN DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS


Sharifah Nadiya Syed Yahya J amalullaill
Najmiah Hj Abdullah
Mohd Rizuan Mat


Abstrak


Pembelajaran dan pengajaran berdasarkan konsep konvensional pada hari ini kelihatan semakin kurang
sesuai di dalam era globalisasi ini. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Teori Kecerdasan
Pelbagai. Terdapat sembilan jenis Kecerdasan Pelbagai di dalam kajian ini iaitu, kecerdasan verbal,
kecerdasan visual, kecerdasan logikal, kecerdasan muzikal, kecerdasan kinestetik, kecerdasan
interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan naturalis dan kecerdasan eksistensial. Kajian ini
akan dilaksanakan di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Aplikasi bagi teori ini akan diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue
bagi pelajar politeknik semester tiga yang mengikuti Program Diploma Seni Digital (DDS) dan Diploma
Video Digital (DDV). Seramai 45 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan akan dipilih sebagai sampel
kajian. Kaedah kualitatif melalui temubual akan dijalankan dan kuantitatif dengan menggunapakai
soalselidik, adaptasi daripada Piawai MIDAS (Multiple Intelligences Development Assessment Scales)
bagi mengesan kecerdasan pelajar-pelajar tersebut. Cadangan kajian ini diketengahkan untuk menyahut
cabaran bagi mewujudkan transformasi di dalam pendidikan alaf baru.

Kata kunci: Kecerdasan pelbagai, kecerdasan majmuk, design dialogue, DDS, DDV.


PENDAHULUAN

Ramai di kalangan staf akademik pada hari ini kurang didedahkan kepada aplikasi teori
kecerdasan pelbagai di dalam bilik kuliah. Kesannya, tidak ramai yang dapat mengaplikasikan
teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Tujuan kertas kerja ini adalah
untuk memperkenalkan satu cadangan pengajaran dan pembelajaran ke arah transformasi di
dalam pendidikan, iaitu bagi modul Design Dialogue yang begitu sesuai diaplikasikan teori
kecerdasan pelbagai ini. Menurut Piechowski (1979), istilah kecerdasan merupakan
perkembangan yang dapat dicapai oleh individu dalam keadaan optimum. Beliau menambah
bahawa kecerdasan merangkumi bakat istimewa, kebolehan dan minat yang amat mendalam
yang diluahkan dalam lima mod: mod psiko-motor, mod sensual, mod intelektual, mod
imaginatif, dan mod emosi. Menurut Fong (2000), universiti pada hari ini kurang berkemampuan
untuk menghasilkan graduan yang benar-benar berkualiti dan mampu berdaya saing.
Berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh
Howard Garner pada tahun 1983, ia mampu mempertingkatkan kecerdasan pelbagai pelajar
agar mereka menjadi aset negara yang lebih dinamik.






OBJEKTIF KAJIAN

1. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada kecerdasan
yang mereka miliki serta disesuaikan dengan pelbagai aktiviti kelas dan projek yang
dijalankan di sepanjang pengajian.

2. Memberi penekanan tentang kecerdasan pelbagai ini kepada staf akademik bagi
menyusun aktiviti mengikut tahap kecerdasan pelajar yang pelbagai secara menyeluruh
dengan gaya pembelajaran.


PERNYATAAN MASALAH

Penyelidikan ini dicadangkan bagi mengatasi masalah kemerosotan pelajar di dalam
pembelajaran memandangkan kekurangan staf akademik yang menekankan konsep
kecerdasan pelbagai bagi setiap pelajar mereka. Pelajar merupakan satu aset yang bernilai
bagi sesebuah negara. Oleh itu, mereka seharusnya diberi perhatian, terutama aspek potensi
dan bakat yang dimiliki oleh mereka. Kegagalan staf akademik membantu pelajar untuk
mencapai potensi diri merupakan satu kerugian bagi masyarakat dan negara. Menurut Mariani
Md Nor dan Che Mah Yusof (2003), realiti yang berlaku pada hari ini - staf akademik lebih
cenderung mengajar tanpa menghiraukan tahap kecerdasan pelbagai setiap pelajar. Malah dari
segi sistem pengajian, kurikulum, strategi pengajaran adalah sama untuk setiap pelajar
meskipun mereka sebenarnya mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Segelintir staf akademik
sering menggunakan kaedah pengajaran yang sama untuk setiap pelajar. Kekurangan strategi
pengajaran yang kreatif mungkin berpunca daripada kurang pengetahuan dan kemahiran di
kalangan staf akademik tentang aspek kecerdasan pelbagai pelajar (Khadijah, 1992). Oleh
yang demikian, kajian mengenai hubungan antara kecerdasan pelbagai dan kaedah pengajaran
dalam kalangan pelajar diploma, J abatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual ini akan
dilaksanakan. Kajian ini bertujuan membantu staf akademik memahami kewujudan aspek
kecerdasan pelbagai dalam setiap pelajar dan seterusnya merancang strategi pengajaran yang
sesuai dan berkesan untuk memenuhi kehendak pelajar.


ULASAN KEPUSTAKAAN

Menurut Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
iaitu: Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan
Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam
pengajaran dan pembelajaran modul Design Dialogue di dalam aktiviti-aktiviti kelas dan projek
tanpa bergantung kepada p & p konvensional. Menurut Gardner (1998), serta Shearer (2004),
kecerdasan seseorang meliputi aras-aras seperti berikut;

1. Kecerdasan verbal

Memiliki kemampuan dan kemahiran yang tinggi di dalam menulis, membaca, bercakap
dan berdebat.




2. Kecerdasan visual

Berbakat mencipta, menyusun, melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan
ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, visual ruang dan
mengorientasi diri dalam matriks ruang (Shearer, 2004).

3. Kecerdasan logikal

Kecerdasan yang berhubungan dengan kemampuan seseorang dalam perangkaan,
pengenalan pola, dan argumentasi logik.

4. Kecerdasan muzikal

Kemampuan seseorang mencipta irama, peka terhadap bunyi bukan lisan di
sekelilingnya seperti nada dan irama.

5. Kecerdasan kinestetik

Kemahiran pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan
kelenturan badan. Mampu menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan
perasaan.

6. Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan bersosial dengan orang lain. Peka terhadap perasaan orang lain,
cenderung untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain.

7. Kecerdasan Intrapersonal

Kemampuan memahami diri sendiri, peka terhadap perasaaan dirinya sendiri dan
cenderung untuk mengenali pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya
sendiri.

8. Kecerdasan naturalis

Kecenderungan meninjau alam seperti beraneka batu-batan, tanah-tanih, pelbagai flora
dan fauna, objek-objek di angkasa dan sebagainya (Shearer, 2004)

9. Kecerdasan eksistensial

Merupakan kecerdasan moral. Menurut Chen (2004), kecerdasan ini melibatkan
kepekaan dan keupayaan menghadapi persoalan yang mendalam seperti kewujudan
manusia yang berkaitan dengan makna kehidupan dan kematian.


METODOLOGI

Kaedah kuantitatif bagi mengesan kecerdasan pelajar tersebut terlebih akan dijalankan melalui
soalselidik aneka pilihan. Kaedah ini bersesuaian dengan kajian ini (Rohana, 2004). Selepas
itu, sesi temubual (kaedah kualititatif) akan dilaksanakan memandangkan matlamat pengkaji
adalah untuk memperkenalkan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam modul Design
Dialogue.

Lokasi kajian

Kajian ini akan dijalankan di J abatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin yang terletak di Pauh Putra, Arau, Perlis.

Sampel kajian
Sampel yang dicadangkan adalah semua pelajar yang mengikuti pengajian Program
Diploma Seni Digital dan Diploma Video Digital, J abatan Rekabentuk dan Komunikasi
Visual, semester tiga bagi sesi Disember tahun 2011 akan datang sahaja. Seramai 45
pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan akan dipilih sebagai sampel.

Instrumen kajian

Cadangan pengkaji menggunakan instrumen utama iaitu temubual dengan pelajar dan
pensyarah yang berkaitan, serta mengedarkan soal selidik bagi pengumpulan data.
Soal selidik ini akan diadaptasi berdasarkan Piawai MIDAS ( Multiple Intelligences
Development Assessment Scales ) yang dihasilkan oleh Shearer (1996).


MODUL DESIGN DIALOGUE DAN TEORI PELBAGAI KECERDASAN

Modul yang dicadangkan ini memperkenalkan sub topik di dalam sukatan Design Dialogue
tetapi dipraktikkan dengan menggunakan pembudayaan serta penghayatan teori kecerdasan
pelbagai sebagai konsep penyampaian ilmu dengan gaya baru. Antara aktiviti yang
dicadangkan di dalam modul tersebut adalah seperti lakonan, simulasi, projek dan nyanyian.
J adual 1 berikut menunjukkan cadangan aktiviti yang boleh diaplikasikan di dalam kuliah bagi
modul Design Dialogue. Cadangan aktiviti-aktiviti di dalam modul ini adalah sebagai satu
alternatif sahaja. Pengubahsuaian mengikut keperluan perlu diadakan dari semasa ke semasa
bergantung kepada persekitaran, bahan atau keadaan fizikal dan mental pelajar tersebut.
Berikut adalah butiran sub topik bagi bab satu, modul Design Dialogue.

Bab 1: Pengenalan kepada Design Dialogue

Bincangkan mengenai metod berikut:

i. Seminar
ii. Forum
iii. Dialog
iv. Pengucapan
v. Bengkel
vi. Temu bual
vii. Kolokium

J adual 1: J enis-J enis kecerdasan pelbagai dan aktiviti pengajaran.

Sub topik
Design
Dialogue

Verbal


Visual


Logikal


Muzikal


Kinestetik


Interpersonal


Intrapersonal

Naturalis


Eksistensial


Bab 1:
Pengenalan
Kepada Design
Dialogue

I Seminar


Jurnal /dialog.

Pengurusan
grafik.

Sesi soal
jawab.

Muzik latar
program.

Gaya
berhujah.

Kemahiran
bertindak
terhadap panel
seminar.

Refleksi
program secara
kendiri.

Seminar
Bumi Hijau.

Keupayaan
menghadapi
persoalan
kehidupan dan
kematian.


II - Forum


Simultaneous
round table.

Graf dan
Carta.

Matriks
soalan.

Bina
montaj
pendek
untuk
forum
tersebut.

Mencipta
aktiviti forum.

Teknik
menyelesaikan
masalah.

Mengesan
samada kita
adalah sama
atau berbeza
dengan orang
lain.




Forum
tentang
cintai alam
sekitar.

Belajar
bersyukur
kepada Tuhan.

III - Dialog


Seni lakon.

Cerita
bergambar.

Tujuan
dialog.

Mengubah
tempo
melodi
dalam
program.

Memik muka
ketika
berdialog.


Cerita misteri.

Belajar
memahami
kekuatan ,
kelemahan dan
kehendak.


Menghayati
prinsip
alam
sekitar.


Dialog kejadian
alam oleh
pencipta.

IV -
Pengucapan
Awam


Chip bercakap.

Garis masa.

Sesi soal
jawab.

Deklamasi
puisi.

Melakonkan
watak.

Ayat berantai.

Mencipta
metafora.

Membuat
analisis
dengan
alam
semesta.


Mencari dalil
dan hujah.

V. Bengkel

Program
temuduga.

Mapping &
modelling.

Cari
Peraturan.

Lagu
untukku.

Identiti saya.

Mixed pair
discussions.

Garisan bermisi.

Persamaan
dan
perbezaan.

Aktiviti
kembara.

VI - Temubual


Pair heads
together.

Lukisan
kartun.

Matriks
Soalan.

Memilih
lagu yang
sesuai.

Menggayakan
badan
sewaktu
berhujah.

One stray.

Detektif.

Temubual
tentang
kepentinga
n alam
sekitar.


Kesedaran
kebesaran
Allah.

VII Kolokium

Pembentangan.

Garis masa.

Hipotesis
kajian.

Mengubal
rentak dan
melodi
lagu untuk
dimainkan
sewaktu
sesi
perasmian
kolokium
dan majlis
penutup.


Menggayakan
badan bagi
menyatakan
idea,
perasaan dan
penyelesaian
masalah.

Belajar
memahami
hasrat, motivasi
dan idea orang
lain.

Berhujah
dengan
menggunakan
pengalaman
sendiri.

Kolokium
tentang
masalah
pencemara
n alam.

Mencari dalil
dan hujah
tentang
ketuhanan.


KESIMPULAN KAJIAN

Pada kesimpulannya, pelajar adalah individu unik dan mempunyai nilai-nilai murni serta
memiliki jiwa tersendiri dan bukanlah begitu mudah untuk dipangkas sama rata. Mereka
sebenarnya memerlukan perlakuan khusus secara individual selain sekadar perlakuan
kolektif. Penyelidikan ini cuma menfokuskan kepada satu modul dalam satu bab
sahaja. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ini juga boleh diadaptasi bagi modul-modul lain
yang sesuai. Ia boleh dirancang mengikut trend semasa. Seandainya keseluruhan
kecerdasan ini diketengahkan maka keberkesanan di dalam pendidikan juga pasti akan
ditemui bagi memenuhi hasrat pendidikan negara menerusi transformasi pendidikan.


RUJUKAN

Chen, W. K. (2004). Kewujudan pelbagai jenis kecerdasan (multiple intelligences) dan
pengaruhnya terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar pendidikan
teknik dan vokasional. (Disertasi Sarjana Pendidikan). Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn, J ohor.
Fong, C. O. (2000). Ucapan YB Datuk Dr. Fong Chan Onn, Menteri Sumber
Manusia, Malaysia. Dicapai pada 20 September 2010, dari:
http://www.mohr.gov.my.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York:
Basic Books.
Gardner, H. (1998). A multiplicity of intelligences. Scientific American presents:
Exploring intelligence, 9(4), 19-23. New York: Basic Books.
Khadijah Md. Shahid. (1992). Penyesuaian peribadi dan sosial pelajar bergeliga:
Empat kajian kes. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Piechowski, M. M. (1979). Developmental potential in Wallace, B. (1987). An
exploration of some definitions of giftedness. Gifted Education International.
4, 136-138.
Rohana Yusof. (2004). Pengkajian sains sosial. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Shearer, C. B. (1996). Multiple intelligence development assessment scales. UK:
Multiple Intelligence Research and Consulting Inc.


Sharifah Nadiya Syed Yahya Jamalullaill, J abatan Matematik, Sains dan Komputer,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: mirza_nadia@yahoo.com

Najmiah Hj Abdullah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin. Emel: najmiah@ptss.edu.my

Mohd Rizuan Mat, J abatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah. Emel: mrizuan888@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai