Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan
seni mempertahankan diri (Zulkifli Yaakob, 2014). Seni Dalam Pendidikan di peringkat
sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Guru akan mencadangkan pelajar menjalankan
aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Pelajar
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran
yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Sehubungan itu, terdapat pelbagai kaedah
yang boleh disesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran guru mahupun pelajar
khususnya dalam mata pelajaran Sejarah.

2.0 Teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni Dalam Pendidikan (SDP) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran

2.1 Teori Konstruktivisme


Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang
membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran, Teori
Konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar
minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut Teori
Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di
antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Menurut
Subadrah Nair (2005), di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara
membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya
menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru. Di samping proses kognitif, Teori
Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi
pemikiran yang mengarah dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ini
bermakna, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu merancang
strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai

1
dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang penting sekali, pelajar perlu
menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses
pembelajarannya.
Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam mata pelajaran Sejarah,
Pendekatan ini boleh digunakan bersama dengan teknologi sedia ada. Sebagai
contoh, guru menggunakan komputer dan teknologi internet sebagai alat yang
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet menyediakan
peluang unik dan cabaran baru berbanding pengajaran di bilik darjah tradisional
(Omardin dan Yunus, 1996). Pelajar tidak lagi hanya mengakses kepada buku teks
sahaja, tetapi mendapatkan pelbagai bahan sumber sejarah melepasi daripada
kawasan sempadan bilik darjah di sekolah. Dryli dan Kinnaman (1996) berpendapat
bahawa teknologi internet khususnya World Wide Web (WWW) boleh membantu
pelajar mencapai matlamat asas pendidikan seperti perkembangan kemahiran asas
yang kukuh, kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis dan kreatif, koloboratif dan
koperatif, menggunakan strategi penyelesaian masalah, berfungsi sebagai
sebahagian daripada komuniti dan penglibatan pembelajaran sepanjang hayat.
Aplikasi ini dapat membantu pelajar untuk lebih berdikari dan berpotensi untuk
menyediakan persekitaran yang lebih interaktif kepada pelajar dalam mencapai
objektif pembelajaran dalam subjek Sejarah.
Penggunaan komputer dan teknologi internet sebagai alat bantu mengajar ini juga
mempunyai elemen Seni Dalam Pendidikan (SDP). Contohnya penggunaan bahan
bergambar dan grafik seperti slaid, video dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan
penguasaan dalam mengingati fakta sejarah oleh pelajar. Tiga unsur utama iaitu
warna, irama dan ruang perlu digabungkan dengan baik untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif. Guru perlu tahu menggunakan warna
dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan menggunakan ruang yang
sesuai bagi merangsang minda pelajar semasa proses pengajaran dan pembalajaran
(Noraini Idris, 2009). Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan rasa seronok
melakukan aktiviti yang dijalankan. Mereka tidak terikat dengan kaedah pengajaran
tradisional yang berpusatkan guru semata-mata.

2.2 Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner)


Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Harvard,
Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang

2
berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah
kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai lapan
kecerdasan dalam dirinya, iaitu kecerdasan-kecerdasan linguistik, logikal-
matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), intrapersonal
(kendiri) dan naturalis. Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan, Gardner (1991)
berpendapat bahawa setiap insan mewarisi lapan jenis kecerdasan yang berlainan.
Di antaranya ialah kecerdasan linguistik/verbal. Orang yang mempunyai kecerdasan
ini berupaya menggunakan bahasa secara berkesan, sama ada secara lisan ataupun
tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan
pengucapannya yang baik, tepat serta sempurna (Salhah Abdullah, 2009).
Kecerdasan linguistik boleh diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah melalui
kaedah bercerita. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pembelajaran yang
memerlukan guru dan pelajar berimaginasi tentang berbagai peristiwa sejarah.
Menurut Ikhsan Othman (2010), seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada
makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi
secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan
menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari
segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Justeru itu, kaedah bercerita
merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
orang ramai untuk mendengarnya (Yahya Othman, 2012).
Selain itu, kaedah bercerita ini juga mempunyai elemen Seni Dalam Pendidikan
(SDP). Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan
mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens.
Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat
memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E. Greene,
1976). Dalam subjek Sejarah guru perlu menggabungkan fakta-fakta sejarah, watak-
watak yang terlibat dalam satu cerita yang diselitkan dengan perasaan emosi, jenaka
dan sebaginya. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Jika guru berjaya menceritakan
peristiwa yang hendak disampaikan, maka pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan adalah berjaya. Pelajar akan mudah mengingati fakta-fakta yang
dikemukakan apabila dipersembahkan dalam bentuk cerita.

3
2.3 Teori Hoka Hoki (Ned Herrmann)
Antara pengasas Teori Hoka Hoki adalah Roger Sperry yang telah mengkaji tentang
pemisahan otak. Ned Hermann telah melanjutkan teori Sperry yang membahagikan
otak kepada empat bahagian iaitu ‘Quadrant Concept’. Hermann (1991) mengkaji
perkembangan otak kanan dan otak kiri di mana fungsi otak boleh dibahagikan kepada
4 kuadran yang berbeza. Manakala kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat
berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu yang
pemikirannya lebih cenderung kepada otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih
menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak. Manakala terdapat juga
individu yang lebih dipengaruhi oleh otak kiri pula lebih menjurus kepada logik,
rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Menurut Amir Awang (1986), bagi
memastikan kedua-dua hemisfera digunakan dengan baik dalam pembelajaran
dimana guru perlu mengetahui teknik mengajar yang sesuai. Guru perlu
mengimbangkan penggunaan teknik yang cenderung kepada peranan hemisfera otak
kanan dan hemisfera otak kiri.
Sebagai contoh dalam subjek Sejarah, guru boleh menggunakan kaedah lawatan
atau kajian lapangan. Hal ini kerana, pelajar yang dominan pada otak kanan biasanya
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka
bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik
dan imaginasi (Azizi Yahya, 2005). Justeru itu, kaedah lawatan memberi peluang
kepada pelajar untuk mendalami, menghayati atau merasai sesuatu perkara secara
terus dalam konteks sebenar. Menurut Ee, A. M. (1993), kaedah ini sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah, dimana pelajar dibawa melawat tempat-
tempat bersejarah, bertemu dengan tokoh-tokoh sejarah dan sebagainya. Yang
menariknya, secara tidak langsung, kaedah ini didapati membantu mengukuhkan
ingatan pelajar terhadap sesuatu yang dipelajari.
Di samping itu, kaedah lawatan ini juga mempunyai elemen Seni Dalam
Pendidikan (SDP). Sebagai contoh, guru membawa pelajar melawat tempat-tempat
bersejarah untuk menghayati dan melihat sendiri bentuk, warna, dan sebagainya.
Tahap pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajari melalui kaedah ini
amatlah baik kerana mereka berhadapan dengan situasi dan realiti yang asli. Dari segi
penggunaan ruang pula, kaedah lawatan ini menyediakan ruang yang baik untuk
pelajar menjalankan pemerhatian (Mok Soon Sang, 2008). Oleh itu, pelajar dapat

4
berinteraksi dan berpeluang memperolehi ilmu pengetahuan secara terus, terperinci
dan mendatangkan kesan afektif kepada mereka.

3.0 Kesimpulan
Tuntasnya, seni dalam pendidikan sekolah rendah diperkenalkan untuk membentuk
keperibadian generasi muda masa kini supaya mereka mempunyai sifat cintakan nilai-nilai
keindahan, celik budaya, kreatif, kritis, inovatif dan inventif. Seni Dalam Pendidikan akan
menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh pelajar di sekolah menjadi lebih seronok.
Selain itu dapat membantu guru untuk memahami diri sendiri terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional (Choong Lean Keow, 2011).

(1120 patah perkataan)

5
RUJUKAN

Amir Awang (1986). Teori-teori Pembelajaran. Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawaziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Choong Lean Keow (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia: Untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee, A. M. (1993). Pedagogi II: Amalan dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noraini Idris & Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: teori dan praktis.
Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Omardin & Yusof (1996). Pengurusan Sekolah: Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur:
Utusan Publications Sdn. Bhd.
Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.
Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Yahya Othman (2012). Humor dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional
Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar (2014). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Ikhsan Othman (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum.
Asia Pacific Journal of Educator and Education, Vol. 25, 21-32, Tanjong Malim: Universiti
Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai