Anda di halaman 1dari 5

HASIL KERJA KURSUS 1

1.0 PENGENALAN
Tunjang kreativiti dan estetika merupakan salah satu daripada enam tunjang dalam buku
huraian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang memberi memberi fokus
kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran
(Kementerian Pendidikan Malaysia, Semakan 2017). Seni dalam Pendidkan (SDP) adalah
lebih menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai satu
pendekatan inter-disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. SDP
juga berperanan dalam mengasah kemahiran psikomotor dan perkembangan deria yang
dianugerahkan oleh Tuhan melalui aktiviti yang diadaptasi selaras dengan hasrat kurikulum
kebangsaan. Dengan menggunakan deria, , “pelajar dapat membina kefahaman berkaitan
perkara yang berlaku dalam kehidupan” (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Untuk
itu, kefahaman tentang deria adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran selain
boleh kita simpulkan bahawa kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif melalui penerokaan dan
berpandukan bahan rangsangan.

2.0 Hubungkait konsep dan teori pembelajaran Seni dalam Pendidikan dengan
kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal
kanak-kanak dengan merujuk sumber rujukan terkini.

Melalui dapatan daripada kajian ahli tokoh-tokoh, terdapat beberapa teori pembelajaran
yang ditekankan dalam SDP Iitu teori Vygotsky dan teori kecerdasan pelbagai.
Teori Konstruktivisme daripada Lev Vygotsky berfokus pada hubungan di antara
manusia dengan konteks sosial budaya di mana dua hubungan ini adalah saling
berinteraksi. Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh
didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Teori ini
terbahagi kepada dua iaitu actual development dan potential development. Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD). ZPD menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-
kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan
bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. ZPP adalah bertujuan untuk
menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Dalam erti
kata lain, pada awal pembelajaran, pelajar akan diberi bantuan dengan kadar yang lebih
kerap namun apabila pelajar tersebut dipercayai sudah boleh menguasai kemahiaran yang
diajar, tunjuk ajar yang diberikan semakin dikurangkan seterusnya tiada langsung panduan
yang akan diberikan. Apabila menggunakan kaedah Scaffolding, perbualan dan interaksi
merupakan alat terpenting bagi membolehkan pelajar untuk menyusun konsep-konsep baru
secara lebih sistematik. Scaffolding adalah satu struktur sementara yang digunakan untuk
menyokong bahan-bahan dalam pembinaan atau penambahbaikan sesuatu bangunan. Dari
perspektif pendidikan, ia merupakan satu hubungkait di antara bantuan yang diberikan oleh
guru terhadap murid-murid. Vygotsky berpendapat bahawa Scaffolding yang diberikan
kepada seorang kanak-kanak adalah penting bagi membantu mereka mencapai tahap
optimum dalam pembelajaran. Apabila kanak-kanak memperlajari kemahiran baru atau
kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila kanak-
kanak sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga kanak-kanak
boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007). Antara aktiviti yang boleh dilakukan
oleh guru dalam meransang kepentingan deria ialah menggunakan pendekatan tematik
bertemakan buah-buahan. Pertama, sebagai set induksi, guru menunjukkan gambar sebiji
durian dan menanyakan tentang tekstur serta ciri buah durian menggunakan pengetahuan
sedia ada kanak-kanak. Kemudian guru mengajarkan kanak-kanak untuk menyanyikan lagu
durian. Setelah selesai menyanyikan lagu tersebut, guru boleh melanjutkan dengan aktiviti
tampalan buah durian menggunakan cebisan kertas. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk
meransang daya penglihatan dengan menerapkan elemen warna dalam aktiviti. Selain itu,
teknik kolaj juga mampu meransang sensori deria sentuhan kerana tekstur kertas tampalan
yang kasar melambangkan kulit durian yang kasar serta tajam.

Teori kedua ialah teori kecerdasan pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner.
Beliau berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai potensi yang berbeza. Manusia
secara azalinya mempunyai 8 kecerdasan dalam diri mereka seperti verbal-linguistik, logikal
matematikal, visual-ruang, muzikal, kinestetik, interpersonal, intrapersonal serta kecerdasan
naturalis. Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dikembangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran (Sulaiman & Hassan, 2009). Pengamatan atau daya
penglihatan merupakan satu kemahiran yang boleh diperkembangkan dan dipelajari. Teknik
pengamatan yang sesuai dan bahan ransangan yang menarik dapat membantu murid yang
lemah dalam pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana pembinaan konsep yang
dialami akan menjadi lebih mudah melalui pengamatan. Apabila deria pengamatan mereka
tajam, maka tindak balas yang diberikan juga pantas. Justeru itu, deria pengamatan berkait
rapat dengan kecerdasan naturalis. Kaedah belajar sambil bermain memberikan banyak
manfaat kepada murid. Aktiviti bermain dapat mengembangkan banyak kemahiran belajar
dalam kalangan murid. Struktur otak kanak-kanak akan dapat dibentuk melalui pengamatan
simbol dan alat. Apabila penggabungan aspek kognitif dan fizikal ini disatukan maka
pemahaman dan daya ingatan kanak-kanak akan menjadi lebih tajam kerana kanak-kanak
lebih mudah untuk memahami sesuatu melalui pengalaman. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan oleh guru dalam meransang deria sensori kanak-kanak ialah aktiviti menghidu.
Sebelum melakukan aktiviti, guru hendaklah memastikan bahawa bahan-baham tersebut
tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan kanak-kanak. Antara bahan yang boleh
digunakan untuk melatih deria bau ialah rempah ratus seperti bunga cengkih, kayu manis,
jintan manis, ketumbar, buah pelaga hitam dan lada hitam serta buah-buahan seperti durian,
rambutan dan nanas. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk meransang deria bau dari segi bau
buah atau rempah ratus tersebut, deria penglihatan di mana kanak-kanak akan dapat
melihat bentuk objek tersebut dan deria sentuhan kanak-kanak di mana kanak-kanak akan
menyentuh sendiri tekstur buah tersebut. Apabila ketiga-tiga deria ini mampu disepadukan
maka pengalaman tersebut akan disimpan di dalam daya ingatan jangka panjang kanak-
kanak tersebut.

3.0 Penutup
Tuntasnya, seni dalam pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran awal kanak-kanak. Ransangan yang aktif daripada ibu bapa
dan guru berperanan penting bagi menggalakan permikiran secara kreatif dan inovatif dalam
kalangan kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak haruslah didedahkan dengan pelbagai
ransangan agar perkembangan holistiknya akan menjadi cepat matang.

4.0 Rujukan
Arends, R. (1997). Classroom Instructional Management. New York : The MCGraw-Hill
Company

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir 2003, Multimedia Dalam Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan 2017. Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan

Sulaiman, T., & Hassan, A. (2009). Peranan Minda Dalam Kemahiran Berfikir. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Santrock, J.W. (2007) Child Development. 11th Edition, MCGraw-Hill, Boston


HASIL KERJA KURSUS 1
1.0 PENGENALAN
Tunjang kreativiti dan estetika merupakan salah satu daripada enam tunjang dalam buku
huraian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang memberi memberi fokus
kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran
(Kementerian Pendidikan Malaysia, Semakan 2017). Seni dalam Pendidkan (SDP) adalah
lebih menjurus kepada penghasilan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai
satu pendekatan inter-disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
SDP juga berperanan dalam mengasah kemahiran psikomotor dan perkembangan deria
yang dianugerahkan oleh Tuhan melalui aktiviti yang diadaptasi selaras dengan hasrat
kurikulum kebangsaan. Dengan menggunakan deria, , “pelajar dapat membina kefahaman
berkaitan perkara yang berlaku dalam kehidupan” (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir,
2003). Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran selain boleh kita simpulkan bahawa kanak-kanak tidak memperoleh
pengetahuan pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif
melalui penerokaan dan berpandukan bahan rangsangan.

2.0 HUBUNGKAIT TEORI PEMBELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN DAN


KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

Melalui dapatan daripada kajian ahli tokoh-tokoh,terdapat beberapa teori pembelajaran


yang ditekankan dalam SDP termasuklah teori Vygotsky dan teori kecerdasan pelbagai.
Teori Konstruktivisme daripada Lev Vygotsky berfokus kepada hubungan di antara
manusia dengan konteks sosial budaya di mana dua hbungan ini adalah saling berinteraksi.
Menurut Arends, RI. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan
sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Teori ini terbahagi kepada dua
iaitu actual development dan potential development. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
adalah ruang di antara actual development dan potential development. Actual development
merupakan tingkat perkembangan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri
berlainan dengan potential development merupakan tingkat perkembangan kanak-kanak
untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan orang dewasa. Di dalam ZPD, kanak-kanak
akan lebih optimal dalam menyelesaikan masalah jika terdapat orang dewasa yang lebih
tahu untuk membantunya mencapai tingkat perkembangan sebenar. Konsep Scaffolding
berkait rapat degan idea ZPD. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang
diberikan mengikut keupayaan kanak-kanak. “Apabila kanak-kanak memperlajari kemahiran
baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi
apabila kanak-kanak sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga
kanak-kanak boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007). Antara aktivti yang
sesuai untuk melatih deria termasuklah aktiviti membuat kolaj bertemakan buah.
Perkembangan actual kanak-kanak adalah

Anda mungkin juga menyukai