Anda di halaman 1dari 24

KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

NORLIAH BINTI LASEMANG (BA15110429)

PROGRAM HUBUNGAN INDUSTRI

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, kesihatan dilihat suatu masalah sosial yang serius
bagi sesebuah negara. Masalah ini boleh mempengaruhi seseorang individu,
masyarakat mahupun sesebuah negara. Pada masalah ini sering dikaitkan
dengan golongan yang agak berumur. Namun begitu, disebabkan peredaran
masa dan pembangunan yang pesat kini, ia mengakibatkan masalah
kesihatan semakin serius bagi setiap lapisan masyarakat bermula daripada
bayi lagi.jika dilihat masalah ini di Malaysia, ia mencapai tahap yang semakin
membimbangkan. Ramai penduduk yang menghidapi pelbagai penyakit kronik
mahupun yang biasa sahaja tanpa mengira peringkat usia dan jantina.untuk
mendalami masalah ini, adalah molek untuk mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan kesihatan itu sendiri.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (1998), kesihatan


merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang
mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Selain
itu, menurut Md. Safian bin Mohd Tajuddin, melalui kajiannya, menyatakan
bahawa kesihatan membawa konsep bahawa seseorang itu berada dalam
keadaan yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi, sosial dan rohani
dan bukan hanya tidak berpenyakit. Walau bagaimanapun, sekiranya masalah
dari aspek fizikal, mental dan sosial tidak diberi perhatian, maka
kesempurnaan dan kesejahteraan tadi meungkin tidak dapat dicapai oleh
individu dan akhirnya memberi kesan kepada tahap kesihatan masyarakat

1
secara amnya. Oleh yang demikian, kesihatan dapat disimpulkan sebagai
suatu keadaan yang merangkumi fizikal, emosi dan sosial seseorang individu.

Dalam pada itu, faktor yang banyak mempengaruhi kesihatan adalah


daripada aspek fizikal dan mental. Dalam aspek fizikal, komponen ini berkait
dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan serta kebolehan individu
melaksanakan tugasan tertentu. Justeru itu, kesihatan fizikal merujuk kepada
sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan, ketidakupayaan fizikal,
penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan tubuh badan
yang memerlukan perhatian daripada pakar perubatan. Seterusnya, aspek
mental. Kesihatan mental adalah situasi dimana seseorang individu menyedari
potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja
dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan
mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara kita
bertindak. Daam pada itu, cara menghadapi masalah dan mengatasi serta
cara berinteraksi dengan orang lain juga merangkumi kesihatan mental.

Tuntasnya, untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, kesihatan


memainkan peranan yang sangat besar. Kesihatan fizikal dan mental perlu
dititik beratkan kerana ia saling berhubung kait antara satu sama lain.
Kesihatan yang baik mampu melahirkan seorang individu yang produktif dan
berdaya saing yang sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat serta
negara.

2
2.0 ISI PENTING

2.1 KEPENTINGAN KESIHATAN

Kesihatan yang sejahtera amat penting dalam kehidupan. Adalah menjadi


tanggungjawab individu untuk mengetahui akan kepentingan kesihatan fizikal
dan mental. Hal ini bertujuan menjadikan ia sebagai panduan dalam
penjagaan kesihatan.

2.1.1 KEPENTINGAN KESIHATAN FIZIKAL

Kesihatan daripada aspek fizikal membawa kepentingan yang besar kepada


diri seseorang individu, masyarakat dan negara.

Antara kepentingannya ialah mengurangkan insiden penyakit kronik.


Penjagaan kesihatan mampu membantu jantung berfungsi dengan baik.
Apabila penjagaan kesihatan dilakukan dengan baik, ia mampu membantu
dalam ketahanan kardiovaskular atau kemampuan aerobik. Hal ini akan
menyebabkan kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk
membolehkan kita bekerja dalam jangka masa yang panjang tanpa merasa
terlalu letih. Kemudian kesihatan membantu dalam komposisi badan. Di mana
ia merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa
lemak. Hal ini akan mengurangkan risiko penyakit seperti obesity dan
diabetes.

Kesihatan juga membantu dalam menguatkan tulang dan otot serta


mmudahkan pergerakan. Apabila menjaga kesihatan dengan melakukan
aktiviti fizikal seperti berjalan, berbasikal dan membuat kerja rumah, ia akan
membantu dalam ketahanan dan kekuatan otot. Hal ini akan menyebabkan
kemampun sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam
satu jngka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih. Bagi
kekuatan otot pula, ia akan membolehkan penggunaan otot yangn maksima
boleh wujud oleh satu atau sekumpulan otot tertentu. Di samping itu, ia akan

3
menyebabkan kita mampu untuk melakukan pergerakan yang kompleks
dengan mudah.

Dalam pada itu, kesihatan fizikal juga memberi kesan kepada kesihatan
mental dan mood. Seperti yang sedia tahu, badan yang sihat pastinya akan
melahirkan minda yang cerdas. Fizikal yang sihat akan membantu seseorang
untuk mendapat tidur yang mencukupi. Hal ini membantu minda dan mood
dalam melakukan sebarang aktiviti. Yang paling utama ia akan membuatkan
kita sentiasa dalam keadaan yang fokus.

2.1.2 KEPENTINGAN KESIHATAN MENTAL

Seseorang yang normal tidak semestinya mempunyai kesihatan mental yang


baik pada setiap masa. Tetapi pada masa yang sama mereka mampu untuk
melakukan aktiviti seperti biasa. Menjadi suatu kemestian untuk individu
menjaga kepentingan kesihatan mental.

Antara kepentingan kesihatan mental ialah, ia menjadi asas kepada


kesejahteraan individu dan masyarakat untuk berfungsi secara efektif. Bagi
kepentingan ini, ia merujuk kepada kesihatan mental yang menunjukkan satu
keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang
keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja
secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan
mental merupakan ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk
menyesuaikan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan
hidup. Adalah penting bagi seseorang untuk mengendalikan tekanan baik
yang dapat menyeimbangkan kesihatan mental dan keadaan sekeliling.

Selain ltu, kita dapat bekerja secara produktif. Fenomena ini kita dapat
lihat melalui mental yang sihat. Mental yang sihat juga dapat diperolehi
apabila kita dapat memotivasikan diri kita sendiri. Motivasi dapat meransang
mental untuk mendorong seseorang melakukan pekerjaan dalam keadaan
yang baik. Selain itu, keputusan dalam pekerjaan dapat dilakukan secara baik
4
dalam keadaan yang waras. Mental yang sihat membolehkan kita untuk
mengetahui perkara yang perlu dilakukan. Penyusunan pekerjaan mengikut
kepntingan dapat dilaksanakan.

Di samping itu, kesihatan mental menyebabkan seseorang mampu


mengharungi cabaran kehidupan secara berhemah. Seseorang yang
mempunyai kesihatan mental yang baik akan tahu untuk menghadapi tekanan
dengan baik. Untuk menangani tekanan, seseorang indivividu boleh
melakukan aktiviti seharian atau beriadah untuk mengurangkan tekanan.
Selain itu, dalam cabaran kehidupan, pastinya ia mudah menerima kenyataan.
Seseorang individu akan menggunakan keupayaan diri dalam mengatasi
cabaran yang kian mencabar pada masa kini. Ia juga kan membawa kepada
pemikiran yang positif. Hal ini akan menjerumus kepada kebaikan yang
mampu memberikan kesejahteraan kepada diri dan masyarakat.

Oleh itu, kesihatan mental yang baik membolehkan seseorang secara


umumnya menjalani kehidupan mengikut perancangan yang telah dilakukan.

2.2 FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH KESIHATAN (FIZIKAL DAN


MENTAL)

Secara umumnya, masalah kesihatan fizikal dan mental pada masa kini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Bagi permasalahan ini, terdapat
empat faktor yang ditekankan. Antaranya, faktor gaya hidup, taraf kehidupan
yang rendah, persekitaran dan kurang kesedaran tentang kesihatan dan
mental.

2.2.1 GAYA HIDUP

Penjagaan kesihatan boleh dilihat melalui gaya hidup seseorang individu.


Gaya hidup yang tidak sihat menjadi faktor kepada pelbagai penyakit yang
dihidapi. Gaya hidup yang tidak aktif boleh membuntutkan sistem dalaman
5
badan individu. Hal ini kerana, gaya hidup yang pasif akan memberi kesan
besar terutama kepada jantung. Jantung tidak dapat mengepam darah
dengan baik keseluruh badan dan oksigen tidak dapat disalurkan dengan
baik. Dalam pada itu, pemakanan yang tidak sihat juga menjadi faktor
masalah kesihatan. Bagi kesihatan mental pula, apabila kita pasif dalam
melakukan pekerjaan ia menyebabkan otak kita tidak cerdas. Bagi rakyat di
Malaysia budaya pemakanan yang tidak sihat hanya diambil enteng sahaja.
Budaya pengambilan makanan di Malaysia pada waktu tengah malam banyak
menjadi faktor obesity di Malaysia. Hal ini menjadi lebih buruk apabila di
Malaysia ada restoran yang tempoh berniaganya sehingga 24 jam. Ini
menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk makan pada waktu tengah malam.
Selain itu, pengambilan makanan ringan dalam kuantiti yang banyak juga
menjadi faktor. Makanan ringan merupakan makanan yang banyak
mengandungi bahan kimia dan mempunyai kadar kalori, garam, lemak, dan
gula yang tinggi. Bukan itu sahaja, dalam kalangan pelajar, makanan segera
dianggap sebagai makanan harian kepada mereka. Disebabkan faktor masa
dan kewangan menyebabkan mereka mengambil makanan segera sebagai
makanan wajib.

2.2.2 TARAF KEHIDUPAN RENDAH

Bagi permasalahan kesihatan, ia banyak dikaitkan dengan dengan taraf


kehidupan yang rendah. Masalah ini kita dapat amati dalam kelas sosial. Kelas
sosial menampakkan jurang perbezaan yang besar apabila berkait dengan
kesihatan. Dalam kelas sosial, golongan bawahan biasanya mereka
mempunyai pendapatan yang rendah. hal ini menyebabkan ramai antara
mereka tidak menitikberatkan soal kesihatan. Pendapatan yang sedia ada
akan digunakan hanya untuk memenuhi keperluan asas seperti tempat tingal,
makanan, dan pakaian. Perkara ini, tidaklah menjadi faktor masalah kesihatan
di Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia, kos untuk mengambil pemeriksaan
kesihatan di Malaysia tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan negara
6
lain. Namun begitu, kos untuk membuat rawatan adalah tinggi. Oleh yang
demikian, adalah lebih baik rakyat Malaysia untuk mendapatkan khidmat
pemeriksaan kesihatan lebih awal daripada perlu merawat penyakit yang
perlu kos yang tinggi dikemudian hari.

2.2.3 PERSEKITARAN

Melalui aspek persekitaran, ia memainkan peranan untuk kesihatan fizikal dan


mental. Persekitaran yang tercemar dan tidak sihat menyebabkan keadaan
kesihatan kita bertambah buruk. Bagi persekitaran yang tercemar seperti
pencemaran udara, air, bunyi, dan lain-lain ia mendedahkan diri kita kepada
pelbagai risiko penyakit yang berbahaya. Antara penyakit yang disebabkan
oleh pencemaran adalah kanser kulit, penyakit paru-paru, mata, jantung dan
lain-lain. Selain itu, pencemaran boleh mengakibatkan individu tidak
mempunyai makanan yang berkhasiat. Bagi makanan, biasanya makanan
yang diperolehi daripada air yang tercemar mempunyai kimia yang
menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut dan cirit-birit. Kemudiania,
menyukarkan untuk manusia mendapatkan sumber air yang bersih untuk
kegunaan harian. Situasi ini akan menyebabkankan kita sukar melakukan
aktiviti harian yang memerlukan penggunaan air terutamanya.

Untuk persekitaran yang tidak kondusif, ia memberi kesan kepada


kesihatan mental seseorang individu. Seperti yang sedia maklum,
persekitaran masa kini terlalu banyak tekanan yang perlu dihadapi oleh
seseorang. Di era kemodenan ini, manusia perlu bergerak cepat untuk
berjalan seiring dengan pembangunan yang kian meningkat. Pelbagai
masalah yang akan timbul seperi masalah dalam ekonomi dan sosial dalam
masyarakat. Sebagai contoh, dalam persekitaran seorang pelajar,
berkemungkinan pelajar ini akan mendapat pengaruh daripada rakan sebaya
atapun tekanan yang diberikan oleh ibu bapa dan guru dalam aspek

7
pembelajaran. Hal ini jika tidak dihadapi dengan bijak akan menyebabkan
tekanan yang besar kepada seseorang individu.

Tuntasnya, dalam memperolehi kesihatan yang baik kita perlu


mempunyai persekitaran yang baik dan selesa.

2.2.4 KURANG KESEDARAN TENTANG KESIHATAN FIZIKAL DAN


MENTAL

Kesedaraan tentang kesihatan adalah perkara penting yang perlu diterapkan


dalam diri seseorang individu bagi mencapai tahap kesejahteraan hidup. Ia
perlu dipupuk bermula sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Apabila kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan,


membuatkan seseorang akan mengambil sambil lewa tentang keadaan ini.
Secara keseluruhannya di Malaysia, ramai di antara mereka tidak menyedari
akan pentingnya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak dua kali
setahun ataupun sekali dalam setiap enam bulan. Hal ini bagi memastikan
tahap kesihatan kita dan kita boleh mengetahui langkah untuk
menyeimbangkan tahap kesihatan kita. Dalam pada itu, pendidikan tentang
kesihatan juga perlu disematkan daripada golongan ibu bapa atau penjaga
amat penting. Fenomena dapat kita lihat melalui penjagaan kanak-kanak.
Kebanyakkan ibu bapa pada masa kini terlalu memanjakan anak-anak
mereka. Ibu bapa tidak memantau pemakanan dan tahap kesihatan anak-
anak mereka. Kanak-kanak selalu disogokkan demgan pemakan yang baik
seperti makanan yang manis dan makanan ringan.

Oleh yang demikian, pendidikan yang mencukupi boleh menyedarkan


seseorang untuk memperolhi kesihatan yang seterusnya membawa kepada
penjagaan yang baik.

8
2.3 LANGKAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN

2.3.1 LANGKAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN FIZIKAL

Penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi kehidupan seharian


seseorang individu. Oleh yang demikian, langkah atau cara mengatasi
masalah kesihatan fizikal perlu ambil sebagai satu usaha mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan

Antara cara mengatasi masalah kesihatan fizikal adalah melalui


mengamalkan cara hidup sihat. Pengamalan cara hidup yang sihat dan baik
memberi pengaruh yang besar. Hal ini kerana ia memberi kesan kepada
jangka masa yang panjang. Cara ini harus diamalkan sejak usia yang muda
lagi kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang individu ketika sudah
lanjut usia. Namun begitu, cara hidup yang tidak sihat juga boleh
menyebabkan kesihatan terjejas akibat ketagihan seperti merokok. Amalan
yang mungkin boleh diambil adalah disarankan untuk mengamalkan berjalan
kaki sebanyak 10 000 langkah sehari, melakukan riadah, jangan merokok,
tidak mengambil minuman beralkohol, melakukan aktiviti di rumah seperti
berkebun dan juga sebagainya. Fenomena ini akan memberi kesan kepada
predaran darah kita sekaligus memberikan peredaran oksigen ke seluruh
badan berjalan dengan baik.

Selain itu, pengambilan makanan juga penting. Seseorang individu


perlu mengawal pengambilan makanan. Adalah menjadi saranan untuk
seorang individu mengambil pemakanan mengikut piramid makanan. Piramid
makanan membantu individu untuk mengetahui purata makanan yang perlu
diambil. Harus diingatkan bahawa pengambilan makanan yang berminyak
dan manis yang dalam kadar yang tinggi boleh memberi masalah kepada
kesihatan fizikal terutamanya kepada jantung dan tahap gula dalam darah.

Kemudian, melakukan senaman dan perbanyakkan aktiviti fizikal.


Seperti yang sedia maklum, senaman merupakan aktiviti yang mampu
9
meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Hal ini penting untuk
pergerakan seharian dan seterusnya memudahkan sebarang aktiviti
dilakukan. Dengan melakukan senaman dan aktiviti fizikal, ia boleh
meregangkan otot yang sekaligus boleh mengurangkan kecederaan otot
apabila melaluikan aktiviti yang berat. Senaman dan aktiviti fizikal perlu
diambil secara sekata. Bagi senaman, adalah disarankan untuk melakukannya
dalam 30 minit seminggu. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana ia bukanlah
sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan ianya adalah untuk kepentingan
kepada individu kini dan juga masa depan yang sihat.

Seterusnya, menjaga kebersihan. Kebersihan suatu perkara yang perlu


diambil berat dalam kesihatan. Persekitaran yang bersih akan memberi kesan
yang baik. Persekitaran perlu dijaga supaya tidak tercemar. Apabila sesebuah
kawasan mengalami kekotoran, ia menyebabkan banyak haiwan perosak
terutama ‘lilati’ iaitu lipas, lalat dan juga tikus. Ia boleh menjadikan kesihatan
bertambah buruk. Bukan sahaja daripada perspektif persekitaran, kebersihan
makanan juga perlu dijaga. Makanan yang tidak bersih mahupun tidak
dibersihkan, boleh menyebabkan masalah seperti keracunan makanan dan
cirit birit.

Oleh yang demikian, untuk memperolehi kesihatan fizikal yang baik,


pengamalan cara hidup yang sihat, mengawal cara pemakanan, bersenam
dan perbanyakkan aktiviti fizikal serta menjaga kebersihan adalah langkah
yang baik.

2.3.2 LANGKAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental yang baik melahir individu yang mampu untuk berdaya
saing. Bagi memperolehi kesihatan mental yang baik, beberapa langkah perlu
ambil.

Antara langkah yang perlu diambil adalah seseorang individu perlu berfikir
dengan positif pada diri sendiri. Hal ini dapat kita aplikasikan dengan
10
mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri. Misalnya, perkataan seperti
saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, saya
menarik dan sebagainya. Hal ini akan meningkatkan daya keyakinan diri.

Kemudian, kita hendaklah membuat keputusan secara bijak. Sebelum


membuat keputusan, adalah penting untuk mengetahui fakta-fakta yang
berkaitan. Seterusnya, membuat pertimbangan antara kebaikan dan
keburukan yang akan dihadapi dalam pembuatan keputusan. Melibatkan
orang lain juga perlu dalam mencapai keputusan yang memberi kepuasan
kepada setiap pihak.

Cari kawan juga adalah satu langkah untuk mencapai kesihatan mental yang
baik. Dalam dunia ini, kita memerlukan seseorang untuk mendengar luahan
diri kita. Hal ini untuk meringankan beban yang mungkin terpendam. Dalam
pemilihan berkawan, adalah baik untuk mencari seseorang yang mampu
untuk menjaga rahsia kita. Kawan juga berperanan dalam berkomunikasi agar
kita dapat berbual dan ketawa yang mampu meringankan tekanan yang sedia
ada.

Akhir sekali, belajar untuk menjadi diri sendiri. Perkara pertama yang
perlu dilakukan adaah buang keinginan supaya semua orang menyukai diri
anda. Kemudian, buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda
perlu bersedih atau anda gagal. Dalam pada itu, buangkan fikiran jika ingin
disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh. Adalah penting
untuk anda menjadi diri anda sendiri. Jika anda meluangkan semua masa
dengan membuat apa yang orang lain inginkan, anda tidak akan berpeluang
untuk menjadi diri sendiri.

2.3.3 LANGKAH MENGATASI MASALAH KESIHATAN YANG


DILAKUKAN OLEH KERAJAAN

Dalam usaha memperolehi masyarakat yang sihat di negara ini, pihak


kerajaan telah mengambil inisiatif seperti melakukan kempen untuk jangka
11
masa pendek dan juga jangka masa yang panjang. Usaha ini telah lama
dilakukan sejak tahun 1991 lagi. Kempen yang dijalankan oleh kerajaan
adalah Kempen Cara Hidup Sihat dan ia mempunyai tiga fasa. Dalam pada
itu, fasa yang dijalankan adalah mengikut fasa bagi setiap lima tahun.

Antara usaha atau kempen yang dilakukan adalah Kempen Cara Hidup
Sihat Fasa III. Ia diadakan bermula sejak dari 2003 hingga tahun 2008 yang
memberi tumpuan kepada mempromosikan empat amalan tingkahlaku
kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu. Empat amalan
yang ditumpukan adalah lakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat,
menangani stress, dan tidak merokok. Kumpulan sasaran kempen adalah
mengikut tempat ataupun setting iaitu sekolah, tempat kerja dan komuniti.
Kempen ini bertemakan ‘Sihat Sepanjang Masa’. Masyarakat Malaysia
disarankan untuk mengambil tindakan positif melalui keempat-empat elemen
tingkahlaku kesihatan.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah suatu langkah ke arah


mencapai kesihatan masyarakat Malaysia yang seterusnya boleh melahirkan
masyarakat yang berdaya saing dan menjadikan Malaysia sebuah negara
yang sihat disamping menjadi maju.

2.4 KESAN MASALAH KESIHATAN (FIZIKAL DAN MENTAL)

Masalah kesihatan dilihat sebagai sebuah masalah yang signifikan. Apabila


menghidapi masalah kesihatan, ia akan memberi kesan daripada aspek fizikal
dan mental. Kesannya pula adalah saling berhubung kait. Oleh yang
demikian, dalam penulisan ini, kesan akan difokuskan kepada hubung kait
antara kesan masalah fizikal dengan mental dan juga sebaliknya.

2.4.1 KESAN PENYAKIT FIZIKAL TERHADAP KESIHATAN MENTAL

12
Apabila seseorang individu menghidapi penyakit fizikal, berkemungkinan
besar individu tersebut akan menghidapi penyakit daripada aspek mental.
Antara yang kita dapat lihat ialah pesakit akan mengalami keraguan terhadap
masa hadapan. Pesakit akan merasa ragu untuk membuat perancangan pada
masa hadapan berekoran risau akan peruntukan masa yang dianggap tidak
cukup untuk merealisasikan perancangan dibuat. Dalam pada itu, pesakit
akan mula mencari makna dalam kehidupan. Persepsi yang negatif mungkin
akan menyelubungi mental pesakit. Mereka merasa hidup ini terlalu singkat
dan perlu mencari makna sebenar kehidupan. Ini mendorong pesakit ingin
melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan cepat. Ada juga di antara
pesakit yang berasa mereka tidak mempunyai alasan untuk hidup lagi yang
seterusnya menyebabkan pesakit mengambil keputusan untuk membunuh
diri. Hal ini disebabkan gangguan mental yang dihadapi. Selain itu, pesakit
akan kehilangan upaya kawal diri. Disebabkan penyakit fizikal yang dihidapi,
ia akan melibatkan rawatan yang mungkin akan melemahkan daya
keupayaan mengawal diri. Pesakit tidak dapat kawal diri kerana kecelaruan
atau merasa pening yang dihadapi kesan daripada rawatan yang diterima.
Kemudian, pastinya pesakit akan merasa diri gagal daripada pelbagai aspek.
Biasanya dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, produktiviti pekerjaan akan
menurun akibat kelemahan yang tidak dapat dielak kesan penyakit yang
dihidapi. Bukan sahaja daripada aspek produktiviti, ia juga memberi kesan
kepada ekonomi dan sosial seseorang pesakit. Hal ini boleh menyebabkan
seseorang itu merasa gagal dan sukar untuk menerima kenyataan. Yang
menjadi kerisauan lagi bagi pesakit ini, mereka mula berahsia. Pesakit akan
mula menjauhkan diri daripada orang ramai dan menjadi lebih pendiam.
Faktor ini akan dapat dilihat secara ketara melalui perubahan perwatakan
yang mendadak. Akhir sekali, untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi,
pesakit perlu menjalankan rawatan. Namun begitu, ada sesetengah pesakit
yang takut untuk membuat rawatan. Perkara mungkin dihadapi oleh
kebanyakkan pesakit. Mereka akan membuat anggapan bahawa dengan
membuat rawatan ia melibatkan rawatan yang mungkin boleh membawa
13
kepada kematian. Peluang hidup dianggap tipis. Hal ini seterusnya akan
membawa kepada pemikiran tentang kematian. Situasi ini akan
mengurangkan keyakinan pesakit untuk meneruskan kehidupan. Ia juga akan
menyebabkan kemurungan yang teruk. Fenomena ini berikutan daripada rasa
kehilangan dan tekanan yang besar.

2.4.2 KESAN PENYAKIT MENTAL TERHADAP KESIHATAN FIZIKAL

Berikutan penyakit mental yang dihidapi oleh seseorang individu, ia memberi


kesan yang sangat besar kepada kesihatan fizikal. Kesan yang akan dapat
dilihat adalah gangguan kepada imun tubuh. Hal ini kerana penghidap
penyaki mental ini biasanya mempunyai selera makan yang kurang. Perkara
ini akan menyebabkan pesakit tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya.
Pesakit mungkin tidak akan mendapat zat dan vitamin yang mencukupi.
Selain itu, semestinya pesakit akan mengalami peningkatan hormon stres.
Penyakit mental akan memberikan tekanan tinggi kepda pesakit. Tekanan
yang tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan peningkatan kepada
hormone stress itu sendiri. Apabila tekanan yang dihadapi tidak dapat
ditangani dengan betul ia akan menyebabkan peningkatan risiko serangan
jantung dan atau strok. Mental yang tidak baik menyebabkan peredaran
darah tidak berjalan dengan lancer. Tekanan darah akan menjadi tinggi dan
seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok. Bukan sahaja
memberi kesan kepada jantung, ia juga memberi kesan kepada tekanan
darah tinggi serta paras gula dalam darah yang tidak terkawal. Apabila situasi
ini berlaku ia akan menyebabkan kencing manis ataupun diabetes. Dalam
pada itu, ia akan membawa kepada gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit
mental akan menghalang pesakit untuk menjalankan aktiviti harian dengan
baik. Pemakan pesakit pastinya terjejas dan ia akan menyebabkan penurunan
berat badan secara mendadak.

14
Rajah 1: Hubungkait kesan antara kesihatan fizikal dan mental.

2.5 ISU-ISU KESIHATAN (FIZIKAL DAN MENTAL)

2.5.1 ISU-ISU SEMASA KESIHATAN FIZIKAL

Penyakit jantung dan obesiti.

Isu yang hangat diperkatakan di Malysia yang berkaitan dengan kesihatan


fizikal ialah empat rangkaian penyakit yang berpunca daripada penyakit
obesiti. Menurut tiga orang pakar perubatan, Dr. Azrif, Dr. Yap Yee Guan dan
Dr. Norshinah Kamarudin, penyakit kegemukan atau obesiti di Malaysia kini
adalah hanya dikaitkan dengan negara-negara maju di Barat sebelum ini.
Namun begitu, ia berubah berikutan gaya hidup di Malaysia. Empat penyakit
rangkaian ini adalah penyakit jantung, diabetes, hypertension, dan kegagalan
buah pinggang. Masalah obesiti di Malaysia menunjukkan Malaysia menduduki

15
tangga keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat, dan menjadi
negara yang tergemuk di Asia tenggara.

Bagi penyakit yang berkaitan dengan jantung, ia disebabkan gaya


hidup Rakyat Malaysia yang gemarkan makanan yang mempunyai kadar
lemak yang tinggi. Hal ini boleh menyebabkan lemak yang berlebihan tidak
dapat dibuang yang akan mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan
baik. Seterusnya ia akan menyebabkan ada saluran darah yang tersumbat
dan jantung akan diliputi oleh lemak yang berlebihan. Pengepaman darah
akan menjadi lemah dan memerlukan tekanan yang tinggi. Mengikut statistik
Kajian Kesihatan dan Kematian 2011, seramai satu daripada tiga rakyat
Malaysia menghidapi kolesterol yang sangat tinggi.

Seterusnya, penyakit diabetes. Penyakit diabetes ialah sesuatu


keadaan jangkamasa panjang yang menyebabkan tingkat gula dalam darah
terlalu tinggi. Statistic di Malysia yang dilakukan melalui National Health
Mobility Survey yang dijalankan pada athun 2011 mencatatkan 15.1 peratus
rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atasa adalah obese. Peningkatan
yang berlaku adalah lebih tinggi berbanding 2006 yang hanya pada 14
peratus. Selain itu, 2.6 juta populasi di Malaysia adalah obese dan negara ini
dalah negara yang tertinggi kadar obesity di Asia Tenggara. Daripada aspek
jantina, lelaki dikatakan obese jika mereka mempunyai kadar lemak
berlebihan sebanyak 25 peratus manakala wanita dadalah 35 peratus. Untuk
mengukur obesiti ini, Kaedah Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan
digunakan. Kaedah ini adalah perbandingan yang dilakukan antara berat
badan dan ketinggian.

Kanser

Bagi isu kanser di Malaysia, ia adalah masalah yang telah lama berbangkit.
Masalah ini dianggap sebagai masalah yang sangat serius kerana ia
merupakan pembunuh utama dalam kalangan kaum wanita. Kanser
16
mempunyai pelbagai jenis. Namun, dalam penulisan ini ia akan menumpukan
penyakit ini daripada aspek jantina.

Di Malaysia, penyakit kanser payudara adalah penyakit yang banyak


dihidapi oleh kaum wanita di Malaysia. Jika dibandingkan dengan kaum lelaki
yang hanya ada satu peratus untuk menghidapi penyakit kanser payudara ini.
Mengikut statistik yang dilakukan pada tahun 2008, penyakit ini adalah
pembunuh kedua di Malaysia.

Bagi kaum lelaki, penyakit kanser yang selalu dikaitkan dengan mereka
adalah kanser paru-paru diikuti oleh kanser hidung dan usus. Hal ini berikutan
tabiat kaum lelaki yang gemar merokok.

Namun secara keseluruhan, menurut laporan Daftar Kanser Kebangsaan


(National Cancer Registry) 2002, wanita Malaysia mempunyai insiden kanser
yang lebih tinggi iaitu 55 peratus berbanding 45 peratus daripada kalangan
lelaki. Dalam pada itu juga, satu daripada 5.5 warga Malaysia dijangka
cenderung mendapat kanser. Penghidap kanser juga dapat diklasifikasikan
mengikut kaum di Malaysia. Satu dalam empat orang Cina, satu dalam lima
orang India dan satu dalam tujuh orang Melayu.

Penyakit paru-paru akibat jerebu

Seterusnya, penyakit yang baru-baru sahaja berlaku berikutan pencemaran


berlaku iaitu jerebu. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Ia juga berlaku
di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Jerebu memberi kesan yang sangat teruk kepada kesihatan fizikal. Ia


menganggu sistem pernafasan. Di Malaysia terdapat peningkatan pesakit ke
klinik untuk mendapatkan rawatan kerana diserang penyakit asma. Jerebu
yang berlaku menyebabkan seseorang sukar bernafas dan lemas berikutaan
tidak mendapat aksigen yang diperlukan. Seterusnya, pada Oktober 2015
terdapat kes di Indonesia, seorang kanak-kanak maut berikutan lemas
disebabkan keadaan jerebu yang sangat teruk melanda Indonesia.

17
2.5.2 ISU-ISU SEMASA KESIHATAN MENTAL

Kemurungan

Kemurungan adalah keadaan seseorang yang dalam kesedihan. Kesedihan


adalah emosi normal bila seseorang mengalami peristiwa yangtidak
menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu serius atau
terlalu lama hingga menjejaskan keupayaaan seseorang menjalani aktiviti
harian.

Menurut kenyataan akhbar YB Menteri Kesihatan Malaysia,


kemurungan salah satu faktor bunuh dri di Malaysia. Dalam kajian Kesihatan
Mobiliti Kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan 2011, 1.8
peratus masyarakat dewasa di Malaysia mengalami kemurungan. Manakala
1.7 peratus mengalami keresahan. Masalah kemurungan banyak dihidapi oleh
kaum wanita berbanding kaum lelaki.

Kurang keyakinan diri

Masyarakat kini dikatakan mempunyai keyakinan diri yang kurang. Melalui


International College Yayasan Melaka, selfie adalah punca masalah keyakinan
diri. Hal ini kerana, menurut pakar psikiatri Amerika, aktiviti ini menyebabkan
seseorang hilang keyakinan diri. Ketagihan terhadap media sosial merupakan
satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapat rawatan setiap
tahun.

Keyakinan diri penting untuk kepuasan hati, gembira, berupaya menerima


kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau mendapat perhatian daripada
orang ramai.

18
Skizofrenia

Skizofrenia selalunya dianggap sebagai penyakit orang gila. Namun begitu


skizofrenia ini adalah delusi, halusinasi, fikiran celaru, dan perubahan tingkah
laku. Hal ini menyebabkan seseorang susah untuk berinteraksi secara sosial
dan melakuakn aktiviti rutin. Menurut Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, satu
daripada 100 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia. Pesakit ini akan
cenderung untuk bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Fenomena ini menampakkan pesakit skizofrenia ini semakin meningkat kerana


masalah ini tidak dianggap serius dan pesakit enggan mendapatkan rawatan.

2.5.3 ISU-ISU SEMASA KESIHATAN SECARA UMUM

Pembentangan bajet 2016

Pada Oktober 2015, pembentangan Bajet 2016 telah dilakukan. Dalam


peruntukan sektor kesihatan, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM
23.3 billion untuk melaksanakan beberapa inisiatif seperti pembinaan hospital,
klinik kesihatan dan pergigian serta beberapa lagi yang lain.

Kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan

Isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan dilihat tidak dapat
menampung pesakit yang semakin hari semakin meningkat. Menurut akhbar
The Malaysian Insider, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga doktor pakar
di Malaysia. Nisbah untuk pakar psikiatri dengan pesakit adalah 1:150 ribu,
manakala doktor perubatan dengan pesakit ialah 1:791, kemudian bagi
nisbah jururawat dengan pesakit adalah 1:1301. Fenomena kekurangan
doktor pakar berlaku kerana kita hanya berjaya melatih 500 sehingga 600
19
doktor sebagai pakar setiap tahun. Berdasarkan anggaran penduduk
Malaysiaseramai 34 juta menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian 85000
doktor diperlukan bagi mencapai nisbah standard doktor dengan pesakit,
1:400. Dalam pada itu juga, ijazah perubatan dari luar negara perlu dikali
semula dan diperkukuh agar tahap kebolehan doktor adalah pada tahap yang
berkemampuan tinggi.

20
3.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti harian dan


juga gaya hidup seseorang individu. Kesihatan yang merangkumi fizikal dan
mental adalah sangat berhubungkait dan memainkan peranan yang saling
bergantung. Sesungguhnya badan yang cergas akan menghasilkan minda
yang cerdas. Dapat kita lihat di Malaysia, masyarakatnya tidak berapa
mengambil berat tentang tahap kesihatan mereka. Kesedaran tentang
kepentingan kesihatan seharusnya dipertingkatkan agar kesihatan dilihat
sebagai kunci utama dalam kejayaan sekaligus melahirkan seorang individu
yang berdaya saing dari perspektif fizikal mahupun mental. Bukan sahaja
kepentingan yang harus ditingkatkan, langkah untuk mengatasi kesihatan
juga perlu diambil agar pencegahan awal boleh dilakukan. Apabila seseorang
mengambil langkah awal, pastinya ia akan mengurangkan risiko untuk
menghidapi penyakit-penyakit yang kronik. Oleh yang demikian, adalah
menjadi tanggungjawab individu, masyarakat, komuniti dan negara bersama-
sama menggembleng usaha dalam mencapai kehidupan yang sejahtera.
Dalam pada itu, cara hidup sihat adalah kunci utama dalam mendapat
kesihatan yang baik. Kesimpulannya, kesihatan bukanlah perkara yang rumit
ataupun menjadi masalah jika penjagaannya dilakukan sejak usia muda lagi.

21
RUJUKAN

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (2015), Perkhidmatan Kesiahatan Mental


Dan Kesan Psikososial, Kementerian Kesihatan Malaysia Semasa Kejadian
Banjir. Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak dicetak.

file:///C:/Users/pc/Downloads/Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf
diakses pada 6 Oktober 2016.

http://eprints.usm.my/9098/1/KESAN_ASPEK_KESIHATAN_TERHADAP__PRO
DUKTIVITI__KERJA_DALAM_KALANGAN_PENSYARAH_MAKTAB_PERGURU
AN.pdf diakses pada 6 Oktober 2015.

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/artikelHP/bahanrujukan/HE_DAN_LAIN
-LAIN/PDF/Aktiviti%20Fizikal.pdf diakses pada 6 Oktober 2015

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kesihatan-
mental/introduction/sihat-mental?format=pdf diakses pada 6 Oktober
2015

https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000740.htm diakses pada


6 Oktober 2015

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/awasi-kesihatan-jantung-
1.141047#sthash.zCvtr4Np.dpuf diakses pada 6 Oktober 2015

Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), Petunjuk Kesihatan Health Indicator


2012. Pusat Informatik Kesihatan Bahagian Perancangan Dan
Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak dicetak.

Md. Safian Bin Mohd Tajuddin (2007), Kesan Aspek Kesihatan Terhadap
Produktiviti Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan .
Universiti Sains Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2012), Layout Buku Kesihatan Mental Dan


Fizikal. Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak dicetak.

22
Azizan, H. M., & Razlina, H. J. Relationship between Workplace Incivility, Job
Attitudes and Muslim Religiosity Personality among Trade Union
Members.

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2016). E-Government and Malaysia: A


Theoretical Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

23
LAMPIRAN

24

Anda mungkin juga menyukai