Anda di halaman 1dari 2

Pertandingan Bercerita Ekspo Kerjaya (24/8/2013) Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan seterusnya hadirin dan hadirat yang saya kasihi. Selamat sejahtera diucapkan kepada semua. Hari ini saya akan bercerita kepada rakan-rakan semua tentang cita-cita. Apakah maksud cita-cita? Berdasarkan Kamus Dewan, cita-cita bermaksud harapan, hasrat dan juga keinginan. Adakah anda mempunyai cita-cita? Ya. Setiap orang mempunyai citacita yang berlainan. Apakah cita-cita anda? Setiap orang mempunyai cita-cita sendiri. Begitu juga dengan saya. Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor yang berjaya dan terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Sheikh Mudzafar Shukor, dan ramai lagi. Untuk mencapai cita-cita saya, saya perlulah belajar bersungguh-sungguh, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains dan memasuki universiti yang mempunyai jurusan kedoktoran seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan banyak lagi. . Saya mula berminat untuk menjadi doktor sejak saya dimasukkan ke hospital setelah melihat tugas-tugas seorang doktor. Menjadi doktor yang berjaya bukanlah sesuatu mudah, saya perlu belajar bersungguh sungguh. Tanpa kejayaan dalam pelajaran pasti saya tidak akan mencapai cita-cita saya. Saya perlulah belajar dengan rajin . Saya mesti tanamkan minat kepada pelajaran, khususnya mata pelajaran Sains . Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya ke puncak menara gading. Sekiranya cita-cita saya menjadi seorang doktor tercapai, saya akan merawat ahli keluarga. Saya berminat untuk menjadi seorang doktor kerana doktor boleh merawat pesakit. Tugasnya mulia dan dihormati oleh masyarakat. Selain itu, sikap utama yang perlu ada dalam diri seseorang doktor ialah mengutamakan kebersihan. Sekiranya doktor mengabaikan kebersihan, bukan sahaja pesakit akan bertambah sakit malahan doktor juga akan ditimpa penyakit.

Satu perkara lagi, ramai orang miskin yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan. Sekiranya saya menjadi doktor, saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi mereka yang tidak mampu. Saya akan belajar dengan rajin serta berdoa kepada tuhan agar dapat mencapai cita-cita yang diidamkan supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna dan berbakti kepada keluarga ,masyarakat serta negara. Selain itu, saya juga perlu melengkapkan diri saya dengan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selanjutnya, saya haruslah menguasai lebih banyak bahasa untuk menjadi modal insan yang kamil dan yakin pada diri sendiri apabila berhadapan onak dan duri. Sesungguhnya, usaha untuk memiliki kemahiran sosial sangat mustahak untuk menceburkan diri dalam kerjaya yang mencabar ini iaitu kerjaya kedoktoran. Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, saya sewajarnya mempunyai jati diri yang mantap. Sebagai seorang murid yang ingin menceburi kerjaya yang saya minati, saya akan sentiasa memastikan diri saya seimbang dari segi fizikal dan mental. Aspek kesediaan dari segi fizikal dan mental amat penting terutamanya apabila saya berdepan dengan pesakit dan keluarga mereka. Kesannya, saya mampu untuk menenangkan keadaan pesakit serta dapat mengawal perasaan keluarga pesakit itu sendiri. Sesungguhnya, kemampuan mengawal situasi mampu memberi nilai tambah kepada diri saya. Kesimpulannya, inilah persediaan-persediaan yang akan saya lakukan sebagai prasyarat untuk mencapai cita-cita saya dalam bidang kedoktoran. Oleh hal yang demikian, saya akan sentiasa menitikberatkan kemajuan diri dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan sosial. Semoga hasrat saya terlaksana kerana tiada kejayaan tanpa usaha dan kesungguhan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai