Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN IKUT ARAHAN SAYA

Arahan:

Salam sejahtera rakan-rakan sekalian, saya Muhammad Afiq Syahmi bin Shazali
ditugaskan untuk mengendalikan permainan dalam kumpulan hari ini.
Permainan ini bertujuan untuk untuk menanamkan sikap kepimpinan dalam diri
rakan-rakan.

Baiklah, permainan kita pada hari ini diberikan nama “IKUT ARAHAN SAYA”.
Dalam permainan ini, rakan-rakan perlu membawa dua biji telur dengan
selamat ke suatu tempat yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya membawa
telur-telur itu dengan selamat dianggap berjaya dalam kumpulan ini.

Adakah rakan-rakan akan membawa telur-telur itu begitu sahaja?tidak sama


sekali, ada cabaran yang perlu dilalui oleh rakan-rakan. Kalian perlu meletakkan
kedua-dua biji telur itu di atas sehelai kertas sebak. Kemudian semua ahli
kumpulan perlu membawa telur itu dengan selamat ke destinasinya.

Adakah itu sahaja cabaran rakan-rakan? Tidak.. rakan-rakan perlu melantik


seorang ketua untuk menmjalankan misi ini. Ahli-ahli kumpulan yang lain pula
perlu menutup mata masing-masing. Ahli-ahli kumpulan dengan mata tertutup
inilah yang perlu memegang kertas sebak dan membawa telur-telur ini dengan
selamat mengikut arahan ketua.

Rakan-rakan tentu telah faham tentang permainan ini. Kalian perlu membawa
telur-telur itu dari tiang ini ke tiang di sebelah sana. Ayuh bergerak sekarang,
semoga rakan-rakan berjaya menjalankan misi ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai