Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PERIBAHASA

“Belakang parang kalau diasah lagikan tajam”

Makna:

- Sebodoh mana sekalipun seseorang, jika diasuh dengan


bersungguh – sungguh akhirnya akan pandai jua.

Ayat:

Kamu jangan berputus asa apabila gagal dalam ujian, sebaliknya


kamu belajar bersungguh – sungguh. Lama – kelamaan kamu akan
pandai juga sebab “belakang parang kalau diasah lagikan tajam”

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan
 Safuan – keputusan peperiksaan –
mengecewakan

2. Isi – isi
 Pada suatu hari – duduk termenung – lihat
seekor siput – banyak kali jatuh – Berjaya
 Insaf – pulang ke rumah – bina azam baru

3. Penutup
 Belakang parang kalau diasah lagikan tajam,
inikan manusia yang berakal.
“Belakang parang kalau diasah lagikan tajam”

Di dalam kelas, Safuan lebih suka berkhayal dan tidak


member tumpuan sepenuhnya apa yang diajar oleh cikgu. Tidak
hairanlah setiap kali ada ujian dan peperiksaan, Safuan pasti
gagal. Keputusannya amat mengecewakan. Sudah banyak kali
cikgunya member i nasihat supaya memberi perhatian ketika
cikgu mengajar dan buat kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Tapi
itu semua bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Safuan kini sudah putus asa dan minat terhadap pelajaran mula
pudar serta selalu mengabaikannya.
Kini, Safuan sudah berani ponteng sekolah. Dia akan pergi
ke sekolah tetapi dida akan menyimpang ke kebun pisang
ayahnya. Di situlah dia bersembunyi dengan berpakaian sekolah.
Bila waktu tengah hari, seperti biasa dia akan pulang ke
rumahnya. Jadi, ibu dan ayah tidak tahu perbuatannya itu.
Sudah hampir satu minggu, Safuan tidak pergi ke sekolah dan
selama itulah juga tidak ada sesiapa yang tahu Safuan telah
ponteng sekolah. Safuan hanya memberitahu kepada kawannya
Fendi bahawa dia demam.
Pada suatu hari, ketika Safuan asyik duduk termenung di
bawah sebatang pokok pisang tiba – tiba dia terlihat seekor siput
berusaha memanjat sebatang pokok pisang. Batang pokok
pisang itu licin. Walaupun telah acap kali siput itu jatuh namun ia
tetap berusaha memanjatnya. Agaknya, ia tidak kenal erti putus
asa. Terfikir di benak Safuan sendirian. Akhirnya siput itu Berjaya.
Melihat kejadian itu timbul keinsafan pada Safuan. Dia terus
pulang ke rumah dengan membina azam baru. Bermula hari
itulah, dia telah belajar bersungguh – sungguh. Sikapnya itu telah
menggembirakan banyak pihak iaitu cikgunya, ibu bapa dan
juga kawan – kawannya. Akhirny dalam peperiksaan akhir tahun,
Safuan telah mendapat keputusan yang cemerlang dan
mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.
Cikgu kelasnya berbisik di telinganya sambil berkata,
“Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan pula kita
manusia yang berakal.” Aapa yang penting ialah usaha dan
jangan sekali – kali cepat putus asa.

Anda mungkin juga menyukai