Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2020

TARIKH : KHAMIS / 16 JANUARI 2020


MASA : 7.30 – 10.30 PAGI
TEMPAT : SJK(T) LADANG LABU BHG 1

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK(T) Ladang Labu
Bhg 1 yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam
kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SJKT
Labu Bhg 1 dengan kerjasama para guru. Pada tahun ini, acara merentas desa ini
melibatkan murid-murid tahun 1 hingga 6. Seramai 45 orang murid telah mengambil
bahagian.

Aktiviti bermula seawal jam 7.30 pagi. Guru-guru saling membantu menyusun murid-
murid kategori. Pada jam 8.00 pagi, guru bertugas telah mengambil kehadiran murid-
murid. Seterusnya, pada jam 8.05 pagi, murid-murid membuat aktiviti memanaskan
badan dan senaman areobik dengan dibantu oleh Puan A.Verni dan En.Ahmad Raffie.
Selepas itu, En.V.Ugeswaran memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada
semua peserta yang mengambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak
jauh sejauh 1km mengelilingi kawasan Labu.
Tepat jam 8.35 pagi, acara merentas desa dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh
En.C.L.Maran (Guru Besar) sebagai pelepas. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar
kerana mendapat bantuan keselamatan daripada staf sekolah.

Murid-murid yang telah memenangi dalam pertandingan ini telah menerima hadiah
pada 20/1/2020 di perhimpunan.Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada semua
pemenang merentas desa.
Kudapan telah disediakan kepada murid-murid iaitu dua jenis kuih dan jus oren
kepada murid-murid dan sarapan pagi kepada para guru. Aktiviti bersurai pada jam 9.45
pagi. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Seorang murid lelaki
tahun lima telah mengalami kecederaan ringan. Pihak sekolah akan lebih prihatin
terhadap keselamatan murid supaya tidak berlaku sebarang kecederaan pada masa akan
datang. Unit Kokurikulum SJKT LADANG LABU BHG 1 mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan.
Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada
masa akan datang. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.

Laporan disediakan oleh,

(BAWANY A/P KUMARASAMY)


Penyelaras Olahraga

Anda mungkin juga menyukai