Anda di halaman 1dari 2

Rakan baik kamu telah kematian neneknya baru-baru ini.

Tulis sepucuk surat


kepadanya untuk mengucapkan takziah.

Aminah Binti Abu,


68,MedanTerengganu,
33300 Terengganu.

8 September 2009.

Menemui sahabat karibku, saudari Sarah yang kini berada di Melaka. Saya berharap agar
saudari dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya.

Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan takziah kepada saudari sekeluarga. Saya
mengetahui berita tersebut daripada seorang kawan yang tinggal berhampiran dengan rumah
saudari. Saya berasa simpati atas penderitaan yang ditanggung oleh saudari sekeluarga.
Saya berharap agar saudari bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Saudari juga janganlah
terlalu bersedih kerana setiap yang hidup pasti akan mati, inilah sunnatullah yang ditulis untuk kita
semua.

Saudari,
Bagaimanakah persediaan saudari untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang? Saya
berharap kejadian yang tidak akan melemahkan semangat saudari untuk terus mencapai kajayaan .

Bersama dengan surat ini saya sertakan kiriman wang pos yang bernombor 013835, bernilai
rm50. Wang ini merupakan pemberian ikhlas sebagai tanda simpati saya sekeluarga terhadap
saudari.

Setakat inilah saja tulisan saya untuk saudari. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk
saudari sekeluarga.

Sahabatmu,
Aminah

Anda mungkin juga menyukai