Anda di halaman 1dari 8

PERAYAAN UTAMA KAUM DI MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa


agama,makanan dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan
malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu,cina india dan
sebagainya

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang


membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang
unik,seperti perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat
melihat melalui perayaan disambut oleh kaum tertentu.

Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini


menunjukkan Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna
kulit.

Disamping itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut


menjadi tarikan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
HARI RAYA AIDIL FITRI

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan


menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari
Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan
Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap
berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1
Syawal itu ,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid
atau surau.

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam
takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender
masihi kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala
kelender Masihi pula mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh
itu,tarikh hari raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih
kurang 10 hingga 15 hari.

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara
kita,sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota
keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan
asasi di Negara.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi,umat Islam akan membuat persiapan


tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini.Antara tradisi umat islam di
Negara ini menjelang kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru
untuk keluarga,menghias rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di
hidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Pada Hari Raya AidilFitri juga,umat islam akan memyediakan berbagai-bagai


juadah tradisional seperti lemang,ketupat,nasi hempet,dodol dan lain-lain.untuk
tetamu yang dating berkunjung dan beraya di rumah mereka.Bagi kanak-kanak
pula ,mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru
serta mendapat duit raya.Amalan memberi duit raya adalah satu tradisi yang
diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita.

Selain itu,pada hari raya juga umat Islam akan berkunjung ke pusara ahli keluarga
dan saudara-mara.

Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat


Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut
perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

PERAYAAN KAUM CINA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat
ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang
pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut
berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di


Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap
tahun.Contohnya Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-
besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun
baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang
menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri.

Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-
kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh
setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari
(merangkumi semua) kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12
ekor haiwan dan salah satu daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan
unsur. Inilah perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama
keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa
pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna
merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul
merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan
perayaan tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan
Chap Goh Meh.

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh
Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran,
di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh
Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para
gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar
mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke
dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang
basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi


menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga
atau singa, Opera Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”

Pakaian mereka pada perayaan tersebut ialah Samfu dan Cheongsam.Samfu


membawa maksud 'baju dan seluar'.Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar
longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain
lembut seperti kain sutera.

PERAYAAN KAUM INDIA

Perayaan kaum India ini dipanggil “Deepavali”.Perayaan ini disambut oleh


masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga
dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.

Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah
atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung
beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan


hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa
yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika
permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda
kesyukuran. Biasanya, murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang
berhajat untuk mengandung tetapi belum mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang
meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan waima sakit
merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu
itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak,
warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu
membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga
bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai juga
lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala
yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan menggunting
rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini
merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan
sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari-hari yang baik yang bakal
menjelma.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” (seperti
yang ditunjukkan di dalam gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas
bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau
kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan
bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pembawa kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan
kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung pada kemampuan seseorang.
Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari
tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk
perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan
berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India,


Hal ini berlaku demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding
dengan Thaipusam. Mengikut kajian, Thaipusam dapat menyatupadukan semua
penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang berkumpul di beberapa
buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain
seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.
Sambutan yang juga dipanggil “Kartikeya Thaipusam” yang juga untuk memohan
keberkatan dewa Shiva dan Parvati ini juga dikenali sebagai “Kartikeya,
Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and Guha”. Kejayaan melawan
anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua rakyat
yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya
merupakan negara kecil tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman
dan damai atas payung kedaulatan yang dikurniakan oleh-nya

Perayaan di Sabah dan Sarawak

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak.


Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung
musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan
ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang
mereka. Sehari sebelum perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul
dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan
khas kepada kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan
menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis
arak yang diperbuat daripada nasi.

Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang
dirayakan olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah
amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini
mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.

GAWAI DAYAK

Ia merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak,


terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga
komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih
tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di
kampung-kampung.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya
musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia
merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.Gawai Dayak mula
disambut secara besar-besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai
diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak
pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari
cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.
Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang
dan bandar.Hari pertama perayaan jatuh pada pada 31 hb Mei dan hari kedua
pada satu hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara
penutupan pada akhir bulan JUn dan dipanggil menggulung tikar.

Perayaan Pada Hari Gawai Dayak

Bila tibanya pagi 31hb Mei,orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari
hutan atau kebun terutamanya yang sedap masak sup dengan daging
haiwan.Ikan,haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari untuk lauk pauk sebelum
gawai.

Nasi pulut "pansuh" (lemang) kan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma
istimewa daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam
periuk.Nasi pulut ini adalah dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya
melambangkan perpaduan dikalangan komuniti itu yang menjamahnya.Nasi pulut
juga digunakan membuat nasi manis dan tuak,sebagai salah satu sajian kepada
para dewa dan membalaing tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang

Tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bunga yang cantik dan bewarna
terang akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah.Jenis-jenis tikar tradisi
termasuklah tiakar bembab,tikar rotan dan kulit kayu.Kain-kain tenunan atau
ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pulut digantung di dinding sebagai
pehiasan.Barangan kraft tangan yang lain seperti bakaul dan topi besar boleh juga
digantung di dinding bilik.

Penutupan Gawai Dayak

Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan
acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil "Ngiling bidai" oleh kaum Iban.
Acara ini merupakan maljis kecil atau sederhana di mana ada makan minum
setakat yang masih ada, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian
ngajat sekurang-kurangnya dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Ruak peruk
disediakan daripada hampas nasi pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air
tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir
sekali, sebuah tikar yang dipanggil "bidai" akan digulung untuk menandakan
tutupnya perayaan Gawai Dayak.

PESTA KAAMATAN

Pesta keamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau"merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara
tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarianSumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri
daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka.
Tarian ini dengan iringan paluan Gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua
tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan
sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan
nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau
"Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan.
Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara
utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau
"Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi
mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan
diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi
kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan
ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.
Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk
menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan
untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka
juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat
daripada buluh.

Anda mungkin juga menyukai