Anda di halaman 1dari 2

Karangan Surat Tidak Rasmi

Baru-baru ini anda telah menyaksikan pameran buku di pesta buku kebang-saan di Kuala Lumpur.Anda begitu berminat
untuk menceritakan pameran itu kepada seorang sahabat anda yang tinggal jauh dari kampung.Tuliskan surat kepadanya
untuk menceritakan pameran itu. Panjang karangan anda hendaklah 250 patah perkataan.

Assalamualaikun Buat sahabatku, Norlina Hamdan Yang kini Berada di Kuala Kerai, Kelantan dengan selamatnya.Semoga
pada ketika kini saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya
sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya sekeluarga,alhamdulillah sihat sahaja.Mereka berkirim salam
kepada saudari sekeluarga.
Norlina sekeluarga.

Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana sudah agak lama tidak mengirim berita kepada saudari.Ini sebenarnya kerana
saya telah menghadapi peperiksaan percubaan SPM sebelum ini.Sekarang barulah agak lega sedikit, walaupun peperiksaan
sebenar akan berlangsung tidak lama lagi.Dengan itu saya menasihati diri saya sendiri dan saudari,marilah kita belajar
bersungguh-sungguh supaya cita-cita kita tercapai.

Sahabatku,

Pada minggu lepas, saya berkesempatan bersama keluarga mengunjungi Pesta Buku Kebangsaan yang diadakan di pusat
Dagangan Dunia Putra.Pesta buku seperti itu diadakan secara tahunan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan dan diadakan
selama seminggu.Banyak aktiviti menarik yang dijalankan sempena pesta buku tersebut.Kali ini izinkan saya bercerita
tentang pesta buku itu.

Untuk pengetahuan saudari, pesta buku itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai supaya mencintai
buku.Ini dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menjadikan membaca buku itu sebagai budaya hidup mereka.Sebab
itulah dalam pesta selama seminggu itu,selain aktiviti utama penjualan buku,pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi
didikan dan bimbingan kepada orang ramai tentang membca buku.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah khidmat nasihat yang diberikan kepada orang ramai tentang teknik yang betul dan
sistematik membaca buku.Ibu bapa pula diberi penerangan tentang pentingnya perpustakaan mini di rumah.Di rumah
saya,ayah telah menyediakan sebuah bilik sebagai perpustakaan.Selain menyimpan buku-buku untuk bacaan,bilik itu kami
gunakan untuk belajar.

Norlina sahabatku,

Kami sekeluarga banyak membeli buku ketika mengunjungi pameran tersebut di gerai Dewan Bahasa dan Pustaka, Banyak
aktiviti yang dijalankan untuk menarik perhatian masyarakat supaya membaca.Disebabkan begitu ramai pengunjung,susah
kami sekeluarga hendak berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain.Malahan beberapa kali tertinggal.Nasib baiklah tidak
hilang,kalau tidak sudah tentu riuh-rendah dia menangis.

Dalam pesta itu disediakan satu sudut untuk kanak-kanak.Kami tidak ketinggalan untuk mengunjunginya terutama kerana
Azdi mahu menangis kerana pada mulanya kami tidak mahu ke situ.Rupa-rupanya banyak aktiviti yang menarik dijalankan di
situ.Pada waktu kami mengunjunginya,seorang pelakon yang terkenal iaitu Imuda sedang melayani kerenah kanak-
kanak.Imuda menjadi jurucara dalam aneka persembahan kanak-kanak Terhibur juga saya.

Bagaimanapun peristiwa yang tidak saya lupakan sewaktu mengunjungi pesta buku itu ialah kesempatan saya bertemu
dengan seorang pengarang novel yang terkenal di negara kita iaitu A.Samad Said.Saya telah membeli novelnnya iaitu Hujan
Pagi dan beliau menutunkan tandatangannya di novel yang saya beli itu.Saya juga berkesempatan berbual-bual dengannya
dan bergambar bersama-samanya.Bersama-sama ini saya sertakan gambar yang diambil bersama Sasterawan Negara itu.

Banyak sebenarnya faedah yang diperolehi dengan mengunjungi pesta buku itu.Antara yang penting ialah kesedaran yang
tinggi di kalangan pengujung dan saya sendiri terutamanya akan pentingnya buku dalam hidup kita seharian.Membaca buku
bukan sahaja menambah pengetahuan tetapi pengalaman dan pandangan hidup kita juga bertambah.Sebab itulah negara-
negara yang maju seperti Jepun,Jerman dan Amerika Syarikat,masyarakatnya amat gemar membaca buku.

Nampaknya sudah agak panjang cerita saya.Sebelum mengundur diri, saya memohon ampun dan maaf jika terdapat
kekasaran bahasa.Sehingga kita bertemu lagi di lembaran lain,sambutlah salam persahabatan penuh kemesraan daripada
sahabatmu ini.

Anda mungkin juga menyukai