Anda di halaman 1dari 1

Aku Melancong ke Kuching

Pada masa cuti yang lepas, kami sekeluarga telah melancong ke Kuching. Kami ke sana
menaiki kereta. Perjalanannya memakan masa selama 15 jam. Kami bertolak pada jam 8.00
malam dan tiba pada jam 11.00 pagi.

Saya berasa sangat teruja apabila kami sekeluarga pergi bersama-sama kerana inilah
kali pertama kami ke Kuching. Sesampainya kami ke Kuching, kami sekeluarga mencari
restoran yang menghidangkan makanan yang paling istimewa di Kuching. Setelah kami ke
sana, kami sekeluarga mencari hotel untuk kami tidur dan rehat.

Selepas itu, ibu membawa kami ke ‘Waterfront’ di tebing sungai. Di sana ada istana
iaitu tempat tinggal James Brooke pada 1967 hingga 1999. Tetapi istana itu sudah menjadi
hiasan dan tiada orang tinggal disana lagi. Selepas kami ke sana, kami ke menara jam dan
tempat restoran James Brooke. Menara jam ini sangat professional dan boleh membesarkan
bunyi jam itu. Tempat restoran itu pula dikenali dengan pelbagai jenis makanan Itali, makanan
semenanjung dan pelbagai lagi makanan istimewa di sana.

Sesudah kami ke sana, kami melawat ke Kampung Budaya. Di situ, terdapat pelbagai
jenis adat resam dan budaya etnik di Sarawak yang diperkenalkan kepada kami. Kami juga
seronok melihat budaya yang diamalkan oleh beliau. Ayah membawa kami ke pesta
kebudayaan. Pakaian tradisional mereka sangat cantik dan menarik hati orang ramai.

Kemudian, kami ke ‘Muzium Sarawak’. Di sana banyak pelancong yang datang dari
luar negeri. Di sana kami melihat gambar yang dikenali pada 1971. Gambar-gambar itu disusun
oleh James Brooke. Tetapi malangnya James Brooke telah meninggal pada 1976. Di sana juga
kami dapat tahu maklumat James Brooke dan cerita lama tentang bangsa orang terdahulu.

Akhir sekali, kami membeli keropok lekor dan cendermata yang ingin diberi kepada
Pak Usu dan Mak Usu. Saya membeli penanda buku yang ingin diberi kepada kawan-kawan
sekelas saya. Saya juga membeli cenderhati dan penanda buku untuk Cikgu Ernawida. Ini
sahajalah yang dapat saya kongsikan ketika saya mengembara ke Kuching.

Anda mungkin juga menyukai