HALAMAN
1 2
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian: a. Latar belakang b. Nama dan lambang c. Peristiwa-peristiwa bersejarah Rumusan Lampiran 3 4
5- 6 7 13 14 - 18 19 20 - 21
vi. vii.
Page 1
Pertama sekali, Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi rahmat dan kesihatan fizikal serta mental untuk saya menyiapkan kertas kerja Folio Sejarah ini dan seterusnya dapat menyiapkannya pada waktu yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Pn. Siti Normaharani bte Mohammed Nor iaitu guru matapelajaran Sejarah saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan Folio Sejarah saya ini. Selain itu, ucapan penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada rakan-rakan sekelas atas kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk hasil kajian. Jasa dan budi baik mereka akan dikenang sepanjang zaman. Di bawah ini saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda
penghargaan daripada saya, Pulau Sipadan jauh ke tengah, Gunung Kinabalu indah niannya, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Page 2
nama sekolah, kemajuan pembangunan sekolah serta perkembangan akademik dan kokurikulum. mendalami maksud lambang dan nama
Page 3
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa maklumat kaedah yang dalam proses Tujuan bagi saya mendapatkan menggunakan terperinci.
kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar tanpa ada unsur penambahan. Kaedah- kaedah kajian sejarah sekolah yang saya gunakan adalah seperti berikut:
Melayari internet. Contoh laman sesawang yang telah saya layari ialah www.semesta.edu.com.my dan lain-lain lagi.
Membuat lawatan ketempat kajian seperti di padang sekolah, dewan besar, blok sekolah dan blok kediaman pelajar.
Page 4
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) telah dibina di sebuah kawasan di Kampung Pintu Padang, yang suatu ketika dahulu dibuka oleh Panglima Tugu, ayahanda kepada En. Othman Shahbudin, Ketua Kampung Pintu Padang pada ketika itu. Ia telah dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar di Km 6, Jalan Lipis, Raub, Pahang. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan telah siap pada 1982. Kumpulan perintis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang berdaftar pada awal tahun 1982. Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Mohamad yang telah berkhidmat sehinggahujung tahun 1986. Sehingga kini, SEMESTA telah dipimpin oleh 11 orang pengetua yang berkaliber. Dari segi pembangunan fizikal SEMESTA telah menempuh satu dekad yang penuh dengan pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, tapi kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi beserta penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau. Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTA wajar dikenang dan seterusnya dijadikan tauladan. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.
Page 5
Pada masa inin SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan juga kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan terus dipikul bersama oleh setiap warga sekolah dan juga pihak pihak yang terlibat.
Sekolah ini telah mula beroperasi pada tahun 1983 dan merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Raub atau nama singkatannya SEMESRA namun kemudian telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), sempena nama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah pada hari perasmian sekolah bertarikh 4 Julai 1989.
Page 6
Menggambarkan segala pembelajaran melalui buku yang merupakan permulaan menimba ilmu.
Melambangkan aktiviti sukan yang terdapat di sekolah ini untuk memupuk nilai kesukanan, membentuk semangat rohani dan jasmani dikalangan para pelajar sekolah ini.
Melambangkan cita-cita murni pelajar sekolah ini, menuju keperingkat yang lebih tinggi seperti ke menara gading. Juga menggambarkan semangat kerohanian, kekuatan , pertahanan dan kualiti pelajar. Gading juga adalah salah satu ciri negeri Pahang.
Page 7
Warna merah, putih, biru dan kuning, melambangkan warna bendera Malaysia yang membawa pengertian yang serupa.
LIMA JALUR WARNA Lima warna dibahagian bawah logo melambangkan Prinsip Rukun Negara yang ditegakkan oleh para pelajar sekolah ini.
COGAN
Ilmu adalah wajib dituntut oleh setiap pelajar. Ilmu yang telah diperoleh hendaklah diamalkan untuk berbudi dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
MOTTO SEMESTA
VISI SEMESTA
Page 8
MISI SEMESTA
KECEMERLANGAN DALAM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN KURIKULUM KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN KOKURIKULUM KECEMERLANGAN DALAM SAHSIAH DAN BINA INSAN KECEMERLANGAN DALAM ASPEK KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN
BENDERA SEKOLAH
Page 9
LAGU SEKOLAH
Inilah sekolah yang tercinta, SEMESTA itulah namanya, Mendidik dan membina, Anak-anak negara, mencapai segala cita-cita, Kepada para guru semua, Jasamu tiada tandingnya, Bekerja dan berusaha, Tidak mengenal masa, Demi masa depan kita, Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa, Pada rukun negara, Kami akan setia, Oh Tuhan yang Maha Kuasa, Jayakanlah kami semua, Selamat dan sentosa, Sihat setiap masa,
IKRAR PELAJAR
Page 10
Bahawasanya kami, Pelajar SEMESTA, sebagai rakyat Malaysia, dengan penuh kesedaran dan kesyukuran, berikrar, akan menumpukan taat setia kami kepada negara Malaysia yang tercinta, kami berikrar, akan menjunjung segala prinsip rukun negara pada setiap masa, Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan dan kami juga berjanji, akan menjuruskan segala tenaga dan usaha kami, untuk menjadi insan yang cemerlang.
DOA PELAJAR
Ya Allah By the passing of the night
Page 11
And the coming of the day light This is the humble voice Sincere hope and prayers from your servant
Ya Allah Forgive us for all our sins make it easy for our tongue to engage in The remembrance and utterance Of your bountiful blessing Of health and strength For our bodies and soul To carry out duties And obey your commands faithfully
Ya Allah Bestow upon us Ad-Din The right and perfect way of life Save us from your wrath and calamities
FALSAFAH SEKOLAH
Pelajar hari ini merupakan aset paling bermakna dan berharga untuk negara, bangsa dan agama pada masa hadapan.
Page 12
Pada mereka kita letakkan harapan untuk mengembalikan maruah bangsa dan agama untuk menuju kecemerlangan. Justeru itu, potensi yang ada pada mereka perlu dibimbing dan
diperkembangkan dengan sebaik baik mungkin. Bagi mencapai hasrat ini, SEMESTA berusaha menyediakan persekitaran yang terancang, terkawal dan memberansangkan. Ia diharap akan melahirkan insan yang bukan sekadar berilmu pengetahuan tetapi yang berakhlak mulia dan sentiasa bersikap positif.
Page 13
Faris Petra, Kota Bahru Kelantan. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. SEMESTA telah diundi dalam kumpulan A bersama pasukan SHAH PEKAN dan SM SAINS KUALA TERENGGANU. SEMESTA telah menang dalam kedua-dua perlawanan kumpulan dengan menjadi johan kumpulan A dan layak ke pusingan separuh akhir bertemu johan kumpulan D iaitu SBPI PEKAN. Dalam perlawanan separuh akhir SEMESTA telah mengalahkan SBPI PEKAN 127 runs berbalas 125 runs dalam keadaan yang penuh dramatik dan kontrovesi dan layak ke perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir SEMESTA telah berjaya mengekang asakan hebat dari pasukan SEMSAS. Dengan penuh bergaya SEMESTA telah membuktikan kehebatannya dengan membelasah SEMSAS 128 runs berbalas hanta 55 runs sahaja dan SEMESTA muncul juara Zon Timur buat kali kedua berturut-turut dan seterusnya layak bertanding dalam Kejohan Kriket SBP Peringkat Kebanggsaan yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar,Kuala Pilah,Negeri Sembilan pada 8 hingga 11 April 2010.
Page 14
Kejohanan tersebut telah bermula seawal jam 7:30 pagi dan dihadiri oleh semua guru, YDP PIBG, bekas pelajar serta ibu bapa. Antara aktiviti yang berlansung sepanjang kejohanan adalah acara lintas hormat,
pertandingan acara-acara sukan, sukantara, kawad berformasi antara rumah sukan, pertandingan pakaian terbaik antara rumah, acara tarik tali antara ibu bapa dan guru, persembahan senam robik dan juga acara kanak-kanak. Secara holistik, kejohanan ini telah berlansung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari pihak guru, Ahli Jawatan Kuasa PIBG serta para pelajar. Semoga dengan berlansungnya Kejohanan Olahraga ini, semanagat kesukanan dan kerjasama dapat disemai
diberikan oleh Mr.Jerry, seramai 20 orang pelajar dan beberapa orang guru termasuk Tuan Pengetua telah dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi itu sendiri. Setelah ceramah tersebut berakhir, para pelajar diberikan masa untuk makan dan solat sementara para tetamu menjamu selera. Untuk sesi kedua, sesi pencerapan bintang, para pelajar dan guru telah didedahkan dengan cara penggunaan teleskop, dimana mereka telah berpeluang melihat bintang dengan daya usaha mereka sendiri. Lebih menakjubkan, mereka telah berpeluang melihat bulan, Planet Jupiter dan bintang-bintang di cakerawala ciptaan Tuhan ini.
Page 16
Berbekalkan semangat yang kental dan membara, pasukan lelaki bawah 18 tahun telah memenangi tempat kedua keseluruhan dan pasukan perempuan bawah 18 tahun telah memenangi tempat pertama keseluruhan. Kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik SEMESTA sepanjang Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Raub. Pemenang-pemenang terbaik bagi setiap kategori: Lelaki: K Bawah 18: Mohamad Shahrul Hairie Bin Rosli (no.6) Bawah 15: MUHD Salleh Bin Musiran (no.7) Perempuan: Bawah 18: NURUL Farahin Bte Abdul Razak (no.1) Bawah 15: Nor Amizah Najihah (no.4)
5 peringkat kebangsaan daripada 54 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Gred Purata Sekolah(GPS) juga telah meningkat daripada 1.05 hingga 1.02. Kejayaan ini sekaligus telah melonjakkan nama SEMESTA setaraf dengan sekolah elit yang lain. Ternyata segala pengorbanan para guru dan para pelajar selama ini telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang diperolehi bakal menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar SEMESTA untuk terus memajukan dan mengharumkan lagi nama baik SEMESTA, insyaAllah. Amin.
Pada akhir kajian ini, saya telah dapat mengkaji latar belakang SEMESTA dengan lebih mendalam. Dengan melakukan
Page 18
kajian dan analisa ke atas latar belakang sekolah, saya berasa bangga kerana dapat mengenal dan seterusnya memahami asalusul sekolah ini dengan lebih terperinci. Seterusnya dengan mendalami maksud nama dan lambang-lambang sekolah, ia telah dapat melahirkan rasa cinta dan kagum dalam diri saya terhadap SEMESTA. Akhir sekali, dengan mempelajari peristiwa-peristiwa bersejarah di sekolah ini, saya akan lebih menghargai segala usaha pihak yang telah bertungkus-lumus untuk membangunkan SEMESTA dan seterusnya berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk mejadi salah seorang daripada warga sekolah ini.
Page 19
Page 20
Page 21