Anda di halaman 1dari 3

Sinopsis Novel Jalan Ke Puncak Bab 13 dan Bab 14

Bab 13: Lumayan


-Laiman berniaga kuih kerana urusan perniagaan kolam ternakan ikan tidak
banyak lagi yang perlu dilakukannya.Ini kerana urusan tersebut diserahkan
kepada pekerjanya.
-Laiman tidak mahu membuang masa dan berpendapat untuk memperkembangkan
perniagaannya.
-Milan dan Laiman saling percaya antara satu sama lain.Laiman telah menunjukkan wang
simpanan perniagaannya kepada Milan walaupun Milan tidak menanya Laiman untuk berbuat
begitu.
-Mereka sudah bersepakat apabila simpanan sudah banyak, wang itu akan dibahagikan sama
rata.
-Wang simpanan mereka jangkau RM 10,000 dan Laiman bercadang hendak membeli lori.
--Menurut Laiman, kolam ikan, kebun tembikai, kerja menjual kuih dan kerja meraih kelapa
sudah cukup untuk membangun setaraf dengan oleh lain.
-Milan menurut rancangan Laiman dan Laiman mengajar Milan untuk membuat kuih bulan
kerana dia pernah membuat kuih tersebut sewaktu di sekolahnya.
-Laiman juga memberitahu ayahnya untuk menanam semula tembikai di kebun tembikai untuk
mendapatkan hasil lumayan dan ayahnya bersetuju dengan cadangan Laiman.

Bab 14: Sinar


-Ternakan ikan air tawar Laiman akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.
-Jabatan Pertanian telahpun memberi lampu hijau kepada perancangan Laiman untuk ternakan
udang harimau.
-Duit simpanan Laiman dan Milan belum digunakan lagi dan mereka bercadang untuk membeli
sebuah lori kecil untuk mengangkut barang-barang yang dipajak oleh mereka.
-Pak Sahok memuji Laiman dan Milan atas rancangan mereka yang telah berjaya dan Laiman
menyatakan bahawa rancangan itu telah berjaya dengan bantuan Pak Sahok.
-Pada mulanya, rancangan ini pernah tidak disokong oleh Pak Sahok.
-Selain projek ternakan ikan air tawar, dia juga pernah melakukan kerja-kerja lain seperti meraih
pisang dan kelapa serta menjual produk-produk lain.
-Lori yang telah dibeli menggunakan duit Laiman dan Milan berharga RM 13,000.Tetapi mereka
membayar wang pendahuluan sebanyak RM 7,000.
-Dengan adanya lori itu, mudahlah Laiman hendak pergi ke kampung-kampung untuk
mendapatkan barang-barang yang boleh medatangkan hasil.
Bab 15: Impian Terlaksana
-Kini, nama Laiman sudah menjadi sebutan orang kampung kerana kejayaannya sebagai
usahawan muda.Pak Kiassim turut berasa bangga dengan kejayaan anaknya.
-Laiman berasa senang hati kerana orang kampung sudah mula menghargai segala
usahanya.Dia juga memberikan tunjuk ajar kepada Kedek dan Muali.
-Orang Kampung amat mengenali Laiman yang mendapat kepujian dalam jurusan kejuruteraan,
tetapi berjaya menjadi usahawan muda yang berjaya.
-Laiman mendapat tahu bahawa Soniah akan berpindah ke Kota Kinabalu untuk membantu
mengurus syarikat bapa saudaranya.Laiman amat berharap Soniah datang kerana dia merindui
gadis itu.
-Laiman membuka surat yang dibawa oleh Milan.Dia berasa terkejut kerana surat itu
menyatakan bahawa projek ikan air tawar yang sedang diusahakannya akan dijadikan projek
contoh di daerah kusilad.

Anda mungkin juga menyukai