Anda di halaman 1dari 4

Pelabuhan Melaka: Keistimewaan & Kepentingan Pusat Perdagangan

NAMA Kesultanan Melayu Melaka cukup terkenal pada suatu ketika dahulu dan muncul
sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada pertengahan abad ke-15.

Hal ini dapat dibuktikan dalam teks ‘Sulalatus Salatin’ dalam pernyataan “Maka segala
dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka: terlalu ramai bandar
Melaka pada zaman itu.

Keistimewaan Pelabuhan Melaka

Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang strategik, iaitu terletak di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Pelabuhannya juga terlindung
daripada tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut membolehkan kapal dagang
belabuh dengan selamat.

Kerajaan Melaka mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam
mengendalikan pelabuhannya. Kerajaan Melaka mempunyai sistem pelabuhan perkapalan,
sistem cukai, kemudahan prasarana, menjaga keselamatan para pedagang, kaedah-kaedah
perniagaan dan mata wang yang digunakan, sistem timbangan dan nilai mata
wang,undang-undang dan peranan nakhoda.
Pelabuhan di negeri Melaka berperanan sebagai pusat entrepot yang menjadi tumpuan
pedagang dari timur dan barat. Kesibukan di pelabuhan kerajan melayu Melaka dapat
dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa pelabuhan di negeri Melaka biasanya terdapat
lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan tersebut adalah berbeza.

Bahasa Melayu Menjadi Lingua Franca


‘Lingua franca’ atau bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan di Melaka adalah
Bahasa Melayu. Hal ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama masyarakat di
rantau Asia Tenggara dan digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka.
Bahasa Melayu mudah difahami dan pedagang asing tiada masalah menggunakan Bahasa
Melayu dalam urusan perdagangan.

Fungsi & Kepentingan Pelabuhan Melaka Pada


Abad ke-15
Melaka menjalinkan hubungan perdagangan dengan China. China memasarkan barang-
barangnya di Melaka seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera, satin, balerang, besi,
alat memasak, tembikar dan peluru. Manakala barang utama yang dibawa balik ke China
ialah lada, gaharu, candu, rempah dan bahan-bahan hutan Nusantara.

Terdapat juga pedagang dari Koromandel yang dianggap terpenting kepada Melaka.
Menurut Tom Pires dan Ruy de Brio menganggarkan empat hingga lima buah kapal besar
datang ke Melaka dengan setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu
cruzados membolehkan Melaka memperoleh keuntungan yang besar.

Pedagang dari Benggala yang terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki dan Absinia,
yang membentuk satu syarikat yang besar untuk datang ke Melaka. Antara barang yang
dibawa oleh mereka ialah barang-barang makanan, beras, gula, daging kering, kain India
dan sayur-sayuran kering. Barangan ini kemudiannya ditukar ke Melaka untuk membeli
lada, jagung, cengkih, sutera dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa dan
pelbagai barangan lain.

Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat. Para pedagang dari Timur
Tengah mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka.Semasa angin
monsun, mereka bertumpu di Kembayat dengan menyediakan senjata, kain bulu, kain
sakhlat, barang tembaga, kismis dan pelbagai barangan lain. Manakala di Kembayat pula,
pedagang dari Kaherah, Mekah, Aden, Ormuz selain yang datang dari kawasan timur
Mediterranean dan pesisiran timur Afrika berkumpul berpuak-puak membentuk syarikat
sebelum belayar ke Melaka.

Para pedagang dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan Daman menjadi perantaraan untuk
memperdagangkan barang-barang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz,
Aden dan Jeddah. Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung dan
emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur
Jauh untuk diperdagangkan ke India, Ke pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke
Eropah.

Selain itu, Pegu (Burma) juga merupakan antara pedagang yang rapat dengan Melaka.
Mereka terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila barang bahan dagangan habis dijual,
mereka akan menjual anak-anak kapal kepada saudagar-saudagar di Melaka. Tom Pires
menganggarkan sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun terdapat antara dua puluh
hingga tiga puluh buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada untuk menjalankan
hubungan dagangan ataupun tukaran barang dengan saudagar dari Melaka. Ini
menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan Melaka adalah hubungan terus bukan secara
perantaraan.

Hubungan Baik Dengan China Elak Diancam Siam


Melaka dan Siam pernah mengalami krisis hubungan yang membimbangkan. Siam pernah
mahu menjadikan Melaka sebagai negeri ufti tetapi gagal kerana Melaka mendapat
naungan daripada China. Walaupun begitu, atas sebab ekonomi mereka tetap menjalinkan
hubungan yang baik dalam aspek perdagangan. Siam menjadi pembekal utama bahan
seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka.

Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh Melaka. Contohnya, hubungan Melaka


dengan pulau-pulau Ryukyu (Jepun) amat baik di antara tahun 1460-an hingga 1480-an.
Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti kain, sutera,tembikar, pedang, habuk
emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan
rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.
Kesan Melaka Sebagai Pusat Perdagangan
Antarabangsa
Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan kerajaan alam melayu dan pusat
perdagangan antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Melaka pernah berada pada satu
tahap yang membanggakan dan dikenali di seluruh dunia.

Hubungan perdagangan yang dijalinkan dengan pelbagai negara dapat dilihat dengan jelas.
Terdapat lebih daripada 80 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka.
Walaubagaimanapun, ‘lingua franca’ tetap menjadi bahasa utama di dalam komunikasi.

SUMBER: https://mymelaka.co/pelabuhan-melaka

Anda mungkin juga menyukai