Anda di halaman 1dari 1

["_"]

Home ▼

M o n d a y, S e p t e m b e r 0 2 , 2 0 1 3

Perkembangan Perdagangan Di
Melaka Pada Abad ke-15 | Bhg. 6
Tajuk : 
Bincangkan perkembangan perdagangan di
Melaka pada abad ke-15 dengan merujuk
kepada sistem, jalinan jalan perdagangan dan
barang dagangannya. [Bahagian 6]

Disediakan oleh :
(1) Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad
(Sistem & Pentadbiran)
(2) Mohd Dzulazizi b Amilin (Jalinan Jalan
Perdagangan & Barang dagangan)
_____________________________________
_________

Hubungan Perdagangan Melaka Pada


Abad ke-15

Pada awal abad ke-15 Melaka merupakan salah


sebuah pusat pelabuhan Entreport terbesar dalam dua
dekad yang pertama, kekuatan perdagangan Melaka
bergantung pada pedagang-pedagang asing yang
singgah ke Melaka untuk melaksanakan perdagangan
dan menjalinkan hubungan dengan para pedagang di
peringkat antarabangsa. Sumber yang paling menarik
tentang hal ini ialah The Suma Oriental, di samping
sedikit laporan Barbosa. Bukti yang menunjukkan
Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan asing
dapat dilihat daripada tiga aliran lalulintas laut.

Melaka, sebagai kerajaan yang kaya raya dan


sebuah pusat dagangan yang besar dan mewah perlu
ada dasar luar yang tersendiri dan peraturan
perutusannya yang bersistem. Dasar luar Melaka
berlandaskan beberapa perkara penting. Pertama,
kerjaan Melaka memerlukan jaminan keselamatan. Hal
ini berkait rapat dengan kedudukan Melaka sebagai
pusat perdagangan terbesar di rantau ini pada masa itu.
Kedua, Melaka perlu membekalkan makanan yang
cukup untuk para pedagang yang tinggal di Melaka
semasa menunggu angin musim berubah. Ketiga,
Melaka perlu mengamalkan dasar perniagaan yang
liberal dan adil, yakni dengan sistem cukai yang
berpatutan dan cara penyelesaian tegas agar setiap
negeri yang datang berinteraksi dengannya faham dan
tahu tentang kedudukan masing-masing.

Dasar perhubungan antarabangsa Melaka yang


bertindak sebagai sebuah empayar memerlukan dasar
yang jelas lagi tegas. Ini bererti bahawa setiap negeri
yang berhubung dengannya akan diberi layanan
mengikut status negeri itu vis-à-vis Melaka.[1]

Antara negeri-negeri yang menjalinkan


hubungan perdagangan dengan kerajaan negeri Melaka
ialah:

1. China :

Hubungan perdagangan Melaka dengan negeri


China begitu rapat. Hal ini mendapat tindak balas yang
besar daripada kerajaan Ming sehingga mereka
mengubah dasar perdagangan dengan menhapuskan
dasar tutup pintu. Dengan dasar ini, Melaka menjadi
tumpuan kepada pedagang dari negeri China untuk
memasarkan barang-barang ke Eropah.

Di samping itu, negeri China ini diberikan


sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan pedagang
asing yang lain iaitu tidak dikenakan cukai yang tinggi
cuma negeri China ini perlu memberikan ufti kepada
Sultan Melaka.[2] Hal ini menunjukkan rapatnya
hubungan Melaka dengan negeri China. Selain itu,
Parameswara pernah dihadiahkan oleh Maharaja Yung
Lo sebanyak 2600 untaian duit tembaga dan wang
kertas hasil sekembalinya dari negeri China pada tahun
1412.[3]

Selain daripada itu juga, Melaka bernasib baik


mendapat naungan negeri China yang mengadakan
ekspedisi ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi bermula
tahun 1403 hingga 1433. Pada peringkat awalnya,
kerajaan Siam (Ayudhya) berhasrat hendak manjadikan
negeri Melaka sebagai negeri ufti telah dapat ditolak
dengan adanya bantuan dari China.[4] Hal ini
membuktikan bahawa hubungan antarabangsa yang
terjalin diantara Melaka dan China sangat erat
sehingga China sanggup membantu Melaka dalam
aspek keselamatan negeri.

Barang utama yang dibawa oleh negeri china


ke Melaka ialah bahan wangian, permata, sutera, satin,
belerang, besi, alat masak memasak, tembikar mewah
dan peluru. Manakala di Melaka pula, barang utama
yang ditukar untuk dibawa balik ke negeri china ialah
lada, gaharu, candu, rempah dan bahan hutan dari
Nusantara. Permintaan yang tinggi terhadap lada dari
negeri china menguntungkan Melaka. Menurut Tome
Pires melaporkan, satu quintal (bersamaan 100 paun).
Lada yang dibeli dengan 4 cruzados*[5], di Melaka,
dijual dengan harga 15 atau 16 cruzados di negeri
China.[6]

2. Koromandel[7] :

Manakala dibahagian barat pula, kalangan


saudagar terpenting ialah saudagar dari
Koromandel. Menurut Tom pires dan Ruy de Brito
menganggarkan empat hingga lima buah kapal
besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai
dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados.
Hal menunjukkan bahawa, selain daripada
pedagang china pedagang dari sebelah barat
juga mampu mamberi keuntungan yang besar
kepada negeri Melaka setiap tahun.

Dari sudut jenis barang pula, barang yang dibawa dari


koromandel untuk ditukar kepada negeri Melaka ialah
gaharu, permata, lada, cengkih, kayu manis dan buah
pala. Manakala saudagar-saudagar dari kalingga pula
membeli perak, emas, bijih dan sutera mentah yang
dibawa dari negeri china. Pedagang koromandel
bertumpu di Melaka dari bulan Oktober hingga bulan
Januari.

3. Benggala[8] :

Selain itu, pedagang dari Benggala pula yang


terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki
dan Absinia, mereka ini telah membentuk satu
syarikat yang besar untuk datang ke Melaka.
Persinggahan mereka ke Melaka dengan
membawa kapal-kapal besar setiap tahun dan
nilai dagangan yang boleh mencecah lapan puluh
hingga sepuluh cruzados membolehkan Melaka
memperoleh keuntungan yang besar.

Barang-barang yang mereka bawa ke Melaka ialah


barang-barang makanan, beras, gula, daging kering,
kain India dan sayur-sayuran kering. Bahan ini
kemudiannya di tukar ke Melaka dan digunakan di
Melaka untuk membeli lada, jagung, cengkih, sutera
dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa,
tembaga, bijih, kapur barus, gaharu dan berbagai bahan
mentah dari Nusantara.

4. India :

Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah


Kembayat. Para saudagar dari Timur Tengah
mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk
sampai ke Melaka. Semasa angin monsoon daya,
mereka bertumpu di kembayat dengan
menyediakan senjata, kain bulu, kain sakhlat,
marjan, barang tembaga, perak, barang
perhiasan murah, candu, air mawar, ambar,
kismis, nila, dan barang kencana. Manakala di
kembayat pula, pedagang dari Kahirah, Mekah,
Aden, Ormuz selain yang datang dari kawasan
timur Mediterranean dan pesisiran timur Afrika
berkumpul berpuak-puak membentuk syarikat
sebelum belayar ke Melaka dalam bulan Mac.

Pedagang-pedagang Benua India berkumpul di


Kalikat, Pulikat atau Benggala. Kebanyakannya
perdagangan ini diurus oleh orang Gujerat.[9] Hal ini
kerana, dari bahagian barat saudagar Gujeratlah yang
terpenting. Para saudagar dari pelabuhan Diu, Randir,
Surat dan daman menjadi perantaraan untuk
memperdagangan barang-barang dari pelabuhan Arab
seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah.
Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis
rempah, jagung dan emas dari Nusantara yang terdapat
di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur
Jauh seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan
belerang untuk diperdagangkan ke India, ke
pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah.
[10]

Setelah saudagar-saudagar dari India dan Cina


meninggalkan selat Melaka, pasar Melaka tetap sibuk
dimeriahkan pula oleh saudagar-saudagar dari Jawa
dan kepulauan Melayu.

5. Pegu (Burma) :

Pegu (Burma) juga merupakan anatara pedagang


yang rapat dengan negeri Melaka, mereka
terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila
barang bahan dagangan habis dijual mereka akan
menjual anak-anak kapal kepada saudagar-
saudagar Melaka. Tom Pires menganggarkan
sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun
terdapat antara dua puluh hingga tiga puluh
buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada
untuk menjalankan hubungan dagangan ataupun
tukaran barang dengan saudagar dari Melaka. Ini
menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan
Melaka adalah hubungan terus bukan secara
perantaraan. Disamping itu, Pegu juga
membekalkan barangan mewah, seperti nilam
dan berlian, perak, wangi-wangian, dan makanan
mentah.

  6. Siam[11] :

Melaka dan Siam pernah mengalami krisis


hubungan yang membimbangkan . Sebagaimana
yang telah kita maklum bahawa Siam pernah
mahu menjadikan Melaka sebagai negeri ufti
tetapi gagal kerana Melaka mendapat naungan
daripada China. Walaupun begitu, atas sebab
ekonomi mereka tetap mejalinkan hubungan
yang baik dalam aspek perdagangan. Siam
menjadi pembekal utama bahan seperti beras,
gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-
kayan ke Melaka.

7. Pulau Jawa :

Di samping itu, terdapat juga jong-jong besar


dari Pulau Jawa yang datang terus ke Melaka.
Hubungan Melaka dengan Pulau Jawa bertambah
erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan
baru di utara Pulau Jawa seperti Demark,
Japara, Ceribon, Grisik dan Tuban. Hal ini
menunjukkan bahawa, hubungan yang erat ini
jelas kelihatan apabila ramai para pedagang dan
senteri pulau jawa datang ke Melaka.

Para pedangang tersebut ialah seperti Patih Adam,


Patih Kadir, Patih yusoff, Patih Yunus dan Utimuti
raja. Pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa juga
menjadi pengantaraan perdagangan antara Melaka
dengan kepulauan rempah seperti kepulauan Maluku,
Bima, Binda dan pelabuhan Grisik. Menurut Tom Pires
melaporkan hubungan dagangan dua hala ini adalah
dalam bentuk runcit dan borong.

Ramai pedagang dari Melaka belayar ke Jawa sebagai


saudagar borong dan penumpang dan bahan utamanya
ialah kain dari India. Manakala dari Jawa mereka terus
menukar kain murah yang dibeli dari jawa dengan lada
dan rempah. Oleh itu, perdagangan dari Melaka itulah
yang memberi sumbangan besar ke arah kebangkitan
dan kemajuan pelabuhan Jawa Utara pada penghujung
abad ke-15, termasuk Demak, Ceribon, Grisik,
Surabaya dan Tuban. Ini telah memberi kesan kepada
terhadap pola politik tradisional Jawa-Majapahit.[12]

8. Pulau Ryu Kyu :

Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh


Melaka. Misalnya, hubungan Melaka dengan
pulau-pulau ryukyu (Jepun) amat baik di antara
tahun-tahun 1460-an hingga 1480-an (bahkan
hingga ke tahun Ryu-Kyu masih mengutus surat
ke Melaka).[13] Suatu masa dahulu, Pulau Ryu
Kyu turut disebut oleh sebahagian saudagar
sebagai Kepulauan Liu Kiu. Tome Pires pula
menyebut mereka sebagai Gores, yang kemudian
ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.[14]

Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti


kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas dan perak,
kipas, kertas dan sedikit makanan seperti bawang, sawi
kering dan beras. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan
rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.
[15]

[1] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.


Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.
[2] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135.
[3] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.115.
[4] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.
[5] Sejenis Mata Wang.
[6] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan
Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Hal.245.
[7] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.246
[8] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
[9] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala
Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Hal.113.
[10] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.247
[11] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.248.
[12] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.
[13] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab.
Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala
Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Hal.138.
[14] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.
Hal.246.
[15] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

Tengku Ibrahim at 2:46:00 PM

6 comments:

Unknown October 23, 2018 at 6:49 AM


Thank u for this info!pray for my SPM
Reply

Replies

Unknown January 28, 2020 at 4:23 PM


...

Reply

Anonymous January 28, 2020 at 4:20 PM


Tq...
Reply

Aili Delilah January 28, 2020 at 4:21 PM


감사합니다
Reply

Unknown February 2, 2020 at 5:58 AM


Tq...untuk rujukn
Reply

Anonymous December 12, 2020 at 11:05 PM


Thank you so much. Helped me so much for
kajian kes
Reply

Enter Comment

‹ Home ›
View web version

Kenali Penulis

Tengku Ibrahim
AJIL, TERENGGANU, Malaysia
Seorang hamba Allah yang masih belajar,
mahu berkongsi sedikit ilmu dan
pengalaman yang ada serta masih amatur dalam
penulisan.
View my complete profile

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai