Anda di halaman 1dari 22

Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu pada Zaman

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka


Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor

Pengenalan

Maka segala dagang atas angin dan bawcih angin sekeliannya datang ke
Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala
orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang,
kerana banyak jenis dagangan ada disana. (Sejarah Melayu, edisi 2000,
him 80)
Petikan di atas menunjukkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan perdagangan pada
abad ke-14. Buku sejarah China zaman lampau menyebut Ma La Jia (ejaan bahasa
Cina) yang merajuk kepada Melaka dan disebut pula sebagai Ma Liu Jia atau Ma La
Jia. (Yuanzhi: 2000). Ini menunjukkan Melaka dikenali sehingga ke negara Arab dan
China.
Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di pesisir Selat
Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan para pedagang
asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar Melaka menjadi anak kunci
penting dalam pemiagaan laut antarabangsa dari Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia
Barat, negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia hingga ke Kepulauan Asia
Tenggara pada ketika itu.

Para pedagang mendapati Melaka menjadi tempat persingahan yang selamat dan
menguntungkan kerana pelayaran mereka bergantung kepada angin monsun di Laut
China Selatan ataupun Lautan Hindi. Mereka akan singgah dahulu di Melaka sementara
menunggu tibanya angin monsun yang seterusnya. Oleh kerana itu, pedagang-pedagang
dari barat, timur ataupun Gugusan Kepulauan Melayu boleh mendapatkan barang
dagangan di Melaka sahaja tanpa perlu pergi ke tempat lain untuk mendapatkan barangan

itu. Ilatta makci datcmg sebuah kapal Peringgi clari Goci, id benuaga di Melaka. Maku
dilihat oleh Peringgi itu, negeri Melaka terlalu baik, bandarnya terlalu ramai. (Sejarah
Melayu, edisi 2000, him 244)

Kegiatan perdagangan di Melaka menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan


pedagang yang handal dan beijaya pada waktu Hu.

Pemiagaan adalah nadi negen

Melaka. Barang-barang mewah dan apa-apa hasil bumi boleh dibeli di Melaka. Menurut
Zainal Abidin (1996), antara barang tempatan yang didagangkan ialah emas, timah, kayukayan, ubat-ubatan daripada akar, kulit dan daun kayu, ukiran kayu dan damar. Buahbuahan tempatan seperti durian, cempedak, langsat, duku, pulasan dan manggis
merupakan barang dagangan yang sangat digemari oleh pedagang luar. Kejayaan
perdagangan Melaka ini telah ditulis oleh beberapa tokoh dari barat dan timur.

Pada awal abad ke-16, pencatat Portugis yang terkenal iaitu Tome Pire, seorang
setiausaha dan akauntan kepada Syarikat Portugis dan tinggal di Melaka selepas ditawan
oleh Albuquerque. Beliau menulis dalam bukunya, The Suma Oriental tentang
masyarakat dan kegiatan perdagangan pada awal abad ke-16. Tome Pires pemah menetap
di Melaka pada tahun 1512 hingga 1515. Beliau pemah mengatakan bahawa pada setiap
tahun sekurang-kurangnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buaii
kapal-kapal yang kecil datang ke pelabuhan Melaka. Pelabuhan yang begitu besar itu
boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagai-bagai saiz untuk sesuatu
masa.

Duarte Barbosa seorang lagi penulis Protugis

yang

telah

merakamkan

pendapatnya pada kurun ke-16 menyatakan:

"... bandar raya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan
jumlah pedagang borong yang terbesar dan perkapalan serla
perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di selum
dunia.

Walaupun begitu, menurut Hall (1984), Melaka pada mulanya adalah sebuah
pasar barang-barang rampasan. Ia adalah sebagai pusat lanun dan memaksa semua kapal
yang melalui Selat Melaka singgah berdagang. Melaka disifatkan bukan sebagai sebuah
bandar perdagangan tetapi adalah sebuah pasar lambak yang besar di mana bila sampai
masanya barang-barang dari China dan Timur Jauh ditukar dengan barang-barang Asia
Barat dan Eropah.

Menurut Sheela (1993) sistem perdagangan teratur yang menjamin keadilan dan
kestabilan turut menarik pedagang-pedagang dari seluruh pelosok dunia ke Melaka. Tiaptiap tahun beribu-ribu pedagang datang ke Melaka. Mereka terdiri daripada pedagang
Turki, Parsi, Eropah, India, China, Jepun, Champa, Kambodia, Siam, Pegu, Sulawesi,
Jawa dan Kepulauan Melayu yang lain.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Zaman Melaka adalah zaman yang penting dalam sejarah Melayu kerana Melaka
merupakan entiti politik Melayu yang pertama yang muncul selepas kejatuhan kerajaan
lain di Asia Tenggara. Walaupun kesultanan Melaka berusia hanya satu abad tetapi ia
mempunyai pengaruh yang besar terhadap negeri-negeri Melayu yang muncul
selepasnya

Corak pemerintahan yang terbentuk semasa Kesultanan Melaka merupakan satu


sistem pemerintahan politik yang tersusun dan teratur. Ini mewujudkan kestabilan dan
keamanan dalam negeri dan pedagang-pedagang merasa selamat dan mula datang
beramai-ramai untuk berdagang di Melaka. Terlalu adit saksama baginda pada
memeliharakan segala rakyat, seorang pun tiada raja-raja dalam alam ini sepertinya
pada zaman itu, lagi dengan murahnya. Maka negeri Melaka pun besarlah, lagi dengan
makmurnmya: segala dagang pun berkampung. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 72)

Keadilan raja-raja Melaka diketahui ramai seperti yang dipercontohkan oleh


seorang Sultan yang dikatakan lebih gemar berada di bandar daripada pergi memburu
supaya dia boleh mendengar sendiri dan membuat keputusan mengenai kekejaman dan

kezaliman yang berlaku di Melaka disebabkan kedudukan dan perdagangarmya yang


teguh. (A ndaya: 1983)

Sistem pemerintahan Melaka berbentuk hiraki dengan sultan di kemuncaknya.


Baginda berkuasa penuh dan rakyat perlu patuh dan setia kepada baginda. Baginda
dibantu oleh Majlis Orang Besar Empat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Laksamana dan Temenggung. Di bawah empat pembesar utama ini ialah
Majlis Orang Besar Delapan diikuti oleh Majlis Orang Besar Enam Belas dan Majlis
Orang Besar Tiga Puluh Dua.

Di antara pembesar itu, Bendahara adalah orang yang terpenting dan merupakan
Perdana Menteri. Beliau bertindak sebagai ketua penasihat sultan dan bertanggungjawab
memunggut cukai. Beliau ialah Panglima Besar untuk pertahankan negara, Ketua Hakim
dan juga Ketua Adat Istiadat Istana.

Penghulu Bendahari pula menjaga hal ehwal kewangan Melaka. Beliau juga
mengetui semua Syahbandar dan pegawai pengutipan cukai serta bertanggungjawab
kepada semua hasil negeri. Beliau iuga bertanggungjawab menyelia hamba dan
kakitangan raja supaya segala urusan istana beijalan dengan lancar termasuk hal-ehwal
kewangan dan urusan surat-menyurat diraja.

Setelah Seri Maharaja jadi Bendahara, hergelar Bendahara Seri


Maharaja, maka negeri Melaka pun makin makmurlah, lagi dengan
ramainya, kerana Bendahara Seri Maharaja terlalu saksama, serta adil
dengan murahnya; dan terlalu baik budi pekertinya pada membaiki orang,
dan terlalu sangat pada memelihara segala dagang.
(Sejarah Melayu, edisi 2000, him 206)
Temenggung bertanggungjawab untuk keselamatan negeri dan berfungsi sebagai
hakim bagi kesalahan kecil dan urusan penjara. Beliau juga ditugas untuk memeriksa
alat-alat timbangan dan sukatan. Laksamana merupakan ketua angkatan laut yang
berperanan mengawal perairan Melaka dan menentukan kapal-kapal mengikut peraturanperaturan pelabuhan.

Masyarakat Melaka ialah masyarakat kosmopolitan yang terbentuk akibat


kedudukan Melaka sebagai sebuah bandar pelabuhan (city port) antarabangsa. Fungsinya
sebagai sebuah entreport mendorong pembentukan corak masyarakat. Ini disebabkan
tradisi maritim yang dimiliki oleh Melaka dari segi kedudukan geografi, penguasaan
politik serta corak ketenteraannya.

"Ada pun pada zaman itu negeri Melaka terlalu ramainya, segala dagang
pun bertambah-tambah berkampung: dari sebelah kampung Keling
datang ke Kuala Penajuh, rapat rumah; orang pergi-pergian dari Melaka
hingga datang ke Jugra tidak membawa api; barang mana ia berhenti, di
sana adalah kampung orang. Dari sebelah sini datang ke Batu Pahat,
demikian juga; kerana rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya
yang dalam negeri juga itu" (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 244)
Teks Sejarah Melayu menunjukkan gambaran negeri Melaka dan memperincikan
gambaran tentang susun lapis masyarakat Melaka yang dikelaskan kepada beberapa
peringkat, Peringkat pertama ialah pemerintah dan kerabat Diraja. Perin'gkat kedua ialah
para pentadbir yang terdiri dari pembesar yang menduduki kelompok bangsawan Melaka.
Peringkat ketiga ialah pedagang dan rakyat yang bebas. Diketahui bahawa ramai orang
Melayu yang melibatkan diri dalam bidang pemiagaan, misalnya, Adapun Hang Isap itu
ada berniaga dengan Sayid Hamba Allah {Sejarah Melayu, edisi 2000, him 219)

Ini menunjukkan ramai kalangan masyarakat Melaka yang sudah melibatkan diri
dengan perdagangan secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Kaum pedagang dan
saudagar kaya raya ini juga melahirkan golongan nakhoda yang menggunakan kenderaan
air untuk berniaga. Mereka merupakan kelompok masyarakat yang eksklusif di Melaka.

Walaupun begitu, Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem pentadbiran


tanah di mana tanah dimiliki oleh raja dan rakyat mengeijakan tanah tersebut. Sebahagian
hasil yang diperolehi daripada tanah kerajaan akan diserahkan kepada pembesarpembesar istana dan kutipan hasil ini juga merupakan satu punca pendapatan pemiagaan
yang penting kepada mereka

Kegiatan Perdagangan pada Awal Abad ke-15


Laporan yang ditulis oleh Ma Huan dan Fei Hsin tentang institusi pentadbiran orang
pribumi dan kegiatan perdagangan di Melaka pada awal abad ke-15 menyanjung
kebijaksanaan

dan pemerintahan raja-raja Melaka yang awal. Wang Gungwu pula

merujuk kepada kepintaran Parameswara meraih keuntungan hasil dari perdagangan dan
perkapalan di Selat Melaka selepas Sriwijaya. Ma Huan da Fei Hsia menyebut bahawa
perancangan ekonomi dilengkapkan dengan perancangan pemerintah dan pentadbir yang
tersusun. Dalam Undang-undang Melaka menyebut bahawa ... padahcil memerintahkan
segala adat yang tersebut ini, terhimpun pada segala menteri. Dalam masyarakat
Melayu. tradisi, adat dan istiadat meliputi sistem dan kaedah memerintah, undang-undang
serta norma hidup bermasyarakat termasuk juga sistem dan kaedah berniaga serta
berdagang.

Menerusi tindakan politik, pemerintah Melaka menakluk kawasan asing yang


strategik dan mempunyai potensi ekonomi yang baik di sekitar Selat Melaka. Menurut
Mohamad (1992), usaha gigih menakluk kawasan-kawasan pesisir untuk mengawal
seluruh laluan perairan Melaka menjanjikan pulangan dan hasil ekonomi serta sumber
tenaga manusia yang amat menguntungkan. Hubungan diplomatik dan ekonomi yang
terjalin dengan kuasa-kuasa luar seperti negara China, Ryuku, India dan Arab Farsi telah
menggerak dan merancakkan pertumbuhan perdagangan Melaka sebagai emporium
temama.
Setelah itu maka titah Sultan Mansur Shah kepada Bendahara Paduka
Raja dan segala menteri hulubalang, Apa bicara tuan hamba sekalian,
baiklah kita menyuruh ke benua Siam;apa sudahnya kita beralangan
seiama ini, kita berkelahi dengan dia pun tiada, dan berdamai pun tiada,
dan berdamai pun tiada;orang Siam tiada datang ke Melaka, dan orang
Melaka pun tiada pergi ke Siam. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 107)
Raja Melaka yang kedua iaitu Sultan Iskandar Syah telah memeluk agama Islam
pada tahun 1414 dan telah membawa banyak kebaikan kepada Melaka. Tome Pires
mendakwa bahawa perkahwinan Sultan Iskandar Shah dengan Puteri Pasai yang
beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar Islam dari pelabuhan Pasai

seperti pedagang Tanah Arab, Parsi dan India datang ke Melaka. Ini menyebabkan
perdagangan di Melaka mencapai keuntungan.

Setelcih hciri pun asarlah, maka datamglah sebuah kapal dari Jeddah,
serta ia datang berlabuhlah: maka turunlah makhdum dari dalam kapal
itu, Syed Abdul Aziz namanya,..." (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 73)
Menurut Abd. Latif (1996), perdagangan mahupun kaedah perdagangan diplomasi
Melaka bersendikan agama Islam, Bahasa Melayu, tulisan jawi, perkahwinan Diraja
adalah tali temali yang memperteguhkan ukhwah dan ikatan serumpun.

. Sultan Iskandar Shah juga menyediakan kemudahan dan layanan yang istimewa
kepada para pedagang, seperti yang dikatakan oleh Tome Pires:

"... and some rich Moorish merchants moved from Pasai to Malacca,
Parsees, as well as Bengalees and Arabian Moors, for at that time there
were alarge number o f merchants belonging to these three nations, and
they were very rich with large business and fortunes... Trade began to
grow greatly-chiefly because they said Moors were rich and Xageum
Darxa, King o f Malacca, derived great profit and satisfaction from it..
Ma Huan dan Fei Hsin juga menyebut tentang para saudagar China mendapati
Melaka telah membina gedung yang dikeli lingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintupintu yang berkunc*. Gedung ini dikawal oleh penjaga yang bersedia untuk membunyikan
loceng sekiranya terjadi sesuatu kekecohan dan kecemasan. Ini menunjukkan bahawa
perdagangan di Melaka teratur dan dikawal pada abad ke-15.

Menurut Yuanzhi (2000), ketika kapal-kapal Zheng He berlabuh di Melaka, di


suatu tempat dibuat pagar kayu runcing yang mengelilingi seperti tembok kota. Di empat
penjuru pintu gerbang dibangunkan nenara tempat orang menabuh untuk memberi tahu
waktu pada malam hari. Malah ada penjaga yang meronda dengan membawa loceng. Di
dalam kawasan itu terdapat pagar kayu runcing sebagai tembok kota kecil. Di situ ada
gudang untuk menyimpan wang dan bahan makanan.

Menurut Andaya (1983) terdapat gudang bawah tanah yang dibina untuk saudagar
menyimpan barangan mereka sementara kargo tiba. Kemudahan menyimpan ini memberi
periindungan dari api, kerosakan atau kecurian. Menurut Wan Abd. Kadir (1989), system
ekonomi orang Melayu zaman kerajaan Melaka sebelum kedatangan Barat sudah
mencapai peringkat tamadun yang tinggi.

Dalam Sejarah Melayu juga disebut tentang sistem untuk membasmi pencuri dan
barang yang hilang, "Maka titah Sultan Alaud-Din kepada Bendahara Paduka Raja,
menyuruh membuat balai di simpang empat di tengah negeri, disuruh bubuh seorang
penghulu diam di sana. Maka titah baginda pada Seri Maharaja: Jikalau orang
mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang empunya, disuruh baginda
kudung tangannya: jikalau tiada bertemu dengan empunya harta, ke balai itulah
dihantarkan. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 175)

Pedagang-pedagang diberi layanan yang baik dan adil. Pegawai khas yang
bergelar Syahbandar ditugaskan untuk mengawasi segala hal-ehwal perdagangan di
pelabuhan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan. Pedagang-pedagang
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan seorang
Syahbandar seperti:

(a)

Pedagang dari Gujerat

(b)

Pedagang dari India Selatan, Benggala, Pegu dan Siam.

(c)

Pedagang dari Jawa, Maluku, Banda, Palembang, Borneo dan Filipina

(d)

Pedagang dari Champa, China dan Jepun.

Tiap-tiap Syahbandar bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kumpulan


pedagangnya. Ia menguruskan gudang, tempat penginapan, pengangkutan dan masalah
pribadi yang dialami oleh mereka. Dia juga memeriksa ala-alat timbang dan sukat dan
mata wang untuk menentukan sebarang penipuan tidak berlaku.

Eksport Melaka pada masa itu ialah bijih timah yang telah dicair dan dijadikan
kepingan jongkong. Melaka juga mengumpulkan bijih timah dari kawasan tanah
jajahannya seperti Kelang, Selangor, Bemam, Manjung, Beruas dan Kedah. Penguasaan
dan penaklukan kawasan lain juga mempunyai matlamai dari aspek perdagangan dan
ekonomi.

Terdapat beberapa penaklukan yang menguntungkan Melaka antaranya ialah


Siak. Penguasaan Siak membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas bagi tujuan
tukaran bahan

perdagangan

dengan saudagar asing. Penaklukan Kampar pula

membolehkan Melaka mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan dari
pendalaman Minangkabau, Rokan, Tungkal dan Inderagiri.

Gugusan Riau-Lingga pula membekalkan Orang Laut sebagai pendayung kapal


perang tentera laut Melaka uintuk tujuan penaklukan. Orang Laut juga membantu
menentang lanun di Selat Melaka kerana lanun boleh menjejaskan .keselamatan di
perairan dan keselamatan para pedagang. Orang Laut amat ditakuti tetapi penuh perasaan
taat setia dan bertugas melindungi para langganan Melaka sambil melakukan pembalasan
yang dahsyat terhadap saingan Melaka. Kawalan dan jaminan keselamatan merupakan
perkara utama untuk menjamin kegiatan perdagangan dan kedatangan pedagang asing
untuk berniaga di Melaka daripada pergi ke pelabuhan-pelabuhan lain di Selat Melaka.

W alaupun begitu, kawasan-kawasan yang tidak menjadi jajahan takhluk di pantai


barat dan timur Sumatera membekalkan bahan-bahan mentah, antaranya, Pedir
menghantar lada dan beras menerusi Pasai. Bengkalis membekalkan ikan kering dan ikan
trubuk. Jambi dan Palembang menyediakan bahan-bahan makanan seperti beras, halia,
bawang, daging, arak, madu lebah, besi dan emas. Kapur barus dari Aceh dan Palembang
membekalkan hamba untuk didagangkan di Melaka.

Hubungan Perdagangan Pada abad ke-15 dan awal abad ke-16


Sebagai sebuah pelabuhan entrepot, kekuatan perdagangan Melaka bergantung kepada
pedagang-pedagang asing. Terdapat tiga aliran lalulintas laut yang terdapat di Melaka:

a) Di bahagian timur ialah hubungan dengan China. Melaka menjadi tumpuan


Kerajaan Ming dari China untuk memasarkan barang-barang dari China ke
Eropah. Seorang pelapor Portugis yang bernama Ruy Araujo menganggarkan
setiap tahun, antara lapan hingga sepuluh buah ong China datang ke Melaka
dengan membawa barang-barang seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera,
satin, balerang, besi, alat masak-memasak, tembikar dan peluru. Di Melaka
barang utama yang ditukar imtuk dibawa balik ke China ialah lada, gaharu, candu,
rempah dan bahan-bahan hutan Nusantara. Melaka juga menjadi orang tengah
yang menjualkan lada dari Patani, Pasai dan Pedir ke negara China. Terdapat juga
pedagang dari Jepun yang membawa kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas
dan perak, kipas, kertas dan ditukar dengan rempah, arak dan kain dari Benggala.
Tome Pires juga menyebut terdapat kapal-kapal besar orang M elaka sendiri pergi
ke China untuk berdagang.

b) Di bahagian barat ialah saudagar dari Koromandel yang dianggarkan oleh Tome
Pires dan Ruy de Brito sebanyak empat hingga lima buah kapal besar setiap
tahun. Barangan yang di bawa dari Koromandel ditukar untuk membeli gaharu,
permata, lada, cengkih, kayu manis dan buah pala. Saudagar dari Kalingga pula
membeli perak, emas, bijih dan sutera dari China.

Para saudagar dari pelabuhan Benggala terdiri dari pedagang Arab, Parsi.. Turk
dan Absinia membawa beras, gula, daging kering, buah-buahan, kairi India dan
ditukarkan dengan lada, jagung, cengkih, sutera, tembikar, senjata, gaharu dan
barang rnentah Nusantara. Saudagar dari Gujerat pula membawa barang-barang
barat seperti logam, senjata, cerrmn, manik dan arak yang ditukar di Melaka dan
kemudiannya dibawa ke Venice. Tome Pires menyebut bahawa
Whoever is lord o f Malacca has his hand on the throat o f Venice,

c) Kepulauan Nusantara pula pedagang dari Pegu (Burma), Siam, Palembang, Pulau
Jawa yang membawa barangan seperti nilam, perak, wangi wangian, beras,

10

bawang, minyak, garam, kayu jati, emas, gading gajah dan menukarkannya
dengan barangan dan China, kain dan lada. Tome Pires juga menulis bahawa
terdapat juga saudagar Melaka yang pergi ke Pegu untuk berdagang dan ramai
saudagar Melaka pergi ke Jawa sebagai saudagar borong.

Barang-barang dagangan yang diperdagangkan dan digunakan di Melaka juga


di eksport ke negara lain (Zainal Abidin, 1996). Kehadiran para saudagar asing dari
kawasan serantau dan dari China dan Semenanjung Arab menyebabkan Melaka menjadi
pusat perdagangan antarabangsa. Tome Pires mengatakan bahawa terdapat sekurangkurangnya 61 bangsa dan suku bangsa di Melaka serta terdapat lapan puluh empat bahasa
dituturkan oleh para pedagang. Meilink-Roelofsz pula mengatakan bahawa;
...flocked together every year in Malacca, which was then the center o f
inter-Asian trade. Like a rich and colourful pageant under the blazing
tropical sun, this busy eastern market made an indelible impression on the
first Europeans who visited Malacca.

Orang Melayu Melaka mengalami perubahan yang pesat apabila bertembung


dengan pedagang-pedagang luar. Sistem sosial penduduk rantau ini yang menjadi
semakin kompleks telah membentuk sistem kepimpinan yang semakin tersusun.
Golongan yang menjadi pemimpin menguasai politik dan ekonomi. Kekuatan golongan
pemerintah bergantung kepada kedudukan ekonomi rakyat jelata dan hubungan dengan
pedagang asing. Hubungan dengan orang luar membolehkan orang Melayu turut serta
dalam kegiatan perdagangan dan pelayaran. Rakyat yang tinggal berhampiran pelabuhan
turut melibatkan diri dalam usaha perdagangan secara kecil-kecilan (Mohd. Taib :19S9)
Hatta berapa lamanya, datanglah sebuah kapal dari atas angin. Setelah kapal itu
berlabuh, maka segala nelayan pun datanglah berjual ikan kepada orang dalam kapal
itu. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 84)

11

Corak Pemiagaan di Melaka


Melaka merupakan entreport atau a warehouse or place fo r storage o f goo d s yang
telah mewujudkan satu sistem perdagangan dan urusniaga yang teratur dan boleh
diterima semua pihak. Melaka memainkan tiga peranan penting, iaitu:

(a) Sebagai penerima, pembeli dan pengendali barang-barang dagangan untuk


disimpan dalam gudang sebelum barang-barang itu disebar untuk dijual.
tb) Menjadi pihak perantara, iaitu perantaraan bagi pedagang dari Timur, Barat dan
dari Nusantara.
(c) Sebagai sea port yang menyebarkan barang dagangan ke seluruh pelosok
kawasan perdagangan atau penjual barang dagangan.

Melaka bukan sebagai pengeluar barang-barang dagangan tetapi meraih keuntungan


kerana

kedudukan

geografinya

serta

peranan

penting

dari

pentadbir

dan

pemerintahannya.

Tome Pires menulis tentang undang-undang yang diamalkan di Melaka:

and through this custom the land lived in an orderly way and they
carried on their business. And that was done thus orderly, so that they did
not favour the merchant from the ship, nor did he go away displeased: for
the law and the prices o f merchandise in Malacca are all known.
Terdapat dua undang-undang d Melaka iaitu Undang-undang M elaka (Hukum
Kanun Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang Melaka ialah undangundang darat iaitu lima daripada 44 fasalnya menerangkan undang-undang laut. Undungundang Laut Melaka pula mengandungi 24 fasal daripada 25 fasal yang menerangkan
peraturan di laut seperti peraturan dan tertib berniaga, tatacara berjual beli, larangan dan
tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar.

Apabila sebuah kapal dagang asing masuk ke Melaka, pegawainya dikehendaki


mematuhi peraturan tempatan. Nakhoda kapal perlu memohon Syahbandar untuk

12 i

>

menemui Bendahara untuk meminta kebenaran berniaga. Syahbandar pula memberi gajah
untuk mengangkut barang dagangan untuk disimpan sementara waktu di gudang. Cukai
hendaklah dibayar terlebih dahulu menurut niiai barangan dan wilayah mana asalnya
pedagang itu. Terdapat dua jenis bayaran bagi urusan import barang iaitu Pertama,
bayaran rasmi yang dinamakan custom duties dan yang kedua ialah bayaran tidak rasmi
atau present yang harus diberikan kepada Sultan, Bendahara, Temenggung dan
Syahbandar.

Pelabuhan Melaka dapat membangun dengan cepat dan muncul sebagai


pelabuhan yang tiada tolok bandingnya adalah sistem cukainya yang teratur dan
berpatutan. Kadar cukai bergantung kepada nilai barang yang dibawa oleh pedagang.
Kadar pembayaran adalah berbeza untuk setiap golongan pedagang. Kadar yang
dikenakan adalah seperti berikut:

(a)

Pedagang-pedagang dari India, Sri Langka, Burma, Siam dqn Sumatera


-

(b)

Pedagang dari Melaka dan negeri Melayu Semenanjung


-

(c)

6 peratus daripada nilai kargo

3 peratus daripada nilai kargo

Pedagang dari China, Sumatera Selatan, Jawa dan Maluku


-

Memberi hadiah-hadiah bemilai 1 peratus daripada kargo mereka.

Walaupun begitu, adalah menjadi kebiasaan bagi pedagang-pedagang dalam dan


luar negeri yang membawa persembahan kepada Sultan, Bendahara dan pembesar
Melaka. Pada umumnya persembahan itu bemilai satu atau dua peratus daripada jumlah
nilai barangan mereka.

Selepas semua cukai dibayar, urusan jualan barangan pun bermula di sepanjang
jambatan Melaka, di jalan raya berhadapaan bangunan lama sekarang dan di bazar-bazar.
Kerajaan Melaka telah mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para
peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian pendapatan kerajaan. Para
pentadbir sentiasa memerhati dan mengawas urusan jual beli agar barangan import yang

13

tersimpan tidak rosak atau jualnnya lembab. Tidak ada bukti yang menunjukkan para
penjual asing mengalami kerugian.

Urusan pemiagaan mempunyai dua bentuk lauu meialui sistem tukar barang dan yang
kedua menerusi proses penjuaian dan pembelian. Tome Pires menyebut wang logam di
Melaka dibuat daripada calains dalam bentuk timah yang terpahat nama Sultan Melaka
yang memerintah. Pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, mata wang emas telah
digunakan dalam perdagangan. Terdapat juga mata wang dari perak dan timah yang
dikeluarkan ataupun dibuat di Melaka.

Peringkat penjuaian dan penyebaran barangan yang diimport mengikut Tome


Pires keseluruhannya dijalankan oleh pedagang Melayu. Peniaga ini membeli barangan
dar pemborong dan menjualkannya di pasar-pasar, di pondok-pondok yang dibina di atas
jambatan, di lorong-lorong depan rumah, kedai, bazaar ataupun sistem lambakan di tepi
jalan. Dalam Sejarah Melayu disebut Tunku, sekarang lebih kita tidak betul, banyak
kedai yang menganjur, baik juga tuanku membetuli; kalau-kalau Yang Dipertuan
berangkat, dilihat baginda lebuh tidak betul, murka kelak akan tuanku. (Sejarah
Melayu, edisi 2000, him 254)

Sistem penyebaran pula ialah barangan yang dimport akan disebarkan ke Gugusan
Kepulauan Melayu dengan mengunakan kapal-kapal.

Tome Pxres pula melaporkan bahawa perdagangan juga dijalankan oleh masyarakat
bangsawan Melayu kelas atasan seperti Sultan Muzaffar Syah :

. .he devoted much care to the improvement to Malacca, he bought dan


built jinks and sent them out with merchants.

14

Sultan Alauddin pula:

the king o f country puts his share in each junk that goes out, that is a
way fo r the kings o f malacca to obtain large amounts o f money; and hence
there is no doubt that the kings o f Malacca are veiy rich indeed.
Para pembesar

Melaka melibatkan dir

dalam perdagangan

kerana

ia

menguntungkan. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh


pedagang luar negeri. Mereka menyediakan gudang untuk disewa, tempat penginapan
untuk pedagang menginap dan juga perkhidmatan memperbaiki kapal, jahit-menjahit dan
bungkus-membungkus (Zainal Abidin , 1996).

Menurut Ismail, A.Aziz dan Abd. Rahman (1995), sungguhpun hampir semua
pedagang datang ke Melaka dan tinggal di Melaka buat sementara sahaja tetapi bekalan
makanan mereka perlu disediakan. Oleh itu kerajaan Melaka membawa masuk makanan
dari Jawa dan Siam. Menurut Tome Pires,

...he always maintained his friendship with the said king; and a large
quantity o f foodstuffs come from Jawa.
Raja-raja lain di bawah taklukan Melaka juga terlibat dalam kegiatan urusniaga
dan berdagang di Melaka. Tome Pires mengatakan Raja Pahang, Kampar , Inderagiri
yang menanam modal dan menghantar wakil urusan untuk berdagang. Terdapat juga
saudagar yang kaya raya dan berkemampuan untuk menghantar tiga hingga empat buah
kapal besar ke tempat asing misalnya Tome Pires menulis:

...capable o f sending each year a junk to China, add another to Benggal,


and another to Pulicat, and another to Pegu, and the merchants o f
Mcdacca and fo r the ports took shares in these.
Walaupun begitu menurut Andaya(1983), Raja-raja Melaka turut berniaga tetapi
jika dihitung seluruh cukai yang didapat oleh kerajaan, jumlah pemiagaan Raja-raja
tidaklah seberapa besar berbanding dengan cukai terhadap kapal-kapal dagang yang
berpusu-pusu masuk berlabuh ke Melaka. Dianggarkan dua ribu buah kapal yang

15

berlabuh di Melaka dalam satu-satu masa. Menurut Zainal Abidin (1996) pula, hasil
kutipan cukai digunakan untuk membiayai pertahanan empayar Melaka dan juga untuk
meluaskan serta memesatkan kegiatan ekonomi, politik, sosial dan agama Islam.
Sebahagian dari hasil cukai itu juga digunakan oleh raja dan kaum kerabatnya. Bentuk
harta atau khazanah yang gemar mereka kumpulkan ialah emas dan perak.

Di peringkat betjaja, de Eredia, Barbosa dan de Albuquerque menyatakan bahawa


urusniaga ban yak dijalankan oleh pedagang pribumi sebagai peniaga di bazaar, pasar
Melaka ataupun berdagang di tempat lain dengan menggunakan small coastal praos and
light ships. Kaum wanita juga turut memainkan peranan akiif dalam mengendalikan
kedai runcit dan gerai-gerai. Ini menunjukkan bahawa terdapat dua pola pemiagaan iaitu
pedagang secara besar-besaran dan pedagang kecil-kecilan. De Edredia mengatakan
bahawa pedagang kecil-kecilan tertumpu di Sabak iaitu sepanjang tebing sungai Melaka
dan pedagang secara besar-besaran yang terdiri dari pemerintah dan golongan elit
tertumpu di atas dan di lereng bukit. Sementara itu pedagang sepenuh masa dan kaya raya
tertumpu dan menetap di kawasan Upeh (Terenquera) atau Iler (Bandar Hilir).

Menurut Zainal Abidin (1996), ada segolongan rakyat Melaka yang digelar orang
kiwi yang merupakan pedagang dan peniaga yang aktif di Melaka. Mereka bukan hanya
berniaga d- Melaka tetapi juga pemah berdagang ke India, China dan negeri-negeri
Kepulauan Melayu. Orang kiwi ini mempunyai kapal atau menyewa kapal untuk
membawa barang dagangan mereka. Mereka mempunyai hubungan baik dengan
pembesar Melaka dan boleh dianggap sebagai golongan pertengahan dalam masyarakat
Melaka yang giat berniaga.

Hatta maka Sultan Mahmud pun hendak menyuruh ke benua Keling,


membeli kain serasah empat puluh bagai...Maka Hang Nadim dititahkan
baginda ke benua Keling membeli kain itu: kerana Hang Nadim itu terlalu
pandai barangpekerjaan. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 218)

16

Untuk

tujuan

perdagangan,

para

pedagang

Melaka

mengunakan

alat

pengangkutan air yang dipanggil kapal, jong, bahtera, ghali, ghalias, geliong dan
lancaran. Sejarah Melayu mengatakan bahawa pada penghujung kurun ke-15, orang
Melaka yang kaya, rata-rata mempunyai kapal,

Maka Hang Nadim perginya naik kapal Hang Isap, kerana orang
Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka
belayarlah ia ke benua Keling (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 218)
Menurut A. Aziz (2000), kapal buatan rantau Melayu pada zaman dahulu lebih canggih
daripada jong Cina dan kapal layar Eropah. Teknologi yang ada pada zaman itu
dibangunkan sesuai dengan zamannya. Tome Pires mengatakan bahawa para pedagang
pribumi menggunakan kapal bukan sahaja di sekitar semenanjung Tanah Melayu tetapi
juga hingga ke Koromandel, Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, Ceylon, China,
Kepulauan Nusantara, Maluku hingga ke Mekah. Kegiatan ekomomi perdagangan dan
perkapalan yang besar dan kompleks ini menyebabkan wujudnya sistem, tertentu atau
aturan menggunakan kapal seperti yang terdapat di Undang-Undang Laut Melaka.

Pembinaaii Usahawan Melayu


Setelah kita melihat kehebatan dan sistem ekonomi yang dijalankan pada zaman Kerajaan
Melaka, kita dapat mengetahui bahawa orang Melayu tradisi bergiat cergas dalam bidang
keusahawanan sama ada dalam bentuk besar-besaran atau kecil-kecilan. Melaka sebaga'
sebuah entreport menjadi terkenal di seluruh duma kerana pemenntahnya dan juga sistem
perdagangannya yang bagus, adil, selamat dan menguntungkan.

Dalam usaha untuk membina usahawan Melayu sekarang, ia akan menyentuh


tentang sikap, minda, emosi dan naluri orang Melayu itu sendiri. Untuk menyemarakkan
budaya usahawan di kalangan orang Melayu kita perlu menggali semula tradisi nilai
masyarakat untuk dijadikan teras budaya usahawan. Walaupun semasa kurun ke-14,
orang Melayu terkenal dengan pelabuhan Melaka dan perdagangannya. Ini kerana
terdapat beberapa amalan dan ciri-ciri istimewa dalam budaya Melayu yang boleh

17

diaplikasi dalam pengurusan organisasi. Ia hendaklah dihidup dan disemarakkan kembali


agar menjadi kerangka budaya keija usahawan.

Menurut Dr. Peter C. Shepherd (1989), apa yang membezakan pengurusan barat
dan pengurusan orang asai ialah budayanya. Nilai-nilai yang diamalkan berbeza antara
satu budaya dengan budaya yang lain. Beliau berpendapat sains pengurusan barat tidak
semestinya secocok dengan nilai-bilai budaya dan norma-norma Timur atau Asia.

Kajian awal oleh Asma Abdullah (1992) menunjukkan bagaimana nilai-nilai dan
tradisi orang Melayu akan membentuk Pengurusan Melayu. Beliau telah menunjukkan
bagaimana konsep-konsep dan nilai-nilai tradisi boleh disisipkan dalam bidang
kepimpinan, komunikasi dan motivasi di tempat kerja.

H.M. Dahlan (1994), telah mengemukakan satu model yang dinamakan Model D
yang menjadikan budi sebagai paradigma utama dalam pembentukan budaya kerja.
Model D mengambil kira sistem nilai timur yang mana budi merupakan paksi dalam
pemikiran dan penilaian rasional.

Oleh yang demikian, manusia budiman tidak akan terbentuk dengan sendirinya
tanpa dipengaruhi oleh sistem nilai dan pandangan hidup yang dimiliki oleh bangsa
tersebut. Organisasi.pemiagaan tempatan harus berusaha untuk menyesuaikan dengan
operas: masing-masing dan memperlengkapkan dengan idea-idea lain.

Nilai-nilai positif dalam budaya Melayu perlulah disuburkan dan dipopularkan


dalam amalan pengurusan pemiagaan. Kita jangan lupa diri dan hilang jati d ir kerana
kekuatan kita bermula daripada dalam diri kita sendiri. Orang Melayu khasnya para
usahawan mestilah mengkaji, menelaah dan memikirkan semula nilai-nilai ke Melayuan
yang diwarisi dengan objektif untuk menerapkan dan menyebatikan nilai-nilai tersebut
dalam amalan pengurusan syarikat.

Kesimpulan
Tiap-tiap kebudayaan mempunyai sistem nilai yang tersendiri berdasarkan
pandangan dan penghayatannya. Nilai-nilai dalam masyarakat Melayu tumbuh dalam
masyarakatnya dan diwarisi dari generasi ke generasi yang berikutnya melalui proses
sosialisasinya. Tiap-tiap anggota masyarakat apabila dilahirkan akan diperkenalkan
kepada sistem nilai masyaraka yang dianggotai oleh keluarganya, tetangganya dan
anggota masyarakat. Nilai budaya ini mempengaruhi lingkungannya dan menjadikan
seseorang itu melihat dan bersikap dengan cara tertentu.

Nilai-nilai yang dimiliki oleh orang Melayu bukanlah faktor menolak untuk
menjadi usahawan yang berjava. Contoh yang paling dekat ialah semasa kerajaan Melaka
wujud pada kurun ke 14, terdapat ramai usahawan Melayu termasuk Sultannya juga
berniaga, Pedagang dari seluruh dunia datang ke Melaka untuk berdagang kerana merasa
Melaka dan masyarakatnya pandai dan boleh berniaga. Nilai-nilai yang terdapat pada
masyarakat Melayu Melaka secara tidak langsung merupakan faktor utama kejayaan
Melaka.

Bibliografi
Abd. Latif Abu Bakar(ed) (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.
Lembah Pantai: Penerbit UM.

Abdul Aziz b. Zakaria (1963). Portugis dalam Sejarah Melaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Andaya. B.W dan Andaya. L.Y (1983). Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers :
Petaling Jaya.

A. Samad Ahmad (Ed.) (2000) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Dewan Bahasa dan
P ustaka: Kuala Lumpur.

19

Asrul Zamani (2002). The Malay Ideals . Golden Books Centre : Kuala Lumpur.

A.Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
(1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Cahaya Pantai: Kuala
Lumpur.

Sheela Abraham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Penerbit Fajar B ak ti: Kuala
Lumpur.

Mohd Aris Othman (1985) Identiti Etnik Melayu. Penerbit Fajar B ak ti: Petaling Jaya.

Mohd. Taib Osman (1989). Masyarakat Melayu: Struktur, Organisasi dan Manifestasi.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Muhammad Yusoff Hashim (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

___(1992). Pensejarahan Melayu : Kajian Teks Tradisi Sejarah


Melayu Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mohd. Dahlan Mansoer (1979) Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur.

Nor Aishah Buang (2002) As as Keusahawanan. Fajar B akti: Shah Alam.


Hall. D.G.E. (1984). Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur.

Ismail Hamid (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur.

20

Ismail Hussein, A, Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi(ed.)( 1995). Tcimadun
Melayu ;Jilid Tiga. Kuala Lumpur': Dewan Bahas dan Pustaka.

Ismail Noor dan Muhamad Azahari (2000) The Malay Par Excellence... Warts and A ll:
Intospcection . Pelanduk Publications: Subang Jaya.

Kong, Yuanzhi (2000). Pelayarcin Zheng He dan Alam Melayu. Penerbit UKM : Bangi.
Wan Abd Kadir Wan Yusof (1989). Masyarakat Malaysia ; Struktur, Organisasi dan
Manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan
Malaysia Membina Keagungan. Thinkers Librarys Sdn Bhd : Batu Caves.

Winstedt. R.O (1982). A History o f Malaya. Marican & Sons : Petaling Jaya.
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996) Malaysia : Warisan dan Perkembangan (Edisi
Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Anda mungkin juga menyukai