Anda di halaman 1dari 11

1

PORTUGIS DAN PERDANGAN DI MELAKA

1.0 Pengenalan

Orang Portugis adalah kuasa Eropah yang mula-mula berjaya belayar ke Timur dengan
mengelilingi pantai benua Afrika.Tujuan mereka adalah untuk menguasai perdagangan rempah
dan memusnahkan monopoli perdagangan di Asia yang mana pada ketika itu dikuasai oleh
pedagang Islam seperti Gujerat,Tanah Arab,Parsi,Mesir dan Kepulauan Melayu.Kedatangan
orang Portgis ke Tanah Melayu pada mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Syah.Tetapi
baginda berasa serba salah dengan tujuan sebenar kedatangan Portugis dan telah akhirnya
telah mengambil keputusan untuk menyekat kedatangan orang Portugis.

Sejarah telah membuktikan bahawa selat Melaka mepunyai peranan besar dalam
menyumbang kemajuan di Melaka dan Nusantara sejak zaman berzaman lagi.Kegiatan
perdagangan merupakan satu agenda penting Empayar Melaka dalam abad ke 15 dan awal
abad ke 16 yang mempunyai kelebihan dan keistemewaan dari segi geografi dan perairan bagi
memudahkan para pedagang asing khususnya dari Timur dan Barat ke Melaka.Keistemewaan
selat Melaka sebagai kawasan lalu lintas perdagangan di antara Timur dan Barat telah
menjadikan Melaka begitu terkenal sebagai pelabuhan transit bagi pedagang-pedagang
antarabangsa dan pertembungan budaya Timur dan Barat.

Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan menjadi bertambah penting setelah


pemerintahanya memeluk agama Islam iaitu sekitar tahun 1414.Di dalam buku Sulalatus Salatin
mencatatkan bahawa pada zaman itulah Melaka telah berkembang pesat,makmur dan
dikunjungi oleh ramaui pedagang.1

A.Samad Ahmad(peny.) Sulalatus Salatin ,Sejarah Melayu.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 72.

2
Kebanyakkan pedagang pada masa tersebut merupakan pedagang Islam dan datang
dari dari Timur Tengah dan ada juga sebahagianya datang dari India,terutama Gujerat.Menurut
Tome Pires, terdapat juga pedagang-pedagang datang dari parsi,Turki,Turkomas dan Armenia.2

Secara umumnya,motif utama Portugis menduduki Melaka adalah disebabkan oleh fator
ekonomi.Namun begitu,terdapat juga motif-motif lain mengapa Portugis menduduki Melaka
misalnya faktor keagamaan,kepentingan kuasa selat Melaka,kebudayaan dan faktor-faktor lain
seperti ilmu pelayaran,galakan pemerintah dan sebagainya.

Portugis sebenarnya mempunyai kekuatan yang amat ketara iaitu dari segi aspek
kekuatan ketenteraan.Namun demikian,harus diingat bahawa Portugis juga amat kuat dari segi
aspek perdagangan.Hal ini kerana secara kronologinya sebelum Portugis berjaya menguasai
pelabuhan perdagangan di Melaka,Portugis telah berjaya menguasai jalan perdagangan di
Lautan Arab.Ianya bermula apabila Portugis barjaya membuat kubu di Calicut dan Cochin di
India.Selepas itu juga berjaya pula di Colombo dan Goa di India.Ini secara langsung Portugis
berjaya menguasai perdagangan di India.

Selain itu juga,Portugis juga telah menguasai perdagangan di Socotra di Laut Arab dan
Ormuz.Ormuz telah diberikan gelaran sebagai The richest jewel set in ring of the world oleh
orang islam.Oleh yang demikian,selepas berjaya menguasai jalan perdagangan tersebut,barulah
portugis berhasrat untuk memonopoli perdagangan di Timur khususnya di kepulauan Nusantara
termasuklah pelabuhan Melaka yang dianggap sebagai venice Timur

Ahmad Jelani Halimi,Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18,Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,2006,hlm 38.

3
Menjelang penaklukan Portugis, Melaka menjadi sebuah kota yang besar yang
mempunyai jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 100 000 hingga 200 000 orang 3, dan
mempunyai sebanyak 84 bahasa yang dipertuturkan dan setiap satunya berbeza.

Ketika berada dalam keadaan kegemilangan inilah Melaka telah jatuh ke tangan
Portugis.Pada masa itu pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan amat
dikagumi sekali terutama oleh pihak Portugis.Tome Pires mencatatkan bahawa tiada pelabuhan
di dunia yang standing denganya;

tidak ada pelabuhan perdagangan sebesar Melaka yang diketahui,mahupun


yang mengendalikan barangan dagangan yang begitu indah dan berharga.barangan
dari seluruh Barat dijuak di sini. Tidak disangsikan lagi bahawa hal ehwal Melaka
begitu penting dan begitu menguntungkan dan mulia.Kerana kedudukanya,ia
merupakan

wilayah

yang

tidak

mungkin

mundur,tetapi

mesti

sentiasa

mambangun.ia terletak di hujung monsun di mana kamu boleh memperolehi apa


yang kamu mahu,dan kadangkala lebih daripada apa yang kamu cari...4

Kesibukan pelabuhan dan pasar Melaka digambarkan dalam buku Sulalatus Salatin;

Maka segala dagangan bawah angin dan dagang atas angin sekalianya
datang ke Melaka, terlalulah ramainya bandar Melaka pada zaman itu.Maka
segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni segala perhimpunan segala
dagang,dari kerana banyak pelbagai

jenis orang ada di sana: tambahan

segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama. 5

Ismail Hussin,A.Aziz deraman,Abd.Rahman Al-Ahmadi(peny.) 1993.Tamadun Melayu, Jilid Satu.Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 113.
4
Ahmad Jelani Halimi,2006.Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18,Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 38.
5
A.samad Ahmad(peny.) 2003.Sulalatus Salatin,Sejarah Melayu.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka ,hlm 80.

4
Setelah kejatuhan pelabuhan Melaka di tangan Portugis,secara kasarnya tidaklah
membantutkan aktiviti perdagangan di kota tersebut.Menurut Tome pires setelah
Portugis berjaya menawan pelabuhan Kota Melaka,lebih ramai pedagang dari Timur dan
Barat datang untuk berdagang ke pelabuhan Melaka.

...Many Kling merchants,some Javanese,Parsees and Bengaless;some from pase and


Pahang.Chinese and other nationalities; Lucoes and people from Brunei.The people
are very mixed and are increasing Malacca cannot help much but return to what it
was,and [become] even more prosperous,because it will have our merchandise,and
they are better placed to trade with us than with the Malays,because we show them
greather truth and justice6

Mengapa ekonomi Melaka hanya bergantung sepenuhnya kepada aktiviti


pelabuhan dan perdagangan dan tidak kepada aktiviti pertanian yang salama ini
sinonim dengan kemajuan sesuatu tamadun ?
Hal ini kerana, pada waktu tersebut

segala aktiviti hanya tertumpu di kawasan

persisiran pantai dan dan aktivitinya hanya berfokus kepada aktiviti kelautan dan akhirnya
berkembang menjadi sebuah pelabuhan perdagangan.Tambahan pula, kekurangan peralatan
yang berkaitan dengan pertanian walaupun Melaka sebenarnya mempunyai tanah yang subur.
Kekurangan ini menyebabkan golongan pembesar tidak berminat untuk memajukan aktiviti
ekonomi pertanian pada masa tersebut dan hanya tertarik kepada aktiviti kelautan yang mana
selama ini merupakan sumber utama kepada golongan pembesar.

bahawa kawasan itu(Melaka),yang

mendatar dan lembab,, sesuai untuk

penanaman padi , asalkan kerja-kerja pembersihan dan perairan yang dilakukan


tidak pernah diusahakan oleh anak negeri kerana kurang sifat industrinya.7

Ahmad Jelani Halimi ,2006,Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18,Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 39.
7
Ismail Hussin,A.Aziz deraman,Abd.Rahman Al-Ahmadi(peny.) 1993.Tamadun Melayu, Jilid Satu.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 114.

2.0 Jenis perdagangan di Melaka

Sistem perdagangan yang disokong oleh kerajaan telah membawa kejayaan kepada
perdagangan Portugis di Timur khususnya di Melaka.Sebuah angkatan laut yang besar dan kuat
telah membantu pedagang menjalankan perdagangan serta menlindunginya daripada ancaman
lanun membolehkan pihak Portugis mengaut keuntungan yang banyak daripada perdagangan
yang dijalankan.Portugis telah menjadikan Melaka sebagai pusat kegiatan perdaganganya di
sekitar Asia Tenggara.Melaka terus menjadi core perdagangan namun demikian fungsinya agak
berbeza sedikit. Melaka menjadi pusat pengumpulan bagi barangan Asia Tenggara khususnya di
kepulauan Melayu.Barangan ini kemudianya diangkut ke Eropah.Dengan itu peranan pedagang
berterusan.

2.1 sistem jual beli

Jenis perdagangan sebegini merupakan salah satu sistem yang diperkenalkan oleh
pihak Portugis.Semua kapal-kapal yang datang dari negeri bawah angin iaitu merujuk kepada
Indonesia , Semenanjung Asia Tenggara dan Timur Jauh tidak membayar sebarang duti, tetapi
terpaksa patuh pada sisterm beli-belian( yang dikendalikan oleh Portugis sehingga tahun 1542).
Jenis perdagangan seperti ini, pedagang biasanya mesti menjual 25% daripada kargo mereka
kepada negara, pada harga pasaran dengan potongan 20%.Pembayaran dilakukan dalam
bentuk barang dagangan untuk eksport,dinilai pada barang pasaran dicampur 20%.Ini
bersamaan dengan cukai 5%,yang dikenakan pada kedua-dua import dan eksport, tidak seperti
bayaran kastam oleh kapal-kapal dari negeri di atas angin8.Umumnya sistem ini menunjukkan
ciri perdagangan yang tipikal.Selepas tahun 1540 apabila pentadbiran Portugis menyatukan
kedua-dua duti iaitu duti kastam dan duti beli-belian, ia menghasilkan purata 40 000 hingga
50 000 Cruzado setahun.Namun demikian, kami mengetahui melalui Tome Pires bahawa
semasa Melaka di bawah pentadbiran portugis, komoditi-komoditi yang diimport dari Gujerat,
8

Ismail Hussin,A.Aziz deraman,Abd.Rahman Al-Ahmadi(peny.) 1993 .Tamadun Melayu, Jilid Satu.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 119.

6
Benua Keling dan Bengal berjumlah hampir setengah juta cruzado setahun.Oleh itu , mereka
membayar kira-kira 30 000 cruzado

sebagai duti import.Jadi anggaran kasar dapat dilihat

bahawa pengaliran tahunan barang-barang dagangan melalui pelabuhan Melaka iaitu sekitar
satu atau dua juta cruzado setahun dan jumlah besar pendapatan kutipan kastam dan belibelian iailah sekitar 40 000 cruzado setahun.9 Ini bermakna, secara perkiraan kasarnya cukai
perdagangan merupakan 90% hingga 95% daripada pendapatan pelabuhan Melaka.

2.2 Sistem cukai

Cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak portugis di Melaka sebahagian besarnya terdiri
daripada cukai kastam dan cukai yang dikenakan ini dikatakan agak rendah. Di samping itu,
bahan makanan yang dibawa masuk ke Melaka tidak dikenakan cukai.Di dalam sistem ini, pihak
Portugis mengenakan cukai sebanyak 10% kepada barang-barang terutamanya barang-barang
dari negara China dan 8% kepada barang-barang dari Benggala.Pihak Portugis juga bertindak
mengutip tol terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.Kapal-kapal yang melalui Selat
Melaka dikehendaki untuk mengambil cartazes (pas laut) di pelabuhan Melaka apabila belayar
ke Timur atau pun Barat.

Setelah menawan Melaka, pihak Portugis cuba menjadikan Selat Melaka sebagai lebuh
raya persendirianya.Portugis memaksa kapal-kapal dagang yang melalui selat itu supaya
singgah berdagang di Melaka.Perkara ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana motif
utama pihak Portugis di Asia ialah untuk menguasai perdagangan rempah ratus maritim Asia
khususnya perdagangan lada hitam dan untuk memaksa aktiviti perdagangan maritim yang
sedia wujud membayar untuk memperoleh kebenaran berdagang di Lautan Hindi.

10

Ismail Hussin,A.Aziz deraman,Abd.Rahman Al-Ahmadi(peny.) 1993 .Tamadun Melayu, Jilid Satu.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 120.
10
Souza,G.B.,1986.The Survival Of Empire, Portugis Trade an2d Society in China and The South Sea 16301754.Cambridge : Cambridge University Press, hlm 12.

Sungguhpun Melaka tidak lagi merupakan

sebuah pelabuhan di bawah pentadbiran

orang Melayu,akan tetapi keadaan ini tidaklah membawa makna bahawa pelabuhan Melaka
tidak

lagi dikunjungi oleh pedagang asing sewaktu

di bawah pemerintahan pihak

Portugis.Menurut Tome Pires juga ;

...Many Kling merchants,some Javanese,Parsees and Bengaless;some from pase and


Pahang.Chinese and other nationalities; Lucoes and people from Brunei.The people
are very mixed and are increasing Malacca cannot help much but return to what it
was,and [become] even more prosperous,because it will have our merchandise,and
they are better placed to trade with us than with the Malays,because we show them
greather truth and justice11

Untuk mentadbirkan pedagang-pedagang dan penduduk tempatan di Melaka, pihak


Portugis telah melantik seorang pedagang Hindu bernama Ninacatu sebagai Bendahara.Namun
demikian, Ninacatu telah membunuh diri pada 27 Januari 1514.Selepas itu, Portugis telah
melantik Raja Kampar ,Raja Audela (Raja Abdullah) sebagai Mangkubumi menggantikan
Bendahara.Pedagang Melayu terus mengunjungi pelabuhan Melaka sama ada secara paksa
mahupun secara sukarela bagi mendagangkan rempah ratus dan untuk memperoleh barangan
dari Barat.

11

Ahmad Jelani Halimi ,2006,Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18,Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 39.

2.3 Dasar monopoli perdagangan

Pihak Portugis juga mewajibkan kapal-kapal yang belayar melintasi Selat Melaka supaya
singgah dahulu untuk mengambil pas pelayaran ataupun cartazes .Walaupun peraturan itu agak
sukar dikuatkuasakan, akan tetapi dengan cara itu pihak Portugis berjaya juga untuk
menentukan kapal-kapal dagang yang belayar di Selat Melaka singgah berdagang di
Melaka,khususnya perahu-perahu tempatan.Selain daripada pengeluaran pas itu juga bertujuan
untuk mengawal kegiatan lanun tempatan.Kapal-kapal tempatan tidak kira sebesar mana pun
dan ke mana kapal itu hendak belayar ,diperlukan terlebuh dahulu mengambil pas di
Melaka.Tambahan pula, pihak Portugis mempunyai kekuatan tentera laut bagi menyokong
kegiatan perdagangan mereka.

Untuk memelihara kuasa monopoli perniagaan mereka, pihak Portugis

telah

menguatkuasakan sistem mereka iaitu semua kapal yang mempunyai surat kebenaran daripada
kapitan kota orang Portugis adalah bebas dari gangguan mereka dan yang lain mungkin
diserang.Pihak Portugis juga bertindak untuk mengawal perdagangan eksport kain kapas dan
belacu dari pelabuhan Gujerat dan Koromandel.Situasi ini juga hampir serupa dengan keadaan
di pelabuhan Melaka di mana Portugis juga bertindak cuba membolot dan menguasai
perniagaan rempah di pelabuhan Melaka.

Untuk mentadbir pelabuhan ini, Portugis telah membentuk undang-undangnya


sendiri.Mereka tidak lagi menggunakan undang-undang sebelumnya iaitu Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka 12.Pegawai-pegawai Portugis telah dibawa dari Portugal untuk
mengendalikan perdagangan dipelabuhan itu.Namun demkian, yang berkaitan dengan
penduduk tempatan dan pedagang-pedagang Asia akan ditadbirkan oleh pembesar-pembesar
Melayu.

12

Ahmad Jelani Halimi ,2006,Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15 Hingga Ke-18,Kuala
lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 68.

3.0 Sumber perdagangan

Secara

umumnya, peranan pedagang-pedagang dan pelaut Melayu tetap

meneruskan kegiatan mereka bagi membekalkan hasil tempatan ke Melaka walaupun


terdapat beberapa halangan yang dilakukan oleh pihak Portugis dan raja-raja tempatan,
seperti perampasan dagangan mereka dan terpaksa mengambil pas untuk melintasi
Melaka.Sungguhpun terpaksa menghadapi pelbagai keadaan bermusuhan, pedagang
Portugis di Asia khususnya di kepulauan Melayu masih berjaya memperoleh keuntungan
kerana sistem perdagangan yang diamalkan.

Pihak Portugis mempunyai kekuatan tentera laut bagi menyokong kegiatan


perdagangan mereka.Dengan itu mereka bukan sahaja dapat menentang kerajaankerajaan yang menghalang kegiatan mereka tetapi mereka juga dapat memaksa
kerajaan-kerajaan itu dan pedagang-pedagangnya untuk menjual hasil dagangan
mereka.

Umumnya pedagang-pedagang Asia biasanya belayar tanpa senjata dan kapalkapal mereka agak untuk membawa kelengkapan yang berat.Penentangan orang
tempatan dan pedagang Islam sedikit sebanyak telah membantutkan usaha pihak
Portugis untuk cuba memonopoli keseluruhan perdagangan di kawasan ini.

10

kesimpulan
Secara umumnya, Kejatuha orang Portugis di Timur disebabkan oleh tiga factor
yang utama iaitu kekurangan hasil dalam negari(sebab utama), kelemahan sistem
pentadbiran dan kelemahan moral pegawai-pegawai fidalgo.13
Kegiatan perdagangan Portugis di Melaka semakin merosot khususnya selepas
pertengahan abad ke-16.Kedudukan Melaka yang jauh dari tanah besar Portugis di
benua Eropah menyukarkan lagi pengawalan secara efektif bagi mentadbir Melaka itu
sendiri.Seterusnya masalah ini berlarutan menyebabkan berlakunya amalan rasuah dan
insubornisasi.Perkara ini kemudianya membawa kepada perkara buruk yang lain seperti
perdagangan persendirian dan penyeludupan.
Terdapat juga insiden yang menunjukkan kakitangan kerajaan dan pelaut
menggunakan kekerasan dan perompakkan terhadap perkapalan tempatan.Mereka pula
jarang dikenakan hukuman dan jika dihukum pun ,hanya dijatuhkan ringan dan tidak
setimpal

dengan

kesalahan

yang

mereka

lakukan.Penindasan

sebegini

telah

menyebabkan kebanyakkan pedagang Asia tidak lagi mahu singgah di Melaka.Mereka


akan cuba mengelak dari melalui Melaka dengan sebahagian besar daripada pedagang
akan singgah di Acheh dan Kedah, manakala pedagang-pedagang lain belayar
menyusur pantai barat Sumatera sebelum ke pelabuhan-pelabuhan di pesisir pantai
utara Pulau Jawa melalui Selat Sunda.
Ringkasnya, sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Belanda pada tahun 1641,
keadaan pusat perdagangan itu telah merosat

sekali. Keadaan ini diburukkan lagi

dengan oleh petempatan pegawai-pegawai yang tidak berkaliber.Kehidupan di Melaka


di umpamakan sebagai neraka bagi sesetengah orang Portugis.Kematian yang banyak
akibat penyakit dan peperangan menyebabkan Melaka tidak digemari oleh orang
Portugis sendiri.

13

Joginder Singh Jessey.1978.Sejarah Tanah Melayu Melaka(1400-1959),KualaLumpur : Dewan Bahasa dan


Pustaka,hlm 47.

11

Rujukan
A. Samad Ahmad(peny.) Sulalatus Salatin ,Sejarah Melayu.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ahmad Jelani Halimi ,2006,Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad ke-15

Hingga Ke-18,Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussin,A.Aziz deraman,Abd.Rahman Al-Ahmadi(peny.) 1993 .Tamadun Melayu, Jilid


Satu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 120

Joginder Singh Jessey.1978.Sejarah Tanah Melayu Melaka(1400-1959),KualaLumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka

Souza,G.B.,1986.The Survival Of Empire, Portugis Trade an2d Society in China and The South

Sea 1630-1754.Cambridge : Cambridge University Press

Anda mungkin juga menyukai