Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Selepas Perang Tujuh Tahun berakhir dengan kemenangan di pihak Britain pada tahun 1763,
pihak Britain menjadi sebuah kuasa yang terkuat di Eropah dan dapat menumpukan
perhatiannya di Amerika. Selain itu, pihak Britain ini dapat menguatkuasakan dan
meningkatkan dasar merkantilismenya menerusi beberapa akta yang diperkenalkan oleh
kuasa Britain di koloni Amerika. Kerajaan Parlimen Inggeris telah memperkenalkan beberapa
akta termasuklah Stamp Act (1765) dan Townshend Act (1767) ke atas koloni-koloni di
Amerika Syarikat serta beberapa akta-akta lain seperti Akta Perdagangan dan Pengeluaran,
The Hat Act 1732, Akta Gula (1764), dan Akta Mata Wang (1764). Malangnya, kerajaan
Britain telah terlambat kerana dasar yang diperkenalkan melalui akta-akta ini dianggap
longgar kerana telah memberi peluang kepada penduduk koloni untuk membantah dan
menentang dengan keras usaha parlimen itu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penduduk koloni menolak pengenalan akta-akta
ini iaitu penduduk koloni menafikan hak Parlimen mengutip cukai di koloni. Bagi mereka,
isu cukai merupakan isu yang hanya boleh diluluskan oleh Majlis Perwakilan Tempatan.[1]
Parlimen pula menolak menolak dakwaan penduduk koloni dengan merujuk Piagam
Pennysylvania 1681, yang memberi hak kepada Parlimen untuk mengenakan cukai ke atas
koloni. Sebelum ini, undang-undang yang tidak dipersetujui hanya meninggalkan kesan
kepada satu koloni sahaja. Namun demikian setelah Akta Setem dan Akta Townshend
diperkenalkan, kesannya turut dirasai oleh semua lapisan masyarakat di seluruh kawasan
koloni. Selain itu juga, penduduk koloni melakukan penentangan terhadap kedua-dua akta ini
kerana mereka bencikan perundangan yang memaksa mereka menanggung sebahagian
daripada kos ketenteraan Britain di Amerika. Pengenalan Akta Setem dan Akta Townshend
telah menyebabkan penduduk koloni Amerika bangkit menentang dan situasi ini telah
memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat koloni. Namun begitu, penentangan ini
telah memperlihatkan bahawa penduduk koloni selama ini tidak menyenangi akan
pentadbiran dan kekuasaan Inggeris di koloni-koloni Amerika Syarikat.

2.0
PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA BERLAKUNYA PERISTIWA BOSTON
TEA PARTY

2.1

Pengenalan Akta Perdagangan dan Pengeluaran

Menurut teori mercantalisme koloni tidak harus bersaing dalam pengeluaran barangan siap.
Dalam usaha meningkatkan kuantiti eksportnya dan menguasai perdagangan, britian mula
mempertingkatkan aktiviti perdagangan dan pengeluaran di koloni. Pada akhir abad ke 17,
parlimen telah meluluskan akta perdagangan dan pengeluaran. Akta perdagangan melarang
sebarang koloni menjual hasil pengeluarannya seperti gula, tembakau, beras, kapas dan kulit
kepada negara lain kecuali britain. Kesemua bahan mentah yang dibawa ke britain hanya

boleh dibawa oleh kapal milik british. Ini bererti penduduk koloni terpaksa menerima harga
yang ditawarkan oleh peniaga british walaupun pihak ketiga menawarkan harga yang lebih
tinggi. Akta ini berjaya menyekat perdagangan negara belanda yang merupakan pesaing
utama britain pada masa itu. [2]
Akta pengeluaran pula, memaksa mereka membeli barangan siap dari britain sahaja.
Mereka dilarang mengeluarkan sebarang hasil keluaran yang juga dihasilkan oleh
britain.sekali lagi, peniaga britain mengaut keuntungan daripada polisi itu. Parlimen juga
meluluskan beberapa akta bagi mengehadkan persaingan dengan industri tempatan di britain.
Contohnya, The Hat Act 1732, melarang penduduk koloni mengesport topi dari satu koloni
ke koloni yang lain dan sekali gus mengehadkan perkembangan perniagaan ini. Namun,
disebabkan britain sibuk berperang pada abad ke 17 dan ke 18, mereka tidak dapat mengawal
perdagangan di negara jajahan mereka. Selain itu, kedudukan britain yang sangat jauh,
perjalanan yang berbahaya serta mengambil masa yang lama iaitu antara enam minggu
hingga tiga bulan menyebabkan penduduk koloni merasakan diri mereka telah merdeka. Oleh
itu mereka berusaha mencari jalan ke arah kemerdekaan. Sekiranya terdapat usaha untuk
menguatkuasakan akta ini, penduduk koloni memilih untuk menjalankan aktiviti
penyeludupan.[3]
Pada masa itu, britain merupakan sebuah negara pengeluar tetapi aktiviti pengeluarannya
menghadapi dua masalah utama. Pertama, mereka tidak punyai bekalan bahan mentah dan
terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dari negara
luar. Kedua, kilang-kilang di britain mengeluarkan lebihan pengeluaran yang banyak dan
memerlukan pasaran di negara luar. Pihak pengeluar merasakan masalah mereka dapat
diselesaikan sekiranya akta pengeluaran dan perdagangan dikuatkuasakan di koloni amerika.
Tambahan pula, di koloni, terdapat banyak bekalan bahan mentah seperti kapas, bulu, dan
kulit yang dapat dijual kepada britain di samping membeli barangan keluaran britain. Dengan
itu, masalah britain dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, ahli politik britain sedar,
sekiranya pengeluar bitish dapat menjual barangan yang banyak kepada koloni, maka,
kerajaan britain dapat mengenakan cukai kepada pengeluar dan pengimport. Melalui cukai
yang dikenakan, kerajaan britain dapat mengumpul wang untuk menbayar hutang mereka.
Oleh itu, pada tahun 1763, parlimen memutuskan akan menguatkuasakan undang-undang
perdagangan dan pengeluaran dengan ketat selepas tamatnya perang tujuh tahun. Kesannya,
koloni mula membangkang dan akhirnya memberontak.[4]

2.2

Kesan Perang Tujuh Tahun

Perang tujuh tahun pada tahun 1756 berakhir dengan kemenangan pihak britain pada tahun
1763. Perjanjian paris tahun 1763 telah mengakhiri peperangan ini. Perancis menyerahkan
kepada britain kesemua wilayahnya di sebelah timur sungai mississippi kecuali dua pulau di
sungai st. Lawrence dan New orleans yang kemudiannya diserahkan kepada sepanyol.
Louisiana juga di serahkan kepada sepanyol. Kemenangan ini menjadikan britain sebagai
kuasa yang terkuat di eropah dan pada masa yang sama berjaya mengusir kuasa perancis dari
amerika utara. Denga kemenangan ini, pihak british dapat menumpukan perhatiannya di
amerika dan menguatkuasakan serta mengemas kini dasar mecantalismenya dan akta yang
diperkenalkan. Malangnya, kerajaan britain telah terlambat kerana dasar mereka yang longgar
sebelum itu telah memberi kebebasan kepada koloni dan menyebabkan koloni membantah
dan menentang dengan keras usaha perlimen yang menyekat kebebasan mereka.[5]

Menurut George Chalmers dalam bukunya bertajuk indroduction to the history of the
revolution of the american colonies yang diterbitkan pada tahun 1782, kesilapan utama pihak
british ialah menbiarkan perwakilan jajahan mengukuhkan kuasa mereka. Koloni british di
new england contohnya bertindak lebih sebagai sekutu berbanding tanh jajahan selama 60
tahun.
Kemenangan pihak britain dalam perang tujuh tahun tidak membawa sebarang makna
kepada penduduk koloni. Prestasi dan imej pihak british terus terjejas di mata penduduk
koloni. Contohnya, kerajaan britain tidak boleh memaksa penduduk koloni membantu mereka
menentang perancis di amerika. Selepas tahun 1760, penduduk langsung tidak memberi
perhatian kepada peperangan yang berlaku. Terdapat kurang daripada 1000 tentera di
kalangan penduduk koloni dalm kor tentera yang dipimpin oleh jeneral james wolfe yang
berjaya menawan Quebec. Britain tidak ada cara untuk mendapatkan wang mahupun tenaga
manusia daripada penduduk koloni. Britain boleh menuntut tetapi tuntutan itu hanya akan
dilaksanakan sekiranya dipersetujui oleh Majlis perwakilan tempatan. Penduduk koloni
menekankan hak untuk mengurus hal ehwal mereka tanpa campur tangan britain. Mereka
tidak memerlukan nasihat daripada britain berhubung dengan hal ehwal kewangan. Tambahan
pula, dengan dengan berhubung ancaman perancis, secara tidak langsung, koloni di amerika
tidak memerlukan perlindungan pihak british. Ini pernah disuarakan oleh sekutu pihak british
semasa mereka mengenangkan revolusi amerika, iaitu:
...jika kanada masih berada di tangan perancis, penduduk koloni di amerika pasti akan terus
menjadi rakyat yang setia. Kebimbangan terhadap ancaman perancis akan menjadi satu
alasan bagi mereka mendampingi negara induk.[6]
Walau bagaimanapun, tindakan bersama penduduk koloni masih belum boleh dilakukan.
Mereka masih mempunyai perasaan iri hati antara satu koloni dengan koloni yang lain. Pihak
britain pula tidak menggalakkan penyatuan antara koloni kerana penyatuan ini akan
membawa kepada kesatuan yang mampu menentang britain pada masa depan.

2.3

Faktor kewangan

Britain telah menghantar 20 ribu anggota tenteranya ke amerika dalam perang tujuh tahun.
Kerajaan britain memperuntukan perbelanjaan yang tinggi dalam peperangan tersebut dan
menyebabkan britain menanggung hutang tersebut. Britain menganggap perjuang mereka
dalam peprangan itu adalah bagi faedah penduduk amerika. Oleh itu, pihak britain merasakan
penduduk koloni harus berkongsi membayar perbelanjaan tentera britain. Angkatan tentera
britain telah melindungi koloni amerika di samping empayar mereka sendiri. Apabila britain
cuba mengenakan cukai bagi mendapatkan sumber kewangan, hubungan antara mereka mulai
tegang. Walaupun, pihak britain berjaya mengusir perancis di amerika utara. Oleh itu,
amerika utara harus dilindungi daripada perancis dan pihak peribumi yang pernah
memberontak di pontiac pada tahun 1776 di bahagian tengah amerika. Pihak britain
bercadang mengekalkan tenteranya di amerika dengan kos sebanyak 350 ribu paun setahun.
Hutang negara sahaja mencapai lima juta paun. Rakyat britain sudah tentu enggan
menanggung beban hutang yang banyak itu.[7]

2.4

Kelemahan Pemerintahan Britain

Pada masa itu, raja england ialah king george III (1760-1820) yang menaiki takhta pada tahun
1760 ketika berusia 22 tahun. Hubungan antara 13 koloni di amerika dengan britain masih
berjalan dengan baik, pihak koloni berasa bangga dikaitkan dengan britain dan puas hati
dengan kemewahan yang mereka nikmati sebagi sebahagian daripada empayar perdagangan
britain. King george merupakan raja yang rajin tetapi malangnya tidak pandai membuat
keputusan dan kurang bijak memilih penasihat dan pegawai yang berkemampuan. Baginda
sering campur tangan dalam urusan parlimen sehingga mengakibatkan peletakan jawatan dua
orang menterinya iaitu william pitt (1708-1778) dan edmund Burke (1729-1797). Dengan
peletakan jawatan itu, baginda bebas memilih menterinya. Namun, pemilihannya kurang
memuaskan dan dalam masa 16 tahun iaitu antara tahun 1770 hingga tahun 1776. Pertukaran
pucuk pimpinan itu meninggalkan kesan yang kurang memuaskan. Ini menggangu perjalanan
pentadbiran british dan dasar kerajaan yang sering bertukar mempamerkan imej yang kurang
baik di kalangan penduduk koloni. Ini jelas terbayang dalam penarikan balik polisi yang
diperkenalkan oleh parlimen british di koloni.[8]
Dari semasa ke semasa, pihak britishmemperkenalkan polisi di koloni secara tegas, namun
apabila ditentang keras oleh penduduk koloni, parlimen akan mengalah. Pendirian tidak
menentu serta sikap mudah mengalah pihak british ini menyebabkan kuasa parlimen
terhadap koloni semakin merosot.[9]
Ini jelas apabila akta setem (1765) dan akta townshend (1767) ditarik balik selepas hanya
setahun diperkenalkan. Penarikan balik akta ini menyebabkan penduduk koloni semakin
lantang dan berani menetang dasar kerajaan british.

3.0

ASAL USUL PERISTIWA BOSTON TEA PARTY

3.1

Pembunuhan di Boston

Berdasarkan karya retrospect of the boston tea party, peristiwa pembunuhan yang dikenali
sebagi boston massacre yang berlaku dalam tahun 1770, pada 5 mac, askar-askar british
dikatakan bertanggungjawab melakar sejarah pada tarikh tersebut. Ia juga dikatakan salah
satu peristiwa yang membawa kepada revolusi untuk koloni yang membawa kepada
kemerdekaan.[10] Pembunuhan di boston ini juga dikatakan berlaku satu kekacauan telah
berlaku di boston. Sekumpulan kecil penduduk bandar telah pergi ke pondok pengawal
britain yang ditempat untuk mengawal gudang kastam. Tentera britain telah dipanggil dan
dalam pertembungan tersebut, lima penduduk boston terbunuh. Walaupun peristiwa ini bukan
merupakan suatu tragedi yang sangat besar, namun kesannya agak hebat. Peristiwa ini
menjadi simbol penindasan pihak britain. Penduduk telah lama menbantah kehadiran tentera
britain di amerika selepas berlakunya perang tujuh tahun. Mereka juga membencikan
perundangan yang memaksa mereka menanggung sebahagian daripada kos tentera britain di
amerika. Sekali gus, mereka melihat polisi ini sebagai punca berlakunya pembunuhan di
boston.

3.2

Cukai Teh

Julai 1767, parlimen britain mengenakan duti ke atas teh, kaca dan cat, dimana barang yang
diimport dari england ke amerika dan berdasarkan akta yang sama harus mengenakan duti ke
atas tea yang dihantar menggunakan kapal dari england untuk amerika. Mengenakan duti
sebanyak 3 per paun untuk pengenalan terhadap perlabuhan amerika. Cukai-cukai yang
dikenakan membolehkan pemerintah british mengumpul dana dan membayar gaji gabenor,
hakim koloni. Dikatakan dengan mengenakan cukai dan mengumpul semua cukai-cukai
menyebabka boston terpilih sebagai tempat baru bagi pihak berkuasa seperti britain.[11]
Menurut eric E.williams, melalui akta townshend, teh juga telah dikenakan cukai. Penduduk
koloni yang bersetuju untuk tidak mengimport teh, tidak menggunakan teh sama sekali atau
memperoleh teh dengan menyeludup dari belanda atau perancis. Perkara itu telah
meninggalkan kesan besar terhadap terhadap syarikat hindia timur inggeris (SHTI) kerana
amerika merupakan pembeli utama. Namun, bagi penduduk koloni, isu yang timbul ialah
cukai dan bukannya harga. Mereka juga menentang monopoli shti terhadap perdagangan teh
kerana ini tidak memberi peluang kepada pedagang di koloni melibatkan diri dalam
perdagangan teh.[12]

3.3

The Boston Tea Party

Bantahan penduduk koloni terhadap cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak britain yang di
kenali sebagai the boston tea party pada tahun 1773. Penduduk koloni melakukan pelbagai
cara bagi memulaukan penjualan teh. Contonya, teh yang tiba di charleston disimpan dalam
gudang bawah tanah yang lembab dan ini telah merosakan teh.
Menurut retrospect, teh dimuatkan dalam 3 kapal yang diletakkan berdekatan. Kapal
itu di sebut Dermaga Griffin dan dikelilingnya terdapat kapal angkatan perang. Gabenor
Hutchinson memutuskan untuk membenarkan teh itu diturunkan daripada kapal sama ada teh
itu dibeli atau tidak pada 17 disember 1773. Tetapi rakyat boston menetang keputusan itu dan
mengadakan pertemuan untuk meminta pertimbangan yang sewajarnya untuk menghalang
teh dari mendarat atau mengelakkan mereka dari membayar cukai. pada hari sebelum teh
diturunkan, pada 16 disember 1773, mereka telah mengadakan perjumpaan dengan gabenor.
Gabenor akan memberi jawapan pada 5 petang , samaada teh itu akan diturunkan atau tidak.
Bila tiba masa yang ditetapkan, gabenor tidak datang dan perjumpaan itu segera bubar. Hari
semakin petang, seramai 50 sehingga 60 orang berpakaian indian, membawa kapak kecil dan
melukis arang pada muka dan tangan. Mereka membahagikan 3 kumpulan untuk menaiki 3
kapal yang mana mengandungi teh. Mereka membuka peti kayu berisi teh dan membuangnya
dari kapal. Dianggarkan 350 kotak teh dibuang ke laut.[13]
Peristiwa ini juga d katakan telah menyebabkan rakyat boston bertepuk tangan dan bersorak.
Hal ini menunjukkan mereka bebas daripada membayar cukai. tindakan ini menyebabkan
pihak britain membalas dengan satu siri tindakan yang digelar oleh penduduk koloni sebagai
the intolerable acts (1774).[14]

4.0

IMPLIKASI PERISTIWA BOSTON TEA PARTY

East India Company pada tahun 1773 boleh berdagang teh langsung dari China ke Amerika
dengan memotong jalur perdagangan dan perpajakan yang merugikan pengeksport Eropah
dan pengeksport Amerika, sehingga mengakibatkan kemarahan penduduk Boston dengan
cara membuang seluruh peti yang berisi komoditi teh ke dalam laut dikenali sebagai Boston
Tea Party yang akibatnya tercetusnya Revolusi Bangsa Amerika terhadap penjajahan bangsa
Inggeris. Oleh yang demikian, terdapat implikasi daripada di sebalik peristiwa Boston Tea
Party.[15]

4.1 Berlakunya Revolusi Amerika


Revolusi kemerdekaan Amerika Syarikat yang berjaya melahirkan semangat liberalisme
dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat, dengan menjunjung tinggi hak-hak asasi
manusia telah membawa pengaruh yang besar bagi negara-negara di dunia. Tempoh antara
1770 hingga 1773, keadaan di koloni-koloni Amerika boleh dikatakan berada dalam keadaan
yang aman. Seorang tokoh pemberontak di Boston bernama Samuel Adams berserta beberapa
tokoh yang lain mula mengambil kesempatan terhadap beberapa insiden pada masa
keamanan tersebut untuk membangkit perasaan benci terhadap kerajaan kolonial atau Britain.
Pada malam 16 Disember 1773, sekumpulan orang menyamar sebagai Indian Mohawk
dipimpin Samuel Adams menaiki tiga kapal Inggeris yang tertambat dan membuang muatan
teh mereka ke pelabuhan Boston. Hal ini disebabkan ragu akan komitmen bangsa mereka
terhadap prinsip, mereka takut jika teh tersebut tiba di daratan, warga koloni akan membeli
teh itu dan membayar cukai. Sekarang krisis melanda Inggeris Raya. Persekutuan Hindia
Timur telah melaksanakan perintah parlimen. Jika pemusnahan teh tidak dihukum, itu bererti
Parlimen harus mengakui pada dunia bahawa mereka tidak punya kawalan ke atas warga
tanah jajahan. Pendapat rasmi di Inggeris Raya hampir dengan suara bulat mengutuk Pesta
Teh Boston sebagai tindakan vandalisme dan menyokong tindakan perundangan untuk
menghukum pemberontak koloni. Dalam satu kes pada tahun 1772, beberapa orang
penyeludup yang digelar Gaspee di Teluk Narragansett telah ditahan oleh pasukan kastam
British. Walau bagaimanapun, kerajaan kolonial mengambil keputusan untuk membawa
pesalah-pesalah tersebut ke Britain untuk dibicarakan. Menjelang tahun 1774, setiap koloni di
Amerika telah menubuhkan Committees of Correspondence untuk menyuarakan
ketidakpuasan hati mereka mengenai hak kebebasan rakyat kolonial Amerika terhadap
ancaman kerajaan kolonial British.[16]
Pada awal tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan satu akta bagi member kuasa
monopoli perdagangan the di koloni-koloni Amerika kepada Syarikat India Timur Inggeris
yang menghadapi masalah kewangan pada ketika itu. Impikasinya, penduduk koloni bangkit
menentang peraturan baru tersebut. Mereka bukan sahaja memaksa ejen-ejen syarikat
meletakkan jawatan malah sama ada merampas tea untuk disimpan ataupun mengharamkan
kapal-kapal dagang teh. Di Boston, pada waktu malam 16 Disember 1773 sekumpulan
penduduk koloni yang menyamar sebagai orang peribumi Indian keluar ke pelabuhan dan
mengaramkan 3 kapal dagang teh dan sekitar bernilai 15 ribu pound bekalan teh telah
dibuangkan ke dalam laut. Oleh sebab itu, peristiwa tersebut dipanggil The Boston Tea
Party. Kesan daripada peristiwa tersebut, kerajaan kolonial telah meluluskan beberapa
peraturan baru pada tahun 1774 yang meletakkan koloni-koloni Amerika di bawah
pemerintahan tentera British. Peraturan-peraturan baru ini adalah lebih keras hingga dikenali
sebagai Intolerable Acts oleh koloni-koloni Amerika. Antara perkara yang ditekankan ialah

perlantikan ketua Kommander Jeneral Thomas Gage sebagai gabenor baru di Massachusetts.
[17]
Selain itu, pada bulan Mei 1775, mesyuarat kedua yang dijanjikan telah bertemu di
Philadelphia. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 4 tokoh veteran dan terpenting, iaitu
George Washington (perang) dari Virginia, Benjamin Franklin (politik) dari Philadelphia,
John Adams (peguam terkenal) dari Massachusetts, dan Thomas Jefferson (peguam) dari
Virginia. Memandangkan belum wujudnya pasukan tentera Amerika yang rasmi atau formal,
maka kongres ini mengisytiharkan kaum petani dan pedagang yang sedang mengepung
bandar Boston sebagai pasukan tentera gabungan kolonial-Amerika (Army of the United
Colonies). Pada hari tersebut juga, pasukan Green Mountain Boys yang terdiri daripada 83
sukarelawan di bawah pimpinan Ethan Allen telah menawan kubu, Fort Ticonderoga dalam
New York. Kemenangan Washington menjadi ketua Komander tentera benua (Continental
Army) serta-merta berkuatkuasa pada 16 Jun 1775. Walau bagaimanapun, pihak tentera
kolonial Amerika telah tewas dalam perang Bunker Hill pada bulan Jun di bukit Breed
berdekatan dengan bandar Boston ekoran daripada kehabisan bekalan senjata. Seterusnya
Revolusi Amerika berlarutan dalam beberapa tahun seterusnya. [18]
Pada tahun 1784, termeterainya perjanjian sulit antara pihak British dengan Belanda di
Eropah. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa Belanda harus membuka perairan Indonesia
untuk kapal-kapal British yang menuju ke Australia. Hak monopoli VOC di Indonesia telah
dihapuskan dengan adanya keizinan daripada kapal-kapal British untuk mengunjungi Batavia
atau sekarang dikenali sebagai Betawi. Kesan daripada pembukaan perairan Indonesia adalah
VOC mendapat saingan daripada pedagang-pedagang asing daripada British dan juga
Perancis. Selanjutnya hal ini menyebabkan VOC dibubarkan pada tahun 1799. Selain itu
juga, penemuan benua Amerika oleh Christoper Columbus, telah menjadikan daerah Amerika
ini sebagai tempat baru bagi orang-orang Eropah yang pada saat itu penuh dengan pengaruh
politik, ekonomi, dan sosial budaya. Kemenangan British ke atas Perancis menyebabkan
koloni Perancis di benua Amerika dan Asia jatuh ke tangan British pada tahun 1763. British
telah banyak membebankan dan menyebabkan segala kerugiannya kepada kaum koloni
tersebut, sehingga pecahnya perang kemerdekaan. Pada Tanggal 4 Julai 1776, kaum koloni
British di Amerika Utara menyatakan kemerdekaannya yang terkandung dalam Declaration
of Independence, dan membentuk suatu negara bernama United States of America,
dengan General Washington sebagai presiden pertama mereka.[19]

4.2 Kongres Amerika Syarikat


Pada awal ketegangan dengan pihak British, permasalahan tersebut masih menjadi urusan
tanah jajahan masing-masing. Belum terfikir untuk membicarakan masalah persatuan, apatah
lagi kemerdekaan Amerika Syarikat. Hal ini boleh kita fahami, sebab seperti yang telah
dijelaskan pada pembentukan tanah jajahan, kaum koloni di Amerika terdiri daripada
pelbagai watak. Namun, pada ketika itu nasib mereka diperlakukan seperti tidak adil oleh
Inggeris, maka mereka bersatu membuat sebuah kongres. Dari ketiga belas koloni, ada 4
tokoh yang sangat gigih menyatukan kaum tanah jajahan untuk merdeka. Mereka ialah
Thomas Jefferson, John Adams, James Wilson, dan Alexander Hamilton. Berkat mereka
Kongres I berjaya diadakan di bandar Philadephia pada tahun 1775. Dalam kongres itu
dinyatakan kesepakatan kemerdekaan. Kemudian Kongres II tanggal 2 Julai 1776, secara

tegas mengambil sikap tidak akan mengakui kuasa Parlimen Inggeris di Amerika dalam
bentuk apapun.[20]
Selanjutnya dalam Kongres III di Philadelpia tanggal 4 Julai 1776, kaum koloni
memproklamasikan kemerdekaan. Ini bererti 13 koloni Amerika lepas daripada kekuasaan
Inggeris. Pernyataan kemerdekaan itu diwujudkan dalam sebuah Declaration of
Independence. Rumusan isi naskah proklamasi kemerdekaan tersebut disusun oleh Thomas
Jefferson. Naskah deklarasi kemerdekaan ditandatangani oleh 56 orang wakil dari 13 koloni.
Tandatangan pertama dari John Hancock. Pada ketika itu, semua ketua Kongres berjabat
tangan di antara satu sama lain. Kemudian pada bahagian akhir deklarasi, mereka
menyatakan pertama kalinya secara rasmi nama negara yang disebut United States of
America (USA). Penamaan negara dijadikan sebagai hasil dari pemikiran Thomas
Jefferson. [21]

4.3 Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Perjanjian Versailies 1783


Pertempuran petama terjadi pada tanggal 19 April 1775. Dalam sejarah Amerika, peristiwa
tersebut dikenali dengan sebutan Lexington Concord Raid. Pihak koloni dipimpin oleh
seorang tuan tanah besar yang juga pernah menjadi panglima laskar koloni Inggeris dalam
perang tujuh tahun melawan Perancis, iaitu George Washington. Tokoh ini kemudian
memimpin kaum kolonis menentang pemerintah Inggeris. Perjuangan kaum kolonis tidak
hanya dilakukan secara fizikal akan tetapi dilakukan pula secara diplomasi. Salah seorang
tokoh diplomasi adalah Benjamin Franklin.[22]
Selama perang berlangsung, Benjamin Franklin menjadi duta keliling se Eropah untuk
mendapatkan sokongan moral atau material. Apabila datang ke Perancis, ia disambut oleh
rakyat Paris sebagai pahlawan kemerdekaan. Rakyat Perancis sangat simpati terhadap
perjuangan rakyat koloni Amerika yang ditindas oleh Inggeris. Disamping itu, pihak Perancis
mempunyai perasaan dendam atas kekalahan dalam perang tujuh tahun. Berkat perjuangan
diplomasi Benjamin Franklin, perjuangan rakyat koloni Amerika mendapat bantuan dari
Perancis dan Belanda. Bahkan Perancis mengirimkan pasukan dan senjata dibawah pimpinan
General Laffayette tahun 1778. Selain Perancis dan Belanda, yang mendukung perang
kemerdekaan Amerika Serikat adalah Sepanyol. Sepanyol membantu kaum kolonis dengan
maksud ingin merebut kembali Selat Gibraltar yang diduduki oleh Inggeris tahun 1709.[23]
Gabungan antara pasukan Perancis dan pasukan kaum koloni Amerika mengubah situasi
perang. Pasukan Inggeris semakin terdesak dan cenderung banyak bertahan. Akhirnya perang
berakhir dengan kemenangan berada di pihak kaum koloni. Berakhirnya perang ditandai
dengan menyerahnya pasukan Inggeris tahun 1781, yang dipimpin General Cornwallis
kepada General George Washington. Selanjutnya pihak Inggeris menghentikan pertempuran,
kemudian diadakan perjanjian damai di Versailles tahun 1783 yang isinya:

British mengakui kemerdekaan 13 koloni di Amerika.

British harus menyerahkan daerah jajahannya di Amerika kepada Amerika


Syarikat, kecuali Kanada.

British harus membayar rampasan perang.

4.4 Penyusunan Koloni-koloni Amerika


Setelah perjanjian Versailles ditandatangani, rakyat koloni Amerika mula merasakan hidup di
negara merdeka. Pada awal kehidupannya itu, kembali terjadi perbezaan. Setelah perang
selesai, berlaku perebutan bahagian kuasa sebesar-besarnya. Ada 9 negara yang menuntut
kuasa sebesar-besarnya atau adanya pemerintahan negara bahagian yang sering disebut
kelompok republik. Kelompok ini dipimpin oleh Thomas Jefferson. Sementara yang
menginginkan adanya pemerintahan pusat, 4 negara dan sering disebut kelompok federalis.
Kelompok ini dipimpin oleh Alexander Hamilton.[24]
Pertentangan yang ada menyedarkan mereka tentang lemahnya undang-undang yang
ada, iaitu Articles of Confederation. Undang-Undang tersebut belum menetapkan caracara mengatur negara. Karena itu dilakukan perbaikan-perbaikan melalui sebuah pertemuan
bernama Federal Convention. Pertemuan ini bertujuan untuk menyusun perlembagaan
negara Amerika Syarikat. Dalam pertemuan ini kedua-dua kelompok yang bertikai
menyatakan sepakat. Akhirnya, pada tahun 1788 adanya Constitution of United States of
America. Perancang isi perlembagaan adalah James Madison. Perlembagaan mengandungi
12 pindaan. Sepuluh pindaan menyatakan tentang pernyataan hak-hak peribadi (warganegara)
dan negara. Kesepuluh pindaan itu disebut Bill of Right.
Hal penting lain dalam perlembagaan itu adalah adanya kenyataan kerajaan yang demokratik.
Ini diperlihatkan dengan adanya wakil-wakil negara bahagian dalam pemerintahan pusat.
Perlembagaan bersiri dari dua lembaga Senat (Dewan Legislatif) dan House of
Representative (Dewan Kehakiman). Anggota Senat sebanyak 2 orang dan anggota House of
Representative bergantung jumlah penduduk setiap negara. Kerajaan pusat dipimpin oleh
seorang presiden. Pada ketika itu, semua wakil negara bahagian sepakat memilih George
Washington sebagai presiden. Pahlawan perang kemerdekaan Amerika Syarikat itu disahkan
menjadi presiden pada 30 April 1789 di New York.[25]

5.0

KESIMPULAN

Isu boston tea party iaitu bantahan penduduk koloni terhadap cukai-cukai yang dikenakan
oleh pihak britain. Bantahan yang wujud kesan dari pemerintahan britain itu sendiri sehingga
membawa kepada revolusi amerika. Walaubagaimanapun sejarah awal amerika
mempamerkan satu isu penting yang memainkan peranan utama dalam membentuk peribadi
dan kenegaraan Amerika. Peristiwa ini boston tea party menjadi salah satu pemberontakan
koloni kepada pihak britain untuk membebaskan diri mereka daripada pihak britain yang
mengenakan cukai dan pemerintahan yang menyekat kebebasan koloni. Secara tidak
langsung membawa kepada pembentukan negara baharu amerika setelah berjaya dalam
perjuangan kebebasan semasa perang.

6.0

RUJUKAN

SUMBER BUKU
J. Hawkes. 1834. Restropect of the Boston Tea-Party. New York: the Clerks Office of the
Southern District.
Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Eric E. Williams. 1994. Capitalism & Slavery. Chapel Hill:University of North Carolina
Press.
Nathaniel platt et al. 1964. Our Nation From its Creation: A Great Experiment. New Jersey:
Prentice-hall inc.

SUMBER INTERNET
http://en.wikipedia.org/wiki/Stamp_Act_1765.( Diakses 9 November 2011)
http://rupanx.tripod.com/aj2153/kuliah_13.htm (diakses 10 November 2011).
http://id.shvoong.com/humanities/history/2139075-gerakan-gerakan-koloni-amerikamenuju/#ixzz1aTczWdfu (diakses pada 11 Oktober 2011).

Boston Tea Party, http://www.publicbookshelf.com (diakses pada 12 November 2011)


Boston tea party, http://www.eyewitnesstohistory.com (diakses pada 12 November 2011)
Revolusi Amerika, http://www.pbs.org/ktca/liberty/ (diakses pada 23 November 2011)

[1] Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 28.

[2] Ibid, hlm 21.

[3] Eric E. Williams, capitalism & slavery, chapel hill : university of north carolina press,
1994, hlm7.

[4] Ibid, hlm8.

[5] Harry j. Carman et al, A History of Amerika People, New York : Alfred A.Knopf, 1967,
hlm 154-155.

[6] Shakila yacob, Amerika syarikat pembentukan Negara bangsa, kuala lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm24.

[7] Ibid, hlm25.

[8] Ibid, hlm26-27.

[9] Nathaniel platt et al, our nation from its creation: a great experiment, new jersey:
prentice-hall inc, 1964, hlm62.

[10] J. Hawkes, Restropect of the Boston Tea-Party, New York: the Clerks Office of the
Southern District, 1834, hlm27.

[11] Ibid, hlm139.

[12] Boston Tea Party, http://www.publicbookshelf.com (diakses pada 12 november 2011)

[13] J. Hawkes, Restropect of the Boston Tea-Party, New York: the Clerks Office of the
Southern District, 1834, hlm37.

[14] Boston tea party, http://www.eyewitnesstohistory.com (diakses pada 12 november 2011)

[15] http://id.shvoong.com/humanities/history/2139075-gerakan-gerakan-koloni-amerikamenuju/#ixzz1aTczWdfu (diakses pada 11 Oktober 2011).

[16] J. Hawkes, Restropect of the Boston Tea-Party, New York: the Clerks Office of the
Southern District, 1834, hlm 138.

[17] Ibid, hlm 139-163.

[18] http://rupanx.tripod.com/aj2153/kuliah_13.htm (diakses 10 November 2011).

[19] J. Hawkes, Restropect of the Boston Tea-Party, New York: the Clerks Office of the
Southern District, 1834, hlm 166-167.

[20] Ibid, hlm 157.

[21] Ibid, hlm 157-158.

[22] Ibid, hlm 158.

[23] Ibid, hlm 162.

[24] Ibid, hlm 154-155.

[25] Ibid, hlm 65-79.

Anda mungkin juga menyukai