Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Aktiviti pelayaran telah mula dilakukan oleh kebanyakan masyarakat terdahulu pada abad ke
15 yang mana mereka menjelajah ke seluruh dunia dengan tujuan-tujuan yang tertentu. Para
sarjana telah menjalankan beberapa kajian terhadap aktiviti ini dan berdasarkan kajian
tersebut, ilmu pelayaran telah wujud sejak 30,000 tahun lalu oleh para pelayar polinesia 1.
Pada awal penjelajahan pelayar-pelayar terdahulu dipercayai menjelajah ke seluruh dunia
adalah untuk melakukan migrasi di kawasan lautan pasifik. Terdapat banyak versi dan
pandangan yang berbeza namun masih dalam konteks yang sama apabila membincangkan
tentang sejarah pelayaran. Menurut penulis buku Pugh D.T yang mengkaji tentang sejarah
awal pelayaran, beliau mengatakan masyarakat awal yang terlibat dalam dunia pelayaran
adalah masyarakat Polinesia. Namun begitu, pelayaran mereka tidak mempunyai
pendokumentasian yang lengkap bagi menhuraikan dengan lebih jelas faktor pelayaran
masyarakat ini2.

Sehubungan itu, terdapat juga pengkaji yang mendapati sejarah pelayaran ini berlaku
apabila munculnya gerakan masyarakat bangsa Eropah yang telah mengalami perkembangan
dan kemajuan dalam idea pemikiran. Manusia pada zaman tersebut telah menemui teori baru
iaitu teori Heliosentris yang mana dunia adalah berbentuk bulat manakala matahari adalah
pusat bagi segala benda di kehidupan ini. Teori ini telah mendorong masyarakat Eropah
untuk menjelajah ke seluruh dunia untuk melihat kebenaran teori tersebut 3. Perkembangan ini
telah melahirkan tokoh-tokoh pelayaran yang hebat kerana sumbangannya terhadap dunia
pelayaran dan mereka telah terkenal hingga tidak mampu untuk disangkal lagi. Dalam
perbincangan ini, penulis akan memfokuskan tokoh pelayar yang berbangsa Portugis iaitu
Bartolomeu Dias dan Vasco Da Gama di mana kedua-dua tokoh ini mempunyai kaitan dalam
sejarah pelayaran dunia. Kejayaan mereka dalam dunia pelayaran adalah bertitik tolak
daripada dorongan Pangeran portugis yang bernama Henry Pelaut agar menjelajah ke seluruh
dunia. Justeru itu, penulis akan menghuraikan faktor – faktor pelayaran mereka dan
sumbangan yang di berikan oleh Bartolommeu Dias dan Vasco Da Gama.

1
Yulia Siska, Geografi Sejarah Indonesia, _, 2018, hlm. 2012.

2
David T. Pugh, Tides Surges and Mean Sea-Level, United Kingdom: Natural Environment Research Council,
1996, hlm. 2.

3
Oemar dan Komarudin, Sejarah Eropah, Cendekia Insani, 2006, hlm. 9.

1
2.0 FAKTOR – FAKTOR PELAYARAN

Penjelajahan bangsa Eropah ke seluruh dunia telah berlangsung sejak abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-18. Dalam buku Encyclopedia Britannica (2015) ada menyatakan
bahawa aktiviti pelayaran merupakan faktor atau asbab utama yang menjadikan Eropah
mempunyai peradaban yang paling maju di dunia4. Hal demikian adalah rentetan daripada
faktor pelayaran yang menjadi latar belakang kepada penjelajahan bangsa – bangsa Eropah
seperti orang Portugis, Belanda dan Sepanyol.

2.1 Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan.

Salah satu faktor tersebut ialah berkembangnya ilmu pengetahuan dalam kalangan
masyarakat Eropah. Nicolaus Copernicus seorang ahli Astronomi pada era Renaissanse telah
menemukan sebuah teori berkaitan dunia yang dikenali sebagai teori Heliosentris 5. Teori ini
menjelaskan bahawa dunia adalah berbentuk bulat yang mengelilingi matahari dan
menjelajahi matahari tanpa henti. Sebelum idea teori Copernicus muncul, manusia
mempercayai bahawa bumi berbentuk datar dan mempunyai penghujung6. Terdapat juga teori
bumi yang bercanggah dengan teori Heliosentri yang dikenali sebagai teori Geosentris di
mana matahari yang mengelilingi bumi.7 Disebabkan timbulnya isu berkaitan teori – teori
yang pelbagai ini, masyarakat Eropah mula keluar mengembara ke seluruh dunia untuk
melihat kekukuhan teori – teori tersebut.

2.2 Faktor Kemajuan Teknologi

Di samping itu, masyarakat Eropah bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas malah mereka juga mempunyai kemajuan dari segi penggunaan teknologi yang canggih
dalam konteks masa tersebut. Perkembangan dalam mencipta carta pelayaran iaitu peta telah
membantu para pelayar menjelajah ke serata tempat. Dengan bantuan kompas atau ‘astrolabe’
juga lebih memudahkan mereka untuk berlayar di laut tanpa rasa takut dan tanpa bergantung
4
Habib Tiliouine dan Richard J. Estes, The State of Social Progress of Islamic Societies: Social, Economic, Political and
Ideological Challenges, Springer International Publishing Switzerland, 2016, hlm. 40.

5
Barbara A. Somervill, Nicolaus Copernicus: Father of Modern Astronomy, Library of Congress Cataloging – in –
Publication Data, 2005, hlm. 61.

6
James Evans, The History and Practice of Ancient Astronomy, New York: Oxford University Press. Inc, 1998,
hlm. 383.

7
Jaakko Hintikka dan David Gruender, Theory Change, Ancient Axiomatics, and Galileo’s Methodology
Proceedings of The 1978 Pisa Conference on History and Philosophy of Science, Volume I, Dordrecht,
Holland: D. Reidel Publishing Company, 1981, hlm. 230.

2
dengan petunjuk alam lagi seperti keadaan langit dan cuaca, kedudukan matahari, gunung –
ganang, kocakan ombak dan air laut, dan arah pergerakan angin serta burung – burung8.
Sejarah awal pelayaran orang Eropah pada abad ke 15 hingga 16 juga menceritakan bahawa
mereka sudah mahir dalam pembinaan kapal misalnya kapal Caravel 9yang dicipta oleh orang
Portugis untuk menjelajah di pantai Afrika Barat dan Lautan Atlantik.

2.3 Faktor Tiga G (Gospel, Glory dan Gold)

Penjelajahan bangsa – bangsa Eropah pada abad ke-16 Masihi telah disandarkan pada faktor
yang tidak asing lagi dalam kalangan sejarawan iaitu faktor tiga serangkai seperti Gospel,
Glory, dan Gold. Tiga aspek ini telah menjadi aspek utama kepada para pelayar untuk pergi
jauh ke wilayah – wilayah yang belum diterokai kuasa Barat khususnya di Nusantara. Di sini,
penulis akan menerangkan dengan jelas tentang ketiga – tiga aspek tersebut. Aspek yang
pertama ialah Gospel yang mana ia mewakili nilai keagamaan. Pelayar – pelayar Eropah
terutamanya orang Portugis menjelajah bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada
masyarakat yang tidak bertamadun seperti yang mereka dakwakan kepada orang Nusantara
khususnya10. Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut serta dalam ekspedisi pelayaran ke
Timur11dan diselit dengan sifat penyebaran agama Kristian yang tinggi demi menebus
kembali kekalahan mereka dalam Perang Salib antara kerajaan Islam dan kerajaan Kristian.
Seterusnya bagi nilai Glory pula ialah adalah simbol kemegahan bagi kerajaan yang berlayar.
Misalnya Portugis yang ingin bersaing dengan negara – negara penjajah yang lain. Hal ini
adalah kerana untuk meningkatkan martabat negaranya serta mengangkat nilai maruah negara
dengan memperlihatkan kemahiran mereka dalam aktiviti pelayaran.

Pada ketika itu, negara – negara dalam Eropah sedang berlumba – lumba dalam
meluaskan kuasa dan pengaruh mereka di luar Eropah bahkan seluruh dunia. Oleh hal
demikian, Portugis juga tidak tertinggal dengan kuasa – kuasa Barat yang lain dalam impian
ingin membina sebuah empayar yang kukuh diluar Eropah. Bagi aspek yang terakhir pula
ialah Gold atau kekayaan yang mempunyai hubungkait dengan perkembangan Revolusi

8
Endjat Djaenuderadjat, Atlas Pelabuhan – Pelabuhan Bersejarah di Indonesia, Jeneral Kebudayaan Kementerian
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, 2013, hlm. 326.

9
Sutiyar, Kamus Istilah Pelayaran dan Perkapalan, Universiy Michigan: Pustaka Beta, 1987, hlm. 145.

10
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd,
2008, hlm. 279.

11
Ibid, hlm. 280.

3
Perindustrian. Menjelang abad ke-15, dunia digemparkan dengan keuntungan menjalankan
perniagaan bahan – bahan mentah iaitu bijih timah, kayu jati, hasil galian dan rempah ratus
seperti lada hitam, kayu manis, ketumbar, bunga cengkih, bunga lawing, halba, jintan manis,
daun kari, dan buah pala. Kesemua bahan mentah tersebut mempunyai nilai permintaan yang
amat tinggi di Eropah faktor daripada perkambangan Revolusi Perindustrian. Bahan – bahan
tersebut masing – masing mempunyai keguanaan sendiri dan menjadi sumber utama untuk
menghasilkan sebuah mesin manakala bagi bahan rempah pula Eropah gunakan sebagai
bahan pengawet atau bahan tambahan dalam masakan untuk menyedapkan makanan atau
pemanas badan. Huraian ini cukup menjelaskan faktor Eropah menjelajah ke seluruh dunia.

3.0 BARTOLOMUE DIAS

3.1 Biografi Bartolomue Dias

Terdapat seorang pelayar Portugis yang lahir pada abad ke – 15 dan dikenali sebagai
Bartolomue Dias. Nama penuh beliau ialah Bartolommeu Dias de Novais dan terdapat juga
beberapa sejarawan yang mengeja nama beliau sebagai Bartholomew Diaz. Beliau lahir pada
tahun 1450 di Algarve, Portugal dan meninggal dunia pada 29 Mei 1500 semasa proses
penjelajahan berlangsung di laut yang berhampiran Cape of Good Hope atau Tanjung
Harapan12. Menurut beberapa pendapat sejarawan Portugis, Bartolomue Dias merupakan
saudara mara kepada dua orang tokoh yang juga telah memberi sumbangan terhadap sejarah
pelayaran dunia iaitu Jao Dias dan Diniz Dias di mana masing – masing telah menemui Cape
Bojador dan Kepulauan Cape Verde13.

Selain itu, Dias telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak yang dinamakan
sebagai Antonio Dias de Novais dan Simao Dias de Novais. Antanio merupakan salah
seorang kesateria di Order of Christ, dan berkahwin dengan Joana Fernandes iaitu anak
saudara Bartolomue Dias sendiri. Manakala anak kedua Dias pula iaitu Simao tidak
berkahwin dan lebih awal meninggal dunia. Sejak kecil lagi Bartolomue Dias dibesarkan
dalam keluarga bangsawan yang memungkinkan beliau mendapat pendidikan yang baik 14.
Perkara ini membantu beliau sedikit sebanyak ilmu pelayaran sehingga mampu mencari jalan
dan sampai ke Lautan Hindi. Segala kemahiran dan ilmu berkaitan perkapalan, pelayaran dan
12
O. Hartig, Dias Bartolomeu, New York: Syarikat Robert Appleton, 1908, hlm. 4.

13
Ibid, hlm. 10 – 11.

14
Jennifer Swanson, Bartolomue Dias: First European Sailor To Reach The Indian, The Rosen Publishing Group,
2018, hlm. 49.

4
menguruskan diri semasa di atas kapal berkemungkinan besar diperoleh ketika beliau masih
bersekolah, tambahan pula beliau adalah keturunan juruterbang Prince Henry atau dikenali
sebagai Henry The Navigator.

3.2 Kisah Pelayaran

Sebelum Dias memulakan penjelajahannya, beliau adalah seorang pengawal istana kerajaan
dan pengawas barang gudang mahkota kerajaan di istana raja Portugal pada usia pertengahan
tiga puluhan15. Pada 1481, Dias telah memulakan perjalanan untuk menemani seorang
bangsawan yang bernama Diogo de Azambuja. Perjalanan mereka adalah menuju ke Gold
Coast di Afrika untuk mencari sebuah kubu Portugis yang terletak di Teluk Guinea. Misi
perjalanan mereka sebenarnya ingin mencari jalan perdagangan dari Eropah ke Asia dengan
mengelilingi Afrika kerana kebanyakan penjelajahan Portugis sebelum ini tidak berjaya 16.
Kebanyakan tokoh sejarawan maritim mengatakan bahawa penerokaan Portugis bermula
dengan penjelajahan Putera Henry atau nama sebenarnya ialah Henrique 17. Beliau merupakan
anak kepada Raja John I yang telah berkahwin dengan orang Inggeris iaitu Philippa dari
Lancaster. Sepanjang tahun 1419 sehingga 1460, Putera Henry telah menjalankan beberapa
ekspedisi di kawasan lautan Afrika.

Antara kejayaan yang dikecapi Putera Henry ialah semenjak penjelajahan berjalan,
kerajaan Portugis telah memiliki kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke – 15.
Di samping itu, Putera Henry juga telah menubuhkan sebuah pusat pembelajaran berkaitan
ilmu kelautan yang dinamakan sebagai Akademi Laut di Segres untuk memberi pengethuan
kepada ahli pelayaran, kartografi, astronomi dan pakar matematik tentang teori dan fahaman
ketika berada di laut. Perkara ini yang menjadi faktor utama Bartolomue Dias memperoleh
ilmu pengetahuan dan berani untuk mencari jalan ke India. Walaubagaimanapun, ekspedisi
yang dihantar Putera Henry menemui kegagalan untuk mencari laluan perdagangan ke
kawasan Asia kerana Portugis berasa terancam dengan kejayaan pedagang – pedagang Arab
yang berjaya menemui dan berdagang di Asia. Justeru itu, Portugis meneruskan usaha untuk
mencari laluan dengan menggunakan teori mengelilingi lautan Afrika. Ekoran daripada itu,

15
Ibid, hlm. 19.

16
Mary Gunn, L.E. W, Codd, Botanical Exploration Southern Africa, A.A. Balkema Cape Town, 1981, hlm. 10.

17
Ibid, hlm. 3.

5
Raja John II telah melantik Bartolomue Dias pada tahun 1486 untuk mencari laluan
perdagangan ke pelabuhan India dan menjadi ketua ekspedisi pelayaran tersbeut18.

3.3 Sumbangan Bartolomue Dias

3.3.1 Penemuan Beberapa Teluk Kawasan Perairan Afrika

Setelah hampir setahun Dias membuat persiapan untuk berlayar, beliau telah memulakan
perjalanan pada akhir bulan Julai atau awal bulan Ogos 1487. Dias meninggalkan Lisbon
dengan berbekalkan satu kapal bekalan makanan dan dua karavel iaitu karavel Sao Cristovao
dan Sao Pantaleao dilengkapi dengan senjata bersenjata yang mempunyai muatan lima puluh
tan. Dias juga ditemani oleh rakan – rakannya iaitu Vasco de Gama, Leitao, Pero
d’Alemquer, Joao Infante, Joao Grego dan Alvaro Martins. Pada awal penjelajahan tersebut,
mereka telah berlabuh di Afrika Barat dan melepasi penanda Cao. Kemudian Dia meneruskan
perjalanan ke Teluk Walvis Namibia pada 8 Disember dan terus menuju ke Teluk Elizabeth
26 Disember. Sepanjang perjalanan mereka dari Lisbon ke Teluk Elizabeth telah mengambil
masa selama lebih kurang empat bulan.

Setibanya mereka di perhentian terakhir iaitu Teluk Elizabeth, mereka telah


kehilangan pemandangan pantai dan mengalami serangan bencana alam semulajadi iaitu
rebut petir selama 13 hari ke arah Selatan. Setelah berpenat lelah melawan arus ribut
sehingga berlaku perubahan arah pelayaran, Dias telah menukar strategi untuk mengubah
arah pelayaran yang menuju kea rah Utara. Strategi beliau telah menyebabkan mereka tiba di
Teluk Mossel atau nama lainnya ialah Bahia dos Vaqueiros, Afrika Selatan pada 3 Februari
1488 dan hal ini bermakna mereka telah melimpasi hujung Selatan Afrika. Pendaratan
mereka di sana telah ditandakan dengan bulatan tanjung dan mendarat yang dilakukan oleh
Dias. Keberadaan Dias di Teluk Mossel tidak begitu lama kerana telah diserang oleh
Indigenous Afrika kerana rasa takut mereka terhadap kumpulan ekspedisi Dias sekiranya
mereka adalah orang jahat.

Disebabkan peristiwa tersebut, Dias dan anak – anak kapalnya berlayar semula dan
lebih jauh daripada pelayar – pelayar Eropah sebelum ini kerana mereka berjaya menemui
Teluk Algoa pada 12 Mac. Bagi menandakan kedatangan mereka di kawasan tersebut, Dias
telah mendirikan salib bersaiz besar yang diperbuat daripada batu sekaligus mengiktiraf tanah
tersebut adalah hak milik Portugis. Perjalanan Dias dan anak – anak kapalnya sudah terlalu
18
Gaspar Correa, The Three Voyages Of Vasgo Da Gama And His Viceroyalty: From The Lendas Da India, London:
Printed For The Hakluyt Society, hlm 29.

6
jauh dan memakan masa selama tujuh bulan lamanya. Kejayaan yang dikecapi mereka telah
menaikkan semangat Dias untuk meneruskan perjalanan dan mencari laluan ke India.
Walaubagaimanpun, niat dan tekad Dias tidak kesampaian kerana bekalan makanan mereka
sudah habis dan anak – anak kapalnya telah berasa letih dan enggan meneruskan perjalanan
yang jauh. Demikian itu, Dias memutuskan untuk pulang ke Lisbon.19

3.3.2 Penemuan Tanjung Harapan

Pada Disember 1488, ekspedisi Bartolomue Dias dan anak – anak kapalnya telah selamat tiba
di Lisbon. Dias telah membuat laporan yang berkaitan dengan pelayarannya selama dan
dibentangkan kepada Raja John II. Dalam laporan beliau ada menyatakan bahawa kawasan
ribut yang berlaku dahsyat semasa mereka berlayar dikesankan sebagai pertemuan Lautan
Atlantik dan Lautan Hindi yang mempunyai jalinan tali air. Apabila Raja John II mengetahui
laporan tersebut, baginda telah menamakan kawasan tersebut Cape of Good Hope yang mana
sebelum ini Cape of Storms yang dinamakan oleh Bartolomue Dias. Selepas perjalanan
mereka yang mengambil masa selama setahun, Dias mengambil keputusan untuk berehat dan
membuat strategi yang tepat untuk meneruskan ekspedisi yang lain. Selama sembilan tahun
Dias tidak melancarkan ekspedisi, beliau merancang untuk membina kapal – kapal yang kuat
daya tahanannya daripada serangan ribut petir yang kuat agar mudah dikendalikan kemudian.

Kapal – kapal tersebut termasuklah kapal Sao Gabriel yang digunakan oleh Vasco de
Gama untuk berlayar ke India. Setelah selesai membuat kerja – kerja pembinaan kapal, Dias
telah bergabung dengan Vasco de Gama untuk meneruskan ekspedisi mereka bersama
mengelilingi Afrika pada tahun 1497 bagi mencapai India. Perjalanan mereka berdua kali ini
lebih jauh berbanding sebelum ini iaitu berlabuh di Kepulauan Tanjung Verde. Menjelang
tahun 1500, telah melancarkan ekspedisi empat buah kapal yang diketuai oleh Pedro Alvarez
Cabral dan mereka adalah orang Eropah pertama yang berjaya melihat Brazil. Meskipun
penemuan Brazil dianggap satu kejayaan, pelayaran mereka telah diduga pada 29 Mei 1500
dengan kejadian sekali lagi ribut taufan yang amat dahsyat di Tanjung Harapan. Dias yang
telah melalui kawasan tersebut ssebelum ini juga telah terperangakp dengan amat teruk pada
ketika itu, buktinya beliau telah terkorban dalam peristiwa kapal karam bersama kapal –
kapal yang lain.

Rentetan daripada itu, Vasco De Gama telah mengambil langkah – langkah dan
persiapan yang lebih rapi lagi untuk melalui jalan Tanjung Harapan atau The Cape Of Good
19
Jennifer Swanson, ibid, hlm. 31 – 49.

7
Hope agar tidak gagal seperti Bartolomue Dias. Kematian Dias di Tanjung Harapan
menunjukkan bahawa pelayaran beliau telah terhenti dan memberi petunjuk kepada pelayar
Portugis seterusnya iaitu Vasco de Gama untuk menawan India. Penjelajahan Bartolomue
Dias juga telah membuktikan bahawa laluan perdagangan ke Asia adalah dengan
mengelilingi Afrika adalah benar seperti yang dikatakan oleh Raja John II dan sekaligus
menolak pendapat Ptolemy yang menyatakan bahawa Lautan Hindi terkurung di darat dan
tidak ada laluan ke India. Secara asasnya, umum diketahui bahawa Bartolomue Dias telah
membuka jalan bagi penjelajah dan pedagang masa depan dan kini menawan negara – negara
yang jauh dan tidak pernah diketahui. 20

4.0 VASCO DA GAMA

4.1 Kehidupan awal Vasco da Gama

Bangsawan Portugis Vasco da Gama (1460-1524) belayar dari Lisbon pada tahun 1497 dalam
misi untuk mencapai India dan membuka jalan laut dari Eropah ke Timur. Tarikh lahir dan
tempat sebenar Vasco da Gama tidak diketahui. Dipercayai bahawa Vasco Da Gama
dilahirkan antara 1460 dan 1469 di Sines, Portugal. 21 Tokoh adalah anak ketiga kepada ibu
bapanya. Ayahnya, Estêvão da Gama, adalah seorang kesatria di istana Duke of Viseu dan
ibunya adalah wanita bangsawan bernama Isabel Sodré. Peranan ayahnya di mahkamah akan
membolehkan Vasco mudah mendapat pendidikan yang baik. Tetapi kerana dia tinggal dekat
dengan bandar pelabuhan, dia mungkin juga belajar tentang kapal dan pelayaran. Vasco
bersekolah di sebuah kampung yang lebih besar kira-kira 70 batu dari Sines yang disebut
Évora. Di sana, tokoh belajar matematik lanjutan, dan mempelajari prinsip navigasi.
Menjelang usia lima belas tahun, beliau menjadi biasa dengan kapal dagang yang berlabuh di
pelabuhan. Pada usia dua puluh tahun, dia adalah kapten kapal. 22 Kemahiran ini semuanya
menjadikannya pilihan yang dapat diterima untuk memimpin ekspedisi ke India. Tidak
banyak yang diketahui mengenai kehidupan awalnya, tetapi pada tahun 1492, Raja John II
mengirim Vasco Da Gama ke kota pelabuhan Setubal (selatan Lisbon) dan ke wilayah
Algarve untuk merampas kapal-kapal Perancis sebagai pembalasan atas serangan Perancis
terhadap kepentingan perkapalan Portugis.

20
Ibid.

21
Emmanuel Akyeampong and Henry Louis Gates, Dictionary of African Biography, Oxford : Oxford University Press,
2012, hlm 415.

22
Patricia Calvert, Vasco Da Gama: So Strong a Spirit Tarrytown: Benchmark Books , 2005, hlm 11-12

8
Kerajaan Uthmaniyah menguasai hampir semua laluan perdagangan Eropah ke Asia.
Ini berarti mereka dapat, dan memang, mengenakan harga tinggi untuk kapal yang melewati
pelabuhan. Putera Henry dari Portugal turut disebut Putera Henry sebagai Navigator yang
memulakan zaman penjelajahan Portugal yang hebat. Dari sekitar tahun 1419 hingga
kematiannya pada tahun 1460, dia mengirim beberapa ekspedisi pelayaran ke pesisir Afrika. 23
Pada tahun 1481, Raja John II dari Portugal mula mengirim ekspedisi untuk mencari jalan
laut di sekitar pantai selatan Afrika. Banyak penjelajah melakukan beberapa percubaan. Ia
adalah Bartolomeu Dias yang pertama kali melintasi Afrika dan sampai ke Lautan Hindi pada
tahun 1488. Tetapi dia terpaksa kembali ke Portugal sebelum dapat sampai ke India. Ketika
Manuel I menjadi raja Portugal pada tahun 1495, dia terus berusaha membuka jalan
perdagangan ke India dengan mengelilingi Afrika. Walaupun orang lain dipertimbangkan
untuk pekerjaan itu, Manuel I akhirnya memilih Vasco da Gama yang berusia tiga puluh
tujuh tahun untuk tugas ini.

4.2 Pelayaran Vasco Da Gama

4.2.1 Pelayaran Pertama

Pada tahun 1497, pengganti John, Raja Manuel I yang dinobatkan pada tahun 1495, memilih
Da Gama untuk memimpin armada Portugis ke India untuk mencari jalan maritim dari
Eropah Barat ke Timur Pada 8 Julai 1497 Vasco da Gama berlayar dari Lisbon dengan
armada empat kapal dengan kru 170 orang dari Lisbon. Da Gama memerintahkan Sao
Gabriel. Paulo da Gama merupakan saudara kepada Vasco yang memerintahkan São Rafael,
sebuah kapal tiga tiang. Terdapat juga karr Berrio, dan toko barang São Maria. Bartolomeu
Dias juga berlayar dengan da Gama, dan memberikan nasihat berguna untuk navigasi
menyusuri pesisir Afrika. Mereka berlayar melewati Kepulauan Canary, dan sampai di
kepulauan Cape Verde pada 26 Julai. Mereka tinggal sekitar seminggu, kemudian terus
berlayar pada 3 Ogos. Untuk membantu mengelakkan ribut dan arus kuat di dekat Teluk
Guinea, da Gama dan armadanya berlayar keluar ke Atlantik Selatan dan berayun ke Cape of
Good Hope. Setelah belayar di pesisir barat Afrika dan mengelilingi Cape of Good Hope,
ekspedisinya membuat banyak berhenti di Afrika sebelum sampai di pos perdagangan di
Calicut, India, pada bulan Mei 1498.

23
Aileen Gallagher. Prince Henry, the Navigator: Pioneer of Modern Exploration. New York: The Rosen Publishing Group,
Inc., 2003, hlm 5.

9
Pada masa itu, umat Islam mengadakan monopoli perdagangan dengan India dan
negara-negara Timur yang lain, berkat kedudukan geografi mereka. Da Gama belayar dari
Lisbon pada bulan Julai dengan empat kapal, melakukan perjalanan ke selatan di sepanjang
pesisir Afrika sebelum melintasi jauh ke Atlantik selatan untuk mengelakkan arus yang tidak
bertentangan. Armada akhirnya dapat mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika
pada akhir November, dan menuju ke utara di sepanjang pantai timur Afrika, yang sekarang
ada di Mozambik, Mombasa dan Malindi (keduanya sekarang di Kenya). Dengan bantuan
navigator tempatan, Da Gama dapat menyeberangi Lautan Hindi dan sampai ke pantai India
di Calicut (sekarang Kozhikode) pada bulan Mei 1498. Ribut masih menunda mereka untuk
sementara waktu. Mereka membulatkan tanjung pada 22 November dan tiga hari kemudian
berlabuh di Teluk Mossel, Afrika Selatan. 24 Mereka mula berlayar lagi pada 8 Disember.
Mereka berlabuh pada bulan Januari dekat Mozambique di Rio do Cobre (Sungai Tembaga)
dan berlanjutan hingga mereka sampai di Rio dos Bons Sinais (Sungai Good Omens). Di sini
mereka mendirikan patung atas nama Portugal.

Mereka tinggal selama sebulan kerana sebahagian besar kru sakit akibat penyakit
beri-beri yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C.25 Armada Da Gama akhirnya mula
berlayar lagi. Pada 2 Mac mereka sampai di Pulau Mozambique. Setelah berdagang dengan
pedagang Muslim tempatan, da Gama berlayar sekali lagi berhenti sebentar di Malindi (di
Kenya sekarang). Dia mengupah juruterbang untuk membantunya menavigasi Lautan Hindi.
Mereka berlayar selama 23 hari, dan pada 20 Mei 1498 mereka sampai di India. 26 Mereka
menuju ke Kappad, India berhampiran bandar besar Calicut. Di Calicut, da Gama bertemu
dengan raja. Tetapi raja Calicut tidak terkesan dengan da Gama, dan hadiah yang dibawanya
sebagai persembahan. Mereka menghabiskan beberapa bulan berdagang di India, dan
mempelajari adat istiadat mereka. Mereka meninggalkan India pada akhir bulan Ogos. Dia
mengunjungi Pulau Anjidiv dekat Goa, dan sekali lagi berhenti di Malindi pada Januari 1499.
Ramai anak buahnya mati akibat penyakit beri-beri. Dia telah membakar São Rafael untuk
membantu menahan penyakit itu. Pada bulan September 1499, Da Gama akhirnya kembali ke
Portugal. Manuel I memuji kejayaan da Gama, dan memberinya wang dan gelaran baru
sebagai laksamana.

24
Kenneth Pletcher, ed., The Britannica Guide to Explorers and Explorations That Changed the Modern World . New York:
The Rosen Publishing Group, 2009, hlm 54.

25
Pletcher, The Britannica Guide, hlm 55.

26
Ibid.

10
4.2.2 Pelayaran Kedua

Da Gama menerima sambutan hangat kembali ke Portugal, dan dihantar pada ekspedisi kedua
ke India pada tahun 1502, di mana dia bertempur dengan kejam dengan pedagang Muslim di
wilayah tersebut. Pada tahun 1502, Raja Manuel menugaskan da Gama untuk ekspedisi India
yang lain, yang berlayar pada bulan Februari itu.. Dia berlayar sekali lagi bermula pada
Februari 1502 dengan armada 10 kapal. Mereka berhenti di Kepulauan Cape Verdes,
Mozambik, dan kemudian belayar ke Kilwa (di Tanzania moden). Walaupun penduduk
Hindu Calicut pada awalnya menyambut kedatangan pelaut Portugis (yang mengira mereka
sebagai Kristian), ketegangan cepat meletus setelah Da Gama menawarkan kepada penguasa
mereka koleksi barang yang agak murah sebagai hadiah kedatangan. Dalam perjalanan ini, da
Gama menyerang kepentingan perkapalan Arab di wilayah tersebut dan menggunakan
kekuatan untuk mencapai kesepakatan dengan penguasa Calicut. Atas demonstrasi kekuasaan
yang kejam ini, Da Gama difitnah di seluruh India dan wilayah. Dalam perjalanan ini, da
Gama menyerang perkapalan Arab di wilayah tersebut dan menggunakan kekuatan untuk
mencapai kesepakatan dengan penguasa Calicut. Atas demonstrasi kekuasaan yang kejam ini,
da Gama difitnah di seluruh India dan wilayah. Dalam perjalanan ini, da Gama menyerang
kepentingan perkapalan Arab di wilayah tersebut dan menggunakan kekuatan untuk
mencapai kesepakatan dengan penguasa Calicut. Konflik ini, bersama dengan permusuhan
pedagang Muslim, menyebabkan Da Gama pergi tanpa menyimpulkan perjanjian dan
kembali ke Portugal.

Armada yang jauh lebih besar, yang diperintahkan oleh Pedro Alvares Cabral, dikirim
untuk memanfaatkan penemuan da Gama dan mendapatkan pos perdagangan di Calicut.
Setelah peniaga Muslim membunuh 50 orangnya, Cabral membalas dengan membakar 10
kapal kargo Muslim dan membunuh hampir 600 pelaut di dalamnya. Dia kemudian pindah ke
Cochin, di mana dia mendirikan pos perdagangan Portugis pertama di India. Da Gama
mengancam pemimpin mereka, dan memaksa dia dan rakyatnya untuk bersumpah setia
kepada raja Portugal. Di Calicut, dia mengebom pelabuhan, dan menyebabkan kematian
beberapa pedagang Muslim. Sekali lagi, kemudian di Cochin, mereka bertempur dengan
kapal-kapal Arab, dan menghantarnya ke penerbangan.27 Akhirnya, pada 20 Februari, 1503
da Gama memulakan perjalanan pulang yang tiba pada 11 Oktober 1503. Da Gama membuka
jalan bagi empayar Portugis. Ini berlaku atas perlakuan kejam terhadap orang Afrika Timur

27
Ibid, hlm 57 – 58.

11
dan Asia Selatan. Ketika Vasco Da Gama kembali ke Portugal, beliau mendapat hadiah yang
baik untuk satu lagi perjalanan yang berjaya.

4.2.3 Pelayaran Ketiga

Raja Manuel I wafat pada tahun 1521, dan Raja John III menjadi pemerintah. Dua dekad
kemudian Raja John III menjadikan da Gama sebagai wakil raja Portugis di India. Raja John
III menghantar da Gama ke India untuk menghentikan rasuah dan menyelesaikan masalah
pentadbiran pegawai Portugis. Vasco da Gama meninggalkan Portugal ke India, dan tiba di
Goa pada bulan September 1524. Perjalanan ketiga Da Gama adalah yang terakhir. dia
meninggal di sana kerana sakit pada akhir tahun 1524. Menjelang akhir tahun Vasco Da
Gama jatuh sakit dan meninggal pada 24 Disember 1524 di Cochin, India

4.3 Sumbangan
4.3.1 Menemui jalan perdagangan ke India
Vasco De Gama adalah orang Eropah pertama yang menemui jalan perdagangan lautan ke
India. Dengan berbuat demikian, tokoh membantu membuka jalan perdagangan utama ke
Asia. Portugal meraikan kejayaannya, dan perjalanannya melancarkan era baru penemuan
dan perdagangan dunia. Dia mencapai apa yang tidak dapat dilakukan oleh banyak penjelajah
sebelum ini. Penemuannya mengenai jalan laut ini membantu Portugis menubuhkan kerajaan
penjajah yang tahan lama di Asia dan Afrika. Laluan lautan baru di sekitar Afrika
membolehkan pelaut Portugis untuk mengelakkan perdagangan Arab di Mediterranean dan
Timur Tengah. Zaman penemuan adalah tempoh penerokaan global yang bermula pada awal
abad ke-15 dan terutama dimulakan oleh Putera Henry the Navigator dari Portugal. Salah satu
tujuan utama penjelajah masa itu adalah untuk mencari jalan laut antara Eropah Barat dan
Asia. Vasco da Gama menyedari bahawa usaha untuk menjadi orang Eropah pertama yang
menghubungkan Eropah dan Asia melalui jalan maritim.

4.3.2 Perkembangan ekonomi Portugal


Vasco da Gama adalah penjelajah Portugis yang berlayar ke India dari Eropah. Emas, rempah
ratus, dan kekayaan lain sangat berharga di Eropah. Tetapi mereka harus menempuh
perjalanan jauh ke laut dan darat untuk menjangkau mereka di Asia. Orang Eropah pada masa
itu ingin mencari jalan yang lebih cepat untuk sampai ke India dengan belayar mengelilingi
Afrika. Da Gama telah menyelesaikan tugas itu. Akses yang lebih baik ke laluan rempah
India meningkatkan ekonomi Portugal. Vasco da Gama membuka dunia kekayaan baru

12
dengan membuka laluan Lautan Hindi. Pelayaran dan penjelajahannya membantu mengubah
dunia bagi orang Eropah. Pembentukan laluan perdagangan maritim antara Portugal dan India
oleh Vasco da Gama membawa kepada peningkatan ekonomi Empayar Portugis. Ini
membawa kepada Armada Portugis India, yang merupakan armada kapal yang dikirim dari
Portugal ke India secara berkala. Antara tahun 1497 dan 1650, terdapat 1033 keberangkatan
kapal di Lisbon. Armada ini membawa kembali produk, seperti rempah-rempah, yang baru di
Eropah dan menyebabkan Portugal menguasai pasaran Eropah selama beberapa dekad.

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, terdapat banyak faktor pelayaran yang membawa suatu ekspidisi
pelayaran berlaku seperti perkembangan ilmu pengetahuan, kemajuan teknologi, geografi
serta glory, gospel dan gold. Tokoh Bartolomue Dias dan Vasco Da Gama merupakan
pelayar dari Portugis yang ditugaskan untuk belayar untuk mencari jalan perdagangan ke
India. Bartolomue Dias tidak berjaya ke India kerana terperangkap dalam kejadian ribut
taufan sehingga menyebabkan tokoh terkorban dalam kejadian tersebut. Penemuan jalan ke
Tanjung Harapan oleh Bartolomue Dias merupakan titik utama yang memudahkan perjalanan
Vasco Da Gama. Hal ini menyebabkan Vasco Da Gama meneruskan legasi Bartolomue Dias
bagi mencapai kehendak pemerintah. Vasco Da Gama dikatakan berjaya kerana sampai ke
India dengan membawa muatan berupa rempah-rempah dan batu-batu Mutiara. Berkat jasa
kedua-dua tokoh ini berlakunya perkembangan ekonomi Portugal kerana pembentukan laluan
perdagangan dengan membawa Armada Portugis ke India sebagai pengangkutan air secara
berkala yang membawa kepada berlaku pedagangan penduduk tempatan India dengan
pedagang Portugal sememangnya membuahkan keuntungan. Oleh itu, kedua-dua tokoh
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sejarah pelayaran seiring dengan
perkembangan ekonomi Portugal.

6.0 RUJUKAN
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications dan

13
Distributors Sdn. Bhd.
Akyeampong, Emmanuel, and Henry Louis Gates. 2012. Dictionary of African Biography.
Oxford: Oxford University Press.
Barbara A. Somervill. 2005. Nicolaus Copernicus: Father of Modern Astronomy. Library of
Congress Cataloging – in – Publication Data.
Calvert, Patricia. 2005. Vasco Da Gama: So Strong a Spirit. Tarrytown: Benchmark Books.

David T. Pugh, 1996. Tides Surges and Mean Sea-Level. United Kingdom: Natural
Environment Research Council.
Endjat Djaenuderadjat . 2013. Atlas Pelabuhan – Pelabuhan Bersejarah di Indonesia. Jeneral
Kebudayaan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
Gallagher, Aileen. 2003. Prince Henry, the Navigator: Pioneer of Modern Exploration. New
York: The Rosen Publishing Group Inc.
Gaspar Correa. 2010. The Three Voyages Of Vasgo Da Gama And His Viceroyalty: From
The
Lendas Da India. London: Printed For The Hakluyt Society.
Habib Tiliouine dan Richard J. Estes. 2016. The State of Social Progress of Islamic
Societies: Social, Economic, Political and Ideological Challenges. Springer
International Publishing Switzerland.
Jaakko Hintikka dan David Gruender. 1981. Theory Change, Ancient Axiomatics, and
Galileo’s Methodology Proceedings of The 1978 Pisa Conference on History and
Philosophy of Science. Volume I. Dordrecht. Holland: D. Reidel Publishing
Company.
James Evans. 1998. The History and Practice of Ancient Astronomy. New York: Oxford
University Press. Inc.
Jennifer Swanson. 2018. Bartolomue Dias: First European Sailor To Reach The Indian. The
Rosen Publishing Group.
Mary Gunn, L.E. W, Codd. 1981. Botanical Exploration Southern Africa. A.A. Balkema
Cape Town.
Oemar dan Komarudin. 2006. Sejarah Eropah. Cendekia Insani.
O. Hartig, 1908. Dias Bartolomeu. New York: Syarikat Robert Appleton.

Pletcher, Kenneth ed. 2009. The Britannica Guide to Explorers and Explorations That
Changed the Modern World. New York: The Rosen Publishing Group.

14
Sutiyar. 1987. Kamus Istilah Pelayaran dan Perkapalan. Universiy Michigan: Pustaka Beta.

Yulia Siska. 2018. Geografi Sejarah Indonesia. ___.

15

Anda mungkin juga menyukai