Anda di halaman 1dari 14

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HSM 419
SEMINAR SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2019/2020


(SEMESTER 1)

SOALAN 1: “ FAKTOR EKONOMI ADALAH FAKTOR UTAMA DALAM PERLUASAN


KUASA BRITISH KE TANAH MELAYU SELPEAS 1870.” BAHASKAN.

DISEDIAKAN OLEH : SYED RAIS ZAKWAN BIN SYED RABII

NO MATRIK: 132355

TARIKH PENYERAHAN: 11OKTOBER 2019

TUTORIAL : RABU ( 9.00 - 9.50 PAGI )

NAMA PENSYARAH : DR. NORASMAHANI BINTI HUSSAIN


PENSYARAH HSM 419

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


1.0 PENGENALAN

Perluasan kuasa oleh British di Tanah Melayu bermula dengan

termeterainya Perjanjian Pangkor pada Januari 1874 yang diikuti dengan

penempatan seorang Residen British di Perak. Arahan Lord Kimberley kepada

Andrew Clarke pada 20 September 1873 telah diterima secara umum sebagai

asas fasa baharu dalam sejarah Tanah Melayu dan empayar British. 1 Namun

begitu, pada awal tahun 1873, Lord Kimberley sebenarnya masih berpegang

pada dasar tidak campur tangan. Menurut Chew, Pejabat Tanah Jajahan British

tidak mempunyai keyakinan akan Harry Ord iaitu Gabenor Negeri-negeri

Selat (NNS) pada masa itu untuk melaksanakan polisi baharu. Tambahan pula,

Lord Kimberley tidak menganggap bahawa salah tadbir negeri Melayu perlu

diatasi dengan campur tangan pihak British.2 Persoalannya, apakah faktor

yang menyebabkan perubahan sikap Lord Kimberley itu?

Berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku penulis bersetuju bahawa

faktor ekonomi sebagai faktor perluasan kuasa British yang utama berbanding

faktor-faktor lain seperti politik dan agama. Hal ini demikian kerana hasrat

asal British datang ke Tanah Melayu adalah untuk mengaut keuntungan

semata-mata. Oleh itu, dalam esei ini penulis akan memaparkan hujah

bagaimana faktor ekonomi dikatakan menjadi faktor utama British untuk

campur tangan di negeri-negeri Melayu melalui perbincangan mengenai teori

1
D. MacIntyre, “Britain’s Intervention in Malaya: The Origin of Lord Kimberley’s
Instructions to Sir Andrew Clarke in 1873”, Journal of Southeast Asian History, 2, 3 (Oct
1961), hlm. 47.
2
E. Chew, “The Reasons for British Intervention in Malaya: Review and Reconsideration”,
Journal of Southeast Asian History, 6, 1 (Mar 1965), hlm. 83-84.

1
imperialisme baru yang didukung oleh J.A. Hobson dan juga perkaitannya

dengan perluasan kuasa British ke Tanah Melayu. Seterusnya, penulis akan

membuktikan melalui penelitian kes campur tangan British di Perak, Selangor

dan Negeri Sembilan. Penelitian akan diberikan kepada keadaan anarki yang

membawa kepada campur tangan British dan peranan pemodal serta saudagar

dalam mempengaruhi keputusan British untuk campur tangan.

2.0 FAKTOR PERLUASAN KUASA BRITISH BERDASARKAN

TEORI HOBSON

Menurut Hobson, tahun 1870-an merupakan tarikh pemisahan antara

“imperialisme lama” dengan “imperialisme baru”. Pada pendapat penulis,

imperialisme baru dapat menjelaskan perluasan kuasa British ke Tanah

Melayu selepas tahun 1870. Hobson melihat fenomena “imperialisme baru”

hanya berlaku sejak tahun 1870-an apabila Britain, Jerman, Itali, Perancis,

Belgium dan Amerika Syarikat bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di

Afrika dan Asia. Golongan kapitalis dan bank-bank Eropah dikatakan

merupakan pendorong di sebalik imperialisme baru yang telah mencipta

imperialist adventures yang bertujuan untuk melibatkan kerajaan mereka.3

Perkaitan teori Hobson dengan perluasan kuasa British ke Tanah

Melayu jelas ditunjukkan menerusi karya Rupert Emerson yang bertajuk

Malaysia. Emerson telah mengesan perubahan tujuan mewujudkan empayar

pada 1870-an. Faktor-faktor yang dibincangkan oleh Emerson adalah seperti

perkembangan pasaran dunia, modal dan barangan berlebihan yang mencari


3
Cheah Boon Keng, “Imperialisme dan Kolonialisme: Beberapa Pandangan”, Kolonialisme di
Malaysia dan Negara-negara Lain. Disunting oleh Cheah Boon Keng dan Abu Talib Ahmad.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1990, hlm. 4.

2
pasaran dan juga keperluan terhadap bahan mentah. 4 Selain itu, karya tersebut

juga membincangkan perubahan dasar yang bertitik tolak daripada desakan

saudagar. Misalnya, pada tahun 1872, Sir Harry Ord telah menerima rayuan

daripada Persatuan Perniagaan Singapura mengenai keadaan yang

menjejaskan usaha berniaga di Tanah Melayu. Ord menerangkan bahawa

adalah menjadi dasar kerajaan Britain tidak mahu campur tangan di Tanah

Melayu. Namun, apabila keadaan bahaya dan kesulitan yang berkait rapat

dengan kekacauan yang berlaku di Perak diberitahu kepada Lord Kimberley di

England melalui petisyen saudagar, beliau telah mengubah dasar tidak campur

tangan kepada dasar campur tangan secara beransur-ansur.5

Bahagian yang seterusnya akan membuktikan bahawa perluasan kuasa

British ke Tanah Melayu adalah disebabkan faktor ekonomi selaras dengan

teori imperialisme baru yang dianjurkan oleh Hobson.

3.0 HUJAH FAKTOR EKONOMI SEBAGAI FAKTOR UTAMA

PERLUASAN KUASA BRITISH KE TANAH MELAYU.

3.1 KES CAMPUR TANGAN BRITISH DI PERAK

Selepas termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 maka bermulalah

perluasan kuasa British ke Perak. Umunya kita ketahui bahawa pergaduhan

kongsi gelap Cina dan perebutan takhta antara Raja Abdullah dan Raja Ismail

adalah faktor penyebab campur tangan tersebut. Walaubagaimanapun, penulis

berpendapat bahawa pendorongnya yang utama adalah peranan para saudagar

NNS dalam mengambil kesempatan terhadap kedua-dua ketidakstabilan yang


4
Cheah Boon Keng, “Imperialisme dan Kolonialisme: Beberapa Pandangan”, hlm. 5-6.
5
R. Emerson,  Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (Kuala Lumpur: University of
Malaya Press, 1979), hlm. 141.

3
wujud di Perak pada ketika itu. Oleh itu, wajar ditinjau aktiviti saudagar

tersebut di Perak terlebih dahulu sebelum diteliti perkaitan golongan saudagar

dengan perluasan kuasa British.

Kegiatan pelaburan oleh para saudagar dan pentadbir British di Perak

telah bermula sejak sebelum tahun 1860 lagi, apabila W.T. Lewis, iaitu

Residen Kaunselor di Pulau Pinang melabur dalam aktiviti penanaman padi

semasa pemerintahan Sultan Jaafar. Namun, usaha mendapatkan kekayaan

dalam kegiatan ekonomi di Perak hanya menjadi semakin agresif akibat

kegiatan perlombongan bijih timah yang pesat dan memberikan keuntungan

lumayan kepada para pemodal Eropah-Cina di NNS. Tuntutan agar British

campur tangan secara langsung untuk melindungi keuntungan saudagar mula

timbul berikutan kekangan-kekangan yang dilakukan oleh pemerintah Melayu,

khususnya melalui pengenaan cukai yang tinggi.6 Dalam hal ini, W.H. Read

dan Tan Kim Cheng merupakan dua orang saudagar yang bertindak aktif

dalam mendorong penglibatan secara langsung oleh British di Perak dan

negeri lain.

Perang Larut yang tercetus antara pelombong Cina puak Ghee Hin dan

Hai San telah berlanjutan sejak 1861 sehingga 1873. Huru-hara ini amat

membimbangkan golongan saudagar NNS yang mempunyai kepentingan

pelaburan di Perak terutama dalam perlombongan. Hal ini demikian kerana

huru-hara ini bukan sahaja membahayakan perdagangan dan pelaburan modal,

6
Azmi Arifin, “Kolonialisme British, Pergaduhan Kongsi Gelap Cina dan ‘Perebutan Takhta’
di Perak”, Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan.
Disunting oleh Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin. (Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia, 2016), hlm. 76-77.

4
malah juga merencatkan peluang ekonomi masa hadapan.7 Untuk

mempercepat campur tangan British di Perak, terdapat kapitalis Eropah-Cina

yang memberikan galakan agar Perang Larut menjadi tidak terkawal dengan

membawa masuk banyak imigran Cina dan senjata bertopengkan

“kewarganegaraan British” untuk bergaduh di Larut.8 Kesannya, keadaan yang

semakin serius menyebabkan sebanyak 248 orang saudagar Cina NNS

menghantar petisyen untuk meminta British supaya bercampur tangan bagi

menangani keadaan tersebut. Petisyen ini telah memberikan impak kerana

Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley telah mengeluarkan satu

arahan kepada Andrew Clarke yang memintanya menilai keadaan semasa dan

merancang untuk mengembalikan keamanan di negeri tersebut.9 Arahan Lord

Kimberley ini telah menunjukkan betapa berpengaruhnya saudagar-saudagar

NNS sehingga dapat mengubah dasar British.

Di samping itu, Raja Abdullah yang tidak ditabalkan sebagai Sultan

Perak pula meminta bantuan daripada Tan Kim Cheng, saudagar NNS yang

merupakan rakan kongsi W.H. Read untuk mendapatkan takhta Perak setelah

baginda gagal memperoleh perhatian daripada pegawai British. 10 Tindakan

Raja Abdullah ini boleh dianggap sebagai pendahuluan kepada termeterainya

Perjanjian Pangkor. Tan meminta bantuan daripada rakan kongsinya yang

berpengaruh dalam Pejabat Tanah Jajahan British dan di NNS seperti Read

7
B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, A History of Malaysia (London: Macmillan Press, 1982),
hlm. 151.
8
Azmi Arifin, “Kolonialisme British, Pergaduhan Kongsi Gelap Cina dan ‘Perebutan Takhta’
di Perak”, hlm. 76.
9
Azmi Arifin, “Kolonialisme British, Pergaduhan Kongsi Gelap Cina dan ‘Perebutan Takhta’
di Perak”, hlm. 78.
10
B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 150.

5
dan Thomas Scott. Dijanjikan satu konsesi bertempoh 10 tahun di Larut, Tan

dan Read mula berkomplot untuk menabalkan Raja Abdullah sebagai sultan.

Oleh itu, satu perjumpaan telah diaturkan oleh Read setelah ketibaan Andrew

Clarke. Hasil daripada perjumpaan ini, Clarke berpendapat bahawa campur

tangan British merupakan satu-satunya solusi bagi kesemua kemelut ini. Pada

masa yang sama, Raja Abdullah, yang masih ingin ditabalkan menjadi sultan

telah mengikut nasihat Tan dan Read dengan menghantar surat kepada Clarke

untuk menyatakan persetujuan untuk menerima seorang Residen di Perak dan

sebagai pertukaran menuntut untuk ditabal sebagai sultan. Kesan daripada

tawaran Raja Abdullah, maka termeterailah Perjanjian Pangkor yang

menandakan campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu.11

Di sini, kita dapat melihat bahawa saudagar dan pemodal NNS telah

terlibat secara mendalam dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu. Mereka

telah memanipulasikan keadaan di Perak bagi mendesak British untuk campur

tangan di Perak dengan tujuan melindungi pelaburan mereka dan juga

membuka ruang untuk eksploitasi ekonomi pada masa akan datang.

3.2 KES CAMPUR TANGAN BRITISH DI SELANGOR

Konflik di Selangor pula menjadi serius apabila Raja Mahadi

mempertikaikan hak mengutip cukai yang diberikan kepada sindiket Read dan

Tan di Klang. Kesannya, Sultan Abdul Samad meminta menantunya, Tengku

Kudin untuk mengatasi pertikaian ini yang akhirnya membawa kepada

tercetusnya Perang Klang. Seperti mana-mana pertikaian dalam kalangan

pemerintah, kedua-dua belah tersebut telah berusaha mencari sekutu masing-


11
B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 155.

6
masing untuk menyokong mereka.12 Kewujudan puak-puak Cina yang

berlawan telah memungkinkan usaha ini. Misalnya, puak Fui Chew

menyokong Tengku Kudin manakala puak Kah Yeng Chew menyokong Raja

Mahadi.

Mulai tahun 1871, usaha mencari sekutu ini telah dilanjutkan dan

melibatkan pengaruh dari NNS.13 Contohnya, Tengku Kudin telah

mendapatkan pinjaman kewangan daripada beberapa orang saudagar dari

Singapura. Antara pemiutang Tengku Kudin yang terkenal adalah sindiket

Read-Tan dan juga J.G. Davidson. Pertikaian dalaman Klang ini telah

melibatkan kepentingan ekonomi dan politik di NNS. Melalui perhubungan

peribadinya di Singapura, Tengku Kudin dapat meyakinkan pihak berkuasa

NNS bahawa pemerintahannya di Klang akan menggalakkan perdagangan

yang aman. Kesannya, dengan bantuan British, Tengku Kudin berjaya

mengukuhkan penguasaannya di Klang dan Sungai Selangor.

Sebagai balasan bagi bantuan kewangan yang diberikan, Tengku

Kudin telah memberikan satu konsesi lombong bijih timah kepada kumpulan

kapitalis NNS ini pada Mac 1873. Oleh itu, peguam Davidson di London telah

menulis surat kepada Lord Kimberly pada 25 Jun 1873 untuk bertanya sama

ada kerajaan Britain sudi meluaskan perlindungan mereka ke Selangor. Hal ini

merupakan langkah jaminan bagi bakal pelabur Selangor Tin Company.14

Namun, permintaan ini ditolak serta-merta. Oleh itu, syarikat tersebut telah

12
B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 147.
13
B.W. Andaya dan L.Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 147-148.
14
E. Chew, “The Reasons for British Intervention in Malaya: Review and Reconsideration”,
hlm. 85.

7
mengubah strategi dengan meminta bantuan abang ipar W.H. Read iaitu

Seymour Clarke. S. Clarke telah mengutus surat kepada Pejabat Tanah Jajahan

British. Dalam surat tersebut, S. Clarke menyatakan kebarangkalian negeri-

negeri Melayu meminta perlindungan daripada kuasa Barat lain seperti Jerman

jika British menolak permintaan mereka. Surat ini dikatakan telah mendorong

Lord Kimberley mengambil keputusan untuk campur tangan di negeri-negeri

Melayu.

Sehingga akhir tahun 1873, didapati surat-menyurat antara S. Clarke

dan Pejabat Tanah Jajahan adalah sepenuhnya berkaitan dengan konsesi

lombong bijih timah di Selangor.15 Hal ini jelas menonjolkan faktor ekonomi

sebagai faktor utama perluasan kuasa British. Secara keseluruhan, Perang

Klang telah memberikan ruang untuk golongan saudagar NNS melibatkan diri

dalam urusan politik di Selangor. Perlu diingat juga daerah Klang mempunyai

hasil bijih timah yang lumayan dan penting kepada golongan saudagar. Maka,

atas “skilful pressure” yang diberikan oleh para saudagar, Lord Kimberley

akhirnya bersetuju untuk campur tangan.

3.3 KES CAMPUR TANGAN BRITISH DI SUNGAI UJONG

Sungai Ujong merupakan daerah yang penting bagi ekonomi NNS.

Perdagangan Melaka banyak bergantung pada Sungai Ujong kerana saudagar

Melaka memperoleh bijih timah daripada Sungai Ujong dan mengeksport

barangan seperi beras, candu, tembakau dan sebagainya ke Sungai Ujong.

Saudagar-saudagar NNS telah melabur tidak kurang daripada $130,000 di

15
Khoo Kay Kim, “The Origin of British Administration in Malaya”, Journal of the
Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 39, 1 (Julai 1966), hlm. 82.

8
daerah-daerah bijih timah dan daripada jumlah tersebut lebih daripada $80,000

dilaburkan di Sungai Ujong dan Linggi.16 Antara saudagar yang dimaksudkan

adalah L. Neubronner, H.N. Velge dan Chan Tek Chiang yang mewakili firma

di Singapura.

Saudagar NNS juga telah mencampuri hal ehwal Sungai Ujong

memandangkan mereka telah banyak melabur dalam perlombongan di situ.

Misalnya, terdapat saudagar NNS yang melibatkan diri dalam perbalahan

antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar. Tan Kim Cheng, H.N. Velge dan J.G.

Davidson telah berpihak kepada Dato’ Kelana manakala Wong Ying, Ngoh

Kim dan Hew Sam pula berpihak kepada Dato’ Bandar. 17 Kedua-dua orang

pembesar ini merebut hak memungut cukai di kawasan perlombongan bijih

timah. Mereka telah mendirikan rumah tol untuk memungut cukai di

sepanjang Sungai Linggi. Hal ini menyebabkan saudagar-saudagar yang

membawa bijih timah dari Sungai Linggi ke Melaka terpaksa membayar cukai

kepada setiap rumah tol.

Permusuhan antara Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar seterusnya

menyebabkan perlombongan bijih timah tergendala dan perdagangan NNS

terancam. Untuk menghadapi ancaman Dato’ Bandar yang lebih berpengaruh,

Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris untuk mengukuhkan kedudukannya di

Sungai Ujong. Sementara itu, NNS telah mengadu kepada Gabenor Sir

Andrew Clarke tentang pengenaan cukai secara haram yang merugikan

16
Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial
Development on Malay Politics (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1972), hlm. 217.
17
Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial
Development on Malay Politics, hlm. 223.

9
mereka dan mendesak British supaya campur tangan di Sungai Ujong untuk

melindungi kepentingan perdagangan mereka. Atas desakan tersebut, pada

bulan April 1874, Clarke telah mengambil keputusan untuk memihak kepada

Dato’ Kelana bagi mengelakkan ekonomi British di Sungai Ujong daripada

terus merosot akibat pencukaian yang tidak berpatutan dan kekacauan oleh

kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan pembesar.18 Hasilnya, perjanjian

ditandatangani antara Dato’ Kelana dan British pada 21 April 1874 yang

membolehkan British meluaskan penguasaannya ke atas ekonomi Sungai

Ujong. Tegasnya, faktor ekonomi merupakan faktor utama bagi perluasan

kuasa British ke Tanah Melayu.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kes campur tangan di negeri-negeri yang

dibincangkan telah menunjukkan satu persamaan iaitu golongan saudagar dan

kapitalis telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

penguasaan British ke atas negeri-negeri tersebut. Mereka berupaya

memanipulasi keadaan yang berlaku di negeri-negeri Melayu untuk mencapai

matlamat mereka. Golongan saudagar dan kapitalis juga mampu

mempengaruhi pegawai-pegawai yang berpengaruh di Pejabat Tanah Jajahan

untuk bertindak atas motif dan kepentingan mereka. Hal ini amat bersesuaian

dengan teori imperialisme baru Hobson yang melihat perluasan kuasa sebagai

suatu rancangan yang didalangi oleh golongan kapitalis demi kepentingan

ekonomi mereka.

18
Ang Saw Yee, “Kegiatan Kongsi Gelap di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (1800-1900)”.
Tesis Sarjana. (Universiti Malaya, 2001), hlm. 32.

10
Sekali lagi ingin penulis menegaskan bahawa faktor ekonomi

merupakan faktor yang utama. Walaupun pelbagai alasan telah digunakan oleh

British untuk menyembunyikan motif ekonomi di sebalik perluasan kuasanya,

namun amat jelas bahawa British hanya bertindak untuk campur tangan

apabila kepentingan ekonomi saudagar dan kapitalis NNS dan British

terancam. Buktinya, hanya desakan saudagar diberikan perhatian manakala

permintaan bantuan oleh raja-raja atau pemerintah tempatan sebelum itu tidak

dilayan. Oleh itu, dapat penulis simpulkan bahawa kerajaan British hanya

mengambil berat tentang anarki yang berlaku di negeri-negeri Melayu kerana

ia mengancam perkembangan perdagangan NNS di Tanah Melayu.19 Perluasan

kuasa British ke Tanah Melayu adalah bertunjangkan faktor ekonomi.

BIBLIOGRAFI

Andaya, B.W. dan Andaya, L.Y. A History of Malaysia. London: Macmillan

Press, 1982.
19
Khoo Kay Kim, “The Origin of British Administration in Malaya”, hlm. 76.

11
Ang, S.Y. “Kegiatan Kongsi Gelap di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (1800-

1900)”. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, 2001.

Azmi Arifin. “Kolonialisme British, Pergaduhan Kongsi Gelap Cina dan

‘Perebutan Takhta di Perak”. Hlm. 54-93. Dalam: Sejarah Malaysia:

Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan Kemerdekaan. Disunting

oleh Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin. Pulau Pinang:

Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2016.

Cheah, B.K. “Imperialisme dan Kolonialisme: Beberapa Pandangan”. Hlm. 1-

16. Dalam: Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain.

Disunting oleh Cheah Boon Keng dan Abu Talib Ahmad. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1990.

Chew, E. “The Reasons for British Intervention in Malaya: Review and

Reconsideration”, Journal of Southeast Asian History, 6, 1 (Mar 1965),

hlm. 81-93.

Cowan, C.D. Nineteenth-Century Malaya: The Origins of British Political

Control. London: Oxford University Press, 1961.

Emerson, R.  Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur:

University of Malaya Press, 1979.

Khoo, K.K. The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial

Development on Malay Politics. Kuala Lumpur: Oxford University

Press, 1972.

12
Khoo, K.K. “The Origin of British Administration in Malaya ”, Journal of the

Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 39, 1 (Julai 1966), hlm. 52-91.

MacIntyre, D. “Britain’s Intervention in Malaya: The Origin of Lord

Kimberley’s Instructions to Sir Andrew Clarke in 1873”, Journal of

Southeast Asian History, 2, 3 (Oct 1961), hlm. 47-69.

Thio, E. “The Extension of British Control to Pahang”, Journal of the

Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 30, 1 (1957), hlm. 46-74.

Wong, G.L. “Campur Tangan Inggeris dan Kepentingan Ekonomi: Kes

Pahang Corporation Limited, 1880-88”. Hlm. 159-177. Dalam:

Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain. Disunting oleh

Cheah Boon Keng dan Abu Talib Ahmad. Petaling Jaya: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd., 1990.

Yamada, H. “The Origins of British Colonialization of Malaya with Special

Reference to its Tin”, The Developing Economies, 9, 3 (September

1971), hlm. 225-245.

13

Anda mungkin juga menyukai