Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN ARTIKEL

Tidak seperti banyak kajian yang meneliti apa yang pelajar tidak tahu mengenai sejarah,

Wineburg memberi tumpuan kepada apa yang pelajar tahu mengenai masa lalu dan

pengetahuan yang mereka bawa ke bilik darjah. Khususnya, Wineburg bertanya: "Apakah

sumber yang melampaui guru dan buku teks menyumbang kepada pemahaman mereka?

Bagaimanakah anak-anak muda menavigasi antara imej masa lalu yang diajar di rumah dan

mereka yang ditemui di sekolah? Bagaimanakah mereka meletakkan sejarah peribadi mereka

sendiri dalam konteks sejarah negara dan dunia? "

Dalam bab ini, Wineburg menarik terutamanya dari kajian membujur yang

dilakukannya dengan lima belas remaja yang menghadiri tiga sekolah tinggi yang terletak di

kawasan kejiranan pelbagai status sosioekonomi di Amerika Syarikat. Terutamanya, fokus

kajian ini adalah untuk memahami bagaimana pelajar-pelajar ini mengkonseptualisasikan masa

lampau mereka termasuk sejarah keluarga dan kejiranan mereka.

Pada umumnya, Wineburg mendapati bahawa apa yang dipilih oleh pelajar untuk

diingati dan dilupakan adalah proses yang dibentuk oleh peringatan umum peristiwa sejarah

utama dan media termasuk filem dan kesusasteraan. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa guru

harus bekerja untuk memahami bagaimana maklumat yang diterima oleh remaja dan

mengekalkan dalam kehidupan seharian mereka memaklumkan kesedaran sejarah mereka dan

bagaimana mereka dapat membawa maklumat ini ke dalam kelas untuk memupuk konsep kritis

sejarah.
ISI PENTING YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENULIS

TINGKAH LAKU BEHAVIOURISM.

Penulis telah menekan bahawa akibat tindakan tidak mengambil peduli mengenai Pendidikan

sejarah telah membawa kepada satu legasi tingkah laku behaviourism. Walaupun golongan

dewasa telah melakukan usaha untuk memahami tentang pengetahuan kanak-kanak terhadap

sejarah namun mereka seharusnya mengambil langkah susulan. Walaupun mereka telah

memberi ujian tetapi jika murid memberi keputusan yang lemah golongan dewasa ini jarang

bertanya atau mengambil peduli mengenai perkara yang murid mungkin faham atau bagaimana

murid telah mentafsir terhadap tugasan yang telah diberikan. Penulis ujian juga jarang

mengambil berat terhadap pengetahuan sedia ada yang telah wujud dalam diri murid dan telah

mengabaikan perkara tersebut dengan tidak meletakkan dalam ujian atau tidak mengambil

berat mengenai pemahaman murid mengenai sejarah melalui perspektif mereka.

STRATEGI PENGAJARAN

Penulis juga telah menerangkan mengenai kaedah atau strategi yang digunakan untuk

membantu murid terhadap fokus mengenai pelajaran sejarah melalui perbincangan mengenai

pedagogi yang digunakan. Penulis telah menyatakan bahawa murid akan mengetahui serta

faham lebih mengenai sejarah berdasarkan satu penjelasan sejarah yang biasa,jika guru

mengajar isi kandungan berbanding kemahiran mengenai sejarah. Namun penulis iaitu Sam

Wineburg telah berhujah mengenai isu kemahiran dalam pengajaran sejarah bukan merupakan

satu cara pengajaran yang melibatkan pememilihan kaedah yang betul tetapi merupakan satu

pentafsiran sejarah yang berlaku berdasarkan pemilihan dokumen atau sumber yang betul. Sam

Wineburg turut menyatakan mengenai penyusunan topik sejarah dalam korikulum atau sukatan

pelajaran. Walaubagaimanapun kesemua masalah atau isu tersebut merupakan satu keadaan

yang menyumbang kepada pemberian arahan kepada pelajar sejarah.


PENDIDIKAN SEJARAH DI SEKOLAH

Mengenai Pendidikan sejarah di sekolah Wineburg telah menyatakan mengenai model

behavioris. Sejarah subjek Pendidikan sejarah di sekolah masih beranggapan bahawa jika

murid menjawab atau memilih jawapan yang betul mereka tahu sejarah. Namun Wineburg

beranggapan pemikiran sedemikian merupakan penindasan yang mengejutkan dari model

behavioris yang menguasai pemikiran pendidikan. Untuk behavioris, menilai pembelajaran

adalah mudah. Sekiranya tingkah laku yang betul "dipancarkan," kanak-kanak itu "tahu".

Perkara ini menunjukkan bahawa tahap penilaian yang dilakukan tidak menyeluruh kerana

hanya berdasarkan pemerhatian. Wineburg juga telah memperlihatkan keadaan yang berlaku

pada zaman dua puluh hingga tiga puluh tahun terdahulu iaitu, kita telah menjadi lebih bijak

tentang apa yang sebenarnya "jawapan yang benar" dan bagaimana kepercayaan, konsep, dan

anggapan yang dibawa oleh para pelajar kepada arahan membentuk apa yang mereka ambil

daripadanya. "Revolusi kognitif," seperti yang dipanggil Howard Gardner, telah memberikan

kita lensa baru untuk memahami apa yang sebenarnya pelajar belajar di bilik darjah.

KESEDARAN SEJARAH

Wineburg juga menyatakan mengenai sumber yang diperoleh oleh murid. Apabila dikaitkan

dengan idea dan kepercayaan mengenai masa lalu, murid telah didedahkan dengan pelbagai

sumber yang luas untuk mempelajari masa lepas. Murid turut memperoleh sumber tersebut

daripada bilik darjah namun Wineburg menegaskan bahawa bilik darjah tidak semestinya

sumber yang paling penting untuk mempelajari masa lepas atau sejarah lalu. Setiap daripada

kita membesar dengan sejarahnya tersendiri yang membawa makna perbezaan perspektif

sejarah dan peristiwa sejarah yang pelbagai. Wineburg turut menyatakan bawah cerita atau

kisah ibubapa yang telah membentuk kesedaran sejarah, yang melibatkan peristiwa berkenaan

etnik, kaum dan kumpulan agama kita. Murid yang pelbagai latar belakang tadi telah pegi ke
gereja, kelab and persatuan pendudukan masing-masing yang menjurus kepada pengumpulan

terdapat kisah sejarah individu tersebut dan mewujudkan kesedaran sejarah secara tidak

langsung.

Wineburg turut menyatakan bahawa murid turut memperoleh sumber dari pelbagai cara seperti

melawat muzium, meneroka ke tempat-tempat monumen negara, menonton televisyen dan

sebagainya. Namun kesedaran sejarah tidak akan muncul seperti satu kejadian sejarah yang

kemas yang menyumbang dari individu kepada keluarga kepada masyarakat dan kepada dunia

tetapi kesedaran sejarah perlu wujud dengan menavigasi atau membimbing pemahaman murid

kearah yang betul melalui bimbingan yang sesuai yang seterusnya dapat membantu murid

dalam melakukan pengertian sejarah. Oleh itu wineburg telah melontarkan pendapat bahwa

jika kita ingin memahami keadaan kesedaran sejarah yang moden kita harus mengkaji dan

menilai bagaimana golongan muda menjadi sejarah dalam masyarakat moden dan antara

perkara yang boleh dilakukan adalah selain melakukan kuiz dan menjawab soalan ialah

melakukan ujian main peranan dalam memahami pengetahuan sejarah mereka tambahan dapat

membentuk intipati terhadap pengetahuan sejarah.

KESEDARAN SEJARAH DAN PERKAITAN DENGAN KONTEKS PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

Dalam pendidikan sejarah kesedaran sejarah merupakan satu komponen yang penting dan perlu

diterapkan dalam diri setiap murid dalam memastikan mereka dapat menghargai dah

memahami dengan lebih mendalam terhadap sesuatu sejarah. Kesedaran sejarah yang

ditekankan dalam pendidikan sejarah di malaysia adalah berkaitan dengan identiti murid serta

menerapkan pengetahuan asal sedia ada yang terdapat pada setiap murid.
Kesedaran sejarah ini turut ditekankan dalam pengajaran sejarah melalui penggunaan strategi

pengajaran yang pelbagai

Anda mungkin juga menyukai