Anda di halaman 1dari 13

TAJUK NO 1 :

PENZAMANAN AWAL DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA DILIHAT BERDASARKAN

PENGARUH LUAR. SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN PERNYATAAN

DIATAS?

1.0 Pengenalan

Nama Asia Tenggara (Southeast Asia) mula digunakan pada waktu Perang

Dunia Ke-II, bagi memudahkan rujukan kawasan dan operasi peperangan di

kawasan yang kita kenal sekarang sebagai Asia Tenggara (Tanah Besar dan

Kepulauan). Asia Tenggara sebelum ini dikenali dengan berbagai nama

seperti Indo-Chinese Peninsula (Tanah Besar Asia Tenggara) dan Hindia Timur

(kepulauan Asia Tenggara). Nama Indo-China wujud kerana kawasan ini

terletak di antara benua India dan China, malahan turut menerima

pengaruh dari kedua-dua benua tersebut.

Asia Tenggara juga disebut dalam konsep seperti "Crossroads" 1 yang

membawa erti kawasan yang menemukan dan membaurkan pelbagai

kumpulan bangsa, dan dua tamadun utama (India dan China) sehingga

membawa kepada tranformasi, dalam pelbagai kadarnya sehingga

memperkayakan atau memberi perubahan kepada pertumbuhan

peradapan tempatan.

1Gaspordone, M.E. "History and Indochinese Philology," Historical Review, July/Sept 1947, hlm.
13.
2.0 Penzamanan Asia Tenggara

Penzamanan Asia Tenggara dibahagikan kepada lima iaitu Pra-sejarah (pre-

history), Zaman Proto (Proto-history) atau disebut pra-klasik (pre-classical

period) yang bermula dari abad ke-3 Sebelum Masehi (S.M.) sehingga abad

ke-4 Masehi dan Zaman Klasik (classical period) yang bermula dari abad ke-4

Masehi hingga abad ke-13/14 Masehi. Bermula dari abad ke-9 hingga ke-

13/14 Masehi, zaman berkenaan disebut juga sebagai zaman pertengahan

atas atau "high middle ages" (dipinjam dari pengistilahan perzamanan di

Barat). Ini dapat dilihat daripada corak politik dan kehidupan sosial di

beberapa tempat/kerajaan yang berkuasa di tanah besar Asia Tenggara.

Zaman Lepas Klasik (post-classical period) yang bermula pada abad ke-

14 Masehi hingga abad ke-18 dikenali sebagai Zaman Pertengahan atau

menurut H.J. Benda sebagai zaman awal penjajahan (Barat). Ia lebih dikenali

sebagai zaman tradisional. Zaman Moden (abad ke-19 hingga sekarang)

disebut oleh H.J. Benda sebagai penjajahan moden/imperialisme ("modern

colonial"), penjajahan Jepun, perjuangan kebebasan dan kemerdekaan.

3.0 Pengaruh Penzamanan Luar Asia Tenggara

3.1 Pengaruh Cina

Pembahagian kawasan Asia Tenggara pada Zaman Klasik adalah

berdasarkan kepada pengaruh China ("Sinicized") khususnya Vietnam. Sejak

kurun ke-2 Masihi, telah muncul kota-kota yang berfungsi sebagai pusat

pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Ia telah

menjadi pusat persinggahan dan pengumpulan serta pengedaran komoditi


asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-

kerajaan ini termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An,

Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. 2 Perdagangan maritim berkembang

bersama-sama dengan kemahiran pembuatan kapal layar dan perahu.

Penemuan pelbagai tembikar China di tapak-tapak arkeologi di Malaysia

membuktikan wujudnya perdagangan China dan Asia Tenggara. Artifak

gendang gangsa Dongson yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara, turut

ditemui di Batu Buruk, Besut (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang),

Sungai Klang (Selangor), Thailand, Indonesia dan Myanmar membuktikan

wujudnya Zaman Logam di Asia Tenggara.3 Gendang Gangsa Dongson ini

merupakan satu elemen penting pada Zaman Logam di Asia Tenggara

terhadap sosial, ekonomi, kesenian dan agama. Bukti arkeologi menunjukkan

bahawa perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang

semenjak abad ke-5 SM.

3.2 Pengaruh India

Pembahagian kawasan Asia Tenggara pada Zaman Klasik adalah

berdasarkan kepada pengaruh India seperti Kemboja/Khmer, Laos, Thailand,

Burma serta Kepulauan dan Semananjung Melayu. Ia dikenali sebagai "India

beyond the Ganges" atau "Greater India" atau "Ultra Ganges" memberi erti

kawasan di sebelah benua India diteropong dari arah barat (kuasa Barat)

yang juga bermakna kawasan yang mempunyai pengaruh India sebelum

2 Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw, Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia
Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi, Pulau Pinang: Penerbit USM, 2016, hlm. 5.
3 Higham, Charles, The Bronze Age of Southeast Asia, Cambridge World Archaeology, 1996,

hlm. 118.
penggunaan istilah Asia Tenggara. Orang India dianggarkan mula sampai di

Asia Tenggara sekitar kurun pertama Masihi. Nama wilayah Asia Tenggara

yang tersebut di dalam kitab Ramayana mereka ialah Suvarnadvipa

(Semenanjung Emas) dan Suvarnabhumi (Bumi Emas). Faktor ekonomi ini

lama-kelamaan mendorong mereka untuk membina penempatan baru di

Asia Tenggara.4 Inskripsi-inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (di selatan

Thai) dan Labu Tuwa (Sumatera) juga menunjukkan peranan gabungan

syarikat peniaga-peniaga India di Asia Tenggara.

Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan dan

diikuti dengan Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di

Semenanjung, Kam-t’o-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. 5

Data arkeologi menunjukkan kewujudan Funan bermula semenjak abad

ketiga Masihi. Ini dibuktikan dengan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan

Buddha yang langgamnya dipengaruhi seni arca Amaravati dari India. 6

Ramai penduduk di wilayah Jawa, Sumatra, Bali, Semenanjung Malaysia,

Tumasik (Singapura), Thailand, Khmer, Champa, Myanmar yang menerima

pengaruh aspek-aspek budaya India. Tamadun besar pertama ialah Angkor

dan Pagan, yang berada di puncak mereka sekitar abad ke-12.

Pengaruh budaya India mewujudkan sistem pemerintahan konsep

“Dewa Raja” iaitu kepercayaan bahawa seorang raja adalah dewa di dunia

yang disandang oleh para elit di Asia Tenggara. Dalam bidang

4 Abdul Rahman Haji Abdullah, Asia Tenggara tradisional: politik dan kebudayaan, Kuala
Lumpur: Malaysia Teks Publishing, 1985, hlm. 53
5 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm.

37-41.
6 Philip Rawson, The Art of Southeast Asia, London: Thames and Hudson Ltd., 1990, hlm. 209.
kesusasteraan pula, pengaruh India dapat dikesan melalui peranan bahasa

Sanskrit di dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil yang kemudiannya

berkembang menjadi bahasa komunikasi dan ilmu kerajaan awal.

3.3 Pengaruh Kolonialisme

Kolonialisme adalah suatu bentuk penjajahan yang dilakukan oleh suatu

negara (kolonialis) terhadap suatu daerah atau bangsa lain dalam rangka

memperluaskan wilayah kekuasaannya, dan disusuli dengan pemindahan

penduduk dari negara kolonial ke wilayah yang telah dikuasainya tersebut.

Terdapat enam negara yang telah menjajah Asia Tenggara iaitu Portugis,

Inggeris, Sepanyol, Belanda, Perancis, dan Amerika Syarikat. Mereka tidak

datang secara serentak, dan dipelopori dengan kedatangan bangsa

Portugis ke Melaka pada tahun 1511.

Wilson menguraikan terdapat dua bentuk kolonialisme, iaitu ‘liberal

colonialism’ (Inggeris dan Amerika Syarikat) di mana negara penjajah masih

menghargai aturan hukum, kebebasan rakyat, penyertaan politik,

pendidikan terbuka, dan peluang melakukan kegiatan ekonomi berbanding

‘repressive colonialism’ (Sepanyol, Belanda, Perancis), di mana kebebasan

masyarakat jajahannya terbatas.7

Kolonialisme di Asia Tenggara akhirnya berakhir melalui revolusi yang

dilakukan oleh negara-negara di Asia Tenggara yang terjajah dengan cara

pergerakan nasionalisme.

7Constance M. Wilson, Crossroads: An Interdisciplinary Journal of Southeast Asian Studies, Vol.


9, No. 1, 1995, hlm. 105-110.
4.0 Penzamanan Awal dalam Sejarah Asia Tenggara dilihat Berdasarkan

Pengaruh Luar

Saya bersetuju bahawa penzamanan awal dalam sejarah Asia Tenggara

dilihat berdasarkan pengaruh luar kerana sifat peradapan yang wujud di

Asia Tenggara dikatakan sebagai "unity in diversity" (kesatuan dalam

kepelbagaian). Perkembangan budayanya telah bermula dari Zaman

Mesolitik hingga awal Zaman Neolitik. Namun, di sesetengah tempat, Zaman

Neolitik ini tidak jelas, seolah-olah berlaku satu lompatan dari Zaman Mesolitik

ke Zaman Logam. Ini kerana alat-alat tukang Hoabinhian yang digunakan

untuk membuat alat-alat kayu dan buluh tidak kekal untuk dikaji oleh ahli-ahli

kaji purba kerana ia mereput dan terbakar. Pada waktu yang sama, kira-kira

3500SM, di Korat, Kepulauan Jawa, bahan-bahan gangsa (perunggu) telah

dihasilkan. Justeru, perkembangan budaya ini jelas tidak selari walaupun

dalam kawasan yang berhampiran.

Pada Zaman Neolitik, terdapat golongan Mongoloid-Indonesiod yang

mengasah dan menggilap batu-batu keras berbentuk segi empat atau sudut

empat bujur sebagai mata pemotong. Peralatan seperti beliung atau pahat

banyak dijumpai di Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.

Beliung-beliung yang diperbuat daripada batu-batu permata (semi-precious)

turut dijumpai di Jawa menunjukkan bahawa telah wujud satu tamadun

yang agak tinggi di pulau itu dalam Zaman Neolitik.8

8Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan tamadun bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, 2008, hlm. 9.
Apabila logam diperkenalkan di sekitar 2000 SM, ia tidak bermakna

Zaman Batu telah berakhir. Zaman Batu Baru (Neolitik) terus wujud di

sesetengah tempat di Asia Tenggara hingga ke-300 SM. Alat-alat batu terus

digunakan sehingga logam mudah diperolehi.

Hasil dari kajian ahli arkeologi di Sungai Batu, telah ditemui lebih dari 2

juta tuyere (peniup angin), yang merupakan peralatan penting dalam

industri kuno peleburan besi. Ia membuktikan yang Sungai Batu adalah

sebahagian dari tamadun Kedah Tua yang menjalankan ekonomi

berteraskan peleburan besi dan menjadi hub mengeksport besi kuno. Para

pengkaji telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal

1,900 tahun (abad ke-2), terbukti lebih tua dari candi-candi di Borobudur,

Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja yang dibina pada abad ke-9 dan ke-12.

Menurut H.J. Benda, pada zaman proto atau pra-klasik dan klasik, Asia

Tenggara terbahagi kepada dua kawasan, iaitu kawasan pengaruh India,

disebut "Hinduized" oleh Coedes dan disebut "Indianized" oleh Brian Harrison

dan kawasan pengaruh China (Sinicized).9 Faktor dekatnya secara geografi

dengan pusat peradaban China dan India menjadi penentu sejarah Asia

Tenggara yang pada umumnya ia merupakan salah satu kawasan kuno di

dunia jika dilihat dari banyaknya penemuan fosil-fosil manusia purba di

beberapa wilayah Asia Tenggara, terutama di Indonesia. Kawasan ini, pada

masa proto sejarah sebenarnya merupakan wilayah yang dinamis dalam

perkembangan kebudayaannya.

9Coedes, G., The Making of Southeast Asia, Berkeley: University of California Press, 1966, hlm.
v.
Kebudayaan Austronesia tidak mungkin berkembang sendiri di wilayah

Asia Tenggara, melainkan kerana kawasan tersebut menjadi arena

pertemuan dua kebudayaan besar Asia yang telah lama berkembang, iaitu

kebudayaan India dan China.

Di awal tarikh Masehi, dalam penzamanan proto sejarah, ramai pelaut

dan pedagang dari China dan India saling berkunjung. Para pelaut tersebut

melalui laut, selat, dan pantai-pantai Asia Tenggara. Pada masa itulah terjadi

interaksi antara para pelaut China dan India dengan penduduk Asia

Tenggara yang merupakan bangsa besar Austronesia yang telah berhijrah.

Laos dan Vietnam banyak dipengaruhi oleh budaya China, namun

pengaruh kebudayaan India tetap meninggalkan jejaknya walaupun sedikit.

Hubungan pertama antara rakyat Asia Tenggara dan empayar India

dan China dipercayai berlaku antara 50 sebelum masihi dan 100 selepas

masihi. Sebelum pengaruh India-China berkembang di Asia Tenggara,

masyarakat telah mengenal dan memiliki kepercayaan, iaitu pemujaan

terhadap roh nenek moyang dan benda-benda besar (animisme dan

dinamisme). 10 Masyarakat Asia Tenggara mulai menganut agama Hindu-

Budha dengan mencampur adukkan kepercayaan agama Hindu-Budha

dengan unsur penyembahan roh nenek moyang, buktinya fungsi candi di

Asia Tenggara khususnya Indonesia.

Hubungan perdagangan antara negara-negara di Asia Tenggara

dengan China dan India memberi impak yang besar. Kerajaan-kerajaan

baru mulai muncul di sekitar tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh


10Abdul Rahman Haji Abdullah, Kay Kim Khoo, Yusoff Iskandar, Asia Tenggara tradisional:
politik dan kebudayaan, Kuala Lumpur: Teks Publishing,1985, hlm. 8.
pelaut-pelaut India. Perubahan itu disebabkan oleh kedatangan para

brahman dan pujangga yang menyebarkan kebudayaan Hindu.

Penyebaran pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara mengubah pola

kehidupan terutama dalam politik, agama, sosial, kesenian serta adat

istiadat, termasuklah penggunaan bahasa Sanskrit sebagai bahasa suci.11

Dalam Hindu-Buddha, kedudukan raja amat suci dan tidak boleh

disamakan dengan manusia biasa. Raja sudah ditentukan oleh dewa, atau

penjelmaan dewa. Kedudukan raja dalam Hinduisme dipanggil devaraja

(raja yang menjadi dewa) manakala dalam Buddhisme disebut sebagai

cakravartin (penguasa alam semesta).12

Dua kerajaan awal di Asia Tenggara ialah kerajaan agraria dan maritim.

Kegiatan utama kerajaan agraria adalah pertanian seperti Kerajaan

Ayutthaya, di delta Sungai Chao Phraya, dan Kerajaan Khmer di Tonle Sap.

Kegiatan utama kerajaan maritim adalah perdagangan melalui laut seperti

Kerajaan Melaka dan Kerajaan Sriwijaya. Kehidupan sosial masyarakat di Asia

Tenggara adalah mengikuti perkembangan zaman yang ada, dengan

menerima unsur-unsur yang datang dari luar, namun disesuaikan dengan

tradisi Austronesia sendiri. Kemasukan pengaruh India di Asia Tenggara

menyebabkan adanya penerapan hukuman terhadap para pelanggar

peraturan. Kehidupan sosial masyarakat distratifikasikan berdasarkan kasta.

Perekonomian masyarakat Asia Tenggara telah wujud sebelum penguasaan

kolonial. Laluan sutera merupakan laluan darat dari Cina merentasi Asia

11 Nazarudin Zainun dan Nasha Rodziadi Khaw, Sejarah Arkeologi Nusantara, Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd, 2015, hlm. 6.
12 Ahmad Choirul Rofiq, Menelaah Historiografi Nasional Indonesia: Kajian Kritis terhadap Buku

Indonesia dalam Arus Sejarah, Yogjakarta: Deepublish, 2016, hlm. 80.


Tenggara dan berakhir di laut tengah. Laluan kedua, laluan laut yang dimulai

dari China, melalui Asia Tenggara dan berakhir di Asia Timur.

Terdapat masalah ketika menentukan penzamanan sejarah suatu

wilayah dengan wilayah lainnya. Ketika berhujah mengenai penzamanan

abad XIII, maka keadaan kemajuan di kawasan kepulauan, tidak boleh

disamakan dengan apa yang ada di Asia Tenggara kontinental seperti

daerah Campa. Penzamanan Asia Tenggara secara keseluruhannya banyak

didominasi oleh pengaruh kolonialisme seawal abad ke-19. Walau

bagaimanapun, ia terkecuali bagi Siam kerana ia tidak pernah mengalami

masa kolonisasi.

5.0 Kesimpulan

Semenjak zaman prasejarah di sekitar 5000 tahun yang lalu, masyarakat

Zaman Neolitik yang tinggal di desa telah menguasai teknologi pembuatan

alat batu, bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka juga

menggunakan bahasa yang sama iaitu Austronesia, menghias tubuh dengan

tatoo, dan melakukan pemujaan.

Pada awal abad Masehi atau 2000 tahun yang lalu, sistem kepercayaan,

seni bina, seni sastera, sistem pemerintahan, peradaban urban dan sistem

sosial yang berlandaskan Hindu-Buddha telah dipraktikkan oleh masyarakat

Asia Tenggara. Persamaan warisan budaya bangsa-bangsa di Asia Tenggara

semenjak 5000 tahun yang lalu merupakan modal budaya yang sangat

penting di masa kini kerana dapat digunakan sebagai media untuk


mempereratkan toleransi dan persaudaraan, dijadikan modal ekonomi untuk

meningkatkan kesejahteraan masyarakat Asia Tenggara.

Penguasaan kolonial turut memberikan pengaruh yang nyata terhadap

penzamanan Asia Tenggara. Pihak kolonial memperolehi keuntungan yang

besar dari sumber alam Asia Tenggara, malahan juga turut memajukan

wilayah ini dengan aras kemajuan yang berbeza-beza. Kewujudan negara

bangsa moden seperti birokrasi pemerintahan, pengadilan, media cetak,

dan juga pendidikan moden turut menaburkan benih-benih kebangkitan

grakan-gerakan nasionalisme di wilayah-wilayah jajahan tersebut.


Bibliografi

Abdul Rahman Haji Abdullah, Kay Kim Khoo, Yusoff Iskandar. (1985). Asia
Tenggara tradisional: politik dan kebudayaan. Kuala Lumpur: Teks
Publishing.

Ahmad Choirul Rofiq. (2016). Menelaah Historiografi Nasional Indonesia:


Kajian Kritis terhadap Buku Indonesia dalam Arus Sejarah. Yogjakarta:
Deepublish.

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1985). Asia Tenggara tradisional: politik dan
kebudayaan. Kuala Lumpur, Malaysia: Teks Publishing.

Coedes, G. (1966). The Making of Southeast Asia. Berkeley: University of


California Press.

Constance M. Wilson. (1995). Crossroads: An Interdisciplinary Journal of


Southeast Asian Studies. Vol. 9, No. 1.

D.G.E.Hall. (1994). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Gaspordone, M.E. (July/Sept.1947). "History and Indochinese Philology,"


Historical Review.

Higham, Charles. (1996). The Bronze Age of Southeast Asia. Cambridge World
Archaeology.

Nazarudin Zainun dan Nasha Rodziadi Khaw. (2015). Sejarah Arkeologi


Nusantara. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw. (2016). Hubungan Politik dan
Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi. Pulau
Pinang: Penerbit USM.

Philip Rawson. (1990). The Art of Southeast Asia. London: Thames and Hudson
Ltd.

Anda mungkin juga menyukai