Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SKRIP JAWAPAN / ANSWER SCRIPT

Kod Kursus : HST 427


Tajuk Kursus : Isu-Isu Dalam Sejarah Awal Asia Tenggara
Nama calon : Nuurhashikin binti Yusoff
No. K/P : 970523-05-5332
No. Matrik : 140162
Emel & H/P : nuurashikien31@gmail.com 011-60891855
Tarikh : 8 Februari 2021 (Isnin)
Masa : 2:00 Petang

ARAHAN KEPADA CALON/ INSTRUCTIONS TO


CANDIDATE
Nombor Untuk Kegunaan
1. Isikan ruang kosong di atas sebelum memulakan Soalan Pemeriksa Sahaja
jawapan. For Examiner’s Use
Question
Before answering the questions, complete the blank Only
spaces above. Number
Markah / Marks
2. Tuliskan nombor soalan di bahagian atas setiap
helaian dan sebelah ruangan (Nombor Soalan) 1
Write the question number on the top of every sheet 3
and column beside (Question Number).
5
3. Pilih dan jawab hanya SATU (1) set sahaja.
Soalan-soalan tidak dibenarkan dicampur aduk 7
antara SET A dengan SET B.
Choose and only ONE (1) set to be answered.
Candidate is not permitted to mix the SET A and
SET B questions.

4. Sila hantar skrip jawapan ini sebelum 2:00


Petang Selasa 9 Februari 2021.
Please do submit this answer script before 2:00 PM
Tuesday 9 February 2021.

5. Hantar skrip jawapan ini dengan memuat naik di


eLearn HST427. (word & pdf)
Please do submit your answer script by uploading it
to eLearn HST427. (word & pdf)

6. Jika tidak dapat mengakses eLearn HST427, sila


e-mel skrip jawapan anda ke alamat e-mel ini:
naza@usm.my JUMLAH
If facing any trouble to access eLearn HST427, Total
please email your answer script to naza@usm.my

** PILIHAN SET SOALAN :


SET A
1
BAHAGIAN A
SOALAN 1
“Penemuan rangka manusia dan tapak paleolitik di Gua Gunung Runtuh dan Kota
Tampan, Perak melahirkan banyak tafsiran baharu dalam sejarah awal Asia Tenggara.”

(a) Teliti dan rumuskan perihal rangka manusia dan tapak paleolitik tersebut.
Kota Tampan merupakan sebuah kawasan yang terletak di daerah Lenggong, Perak. Hal
ini demikian kerana, lokasi ini bukanlah asing lagi bagi ahli arkeologi kerana kawasan ini telah
banyak menimbulkan berbagai-bagai persoalan. Penulis mendapati bahawa kajian arkeologi di
kawasan ini pada awalnya telah dijalankan oleh Collings (1938) dan kemudian disusuli pula
oleh Sieveking (1958). Namun begitu, kedua-dua kajian yang dijalankan ini telah menimbulkan
beberapa persoalan berkenaan beberapa perkara penting seperti pentarikhan, jumpaan yang
ditemui dan kedudukan tapak kajian itu sendiri. Ekskavasi di Kota Tampan telah mendedahkan
artifak batu yang penting dan memberikan banyak maklumat. Kota Tampan dipercayai
merupakan bengkel penghasilan peralatan batu dengan semua bukti dijumpai dalam keadaan in-
situ dan tidak diganggu. Bukti yang ditemui adalah asemblaj alat-alat batu yang terdiri daripada
peralatan membuat alat batu iaitu batu teras, batu pelandas dan batu pemukul, alat batu iaitu alat
penetak, paleo-beliung, alat unifas, alat repehan, alat pelbagai dan alat ketulan, manakala
puingan terdiri daripada ketulan, serpihan dan repehan. Terdapat percanggahan mengenai soal
tarikh tapak paleolitik Kota Tampan sentiasa menjadi persoalan. Sebagai contoh, penulis
mendapati bahawa pentarikhan Kota Tampan pertama kali digunakan berdasarkan tahun 1930-
an apabila Collings menentukan pentarikhan ke atas tapan di Kota Tampan. Walau
bagaimanapun berlaku perubahan pada tarikh tersebut apabila pada tahun 1950-an Sieveking
telah mengambil kaedah pencantuman stratigrafi, iaitu kedudukan artifak pada susun lapis tanah
dengan kejadian geologi. Dari situ, berbagai-bagai pentarikhan diberikan oleh pengkaji-
pengkaji sehingga memberi makna bahawa pentarikhan mutlak tidak dapat diwujudkan. Oleh
sebab itu, penulis merumuskan penemuan tapak prasejarah Kota Tampan di Lenggong Perak
pada awal tahun 1987 telah menetapkannya sebagai tapak Paleolitik yang tertua dan unggul di
Semenanjung Malaysia dengan tarikh lebih kurang 30000-34000 tahun. Ini bermakna sejarah
kita lebih tua dari yang dijangkakan dahulu. Sebelum tapak yang terawal dijumpai di
Semenanjung Malaysia berusia lebih kurang 6000 tahun.
Gua Gunung Runtuh merupakan sebuah gua yang terletak di bukit batu kapur yang
dikenali sebagai Bukit Kepala Gajah. Ekskavasi di tapak ini telah bermula dalam tahun 1990
dan telah mendedahkan bukti-bukti Pleistosen Akhir berusia antara 13,000 - 10,000 tahun
dahulu. Penemuan terpenting di Gua Gunung Runtuh ialah satu rangka manusia Paleolitik akhir
yang dikenali sebagai ‘Perak Man’. ‘Perak Man’ ialah rangka manusia terlengkap ditemui di
negara ini dalam keadaan in-situ pada tahun 1991 hasil daripada penyelidikan yang dibuat oleh
Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid,
dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. ‘Perak Man’ merupakan satu-satunya rangka
prasejarah di dunia yang dikesan mempunyai kecacatan genetik dikenali sebagai
’Brachymesophalangia Jenis 2A’.

2
‘Perak Man’ ini dianggarkan berumur antara 10,000-11,000 tahun dan telah meninggal
dunia ketika dia berusia 40-50 tahun. ‘Perak Man’ telah dikebumikan dengan posisi "foetal",
iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging.
Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. Sungguhpun
terdapat masalah gangguan stratigrafi dan sejarah sedimentasi yang tidak jelas, gua ini telah
mendedahkan beberapa bukti yang dapat mencerahkan prasejarah di Lenggong. Contohnya,
selain dar Kota Tampan penduduk di gua ini ialah yang terawal setakat ini iaitu sejak 13000
tahun dahlu. Selain itu, rangka manusia lelaki Homo sapiens berumur lebih daripada 30 tahun,
bertarikh 10000-11000 tahun dahulu menjadi bukti rangka yang terawal di Semenanjung
Malaysia. Tambahan pula, alat batu menunjukkan jenisnya tidak banyak bentuknya lebih
kurang sama dengan yang telah digunakan pada ki=urang 20000 tahun terlebih dahulu di Kota
Tampan.

(b) Bagaimanakah anda boleh menganalisis tafsiran tersebut dalam konteks migrasi
manusia di Asia Tenggara?
Penulis menggunakan teori Out Of Yunani untuk menganalisis tafsiran tersebut dalam
konteks migrasi manusia di Asia Tenggara. Teori dari Yunan ini telah didukung oleh penyelidik
Yahudi berbangsa Austria iaitu Robert Heine van Geldern. Beliau menyatakan bahawa pada
sekitar 3,000-2500 Sebelum Masihi (S.M.) sehingga 1,500 S.M, penduduk asal ini telah didesak
oleh penghijrahan gelombang pertama kelompok Melayu Proto yang berhijrah ke Alam Melayu
dari selatan benua China, iaitu wilayah Yunan. Tidak dijelaskan mengapa meraka berpindah.
Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di barat daya negeri China melalui beberapa
laluan seperti hulu sungai Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung
utara pulau Sumatera yang sekarang dikenali sebagai Aceh. Dari situ terus ke selatan dan ke
pulau-pulau yang lain di Asia Tenggara.
Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand, menuju ke selatan hingga ke
Segenting Kra. Dari sana terus ke Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan pulau-
pulau yang lain. Laluan ketiga ialah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke selatan dan
menyeberang ke Kalimantan dan kemudian ke pulau-pulau yang lain. Laluan keempat ialah dari
Farmosa atau Taiwan ke pulau-pulau Filipina dan terus ke selatan dan pulau-pulau yang lain.
Orang yang telah berpindah ke selatan ini tinggal di kawasan kuala-kuala sungai dan
pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan seperti siput, ikan, karangan laut, pucuk-
pucuk kayu dan lain-lain termasuk binatang liar. Walaupun begitu apabila datang gelombang
kedua perpindahan orang dari Yunan yang lebih tinggi tamadun mereka, orang Melayu Proto ini
terpaksa berpindah ke hulu mencari kawasan yang lebih selamat. Tinggalan-tinggalan daripada
orang ini ialah orang Batak di kawasan pergunungan di Sumatera Utara; Jakun di kawasan
pedalaman Tanah Semenanjung; Kalang dan Ponorogo di Jawa; Dayak di Kalimantan Tengah
dan daerah-daerah lain; Toraja di Sulawesi Selatan dan lain-lain lagi.
Perpindahan bagi gelombang kedua berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi hingga
kira-kira 300 selepas Masihi. Mereka ini dikenali sebagai Deutero-Malays atau Melayu Deutero
iaitu Melayu Kedua. Perpindahan mereka tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Mungkin
untuk mencari makan yang lebih mudah, mungkin untuk berpindah ke tanah yang rendah, dan
mungkin terdesak oleh bangsa yang lain. Walau apa pun alasannya, mengikut teori ini Melayu
Deutro telah berpindah ke selatan melalui jalan dan laluan yang pernah dilalui oleh Melayu
Proto.

3
Apabila sampai di selatan mereka yang lebih tinggi tamadunya ini telah dapat mendesak
dan mengasak Melayu Proto ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung, atau ke
tempat-tempat yang terpencil. Itu sebabnya pada masa ini keturunan orang Melayu Proto seperti
yang disebutkan di atas dikatakan tinggal di kawasan-kawasan pergunungan, kawasan-kawasan
hulu, kawasan-kawasan terpencil dan lain-lain. Sedangkan orang Melayu Deutro tinggal di
kawasan pamah, tanah rendah, kawasan di lembah sungai, di tepi laut dan lain-lain seperti orang
Melayu, Aceh, Sunda, Jawa, Bugis, Makasar, Madura, Filipina dan lain-lain.
Selain itu, orang Melayu Duetro ini lebih tinggi kebudayaan dan tamadunnya, walaupun
masih menggunakan batu untuk membuat kapak, beliung dan lain-lain. Bagi mengukuhkan teori
Melayu berasal dari Yunan, Robert Heine van Geldern membuat rumusan melalui penelitian
terhadap bahan artifak arkeologi di perpustakaan Vienna khususnya mengenai kapak atau
beliung batu bersegi empat dan periuk tanah berkaki tiga. Kapak-kapak segi empat dan periuk
berkaki tiga itu boleh ditemui di beberapa tempat diwilayah selatan (Semenanjung Tanah
Melayu) tetapi dikatakan berasal dari selatan benua Cina. Ia dibawa ke selatan oleh kelompok
orang Melayu semasa bermigrasi ke wilayah Alam Melayu dari selatan benua China. Hal ini
juga dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan di Gua Gunung Runtuh dan Kota Tampan adalah
dalam tempoh Paleolitik di mana ianya dibuktikan dengan jumpaan alat batu Paleolitik yang in-
situ seperti alat penetak, alat repehan dan alat unifas. Manakala, jumpaan Manusia Perak di Gua
Gunung Runtuh yang ditanam dengan upacara diiringi dengan barang kiriman pengebumian
seperti alat batu, pelbagai spesies daging haiwan dan beribu-ribu siput sedut jelas menunjukkan
keberadaan sekumpulan manusia yang pernah tinggal di kawasan tersebut.
Menurut beliau lagi, berasaskan kitab yahudi (Deuteronomy), secara lebih jitu tanah asal
masyarakat Melayu-Duetro itu adalah sebuah tempat bernama Dong Song, dalam wilayah
Yunan di selatan China itu. Menurut beliau ‘bukti’ teori ini adalah jumpaan-jumpaan bahan
logam gangsa (dalam bentuk gendang dan kapak) di Asia Tenggara yang mempunyai ciri-ciri
sama dengan di Dongsong.
Oleh sebab itu, penulis mendapati beliau menamakan teori ini sebagai ‘Teori Persamaan
Ciri-ciri Dongsong’ (Dongsong Affirmative Theory) kerana wujudnya di Asia Tenggara dengan
Dong Song. Menurut beliau, oleh kerana bahan gangsa seperti itu banyak dihasilkan oleh
masyarakat di Dong Song maka pastilah dengan sendirinya bahan tersebut dari sana. Gendang
Dongsong yang menunjukkan pencapaian tinggi manusia dalam bidang seni ukiran tangan dan
pembuatan barangan daripada tembaga dipercayai dibuat di sebuah perkampungan di daerah
Dong Song, di utara negara Vietnam hari ini yang dulunya adalah Kerajaan Melayu Champa.
Selain itu, perlu diingat bahawa hampir seluruh wilayah atau Semenanjung Indo-China
sejak sebelum dan awal Masihi sehingga abad ke-16 adalah didominasi oleh penduduk dari
kalangan rasa atau rumpun Melayu yang pernah membina dua kerajaan besar, iaitu Kerajaan
Funan (awal kurun Masihi hingga ke-4 atau ke-5) dan Kerajaan Champa (mulai abad ke-2
hingga abad ke-16), yang kemudiannya masing-masing dimusnahkan oleh suku bangsa Khmer
di Kambodia dan etnik Dai Viets yang agresif dari bangsa Han-China yang berhijrah kea rah
selatan dari selatan Sungai Hwang Ho, benua China. Mengikut teorinya, penulis mendapati
bahawa gendang-gendang dongsong itu juga telah dibawa dan sebagai bukti kukuh telah
berlakunya migrasi ke selatan oleh para migran Melayu-deutro yang bermigrasi diantara 500
sehingga 1,500-2,000 tahun S.M. pada Zaman Gangsa.
Dalam membincangkan tentang sejauh manakah tafsiran tersebut dalam konteks migrasi
manusia di Asia Tenggara lebih relevan dengan menggunakan teori dari Yunnan telah mendapat
beberapa kritikan dan penentangan dalam kalangan sarjana-sarjana luar mahupun tempatan. Hal
ini jelas sekali terlihat apabila munculnya teori baharu seperti “Teori Keluar dari Sundaland”

4
yang mendapat perhatian ramai ahli akademik dan pengkaji yang mengkaji berkaitan migrasi
manusia di Asia Tenggara.
Bagi pendapat penulis, percanggahan itu dapat dilihat apabila Melayu Proto dan Deutro
dikatakan berasal daripada sebuah benua yang dikatakan meliputi kepulauan-kepulauan Melayu
yang pada hari ini dikenali sebagai Benua Sunda. Hal ini diutarakan sendiri oleh seorang
sarjana tempatan, iaitu Prof. Dato’ Emiritus Wan Hashim Wan Teh dalam bukunya bahawa,
“Dalam kalangan para sarjana tempatan juga, sudah ada yang mula meragui dan mempertikai
teori-teori lama berkenaan asal usul kedatangan Melayu ini kerana dapatan-dapatan dari cari
gali arkeoogi menunjukkan bahawa nenek moyang rumpun Melayu sudah berada di Alam
Melayu ini sejak ribu tahun dulu”.
Di Barat pula, penulisan karya Stephen Oppen Heimer yang menjadi pencetus kontroversi
apabila beliau mengusulkan kajian yang lebih kukuh iaitu menerusi kajian mtDNA bahawa
“rumpun Melayu (berkulit ciku masak) bersama kabilah Negrito adalah kelompok yang paling
awal berhijrah keluar dari Afrika dan bermigrasi ke arah timur serta tiba di Benua Sunda Sunda
pada sekitar 74,000 S.M hingga 60,000 S.M. Ini jauh lebih awal daripada ras Mongoloid
(berkulit kuning) yang didapati meninggalkan benua Afrika pada sekitar 60,000 SM-45,000
S.M”.
Berbalik pada konsep Melayu Proto dan Deutro yang cuba diutarakan oleh Robert Hein
Van Geldern dengan beliau membangunkan sebuah Teori iaitu Keluar dari Yunnan lantas
mendapat sangkalan daripada ramai pengkaji. Terutama apabila mereka mendapati penyelidikan
yang dilakukan oleh beliau ini hanyalah dengan beliau “hanya bergantung pada bahan-bahan
pameran muzium di Vienna, spekulasi yang ditaja oleh Van Geldernlah yang membentuk
pemikiran bahawa nenek moyang masayarakat peribumi di seluruh Asia Tenggara, Ocenia dan
Pasifik merupakan bangsa penghijrah dari Yunan, selatan Tanah Besar China”. Hal ini
demikian, sarjana-sarjana yang menolak pendapat Geldern untuk membangunkan konsep
Melayu Proto dan Deutro menerusi Teori keluar dari Yunnan itu justeru dianggap sebagai
hanya spekulasi dan agak kurang sahih jika dibandingkan dengan teori baharu yang
dikemukakan hari ini iaitu Teori Keluar dari Sundaland.
Teori Keluar dari Taiwan ini juga menurut sarjana seperti Md Salleh Yaapar yang
merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, menyebut dalam
karyanya menerusi Siri Wacana Fikrah Ummah yang bertajuk “Peri Nama asal usul dan Identiti
Melayu: Ke Arah Pencerahan yang Dinantikan”, sebagai teori asal usul Melayu itu tidak ada
bukti yang kukuh. Beliau dengan jelas menyebut “Ia teori lapuk yang banyak merujuk
penyelidikan tentang bahasa Austronesia yang dibangunkan oleh pakar linguistik Amerika
Syarikat (AS) Robert Blust selain tidak banyak disokong bukti yang kukuh”. Penulis melihat
bahawa Robert Blust menyatakan bahasa Austronesia yang termasuk dalam bahasa Melayu
Polinesia yang merujuk Melayu Proto dan Deutro itu adalah berasal dari Taiwan. Namun,
sebaliknya kami mendapati bahawa beliau menyokong Teori Keluar dari Sundaland yang
dikeluarkan oleh Oppenheimer.
Meskipun konsep dan Teori yang dikemukakan oleh Geldern itu telah maujud lebih awal
dan diterima lebih awal oleh para pengkaji dan sarjana, namun kajian yang lebih terperinci
menimbulkan perspektif baru yang lebih jitu dari segi bukti telah menenggelamkan teori ini
secara perlahan-lahan. Proffesor Emeritus Datuk Dr. Hashim Wan Teh dalam bukunya
menambah “Heine Van Geldern tidak pernah berkunjung ke Alam Melayu untuk mendapatkan
tujuan membina teorinya itu. Beliau, yang mempunyai pengikut dalam kalangan sarjana
tempatan yang ramai kerana pada waktu itu kita masih berkedudukan sebagai pelajar atau menti
dan pengikut kepada sarjana-sarjana gergasi di paras dunia sebagai mentor tetap, telah berhujah
bahawa kapak-kapak segi empat dan periuk berkaki tiga itu boleh ditemui di beberapa tempat di
5
wilayah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi dikatakan berasal dari selatan benua
China”. Maka, jelaslah daripada apa yang diperkatakan oleh Professor Wan Hashim Wan Teh
itu telah memberi gambaran sepintas pada kita tentang tunjang kebenaran konsep Melayu Proto
dan Deutro yang cuba beliau ketengahkan melalui Teori Keluar dari Yunnan ini agak goyah
kerana Geldern sendiri tidak pergi ke tempat yang beliau katakan itu. Justeru, tampak
kelemahan dari segi apa yang cuba disampaikan oleh Geldern ini.
Seterusnya, melalui kenyataan Profesor De Silva bahawa “The first domestication of plants
was done by people of the Hoabinhian culture, Somewhere in Southeast Asia, probably as early
as 15,000 B.C. The Neolithic (Late Stone Age) cultures of North China developed out of
Hoabinhian culture of South East Asia Origin.It might have been South East Asia rather than
West Asia as the cradle of human civilization” (de Silva, A history of Sri Lanka). Kenyataan
daripada Profesor ini menunjukkan Alam Melayu ini sudah mempunyai penduduk tetap lebih
17 ribu tahun yang lalu yang justeru menyimpang dari teori Geldern dan sarjana menyokong
lain bahwa orang Melayu bermigrasi dari Selatan Benua China ke Alam Melayu.
Tidak cukup dengan itu, kritikan juga dibuat oleh Profesor Emeritus Wan Hashim Wan
Teh apabila beliau sendiri pergi berkunjung ke Yunnan lebih 20 tahun lalu yang akhirnya
melalui data antropologi dan linguistik mendapati daripada 26 etnik di sana tidak ada satu pun
daripadanya yang menyerupai masyarakat Melayu. Jika difikirkan secara logik deduktif,
seandainya rumpun melayu itu berasal dari dari wilayah ini dan kemudiannya bermigrasi sudah
pastinya ada tinggalan atau kesan jejak daripada pendudukan itu. Persoalan ini bertepatan
dengan konsep Melayu Proto dan Deutro yang diusulkan oleh Robert Hein Van Geldern itu.
Kritikan yang paling ketara yang dapat dilihat dalam membicarakan soal Melayu Proto dan
Deutro dengan dibangunkan menerusi Teori Yunnan ini adalah berkaitan dari aspek kajian
empirical dan saintifik. Kelemahan pandangan Van Geldern ini terlihat apabila kajian mtDNA
dijalankan oleh Pengarah Penyelidikan Farmaseutikal dan Neutraseutikal Malaysia USM,
Profesor Madya Dr. Zafarina Zainuddin mendapati bahawa “mtDNA Melayu di Kepulauan
Melayu berusia di antara 50,000 hingga 60,000 tahun lalu iaitu 15,000 tahun lebih tua daripada
orang cina”.

3. “Asal usul Wangsa Sailendra masih diperdebatkan.”


6
(a)Analisiskan pernyataan di atas.
Wangsa sailendra adalah nama wangsa atau dinasti raja-raja yang berkuasa di Srivijaya,
pulau Sumatera dan Mdan (Kerajaan Medang), Jawa Tengah sejak tahun 752. Sebahagian besar
raja2nya adalah penganut dan pelindung agama Buddha Mahayana. Meskipun peninggalan
dalam manifestasi wangsa ini kebanyakan terdapat di dataran Kedu, Jawa Tengah asal usul
wangsa ini masih diperdebatkan. Di samping berasal dari Jawa, daerah lain seperti Sumatera
atau bahkan India dan Kemboja sempat diajukan sebagai asal mula wangsa ini. Hal ini
penemuan istilah Sailendra ini dibuktikan dalam Prasasti Kalasan (778M), Kelurak (782M),
Abhayagiriwihara (792M) dan Kayumwungan (824M). Istilah ini juga terdapat dalam prasasti
Ligor B, Nalanda & Leyden plates semua gunakan bahasa Sansekerta kecuali prasasti
Kayumwungan (huruf Suddham).
Penulis menghuraikan kandungan kewujudan wangsa Sailendra dalam penemuan-
penemuan prasasti yang dijumpai. Antaranya adalah prasasti Kalasan yang merupakan
peninggalan Wangsa Sanjaya dari Kerajaan Mataram Kuno (tahun 700 Saka atau 778M). Hal
ini demikian kerana, prasasti ini ditemukan di kecamatan Kalasan, Sleman, Yogyakarta dan
ditulis dalam huruf Pranagari (India Utara) dan bahasa Sanskerta. Menurut pengkaji sejarah
prasasti ini menyebutkan bahawa Guru Sang Raja berhasil memujuk Maharaja Tejahpura
Panangkarana (Kariyana Panagkara) yang merupakan mustika keluarga Sailendra (Sailendra
Wamsatilaka) atas permintaan keluarga Syailendra untuk membangun bangunan suci bagi Dewi
Tara dan sebuah biara bagi para pendeta serta menghadiahkan desa Kalasan untuk pada sangha
(komuniti kebiarawan dalam Agama Buddha) iaitu bangunan suci yang dimaksudkan adalah
Candi Kalasan.
Namun, terdapat beberapa nama wangsa di India dan Tanah Besar Asia Tenggara gunakan
erti sama dengan Sailendra iaitu Raja Gunung hal ini telah menimbulkan pelbagai teori dan
persoalan tentang asal usul wangsa Sailendra. Menurut pandangan ahli sejarah R.C.Majumdar,
beliau menyatakan wangsa Sailendra di Indonesia di Jawa dan Srivijaya berasal dari Kalinga di
India Selatan. Sebaliknya, G. Coedes pula menyatakan wangsa Sailendra di Indonesia berasal
dari Fu-nan atau Kemboja sebab ejaan Fu-nan dalam berita China dari kata Khmer kuno vnam
atau bnam beerti gunung. Hujahan ini dikukuhkan lagi apabila raja Fu-nan disebut
parwatabhupala bererti raja gunung sama denga kata Sailendra. Setelah kerajaan Fu-nan runtuh
(620M) ada raja2 Fu-nan lari ke Jawa dan menjadi penguasa di sana pertengahan kurun ke-8M
dengan menggunakan nama Wangsa Sailendra. Walau bagaimanapun, J.Przyluski mengkritik
pandangan yang diberikan oleh Ceodes dengan mengatakan tafsiran Coedes berdasarkan
Prasasti Kuk Prah Kot bahawa raja-raja Sailendra di Jawa anggap diri keturunan Wangsa
Sailendra Fu-nan meragukan. Beliau beranggapan bahawa istilah tersebut menunjukkan raja-
raja anggap diri dari Sailendra iaitu raja gunung sebutan bagi Siwa (Girisa). Penulis mendapati
bahawa gunung tersebut bukan dtujukan kepada gunung mahameru. Raja wangsa Sailendra
(Jawa) anggap leluhur ada di atas gunung bererti istilah Sailendra asli dari Indonesia. Menurut
pandangan Nilakanta Sastri pulawangsa Sailendra di Jawa berasal dari Pandya di India Selatan.
Pandangan ini juga bercanggah dengan J.L.Moens yang mengatakan wangsa Sailendra berasal
dari India Selatan mulanya berkuasa di Palembang tapi 683M lari ke Jawa sebab serangan
Srivijaya dari Tanah Melayu.

Apabila diteliti oleh penulis, pendapat Coedes paling banyak diikuti terutama setelah
penemuan J.G.de Casparis. Hal ini demikian kerana, istilah Waranaradhirajaraja dalam prasasti
Candi Plaosan Lor, Prasasti Kelurak menyamakan Wiranara sebagai Warawaranagara atau Na-
7
fu-na dalam berita China iaitu pusat kerajaan Fu-nan setelah berpindah dari Wyadhapura atau
T’emu setelah diserang Chen-la pertengahan ke-2 abad 6M. Casparis berpendapat bahawa
setelah berpindah ke Na-fu-na (dekat Angkor Borei) ada raja pergi ke Jawa dan kalahkan raja
Sanjaya. Pada mulanya Jawa dikuasai raja beragama Siwa tapi setelah kedatangan raja-raja Na-
fu-na di Jawa Tengah terdapat dua wangsa iaitu wangsa Sanjaya beragama Siwa dan wangsa
Sailendra beragama Buddha. Seterusnya, pendapat Casparis pula diilhami F.H.van Naerssen
dimana Prasasti Kalasan berbahasa Sansekerta (778M) ada 2 pihak iaitu raja wangsa Sailendra
disebut Permata wangsa Sailendra tanpa nama dan Rakai Panangkaran raja bawahan wangsa
Sanjaya. Dengan anggapan pertengahan kurun ke-8 sebagai landasan ada dua wangsa berkuasa
Sailendra dari Fu-nan yang menganut agamaBuddha Mahayana dan Sanjaya yang menganut
agama Siwa. Maka, raja wangsa Sanjaya sejak Rakai Panangkaran hanya jadi raja bawahan.

Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat yang mengatakan wangsa Sailendra


itu berasal dari luar Indonesia (India atau Kemboja) ditentang oleh R.Ng.Poerbatjaraka. Hal ini
berlaku kerana, beliau tersinggung denga teori tersebut seolah2 Indonesia dari dulu diperintah
oleh bangsa yang asing saja. Sebagai contoh, Poerbatjaraka berpendapat bahawa Sanjaya dan
keturunan Wangsa Sailendra asli dari Indonesia mulanya menganut Siwa dan kemudian
bertukar sejak Rakai Panangkaran menganut Budha Mahayana. Hal ini dapat dibuktikan melalui
Cerita Parahyangan Rahyang Sanjaya mahu anaknya Rhayangta Panaraban (Rakai
Panangkaran) tinggalkan agama dianuti sebab ditakuti semua orang. Hujah ini disokong prasasti
Sojomerto (bahasa Melayu Kuno) menyebut Dapunta Selendra, nama ayahnya Santanu ibunya
Bhadrawati serta isterinya Sampula. Isanawangsa berpangkal pada Pu Sindok yang digelar
Isana wikrama dharmmot tungga dewa dan Rajasa wangsa berpangkal pada Ken Aroj digelar
Sri Rajasa. Maka Sailendrawangsa berpangkal pada leluhur (nenek moyang) yang ada unsur
gelaran Sailendra.

Antara isi Prasasti Sojomerto adalah Prasasti Sojomerto adalah peninggalan Wangsa
Sailendra yang ditemukan di Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Kabupaten Batang, Jawa
Tengah. Prasasti ini beraksara Kawi dan berbahasa Melayu Kuno. Tiada angka tahun
berdasarkan analisispaleografi diperkirakan berasal dari kurun akhir abad ke-7/ awal abad ke-
8M. Isi prasasti ini adalah menghuraikan tentang keluarga dari tokoh utamanya Dapunta
Selendra iaitu ayahnya bernama Santanu ibunya bernama Bhadrawati sedangkan isterinya
bernama Sampula. Petikan ini pula disokong oleh pendapat Boechari bahawa tokoh yang
bernama Dapunta Selendra adalah cikal-bakal raja2 keturunan Wangsa Sailendra yang berkuasa
di kerajaan Mataram Hindu. Prasasti Sojomerto ini ditemui nama Dapunta Selendra jelas ejaan
Indonesia dari Sansekerta Sailendra. Bersesuaian dengan nama-nama wangsa lain maka
disimpulkan Sailendrawangsa berpangkal pada Dapunta Sailendra. Hal ini menunujukkan
penggunaan bahasa Melayu Kuno dalam prasasti tunjukkan ia orang Indonesia asli. Maknyanya
berasal dari Sumatera sebab banyak prasasti berbahasa Melayu Kuno dijumpai di sana. Hal ini
selaras dengan pendapat Boechari mengatakan hampir semua prasasti jumpa di sumatera
menggunakan bahasa melayu kuno. Namun keterangan sejak bila mereka berubah dari agama
Siwa kepada Buddha Mahayana tak dapat dijelaskan.

Sebab prasasti Sankhara yang disimpab Adam Malik hanya dijumpai separuh sahaja.
Bahagian ini cerita tentang ayah Raja Sankhara yang sakit selama lapan hari panas membakar
mati tak dapat disembuhkan oleh gurunya. Sebab itulah Raja Sankhara takut kepada gurunya
dianggap tak benar lalu tinggalkan kebaktian kepada Siwa. Hal ini demikian kerana, ia diberi
anugerah kepada bhiksusangha (menganut Buddha). Jika benar itulah satu-satunya sumber
tentang penukaran agama dari Siwa ke Buddha oleh Raja Sankhara. Namun terdapat masalah
lain yang timbul seperti prasasti tersebut tak lengkap dan tak diketahui tahunya, tapi dari segi
paleografi dianggar pertengahan kurun ke-8M. Jika benar makna merupakan bukti epigrafis
8
teori Poerbatjaraka bahaskan Carita Parahyangan. Oleh itu, jelaslah bahawa para ahli sejarah
masih lagi memperdebatkan mengenai asal usul keluarga Sailendra banyak dipersoalkan oleh
beberapa sarjana. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh sejarawan dan arkeologis dari
berbagai negara. Namun, kewujudan mengenai asal usul wangsa Sailendra masih lagi kabur
mengenai hujahanya kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh tentang kewujudan
keberadaannya dimana.

(b)Anda diminta untuk meneliti DUA sebab utama berlakunya perubahan dalam wangsa
ini daripada menyembah Siwa kepada Buddha.

Penulis mendapati bahawa keterangan sejak bilakah Raja Sankhara menukar dari
menganut agama Siwa kepada agama Buddha Mahayana. Hal ini berlaku disebabkan prasasti
Sankhara yang disimpan oleh Adam Malik hanya dijumpai separuh sahaja. Namun, terdapat
pandangan ahli sejarah yang lain mengatakan sekiranya penemuan separuh lagi prasasti
Sankhara ini ditemui kemudian ia akan menyempurnakan maklumat yang ingin disampaikan
pada prasasti tersebut. Oleh sebab itu, penulis meneliti terdapat sebab berlakunya perubahan
agama dalam wangsa Sailendra ini daripada menyembah agama Siwa kepada Buddha
Mahayana. Sebagai contoh, keterangan yang terdapat pada separuh prasasti Sankhara itu
menyatakan tentang cerita ayah raja Sankhara yang jatuh sakit selama lapan hari. Sakitnya
adalah berbentuk panas membakar kemudian ayahnya mati tidak dapat disembuhkan oleh
gurunya. Pada ketika itu, ayah raja Sankhara menganut agama Hindu Siwa. Hal ini telah
menyebabkan raja Sankhara takut kepada gurunya kerana baginda menganggap gurunya tidak
hebat dan tidak benar laluanya untuk dijadikan guru lagi. Lalu, akhirnya raja Sankhara
mengambil keputusan untuk meninggalkan kebaktiannya terhadap agama Siwa.
Selain itu, keterangan yang terdapat dalam prasasti Sankhara ada menyatakan beliau
telah menganugerahkan kepada bhiksusangha. Hal ini demikian kerana bhiksusangha ini
merujuk kepada meraka yang menganut agama Buddha Mahayana seperti sami untuk dijadikan
guru yang baru. Oleh sebab itu, para pengkaji meneliti kenyataan ini merupakan sebab utama
berlakunya perubahan agama Siwa kepada Buddha Mahayana dengan berlakunya
penganugerahan kepada bhiksusangha menjadi titik tolak kepada raja Sankhara secara rasminya
menganut agama Siwa. Penulis beranggapan bahawa jika benar keterangan yang terdapat pada
prasasti Sankhara ini menjadi punca perubahan agama Siwa ke Buddha Mahayana maka itulah
satu-satunya sumber yang ada tentang penukaran agama Siwa ke Buddha oleh Raja Sankhara.
Walau bagaimanapun, setakat ini tiada bukti-bukti lain yang menyangkal pandangan ini.
Kebanyakan isu pertukaran agama ini hanya untuk dijadikan spekulasi serta dijadikan cerita
sesuai dengan tafsiran yang dilakukan. Namun, penggunaan prasasti Sankhara ini jelas
menunjukkan sebab mengapa Raja Sankhara ini tidak mahu beragama Siwa sebaliknya bertukar
kepada Buddha. Namun terdapat kritikan lain yang mengatakan prasasti Sankhara tersebut tidak
lengkap dan tidak diktahui tahunya. Tetapi jika diteliti dari segi paleografi prasasti ini
dianggarkan muncul pada pertengahan kurun ke-8M sekali gus membuktikan prasasti ini datang
dari Mataram. Jika benar kritikan terhadap prasasti tersebut, perkara ini sejajar dengan
penemuan bukti epigrafis teori Poerbatjaraka yang membahaskan Carita Parahyangan. Lantaran
itu, teori ini disokong oleh Boechori kerana kedua-dua pandangan ini mempunyai arah yang
sama terhadap tafsiran perubahan agama Siwa kepada agama Buddha Mahayana.

9
BAHAGIAN B
SOALAN 5
Jawab soalan-soalan berikut:

10
(a) Huraikan secara terperinci perihal sumber dan penzamanan dalam sejarah
Asia Tenggara.

Menurut pandangan ahli sejarah iaitu Muhd Yusof Ibrahim, beliau menyatakan bahawa
sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau
sebuah penulisan. Hal ini demikian kerana, sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan bahan
yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya dan sumber ini juga
boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan. Beliau menekankan
sumber-sumber lazim yang digantikan oleh sejarah adalah rekod kerajaan, rekod swasta,
sumber peribadi, akhbar, sumber lisan, sumber sastera, hikayat, babad, kitab agama, inskripsi
dan kesan peninggalan lama.
Perkembangan sumber pensejarahan (sumber dalaman) dalam sejarah Asia Tenggara
dapat dilihat dalam pelbagai medium penulisan peninggalan sejarah. Sebagai contoh, penulis
berpendapat bahawa Hikayat merupakan hasil daripada proses penzahiran fikiran atau perasaan
manusia dengan bahasa dalam bentuk tulisan mahupun lisan yang memenuhi nilai-nilai seni,
indah, sempurna dan mulia. Walau bagaimanapun, karya-karya sastera ini tidak boleh
dipisahkan dengan manusia kerana ia bukan sahaja mengandungi unsur-unsur hiburan, filosofis
dan imaginasi sahaja tetapi juga sebagai perakam mengenai aktiviti manusia dan rujukan para
pengkaji sejarah masa kini dan situasi ini telah membawa kepada perkembangan sumber
pensejarahan. Namun tidak semua karya hikayat yang diguna pakai oleh ahli sejarah
mempunyai aspek-aspek sejarah kerana adanya penambahan unsur-unsur dogeng atau mitos
sebagai imaginasi pengarangnya. Sebaliknya, melalui pembacaan penulis karya sastera dapat
dinamakan sebagai histografi tradisional iaitu penulisan sejarah menurut pandangan dan
kepercayaan masyarakat setempat secara turun-temurun. Contohnya, Hikayat Raja-Raja Pasai
meskipun ahli sejarah dalam buku-buku mereka tidak mempunyai bukti langsung tentang tarikh
hikayat tersebut disusun, namun justifikasi dari situasi ini terdapat catatan cerita yang ada
memberi gambaran dan maklumat secara kasar bahawa hikayat tersebut menceritakan tentang
kisah raja adik beradik yang terawal memeluk Islam di Pasai. Hal ini bertetapan dengan
pandangan A.H. Hill dalam perbincangannya menyebut bahawa dalam penulisan ini terdapat
apa yang disebutnya sebagai kebenaran objektif dan kebenaran subjektif.
Selain itu, perkembangan sumber pensejarahan dalam sejarah Asia Tenggara dengan
menggunakan sumber luar. Hal ini demikian kerana, ahli sejarah menggunakan sumber-sumber
dari India, China dan Arab untuk membuktikan asal usul Kerajaan Srivijaya. Penulis mendapati
bahawa penemuan daripada sumber luar ini mempunyai kaitan dengan perdagangan (asal usul
Srivijaya). Pendapat ini pula bersesuaian dengan kajian yang diterbitkan oleh George Coedes
mengenai sebuah kerajaan yang disebut dalam rekod Zaman T’ang iaitu mengenai kerajaan
Srivijaya merupakan kerajaan maritim yang terawal sekitar kurun ke-7 dan berakhir pada kurun
ke-13. Sebagai contoh, penemuan banyak prasasti yang bertulis bahasa Melayu Kuno di sekitar
Palembang dan Bangka, rekod-rekod para utusan dari Srivijaya ke Negeri China dan nota-nota
ahli georfafi China juga bermula lewat kurun ke-7. Oleh sebab itu, penentuan asal usul kerajaan
Srivijaya ini menggunakan sumber luar seperti catatan yang terdapat pada prasasti.Hal ini
ditambah kuat lagi dengan hujah prasasti yang bertaburan menyebut nama Srivijaya di Ligor.
Hal ini demikian kerana, prasasti kurun ke-7 dalam bahasa Melayu Kuno sangat dipengaruhi
daripada bahasa Sanskrit dan kebanyakan upacara, pembendaharaan kata dan gagasan
berhubungan dengan martabar raja yang masih jelas di istana-istana Melayu berasal dari India.
Walau bagaimanapun, salasilah raja-raja Melayu yang terdapat dalam karya buku klasik Melayu
hanya untuk bertujuan menaikkan nama penaung-penaungnya dengan mengaitkan dengan raja-
raja Kalinga. Oleh sebab itu, penulis mendapati bawaha sumber luar ini dapat menguatkan lagi

11
hujah-hujah cerita epik Hindu seperti Ramayana telah menjadi sebahagian dalam warisan
perkembangan pensejarahan di Asia Tenggara.
Selain itu, perkembangan sumber pensejarahan dalam sejarah Asia Tenggara dengan
menggunakan sumber sebagai ilmu bantu sejarah. Hal ini demikian kerana, perkara-perkara
atau perihal yang memiliki pengertian ilmu-ilmu dapat dijadikan sumber utama bagi para
sejarawan untuk meneliti dan menyusun kembali (rekonstruksi) penulisan sejarah. Penulis
mendapati bahawa perkara ini boleh dicapai melalui kajian yang mencakupi bidang bukan
sejarah seperti arkeologi, filografi, paleografi, epigrafi dan lain. Penggunaan ilmu bantu tersebut
harus disesuaikan dengan topik atau period yang dikaji. Sebagai contoh, pengesahan penemuan
artifak dan candi di Lembah Bujang, Kedah amat memerlukan alat bantu ini yang bertindak
sebagai alat yang membantu untuk mendapatkan analisis yang lebih kritis dan anatikal
mengenai sesuatu penemuan itu. Selain daripada itu, penemuan-penemuan baru dapat dirungkai
berdasarkan pembuktian saintifik yakni secara khususnya akan membantu dalam
mengembangkan perbincangan dan perdebatan mengenai sesuatu perkara peristiwa. Penulis
mengambil contoh ke atas ujian yang dilakukan ke atas sesuatu sumber sejarah seperti kes
Manuskrip Jernal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bulan
April 1894 hingga Februari 1897. Manuskrip ini disahkan tulen oleh seorang pakar kimia
setelah dapat menguji kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal tersebut
sememangnya berusia lebih kurang 100 tahun. Terdapat juga beberapa masalah dalam penulisan
sejarah dapat dikurangkan seperti isu bias dan anakronisme dalam pensejarahan melalui
pembuktian sainstifik seperti carbon dating daripada penemuan arkeologi.
Manakala penzamanan dalam sejarah Asia Tenggara pula dapat dilihat dari segi
periodisasi sejarah kemanusiaan melalui beberapa peringkat zaman iaitu zaman prasejarah,
zaman protosejarah dan zaman sejarah. Zaman prasejarah terdiri daripada zaman airb batu,
zaman batu dan zaman logam. Manakala, zaman sejarah terdiri daripada zaman lama, zaman
pertengahan dan zaman moden. Penulis menguraikan beberapa zaman yang terdapat di Asia
Tenggara. Antaranya adalah zaman paleolitik. Hal ini demikian kerana, keemunculan zaman
paleolitik dapat dikaitkan dengan kewujudan manusia-kera (ape man). Hujah ini dikuatkan lagi
dengan penemuan fosil orang Jawa yang ditemui oleh Eugune Dubois 1890 di Asia Tenggara.
Selain itu, J. Von Koenigswad 1941, berjaya meneui fosil yang sama dari zaman paleolitik di
Solo, Jawa Tengah. Penulis branggapan bahawa kebudayaan manusia yang hidup pada zaman
ini ialah meraka hidup berdasarkan apa yang ada pada alam semata-mata dengan memperoleh
makanan daripada buruan dan pungutan. Tempat tinggal mereka pula di gua-gua dan lubang-
lubang manakala pakaian diperbuat daripada kulit binatang, peralatan seharian daripada batu
kasar yang tajam. Dari segi kepercayaan penulis mendapati bahawa masih kabur kerana tidak
ada bukti-bukti yang kukuh.
Selain itu, di Asia Tenggara kemunculan zaman Mesolitik ini dikenali dengan nama
Hoabinh iaitu nama yang diambil sempena nama tempat galian Hoa-Binh di Vietnam Utara
yang pada mula-mula sekali menunjukkan kebudayaan ini. Hal ini demikian kerana, kewujudan
homo sapiens dikatakan dibuktikan oleh jumpaan tengkorak budak lelaki yang berusia 15 tahun
yang jauh tertanam dalam lapisan-lapisan tanah di Guna Nia, Sarawak. Penulis mendapati
bahawa kebudayaan mereka masih lagi meneruskan tradisi Paleolitik di samping beberapa
kemajuan misalnya soal makanan mereka masih lagi memungut makanan namun ada juga
tanda-tanda awal mereka melakukan kegiatan pertanian. Dari segi alat-alat senjata lebih halus
dan terbentuk, kepercayaan mempercayai kehidupan selepas kematian dengan menanam mayat
dengan kelengkapan harian untuk persiapan kehidupan seterusnya.
Di samping itu, kewujudan zaman Neolitik dapat dibuktikan dengan penggalian di Non
Tok Tha dan gua tersebut yang disebut Spirit Cave di Thailand Utara. Hal ini demikian kerana,

12
penemuan kesan-kesan penanaman padi dan penggunaan logam dan gangsa manakala di Spirit
Cave terdapat seperti 10 macam tumbuhan dan penemuan pengentahuan teknologi yang tinggi
iaitu membuat tembikar yang baik mutunya. Penulis mendapati bahawa zaman ini telah
menunjukkan mereka mengalami kemajuan yang pesat jika nak dibandingkan dengan zaman
Paleolitik. Sebagai contoh mereka tidak lagi memburu atau memungut hasil makanan,
sebaliknya menghasilkan makanan melalui pertanian dan penternakan. Kepercayaan tradisi
megalitik yang melahirkan apa yang disebut sebagai menhir dan dolmen. Megalitik ini merujuk
kepada batu-batu besar yang didirikan untuk keperluan pemujaan Hyang atau nenek moyang.
Sementara menhir pula ialah tugu atau tiang dan dolmen pula meja batu yang berkakikan
menhir yang mana semuanya melambangkan pemujaan Hyang. Oleh sebab itu, penulis
merumuskan daripada kegiatan Hyang inilah lahir istilah seperti sembahyang, kayangan,
kemenyan dan sebagainya. Mereka percaya bahawa roh orang mati dianggap sebagai pelindung
kuat yang dapat memberikan pertolongan.
Seterusnya, kemunculan zaman logam ataupun zaman gangsa yang pertama disiasat dan
dianggap kebudayaan gangsa ini ialah berpusat di Dong Son, Vietnam Utara. Penulis melihat
kepercayaan tradisi megalitik yang dikaitkan bermula pada zaman neolitik itu mencapai
kematangan pada zaman logam ini. Hal ini dibuktikan dengan ambang pintu permulaab zaman
baru penduduk peribumi sudah mempunyai sistem kepercayaan sendiri iaitu penyembahan tiang
atau nenek moyang. Oleh sebab itu, para pengkaji penduduk peribumi menyatakan mereka
menganuti kepercayaan animism dengan dinamisme, pemujaan nenek moyang merupakan ciri
terpenting dalam zaman ini.
Oleh itu, contoh penzamanan yang diberikan adalah bersesuaian dengan kajian
pensejarahan Asia Tenggara. Terdapat banyak lagi contoh pensejarahan dalam bidang sejarah di
tempat lain seperti middle ages, renaissance tapi masih mempergunakan konsep yang sama
iaitu penzamanan. Terdapat beberapa kelebihan perkara ini dalam bidang pensejarahan seperti
membantu ahli sejarah untuk memahami dengan lebih baik mengenai perubahan yang berlaku
dalam bentuk kronologi atau pecahan pecahan. Perkara ini penting untuk memisahkan beberapa
perkara yang mungkin dilihat sebagai satu keadaan turning point dalam suatu peristiwa sejarah
telah memberikan corak baru daam perkembangan hidup masyarakat. Melalui pengagihan
secara kategori dan pengelasan ini, beberapa perkara akan dapat diperincikan sekali gus akan
megembangkan lagi kajian2 tertentu khususnya bagi penulisan sejarah.
Bagi pembaca dan golongan yang mempelajari sejarah konsep penzamanan ini akan
menyediakan kesedaran mereka terhadap penulisan sejarah berkenaan. Melalui pengagihan ini
mereka boleh mewujudkan empati dalam bidang sejarah dengan lebih teratur. Misalnya
Paleolitik kehidupan manusia pada waktu itu adalah lebih sukar berbanding dengan zaman-
zaman selepasnya. Mereka boleh memberi gambaran dengan lebih jelas berbanding jika
penceritaan ini dicampur adukkan tanpa meletak sebarang pecahan. Jelaslah bahawa
penzamanan ini mungkin akan mnjadi satu elemen yang berat sebelah kepada pelaku yang
terlibat dalam sesetengah peristiwa sejarah. Adakah mereka benar-benar layak dikategorikan
dalam satu2 zaman yang telah dibahagikan sejauh mana kayu ukur untuk menentukan mereka
ini hidup pada waktu berkenaan sedangkan bukti2 kewujudan mereka pun ada yang bersifat
sangsi dan kabur. Kaedah ini haruslah dititikberatkan oleh ahli-ahli sejarah dengan lebih
mendalam.

(b) Bagaimanakah anda boleh menghuraikan sejarah terbentuknya nama ‘Asia


Tenggara’?

13
Panggilan Asia Tenggara mula dipakai pada waktu Perang Dunia ke-2. Hal ini bertujuan
bagi memudahkan rujukan kawasan dan operasi peperangan di kawasan yang dikenali sekarang
sebagai Asia Tenggara atau disebut juga Tanah Besar dan Kepulauan. D.G.E Hall berpendapat
bahawa istilah Asia Tenggara merupakan terjemahan daripada Southeast Asia yang diciptakan
oleh pihak sekutu terutamanya Amerika Syarikat untuk kepentingan mengatur strategi
peperangan melawan pihak Jepun di Asia Pasifik. Hujahan ini dikuatkan lagi dengan
pembentukan suatu komando hasil gabungan bersama ‘Anglo-American Southeast Asia
Command/South East Asia Command’ pada tahun 1943. Hal ini kerana, istilah South East Asia
pertama kali digunakan oleh Louis Mauntbatten ketika beliau melaporkan keadaan pasifik ke
negeri pusat iaitu Inggeris.

Selain daripada itu, kawasan Asia Tenggara juga dikenali dalam pelbagai nama seperti
Indo-Chinese Peninsula yang merujuk kepada Tanah Besar Asia Tenggara, Hindia Timur lebih
khas kepada kepulauan Asia Tenggara. Penulis mendapati bahawa penggunaan istilah Hindia
Timur East Indies telah memaparkan perbezaan warna kulit atau taraf kemajuan yang berlainan
khususnya dari tamadun Barat atau Asia Barat. Sebagai contoh, kawasan Asia Tenggara
merupakan kawasan penjajahan dan sumber hasil barangan tropika kepada kuasa Barat sama
seperti Hindia Barat yang meliputi kawasan kepulauan di lautan Atlantik yang berdekatan
dengan Mexico.

Seterusnya, kawasan Asia Tenggaea juga dikenali sebagai ‘India beyond the Ganges’
atau ‘Greater India’ atau Untra Ganges’ yang merujuk kepada kawasan di sebelah benua India
yang mempunyau pengaruh India sebelum penggunaan istilah Asia Tenggara. Para pengkaji
sejarah melihat Asia Tenggara disebut dalam konsep seperti crossroads yang membawa erti
kawasan yang menemukan dan membaurkan pelbagai kumpulan bangsa dan dua tamadun
utama iaitu tamadun India dan China sehingga membawa kepada transformasi dalam pelbagai
bentuk sehingga memberi perubahan kepada pertumbuhan peradaban tempatan. Ahli sejarah
D.G.E Hall berpendapat bahawa sifat peradaban yang wujud di Asia Tenggara dikatakan
sebagai ‘unity in diversity’ iaitu kesatuan dalam kepelbagaian. Selain daripada itu, C.A. Fisher
beranggapan bahawa sifat kepelbagaian itu tidak boleh disamakan dengan keadaan di Balkan
yang merujuk kpada negeri atau tamadun kecik di Eropah Timur sebelum disatukan ke dalam
satu bentuk politik. Hujah ini juga dipersetujui oleh Lingat yang mengutarakan bahawa
sebahagian besar tamadun kaum utama Asia Tenggara mempunyai asal usul yang sama seperti
adat kekeluargaan orang Burma dan Siam adalah serupa dengan undang-undang primitif (pra-
penjajahan China) Vietnam.

SOALAN 7
“Kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor ditentukan dengan pengamalan
konsep Devaraja oleh raja-rajanya.”
(a) Huraikan maksud konsep Devaraja?
14
Konsep devaraja digunakan oleh pemerintah di wilayah Asia Tenggara bertujuan untuk
menaikkan martabat mereka sebagai pemerintah agung yang wajib ditaat oleh rakyat seperti
yang diamalkan dalam pemerintahan beraja yang terdapat di India. Menurut pandangan ahli
sejarah George Coedes, konsep Devaraja adalah sebuah negara jelmaan dari alam dan ibu
negerinya adalah simbol keduniaan bandaraya syurga. Devaraja dipercayai oleh orang dahulu
sebagai wakil dewa yang dihantar untuk memimpin manusia serta mempunyai kuasa ajaib.
Sebagai contoh, pengaruh agama Hindu yang terdapat di Asia Tenggara lebih tertumpu
dikalangan pemerintah Istana dan golongan kelas atasan sahaja. Hal ini, di sebabkan sami-sami
yang datang ke Asia Tenggara bertanggungjawab sebagai penasihat kepada pemerintah dalam
pentadbiran serta bertanggungjawab dalam menjalankan upacara-upacara keagamaan dan
berperanan dalam menyambut kedatangan duta asing yang datang kerana sami-sami yang
datang merupakan mereka yang mempunyai pengetahuan intelektual yang tinggi.
Konsep Devaraja juga merujuk kepada kekuatan atau esensi kedewataan yang masuk ke
dalam diri raja sehinggakan raja tersebut dianggap terdapat suatu aspek tertentu dari
kewibawaan dewa. Hal ini demikian kerana, mengikut konsep devaraja ini pemusatan
kekuasaan terhadap negara adalah di bawah kuasa raja. Raja dianggap menduduki status yang
tinggi, dikaitkan dengan dewi-dewi dari kayangan dan penjelmaan daripada dewa Shiva,
Vishnu dan Brahman. Mereka percaya konsep Devaraja menyebabkan seseorang raja dipandang
sebagai penitisan dewa (avatar) Shiva atau Vishnu. Sebagai contoh, melalui konsep devaraja
yang diamalkan membolehkan seseorang raja itu mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran
kerajaan dan dianggap mempunyai kuasa yang luar biasa berbanding manusia lain. Hal ini
dibuktikan pada raja-raja yang terdapat di Indonesia dahulu sangat ditaati dan di hormati oleh
rakyat kerana sesiapa yang menderhaka boleh terkena sumpah atau tulah di sebabkan
kedaulatan dan kesaktian yang ada pada seseorang raja itu.
Oleh kerana anutan atau pujaan ini diamalkan oleh kerajaan, maka seorang raja yang
suci dianggap sebagai orang perantaraan di antara Tuhan-Tuhan terutama sekali Tuhan-Tuhan
yang menguasai air dan kesuburan tanah dan pertuanan sosial. Raja, sebagai pemerintah
tertinggi dianggap sebagai raja tuhan (Devaraja). Raja dianggap sebagai wakil tuhan di bumi
atau God shadow on earth. Raja berperanan membuat undang-undang, ketua tentera serta
menjadi pemutus segala hal. Tindakan raja tidak boleh dipersoalkan oleh orang lain
terutamanya rakyat tempatan. Oleh sebab itu, konsep devaraja telah memperakui raja sebagai
bayangan tuhan atau raja sebagai tuhan di bumi. Melalui konsep ini tidak bermaksud tuhan
yang ada di langit turun ke bumi atau menjelma menjadi manusia dibumi. Konsep ini
bermaksud tubuh seseorang raja itu mempunyai nilai ketuhanan dimana setelah upacara
menganggat seseorang pemerintah itu menjadi devaraja nilai ketuhanan akan meresap masuk ke
dalam jiwa raja tersebut dimana raja yang ada perlulah berlaku adil, melindungi rakyat dari
ditindas serta ancaman bahaya dan menunjukkan tingkah laku yang terpuji kepada rakyat
seperti sifat yang ada pada tuhan. Jelaslah bahawa semakin tinggi kekuasaan yang dimiliki oleh
raja itu sebenarnya menunjukkan semakin banyak beban dan tanggungjawab yang harus dipikul
oleh raja.

(b) Bangunkan satu rumusan yang menyeluruh mengenai pernyataan tersebut.


Penulis merumuskan bahawa kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor telah
dipengaruhi dengan pengamalan konsep Devaraja oleh raja-rajanya. Hal ini demikian kerana,
rumusan terhadap kemajuan dan kemunduran Kerajaan Angkor akan disertakan sekali bersama
hujahan yang menyokong isi penulis. Antara kemajuan Kerajaan Angkor yang dipengaruhi oleh
15
pengamalan konsep Devaraja dapat dilihat melalui persetiaan kepada raja. Keadaan ini dapat
dilihat apabila rakyat jelata taat dan patuh kepada pemerintahan raja. Hal ini demikian kerana,
raja pada masa ini dianggap sebagai jelmaan Tuhan. Oleh sebab itu, setiap tindakan yang
diambil dan dibuat oleh raja adalah dianggap suci dan mendapat restu daripada Tuhan. Sebagai
contoh, tindakan Jayawarman II telah mengistiharkan dirinya sebagai ‘Chakravatin’ atau
maharaja supaya rakyat setia kepada pemerintahannya. Tegasnya lagi, ‘and bore for him and
his successors much the same meaning as the white elephant was to to have for the monarchs
who were Buddhists of The Theravada school’. Setelah menyatukan dan mengamalkan
Devaraja, baginda bertindak mencari kawasan yang sesuai bagi membina kuil di samping
strategi pertahanan yang berkesan bagi menghadapi serangan musuh dari luar dan dalaman.
Antara kawasan yang dijumpai olehnya ialah Indrapura, Hariharalaya, Amanrendrapura dan
Phnom Kulen di bukit Kulen yang mana baginda telah membina Mahendraparvata. Penulis
mendapati bahawa raja dianggap penuh suci dan istanya tidak boleh diceroboh dan segala
pertuturannya merupakan undang-undang. Penghormatan rakyat kepada institusi ini sangat
tinggi dan raja juga menjadi tempat menaruh harapan kepada segala masalah yang mereka
hadapi. Menurut George Coedes segala usaha yang dilakukan oleh Jayawarman II ini adalah
selaras dengan konsep Devaraja bagi memastikan kesetiaan rakyat kepada institusi kerajaan
kelak akan utuh. Oleh sebab itu, pengamalan terhadap konsep ini sangat mempengaruhi
kemajuan kerajaan Angkor ketika itu khususnya semasa zaman penyatuan Angkor semasa
dibawah pemerintahan Jayawarman II.
Selain itu, pengamalan konsep Devaraja dalam pentadbiran kerajaan mampu
mengukuhkan kedudukan raja sebagai pemimpin dalam sesebuah kelompok masyarakat. Hujah
ini dikuatkan lagi dengan pandangan Kenneth R. Hall telah menjelaskan bahawa ‘The
institution of the devaraja cult was therefore an important step in strenghthening the Khmer
monarchy, and for this reasons Jayavarman II reign marks the beginning of the Angkor era
proper’. Lantaran itu, pembinaan banyak tempat beribadat juga menunjukkan bahawa kerajaan
Angkor pada masa ini merupakan kerajaan yang agung dan kekuatannya tidak boleh
dipertikaikan. Hal ini demikian kerana, Hasil seni binaan membuktikan bukan sahaja
kegemilangan seni peradaban tetapi juga untuk menunjukkan organisasi kerajaan yang
kompleks dan saiz tenaga buruhnya yang besar yang terletak dibawah pemerintahan raja yang
berwibawa. Sebagai contoh, usaha membina kuil diteruslan oleh waris-warisnya seperti
Indravarman I di Bakong sebuah kuil batu yang menempatkan Linga di dalamnya. Kemuncak
usaha pembinaan kuil ini dapat dilihat semasa zaman Yasovarman I apabila baginda telah
membina sekitar 100 kuil di seluruh wilayah di mana berfungsi sebagai pos kawalan kerajaan di
setiap kawasan. Baginda juga merupakan raja pertama yang tinggal di bandar Angkor atau
dikenali sebagai ‘the great builder’. Pemerintahan seterusnya diteruskan oleh Suryawarman I
yang dianggap raja teragung dalam sejarah pemerintahan kerajaan Angkor. Hujahan ini dapat
dibuktikan apabila baginda bertindak membina Phimeanakas atau Istana Langit yang berbentuk
piramid dan Ta Kee (Ta Koo) sebuah candi yang diperbuat daripada batu pasir. Selain itu,
dalam usaha mengekalkan kekuasaanya dalam pentadbiran kerajaan Angkor ketika itu. Baginda
telah melaksanakan beberapa pembaharuan iaitu menyemak semula hak keturunan paderi
Khmer dan tuan tanah, memaksa keluarga golongan bangsawan untuk menjalankan pemujaan
agama kerajaan malah mereka yang memusuhi tindakan tersebut dilepaskan hak keturunan
mereka dan harus menerima semakan semula syarat perkhidmatan mereka. Justeru, baginda
telah berjaya mengukuhkan kedudukannya walaupun menaiki takhta kerajaan Angkor dengan
cara merampas kuasa daripada raja sebelumnya. Oleh sebab itu jelaslah bahawa pengamalan
konsep Devaraja dapat mengukuhkan kedudukan raja yang memerintah.

16
Di samping itu, pengalaman konsep Devaraja dalam pemerintahan kerajaan mampu
melahirkan pemerintah yang cekap dan berwibawa. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
pemerintahan Jayavarman II apabila baginda mahir dalam selok-belok ilmu pentadbiran
kerajaan semasa mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Jawa. Sebagai contoh,
Jayavarman II merupakan pengasas kepada kerajaan Angkor dan berjaya menyatukan wilayah
kerajaan pra-Angkor yang berpecah iaitu Chenla Darat dan Chenla Air. Baginda telah
mendirikan beberapa buah ibu kota di Indrapura, di Hariharalaya, dan yang terakhir ialah di
Mahendraparvata. Ibu kota ini menjadi tempat untuk menempatkan rumah berhalanya dan
sebagai panampan bagi mempertahankan kerajaan daripada serangan musuh. Selain daripada
itu, ahli sejarah Coedes mendapati bahawa kecekapan pemerintahan Jayavarman II selama 48
tahun memerintah dilihat apabila baginda sewaktu menyatukan kerajaanya telah memilih lokasi
yang strategik seperti mempunyai bekalan ikan yang cukup dan terhindar dari kawasan banjir,
mudah untuk pengangkutan kuari pasir ke Phnom Kulen, akses ke Dataran Korat serta ke
Lembah Menam. Oleh sebab itu, jelaslah bahawa kecekapan pemerintahan yang dipelajari
daripada kerajaan Jawa dengan memilih lokasi strategik untuk pembukaan kota baru di Angkor
telah mendorong kepada kegemilangan Angkor. Selain itu, semasa pemerintahan Yasovarman I
juga dianggap pemerintah Angkor yang mencapai kejayaan gemilang kerana berjaya
mengadakan pembekalan air yang cukup untuk ibu kotanya. Sistem pengairan yang dibina
adalah sangat teratur dengan terbinanya tali air dan kolam-kolam air. Kekuasaan beliau adalah
lebih luas daripada kuasa Jayavarman. Tanah jajahannya sama luas dengan tanah jajahan
kerajaan funan semasa zaman pemerintahannya. Begitu juga dengan pemerintahan
Suryawarman II yang menjadi raja Angkor yang paling berkuasa dalam sejarah Khmer. Beliau
merupakan pengasas kepada pembinaan Angkor Wat. Ia merupakan satu peninggalan agung
seni bina Brahmin di Asia Tenggara. Usaha beliau memerintahkan pembinaan hospital, rumah
persinggahan dan memperbaiki sistem saliran menyebabkan beliau digelar sebagai ‘bapa
Sosialisme Buddha’.
Walau bagaimanapun, pengamalan konsep Devaraja telah menyebabkan berlaku
kemunduran terhadap kerajaan Angkor. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemunculan konsep
pegangan baharu ini dapat dilihat sejak era Suryawarman II di mana baginda telah
mengamalkan toleransi antara tradisi Hindu dan Buddha. Lantaran itu, kematian baginda telah
diganti oleh sepupunya iaitu Dharanindrawarman II merupakan seorang penganut Buddha
menyebabkan segala monumen Hinduisme yang dibina oleh Suryawarman II dan raja-raja
Jayavarman VII menguasai pemerintahan kerajaan. Seorang yang mengabdikan siri seumur
hidupnya menyembah ‘Bodhisattva Lokesvara’ yang menghiasi Angkor Tho, kompleks kuil
Bayon dan diberi penghormatan penuh dalam kultus Buddharaja yang baru. Hal ini ditekankan
lagi oleh ahli sejarah George Coedes bahawa fahaman Buddha bukan sahhaja pegganti kepada
‘Sivaite Devaraja’ tetapi ciri pembinaan patung pengasas di menara juga turut ditukar. Lanjutan
daripada peristiwa tersebut, pengamalan konsep baharu ini terus diamalkan selama beberapa
abad sehingga sekitar awal abad ke-12 sebelum Jayavarman VII iaitu raja yang mengambil
tampuk pemerintahan kerajaan seterusnya. Hal ini demikian kerana, baginda bertindak
mengembalikan tradisi Devaraja dalam pentadbiran baru. Oleh sebab itu, banyak monumen
Buddha yang dibina dalam zaman Jayawarman VII telah dirosakkan atau diabaikan tanpa
pemeliharaan. George Coedes menekankan lagi iaitu pada zaman Jayavarman VII
memperlihatkan berlakunya perbalahan antara penganut Buddha dan Hinduisme yang
membawa kepada tindakan keganasan terhadap monumen raja Jayavarman VII oleh penganut
Hinduisme dan ciri Buddhisme di kuil-kuil telah diganti dengan ciri Lingga untuk disembah.
Namun demikian, usaha tersebut tidak berjaya kerana pada akhir kurun ke-13 ajaran Buddhisme
17
Theravada telah berkembang luas dalam kalangan golongan Khmer dan membuka zaman pasca
Angkor baru dalam budaya Khmer.
Di samping itu, kenunduran kerajaan Angkor dapat dilihat ancaman daripada orang
Siam dan Thai. Hal ini demikian kerana, kerajaan Thai pada mulanya terletak di bawah naungan
raja Khmer di Angkor. Namun, kemudiannya mereka cuba membebaskan diri dan meluaskan
kawasan di Asia Tenggara. Penulis mendapati bahawa kemunduran yang berlaku terhadap
kerajaan Angkor akibat pertikaian agama telah diambil kesempatan oleh orang Thai untuk
mengukuhkan kuasa mereka di Lembah Menam. George Ceodes mendapati bahawa sebuah
kerajaan Thai yang baru telah ditubuhkan dalam tahun 1350 dengan Ayuthia sebagai ibu kota.
Raja Thai iaitu Ramadhipati telah melancarkan satu serangan ke atas Kemboja dan berjaya
menawan Angkor. Hasil daripada serangan tersebut harta kekayaan dirampas dan ramai orang
Kemboja dipaksa ke Siam untuk dijadikan hamba. Dalam pada masa yang sama Siam telah
meletakkan raja boneka di atas takhta kerajaan kemboja dan keadaan itu berterusan selama 7
tahun. Pada tahun 1357 orang Khmer berjaya mengambil semula Angkor dan menghalau orang
Siam keluar. Ancaman Siam muncul semula pada tahun 1383 berikutan perubahan
pemerintahan di Ayuthia. Serangan ini berlarutan sehingga setengah abad dan akhirnya kerajaan
Angkor ditawan dan dimusnahkan pada tahun 1431 oleh kerajaan kerajaan Thai. Akibatnya,
kekalahan kerajaan Angkor juga disebabkan oleh tindakan 2 orang pegawai dan 2 orang sami
Buddha yang terkemuka yang telah belot menyebelahi musuh.
Seterusnya, kemunduran kerajaan Angkor dapat dilihat melalui siri rampasan kuasa
yang berlaky pada tampuk pemerintahan kerajaan Angkor bermula ketika Jayawarman IV
memerintah, Rajendrawarman II, Suryawarman I dan beberapa lagi raja kemudiannya sudah
pasti menimbulkan ketegangan pentadbiran kerajaan ketika itu. Selain itu, berlaku siri
pemberontakan yang memakan masa berdekad lamanya demi menuntut takhta kerajaan juga
turut tercetus. Sebagai contoh, semasa Jayawarman IV menaiki takhta kerajaan di mana pada
masa yang sama baginda terpaksa menghadapi pemberontakan yang dipimpin oleh keturunan
Harshawarman III yang berlarutan sehingga 1113 Masihi. Hal ini telah mengakibatkan keadaan
tidak stabil dalam negara walaupun ia bersifat sementara namun sedikit sebanyak menganggu
polisi pentadbiran kerajaan Angkor ketika itu. Penulis mendapati bahawa semasa pemerintahan
Raja Udayadityavarman II telah berlaku pemberontakan di barat laut yang dipimpin oleg
pegawai istana bernama Kamvau dalam cubaan menyerang ibu kota namun ditewaskan oleh
Sangrama dan juga mengalahkan pemberontakan di timur. Dalam pada itu, kerajaan luar telah
mengambil kesempatan bagi menyerang atau membebaskan diri daripada kerajaan Angkor
berikutan masalah dalaman pentadbiran negara itu. Hal ini dapat dibuktikan apabila menjelang
pada penghujung abad ke-13 menyaksikan tekanan daripada tentera kerajaan Thai menimbulkan
masalah yang serius dan pada akhir abad ke-14 ibu kota Angkor sahaja sukar dipertahankan
menentang Ayutthaya. Oleh sebab itu, kedaulatan kerajaan Angkor telah tergugat di samping
rakyatnya telah berpecah belah secara tidak langsung memperlihhatkan kelemahan institusi raja
yang mudah ditukar ganti melalui tindakan rampasan kuasa. Hal ini membuktikan bahawa
pengaruh Devaraja dalam institusi raja ini sangat penting pada mulanya namun menjelang abad
ke-12 ia semakin luntur dan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan Angkor pada ketika
itu. Oleh sebabitu, konflik dalaman yang berlaku di samping serangan dari luar sememangnya
menjadi salah satu faktor kerajaan Angkor. Secara tidak langsung, pengaruh Devaraja turut
dilihat berkait rapat dengan segala permasalahan yang timbul pada ketika itu.

18
19

Anda mungkin juga menyukai