Anda di halaman 1dari 1

25 September 2017

Tuan/Puan

TUGASAN PROFIL USAHAWAN UNTUK KURSUS WUS101-TERAS

Adalah dimaklumkan pelajar-pelajar yang mendaftar untuk kursus WUS101-Teras Keusahawanan


perlu melengkapkan tugasan Profil Usahawan yang memerlukan pelajar menemubual bersemuka
dengan seorang usahawan dan menulis laporan profil mengenai usahawan tersebut. Tujuan
tugasan Rancangan Perniagaan tersebut adalah untuk mendedahkan ilmu dan kemahiran
perniagaan dan keusahawanan dikalangan pelajar-pelajar.

Bagi tujuan tersebut pelajar-pelajar memerlukan bantuan pihak Tuan/Puan untuk mereka
melengkapkan tugasan tersebut. Segala maklumat yang diberi adalah RAHSIA dan untuk tujuan
akademik sahaja.

Bantuan pihak Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“Mentransformasikan Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok”

Yang benar

Mohd Shafie Ariffin


Pengerusi Rancangan Keusahawanan
Pensyarah WUS101-Teras Keusahawanan

S.K: Pengarah
Pusat Kokurikulum.

Anda mungkin juga menyukai