Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Perkahwinan campur merujuk kepada perkahwinan yang berlaku antara dua pihak yang
berlainan agama, bangsa malah dari segi kewarganegaraan. Dalam konteks ini, ia merupakan
perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan yang terdiri dari golongan yang
berbeza sama ada agama ataupun bangsa yang dikenali sebagai Epistonological. Hal ini
demikian kerana, perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya
dalam mengeratkan hubungan antara negara. Contohnya, perkahwinan Puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Shah. Oleh sebab itu, pengenalan mengenai perkahwinan campur ini
sudah tidak asing lagi bagi mana-mana negara khususnya negara Malaysia.

Masyarakat majmuk yang diamalkan di seluruh dunia adalah kesan daripada perkahwinan
campur sejak dahulu hingga sekarang. Walau bagaimanapun, Islam juga tidak melarang
sebarang bentuk perkahwinan termasuklah ianya bertetapan dengan kehendak syarak seperti
yang dinyatakan dalam ayat al-Quran,

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuab-


perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan
berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang
sahaja” (Surah An-Nisaa’-3)

Manakala dari sudut pandang Barat pula, perkahwinan campur pada asalnya digunakan
oleh pihak gereja Khatolik yang mana ia untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara
seorang Kristian dan seorang yang bukan Kristian. Namun demikian, melihat kepada
perkembangan dunia pada hari ini, perkahwinan campur merujuk kepada sebuah
perkahwinan yang melibatkan dua individu yang mempunyai kewarganegaraan, agama dan
bangsa yang berlainan. Oleh sebab itu, perkahwinan campur ini boleh dikelaskan kepada 3
kategori iaitu kahwin antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara
agama (Nicole, 2005)

Kahwin campur antara kaum adalah merujuk kepada penglibatan dua orang yang
berlainan kaum contohnya seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang perempuan
Cina. Kahwin campur antara negara pula melibatkan kewarganegaraan di mana seorang
muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab.
Kahwin campur antara agama pula melibatkan dua individu yang menganut agama yang
berlainan, sebagai contoh seotang Hindu berkahwin dengan seorang Buddha. Sehubungan
dengan itu, penulisan ini akan membincangkan budaya perkahwinan campur dan nilai power
indeks dalam konteks negara Australia serta mengkaji faktor dan implikasi perkahwinan
campur ini terhadap individu, masyarakat dan negara.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKAHWINAN CAMPUR

2.1FAKTOR PERPADUAN

Bagi masyarakat kini, perkahwinan campur dikatakan secara tidak langsung dapat
meningkatkan perpaduan kaum iaitu kualiti antara kesefahaman kaum mereka kerana ianya
dapat meningkatkan keharmonian negara. Sebagai contoh, perkahwinan campur yang berlaku
antara negara Malaysia dan Australia secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan
yang harmoni antara kedua-dua belah negara. Di samping itu, dapat memberikan kelebihan
dalam aspek jaminan keselamatan (Rozumah Baharudin, 2003). Dalam konteks ini, faktor
perpaduan kaum dapat direalisasikan apabila hubungan yang terjalin antara kedua-dua belah
negara ini berlaku secara baik.

2.2 FAKTOR BUDAYA YANG BERBEZA

Kepelbagaian budaya yang unik terdapat pada bangsa-bangsa lain selain bangsa
sendiri secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai satu tarikan untuk individu tersebut
dalam melangsungkan perkahwinan campur ini. Sebagai contoh, dalam aspek penggunaan
bahasa antara negara Malasyia dan Australia, mereka tidak memiliki bahasa yang rasmi
namun sebahagian besar daripada mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
utama. Hal ini demikian kerana, Australia memiliki aksen dan kosa kata yang khas
disebabkan kira-kira 200 negara di seluruh dunia telah bermigrasi ke Australia. Contohnya
penggunaan bahasa Mandarin, Italia, Arab, Kanton dan Yunani.

Begitu juga dengan penduduk di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Dalam hal ini penggunaan bahasa Melayu menjadi bahasa utama di Malaysia. Namun
demikian, terdapat juga penggunaan bahasa lain seperti Tamil, Mandarin, Siam dan English
digunakan di Malaysia sebagai bahasa golongan minoriti.

2.3 FAKTOR MEDIA SOSIAL

Laman sosial berfungsi sebagai penghubung antara yang jauh dengan yang dekat.
Dalam konteks ini, laman sosial boleh menghubungkan seluruh masyarakat dunia yang
berbilang bangsa dan agama. Oleh itu, melalui rangkaian mudah alih ini pengguna laman
sosial secara tidak langsung boleh berkenalan dengan individu berlainan bangsa dan
hubungan perkenalan tersebut boleh menjurus ke arah perkahwinan. Sebagai contoh,
perkenalan artis Malaysia Raja Ilya dengan suami yang berasal dari Canada berkenalan sejak
tahun 2012 melalui aplikasi media sosial dan melangsungkan perkahwinan pada 23
September 2021 tahun lepas.

2.4 FAKTOR PENGAJIAN

Banyak institusi di negara ini yang telah menghantar pelajar-pelajar mereka ke luar
negara. Perkara ini juga menjadi salah satu daripada faktor terjadinya perkahwinan campur.
Hal ini demikian kerana, apabila mereka pergi ke luar negara secara tidak langsung mereka
akan mengenali pelbagai jenis bangsa yang terdapat di negara tersebut. Oleh sebab itu, secara
tidak langsung pengenalan yang rapat mungkin akan mengakibatkan mereka melangsungkan
perkahwinan mereka di negara tersebut. Sebagai contoh, negara Malaysia sering kali
mengadakan program exchange student ke luar negara seperti Australia khususnya. Jadi
secara tidak langsung mungkin melalui pengajian akan menjurus kepada berlangsungnya
perkahwinan campur antara pelajar dari Malaysia dan Australia.

3.0 POWER DISTANCE INDEKS DALAM KONTEKS NEGARA AUSTRALIA

Model Hofstede merupakan salah satu pendekatan yang bertindak menyatukan nilai-nilai
kemanusiaan menerusi dimensi budaya yang menjadi paksi dalam menguruskan konflik.
Dalam konteks ini, model ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Dutch, Geert
Hofstede. Beliau telah mengenal pasti empat orientas atau asas yang menjadi keutamaan
dimiliki oleh manusia (Rosemary & Rosanna, 1998).

1. Jarak kekuasaan (Power Dinstance)


2. Pengelakan keadaan yang tidak menentu (Uncertainty Avoidance)
3. Individualistik lawan kumpulan (Individualism versus Collectivism)
4. Kelakian lawan kewanitaan (Masculinitu versus Femininity)

Antara keempat-empat asas tersebut kajian ini akan menfokuskan kepada asas jarak
kekuasaan (Power Distance) sahaja. Walaupun model Hofstede ini lebih diaplikasikan
dalam kalangan perbezaan budaya yang mana dalam suatu organisasi. Namun demikian,
nilai-nilai yang wujud hasil daripada kajian yang dijalankan di sesuatu komuniti terutamanya
dalam membantu untuk memahami dan mengatasi persoalan gejala sosial.

Suatu masyarakat lazimnya terbentuk dengan beberapa elemen yang menjadi


pengikat dan penghubung dalam kalangan ahli-ahlinya. Sebagai contoh, amalan adat resam
dan budaya yang menjadi tiang seri kepada tonggak penyatuan dalam kalangan mereka. Hal
ini demikian kerana, setiap masyarakat pastinya memiliki budaya tatacara hidup masing-
masing yang diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Dalam konteks masyarakat di
Australia mereka telah mengamalkan perkahwinan campur dalam kalangan mereka. Sebagai
contoh, perjahwinan campur yang berlaku dapat memperlihatkan kepada kita interaksi
budaya yang berlaku dalam kedua-dua belah keluarga. Perkahwinan antara budadaya atau
disebut sebagai perkahwinan campur ini adalah melibatkan pelbagai budaya dan latar
belakang. Apabila kedua-dua budaya ini digabungkan, besar kemungkinan ada cabaran besar
yang mereka hadapi.

Kehadiran perkahwinan dan hubungan antara budaya jelas akan berkembangnya


masyarakat di seluruh budaya mungkin terdiri daripada bahasa, agama, atau etnik bersama
(Mahmmod Zuhdi Haji Abdul Majid, 2008). Tujuan utama untuk berkahwin adalah untuk
menyatukan lelaki dan wanita secara emosional, rohani dan fizikal, sebagai suami dan isteri,
itu adalah komitmen yang dibuat di hadapan Tuhan, dan berlaku hingga mati. Perkahwinan
antara budaya sering dipengaruhi oleh faktor luaran yang boleh menimbulkan pertentangan
dan perselisihan dalam hubungan. Budaya yang berlainan mempunyai asas moral, etika dan
nilai yang sangat seragam yang mempengaruhi persepsi mereka terhadap gaya hidup
individu, keluarga dan masyarakat. Ketika asas-asas ini beroperasi bersama dengan landasan
akar budaya yang berbeza, seperti dalam perkahwinan antara budaya, masalah dan
perselisihan seringkali terjadi.

Perkahwinan antara budaya adalah kejutan budaya (penyesuaian dengan budaya


baru). Semasa mempertimbangkan perkahwinan antara budaya, salah satu daripada pasangan
harus mengenalkan budaya baru. Sebaik-baiknya, kedua-duanya harus membiasakan budaya
dan undang-undang antara satu sama lain (Mai Yamani, 1998). Sebagai contoh, Orang bukan
Islam yang berkahwin dengan orang Islam harus mematuhi undang-undang tertentu dalam
Islam dimana Islam melarang perkahwinan antara wanita Muslim dan lelaki bukan Islam.
Oleh itu, mana-mana pasangan perlu menukar dan mematuhi peraturan Islam. Selanjutnya,
perkahwinan antara budaya mempunyai perbezaan yang berbeza antara tradisi dan budaya.
Perbezaan budaya juga merangsang konflik perkahwinan, terutama dalam perkahwinan
antara budaya.

Sehubungan dengan itu, budaya ini dipercayai turut mempengaruhi, pendekatan dalam
penyelesaian sesuatu konflik yang wujud. Perbezaan pendekatan ini disebabkan oleh faktor
seperti status, kekayaan dan kuasa yang membawa kepada status tertentu. Situasi ini akan
membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai ketidaksamaan persepsi yang tercetus akibat
ketaksamaan kuasa (Dugan Ramano, 1998). Situasi ini akan membawa kepada apa yang
diistilahkan sebagai ketidaksamaan persepsi yang tercetus akibat ketaksamaan kuasa.
Masyarakat yang berlainan status mempunyai dimensi yang berlainan terhadap sesuatu
konflik yang dihadapi. Dalam sesuatu komuniti, ketidaksamaan kekuasaan sememangnya
tidak boleh dielakkan dan ia berlaku secara berterusan. Ketidaksamaan ini wujud kerana
terdapat hierarki.

3.1 SASHA ABDUL AZIZ DAN SUAMI

Hubungan interaksi yang berlaku melalui perkahwinan campur dapat dilihat melalui
beberapa orang artis Melayu yang menjalinkan hubungan negara luar khususnya Australia.
Oleh itu, saya akan memfokuskan budaya interaksi yang berlaku keatas pasangan ini.
Sebagai contoh, perkahwinan campur yang terjadi terhadap seorang penggemar fitness,
kecantikan dan fesyen atau lebih dikenali dengan nama Sasha Abdul Aziz yang juga
merupakan ‘Mompreneur’ yang ada menjalankan perniagaan sendiri dan memiliki tubuh
badan yang ideal yang menjadi inspirasi ramai wanita diluar sana (Rozumah Baharudin,
2003). Sasha Aziz merupakan seorang wanita yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
telah berkahwin dengan seorang jejaka pilihan hatinya iaitu Doseofliu yang berasal dari
Australia dibesarkan di Canada dan berkerja kini di Dubai. Sasha Aziz diberi pendidikan
dalam budaya Melayu dan dibesarkan dalam agama Islam. Walaupun Sasha mempunyai
darah keturunan campuran Siam dari keluarga moyang datuknya, namun adat dan penerapan
budaya Melayu tetap menjadi pegangan kepada ahli keluarganya. Perbezaan pengamalan
budaya antara kedua-dua belah pihak secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan.

Bangsa Melayu merupakan kumpulan etnik di Semenanjung Tanah Melayu dan


sebahagian pulau-pulau berdekatan di Asia Tenggara, termasuk pantai timur Sumatera dan
pantai Borneo. Orang-orang Melayu suatu ketika dahulu adalah orang-orang Kalimantan
pesisir yang meluas ke Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Ramai orang Melayu
adalah penduduk luar bandar, tinggal di kampung dan bukannya di bandar. Sebahagian besar
Semenanjung Tanah Melayu diliputi oleh hutan, dan kampung-kampung, dengan populasi
dari 50 hingga 1.000, terletak di sepanjang sungai dan pantai atau di jalan raya. Sebagaimana
yang kita sedia maklum, adat dan budaya Melayu tradisional ini terdapat pantang larang yang
dipupuk dalam diri yang perlu diikuti sejak dari awal kelahiran seseorang sehinggalah
kematian.

Akan tetapi, dengan kemajuan dan kemodenan dunia semasa, sesetengah pantang
larang dan kepercayaan tertentu sudah tidak lagi diikuti dan diwarisi kerana kebanyakannya
merasakan ianya tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Budaya dan adat melayu boleh
dikatakan kebanyakannya berteraskan kepada ajaran agama Islam seperti kesopanan, hormat-
menghormati antara satu dengan yang lain terutamanya golongan yang lebih berusia,
bersikap jujur, amanah, bertanggungjawab dan banyak lagi nilai-nilai murni yang
melambangkan budaya Melayu. Dengan kata lain, budaya dan adat resam orang melayu yang
diwarisi dari golongan terdahulu adalah bebas diamalkan selagi mana ianya tidak
bertentangan dengan ketetapan hukum syarak. Manakala suami Sasha pula iaitu Doseofliu
merupakan bangsa Aborigin iaitu penduduk asli dari daratan Australia dan pulau-pulau
sekitarnya seperti Tasmania dan Kepulauan Selat Torres (Nocole, 2005).

Dilahirkan pada 18 February 1991 di Royal Children's Hospital. Beliau mendapat


pendidikan awal di Taylor High School terletak di tengah-tengah Sydney Sekolah ini adalah
sekolah menengah antarabangsa yang direka khas untuk pelajar Gred 10, 11 dan 12. Taylor
High School Sekolah ini membantu pelajar antarabangsa yang berkelayakan akademik,
keyakinan diri dan kemahiran peribadi yang diperlukan. Taylor High School telah
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar selama lebih dari 90 tahun. Sejak
mendaftarkan kumpulan pelajar antarabangsa pertama pada tahun 1925, Taylor High School
telah berjaya menamatkan kira-kira 400,000 pelajar. Apa yang menarik tentang budaya dari
Australia adalah budaya Barat yang berasal terutamanya dari Britain Warga Australia
umumnya agak santai dan berfikiran terbuka. Bahasa Inggeris Australia adalah bahasa rasmi
negara dan merupakan bahasa pertama majoriti penduduk. Bahasa Inggeris Australia berbeza
dengan jenis bahasa Inggeris yang lain dalam perbendaharaan kata, loghat, sebutan,
tatabahasa dan ejaan (Dugan Ramano, 1998). Warga Australia pada amnya tidak formal, jadi.
Adalah biasa berjabat tangan dan orang Australia biasanya hanya menggunakan nama depan
untuk memperkenalkan orang. Walaupun Australia mempunyai tradisi pemerintahan sekular
yang kuat, organisasi keagamaan telah memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat. Gereja-gereja Kristian, khususnya, telah memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Sebelum
melangsungkan perkahwinan dengan Sasha Aziz, Doseofliu telah memeluk Islam dan telah
mempelajari serta mendalami agama yang suci ini dengan menghambakan diri kepadaNya
serta telah menukar nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ahmad Herman.

Walaupun telah berkahwin dengan bangsa asing, Sasha masih mengayakan kehidupan
seperti bangsanya tersendiri dimana menghormati lelaki yang telah bergelar suaminya dan
melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Perbezaan budaya tidak
membantutkan sesebuah sistem kekeluargaan tersebut jika tiada pertikaian oleh mana mana
pihak yang terlibat dalam melaksanakan nilai tersebut. Dalam dunia sosiologi, interaksi
sosial adalah urutan dinamik tindakan sosial antara individu (atau kumpulan) yang mengubah
tindakan dan reaksi mereka kerana tindakan oleh rakan interaksi mereka. Interaksi sosial
dapat dibezakan menjadi tidak sengaja, berulang, biasa dan teratur.Interaksi sosial adalah
pertukaran sosial antara dua atau lebih individu. Interaksi ini menjadi asas bagi struktur sosial
dan oleh itu merupakan objektif utama penyelidikan dan analisis sosial. Interaksi sosial boleh
dikaji antara kumpulan dua, tiga atau kumpulan sosial yang lebih besar. Struktur dan budaya
sosial didasarkan pada interaksi sosial (Mai Yamani, 1998). Dengan berinteraksi antara satu
sama lain, orang merancang peraturan, institusi dan sistem di mana mereka berusaha untuk
hidup. Simbol digunakan untuk menyampaikan harapan masyarakat tertentu kepada mereka
yang baru mengenalnya, baik kanak-kanak atau orang luar. Melalui skema pembangunan
sosial yang luas ini, seseorang dapat melihat bagaimana interaksi sosial menjadi terasnya.
Budaya tidak semata-mata ditentukan oleh bahasa ibunda atau kewarganegaraan seseorang.
Memang betul bahawa bahasa berbeza-beza mengikut negara dan wilayah dan bahasa yang
kita ucapkan mempengaruhi realiti kita.

Tetapi bahkan orang yang bercakap bahasa yang sama mengalami perbezaan budaya
kerana pelbagai identiti budaya dan pengalaman peribadi mereka yang bersilang. Kita
mempunyai kecenderungan untuk melihat bahasa kita secara keseluruhan lebih baik daripada
bahasa lain (Rosemary & Rosanna, 1998). Walaupun orang mungkin membuat hujah yang
meyakinkan mengenai bahasa mana yang lebih menyenangkan di telinga atau sukar atau
senang dipelajari daripada yang lain, tidak ada satu bahasa yang membolehkan penutur
berkomunikasi lebih berkesan daripada yang lain. Sejak lahir kita disosialisasikan ke dalam
pelbagai identiti budaya kita seperti konteks sosial, proses akulturasi ini adalah gabungan
pelajaran yang tersirat. Nilai budaya ini akan disebarkan melalui tindakan harian dan
penggunaan bahasa.

4.0 PENERANGAN KRITIKAN

Dalam dunia yang kompleks seperti dunia kita, kita masing-masing dibentuk oleh banyak
faktor dan budaya adalah salah satu kekuatan kuat yang bertindak terhadap kita. Ahli
antropologi Kevin Avruch dan Peter Black menjelaskan kepentingan budaya adalah pusat
dari apa yang kita lihat, bagaimana kita memahami apa yang kita lihat, dan bagaimana kita
mengekspresikan diri kita. Oleh kerana orang dari pelbagai kumpulan budaya menghadapi
cabaran menarik untuk bekerjasama, nilai budaya kadang-kadang bertentangan. Kita boleh
salah faham antara satu sama lain, dan bertindak balas dengan cara yang dapat menghalangi
perkongsian yang dijanjikan.

Sering kali, kita tidak menyedari bahawa budaya bertindak terhadap kita. Kadang-
kadang, kita bahkan tidak menyedari bahawa kita mempunyai nilai budaya atau anggapan
yang berbeza dari yang lain. Salah satu aspek gaya komunikasi adalah penggunaan bahasa.
Di sebilangan budaya, beberapa perkataan dan frasa digunakan dengan cara yang berbeza.
Aspek utama gaya komunikasi lain adalah tahap kepentingan yang diberikan kepada
komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan merangkumi bukan sahaja ekspresi wajah
dan gerak tubuh ia juga melibatkan pengaturan tempat duduk, jarak peribadi, dan waktu. Di
samping itu, secara tidak langsung dengan adanya norma-norma yang berbeza mengenai
tahap ketegasan yang sesuai dalam berkomunikasi dapat menambah salah faham budaya.

Variasi antara budaya dalam sikap terhadap pengungkapan juga merupakan sesuatu yang
harus dipertimbangkan sebelum membuat kesimpulan bahawa kita mempunyai bacaan yang
tepat mengenai pandangan, pengalaman, dan tujuan orang-orang yang bekerja bersama kita.
Selain membantu kita memahami diri kita sendiri dan kerangka rujukan budaya kita sendiri,
pengetahuan tentang enam pola perbezaan budaya ini dapat membantu kita memahami
orang-orang yang berbeza dari kita. Penghayatan terhadap corak perbezaan budaya dapat
membantu kita dalam memproses menjadi berbeza dengan cara yang menghormati orang
lain, tidak mencari kesalahan atau merosakkan. Kita juga dapat belajar untuk berkolaborasi
melintasi silang budaya sebagai individu dan sebagai masyarakat.
5.0 KESIMPULAN

Walaupun interaksi antara budaya bukanlah sesuatu yang baru dan telah berlangsung
selama berabad-abad, dengan munculnya globalisasi, dunia semakin hampir. Maka tidak
menghairankan bahawa orang harus melakukan perjalanan ke pelbagai tempat di dunia
sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka dan harus menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru itu. Semua organisasi hari ini harus mewujudkan persekitaran di mana
masalah, rancangan, isu, pendapat, pemikiran dan idea berkaitan dengan pekerjaan,
dibincangkan dan ditangani secara profesional, mahir melalui komunikasi positif dan
berkesan. Komunikasi, seperti semua tingkah laku manusia, diatur secara tidak sedar oleh
nilai-nilai budaya yang mendalam, dan pilihan untuk set nilai tertentu menghasilkan corak
komunikasi yang khas.

Dalam persekitaran kerja pelbagai budaya hari ini, semakin penting untuk memahami
nilai-nilai tersirat yang mempengaruhi gaya komunikasi kita dan pekerja kita dapat
menangani perbezaan secara terbuka dan memeriksa kejelasan dan pemahaman untuk
meningkatkan kerjasama, kejayaan, dan hubungan kita. Sehubungan dengan itu, jelaslah
bahawa perkahwinan campur ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada
perkembangan interaksi antara budaya negara Malaysia dan Australia.
6.0 BIBLIOGRAFI

Constable, Nicole (2005), Introduction: Cross-Border Marriages, Gendered Mobility and


Global Hpergamy, Philadelphia: University of Pennsylvania.

Dugan Romano (1988), Intercultural Marriage: Promises & Pitfalls, United States:
Intercultural Press, Inc.

Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (2008), Famili Harmoni Memupuk Keluarga Bahagia,
Shah Alam: Kaya Bestari.

Mai Yamani (1998), Cross Cultural Marriage within Islam: Ideal and Reality dalam
Rosemary & Rosanna Hill, Cross-Cultural Marriage: Identity and Choice, New York:
Berg.

Rosemary Breger & Rosanna Hill (1998), Introducting Mixed Marriage dalam Rosemary
Bregger & Rosanna Hill Cross-Cultural Marriage: Identity and Choice, New York:
Berg.

Rozumah Baharudin (2003), Perkahwinan Campur di Malaysia, Serdang: Penerbit Universiti


Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai