Anda di halaman 1dari 3

PERKAHWINAN CAMPUR

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang


berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan
perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari
golongan berbeza sama ada agama atau bangsa.

Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah


terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya
perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu,
perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia.
Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan
campur di Malaysia sejak dulu hingga kini.

Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah


perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti
dinyatakan dalam ayat al Quran,

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari


perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
berkahwinlah dengan seorang sahaja”. (Surah An-Nisaa’ - ayat 3)

Perkahwinan campur mempunyai takrifan yang tersendiri dan juga


terdapat juga sejarah yang terbina atas perkahwinan campur yang
dilakukan. Faktor-faktor perkahwinan campur, implikasi positf dan
negatif turut akan dihuraikan dengan lebih lanjut. Adalah dipercayai
sebab perkahwinan campur berlaku adalah :-

i. Seseorang mungkin melakukan perkahwinan campur dengan alasan


idealism.
ii. Seseorang bersifat kosmopolitan atau memilih rakan secara personal
bukan alasan budaya.
iii. Seseorang melakukan perkahwinan campur untuk menentang pihak
berkuasa atau orang tua baik secara sedar ataupun tidak sedar.
iv. Seseorang melakukan perkahwinan campur kerana tertarik secara
psikoseksual
Perkahwinan campur telah banyak terjadi di negara kita dalam berbagai-
bagai tingkatan masyarakat. Banyak faktor yang menyebabkan
terjadinya perkahwinan campur selain dari cinta terhadap pasangan.
Antaranya, ekonomi, transportasi, globalisasi informasi, pendidikan,
kecanggihan teknologi, ekonomi dan masih banyak lagi. Berdasarkan
kajian terdahulu yang dilakukan, jalur perkenalan yang membawa
pasangan berbeza kewarganegaraan berkahwin antara lain adalah
perkenalan melalui internet, teman kerja, berkenalan semasa berhibur,
bekas teman sekolah atau kuliah dan sahabat pena. Ada beberapa
orang yang telah berkahwin campur disebabkan cara hidup orang Islam
di negara kita. Mereka mengatakan bahawa mereka tertarik dengan
budaya orang Islam kerana didedahkan dengan suasana sebegitu sejak
dari kecil lagi.

Akomodasi merupakan proses penyesuaian sosial dalam interaksi


antara individu dan antara kelompok untuk meredakan pertentangan.
Apabila wujudnya perkahwinan campur maka akan lahirlah penyesuaian
sosial. Seperti contoh adakah kesepaduan akan rosak apabila kaum
India mengahwini kaum Cina. Maka akan wujud perselisihan dan
pertikaian. Masing-masing kelompok dengan kemahuannya sendiri
berusaha untuk berakomodasi menghilangkan jurang yang menjadi
pangkal pertentangan sehingga konfliknya selesai. Jika akomodasi
dipupuk dalam perkahwinan campur nescaya dapat mengurangi
terjadinya perselisihan kelompok-kelompok yang berselisih, mencegah
sementara terjadi lebih luas perselisihan dan usaha menyatukan bagi
kelompok-kelompok yang terpisah.

Konsep Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap


kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan
etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing. Formula: A+B+C = A+B+C. A, B dan C merujuk kepada budaya.
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik
bersetuju untuk menghentikan dan mengelak konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau
selam-lamnya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-
kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang
berasingan.

Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar


dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu, masyarakat
secara umumnya masih sangsi dengan keberkesanan penyatuan dua
budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama.
Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup
juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan
campur dalam menjalani hidup seharian.Masyarakat muslim di Malaysia
sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang
memeluk Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligus
melemahkan semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam.
Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang mengapa
kadang- kala saudara baru seagama ini kembali kepada kepercayaan
lama sekali gus membawa kepada keruntuhan perkahwinan dan
kemusnahan unit keluarga.

Anda mungkin juga menyukai