Anda di halaman 1dari 6

PERKAHWINAN CAMPUR DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DIMALAYSIA

PENDAHULUAN
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan- perempuan lain dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan
seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa - Ayat 3 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja sertakeinginan) hendak
berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan ituakan memejamkan matanya (terhadap
orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin
hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim)

Menerusi dalil- dalil tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah SWT telah
mengsyariatkanibadat perkahwinan atau munakahat kepada umat Islam.Kertas kerja ini ditulis
bertujuan untuk mengupas isu perkahwinan campur di kalanganmasyarakat Islam di Malaysia
serta mengkaji kesan-kesan, sama ada positif atau negatif, yangwujud hasil dari perkahwinan
campur di Malaysia terhadap individu secara khusus, unit keluargaserta masyarakat secara
umumnya.Selain itu, kertas kerja ini juga akan mengupas isu- isu yang berkait rapat dengan
perkahwinancampur sama ada penyatuan perhubungan sesama rakyatMalaysiaatau warga
asing. Topik- topik yang akan dimasukkan di dalam perbincangan termasuklah
isukewarganegaraan, penceraian, pandangan dan penerimaan masyarakat .

2 DEFINIS
2.1 NIKAH
Terdapat dua jenis definisi yang dapat dilihat dari perkataan nikah itu sendiri.Menurut bahasa
nikah bermaksud ikatan atau simpulan. Dari segi syarak pula nikah bermaksudsuatu ikatan atau
akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di
antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

2.,2 PERKAHWINAN CAMPUR


Terma perkahwinan campur sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katholik
untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Tapi kini
terma perkahwinan campur juga membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang
berlainanagama, bangsa dan warganegara. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua
insan darigolongan berbeza sama ada berlainan agama atau bangsa juga dipanggil
eksogami. Dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur dalam Islam adalah perkahwinan
diantara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa,agama atau kewarganegeraan. Sebagai
contoh, sekiranya seorang muslim melayu berkahwin dengan seseorang yang berbangsa
Inggerisyang pada asalnya merupakan penganut agama lain, perkahwinan itu bolehlah dikira
sebagai perkahwinan campur.Perkahwinan campur boleh terjadi dalam 3 kategori yang berbeza
seperti yangdinyatakan berikut beserta dengan contohnya sekali.1.
Antara Kaum
: Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu denganseorang muslim berbangsa
Cina.2.
Antara Negara
: Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu denganseorang muslim berbangsa Arab
yang berasal dariDubai3.
Antara Agama
: Perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian.

3 PERKAHWINAN CAMPUR
3.1 Antara Kaum
Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan
masyarakat.Malaysiasendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama.
Perkahwinan sebegini samaada antara Melayu denganCina,Indiaatau bangsa lain senegara
melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungandua budaya.Secara lazimnya,
golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama laintermasuk agama
Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin
dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman IslamMalaysiadan beberapa badan bukan kerajaan
seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan
tersebut.

3.2 Antara Negara


Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegaraMalaysia beragama Islam
dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini,
pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan berkahwindisertakan dengan
dokumen- dokumen berikut : Salinan passport yang sahSurat kebenaran dari kedutaan negara
pemohonSurat keterangan dari Jabatan ImigresenMalaysia

3.3 Antara Agama


Terdapat juga kes-kes istimewa diMalaysiamelibatkan seorang warganegarayang beragama
selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islamwalaupun pasangan
dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinancampur yang
terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan HakimMahkamah Tinggi
dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaanantarabangsa
mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannyatetap wujud
walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 AktaMempebaharui Undangundang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk
menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur- prosedur penceraian tidak
dijalankan.

4.IMPAKKEPADAPERKAHWINANCAMPUR
Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia meninggalkan
impak bukansahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap
masyarakatsekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat dari
dua sudut,iaitu sudut positif dan sudut negative

4.1IMPAKPOSITIFKEPADAPERKAHWINANCAMPUR
Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsungmerupakan satu
cara untuk menyebarkan ajaran Islam. Di Malaysia, perkahwinan antara seorangMuslim dengan
bukan Muslim mensyaratkan bukan Muslim tersebut perlulah memeluk agamaIslam. Dengan itu,
dapatlah ajaran Islam yang murni diajarkan kepada bukan Muslim tersebutdengan harapan
beliau akan mendapat hidayah dari Allah untuk mengikut ajaran Islam
dalamkehidupan.Menerusi perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, diharapkan
dapatmemupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebih
mendalam budaya dan adapt bangsa yang lain. Sesebuah perkahwinan dari dua bangsa berbeza
pasti perlutolak ansur dan pemahaman serta penyesuaian diri dengan budaya asing.Anak- anak
hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya yang
berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budayaantara ibu dan bapa
sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatandalam diri anak- anak.
Selain itu, anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap
budaya orang lain. Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang mempunyai
masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan. Dengan perkembangan globalisasi yang semakin
pesat kini, perkahwinan campur adalahsatu fenomena yang pasti berlaku. Perkahwinan campur
secara tidak langsung merupakan hasildari perkembangan pesat globalisasi dan diharapkan dapat
menyatukan kepelbagaian budayamasyarakat dalam mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan
negara.

4..2IMPAKNEGATIFKEPADAPERKAHWINANCAMPUR
Secara ideal, perkahwinan campur itu dikatakan dapat memupuk persefahamanantara berbilang
bangsa dan budaya. Namun begitu, realitinya perkahwinan campur juga kadang-kala menemui
jalan buntu apabila pihak yang terlibat tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat
resam antara dua kaum berbeza. Sikap tidak mahu bertolak- ansur antara dua pihak
mengakibatkan kegagalan dalam perkahwinan campur yang akhirnya membawa kepada
kemusnahan unit keluarga tersebut.Agak sukar untuk mengubah persepsi dan kepercayaan yang
telah dipupuk sejak sekian lamayang telah sebati dalam diri. Tanpa pendedahan terhadap ilmu
agama yang cukup, ramai saudara-saudara baru Islam hasil dari perkahwinan campur ini
akhirnya terjerumus kembali dalamkefahaman dan kepercayaan lama. Perkahwinan tersebut
mungkin melalui jalan- jalan sukar bagimembetulkan persepsi yang telah lama terpahat dalam
diri.Akibatnya kedengaran banyak kes-kes perkahwinan campur yang berakhir dengan
episod penceraian. Penceraian mungkin terjadi akibat dari tidak benar- benar memahami konsep
sebenar perkahwinan dan keengganan untuk berubah serta bertolak ansur.

5 KONKLUSI
Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar dikalangan
masyarakatMalaysia. Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih sangsi dengan
keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama.
Pandangan masyarakat yangskeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada
kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dalam menjalani hidup seharian.Masyarakat
muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk
Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligusmelemahkan semangat saudara baru
ini untuk lebih mendalami Islam. Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang
mengapa kadang- kala saudara baru seagama ini kembalikepada kepercayaan lama sekali gus
membawa kepada keruntuhan perkahwinan dankemusnahan unit keluarga.Pihak berkuasa juga
memainkan peranan dalam memastikan perkahwinan campur antara kaum atau agama untuk
berjaya. Saluran- saluran bantuan untuk tujuan tersebut tidak diwar-warkan secara luas
mengakibatkan ramai pasangan yang menjadi tawar hati untuk meneruskan perkahwinan

campur. Sebagai contoh, kesukaran untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan untuk pasangan
dan anak-anak hasil dari perkahwinan dengan warga asingmembawa masalah kepada golongangolongan yang terlibat. Namun begitu, dengan pendedahan ilmu yang meluas serta kajian
terperinci dalam sistem perundangan terbabit mungkin dapat mengubah persepsi bahawa
perkahwinan campur ini sukar untuk dipertahankan.Sesungguhnya Allah telah berfirman
dalam surah Al-Hujurat Ayat 13:

Anda mungkin juga menyukai