Anda di halaman 1dari 3

Definisi Keluarga

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga bermaksud satu kumpulan manusia yang di hubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.Menurut Yayasan Budi Penyayang Malaysia pula, keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada empat iaitu:

Keluarga Asas:
terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak;

Keluarga Luas:
terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama keturunan;

Keluarga Orientasi:
keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya.

Keluarga Prokreasi:
keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan,membudayakan dan mensosialkan zuriat

Salasilah
Menurut kamus sastera melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah keluarga adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah keluarga.

Kepentingan Salasilah Keluarga


Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahimkaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta denganmenyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat.(Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barang siapa menyambungkan tali kekeluargaan,Aku pun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti. Lebih daripada itu di riwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahimakan memakmurkan rumah dan menambahkan usia walaupun para pelakunya bukan orang baikbaik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipat gandakan kekayaan dan menolak bala.

Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (Silaturahim).Selain itu, kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelak masalah perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak dengan adik kandung (mahram) yang boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus kekal di perantauan, berkahwin baru dan mendapat anak-anak pula di tempat baru. Manakala di kampung asalsudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Perpisahan yang terus menerus tidak balik-balik dan tidak memperkenalkan anak-anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku perkahwinan mahramini. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan secara terperinci susur galur salasilah mereka kepada anak cucu supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan/pergaduhan antara sesama saudara mara dan perkahwinan antara adik beradik kandung.

Anda mungkin juga menyukai