Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ MARA BANTING KAMPUNG LABUHAN DAGANG,BUKIT CHANGGANG, BANTING,SELANGOR

NIKAH KHITBAH : SATU SOLUSI

NAMA

: MOHD FITTRI FAHMI BIN FAUZI

NO. ID : 000481912007334992 KELAS : M11G

PENSYARAH : USTAZ JAMEER BIN MD. SAAD

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah. Pertama-tama sekali saya ingin merafakkan seinfiniti kesyukuran terhadap Allah s.w.t,Tuhan yang Maha Pemberi dan Maha Mempermudah Urusan kerana telah mengurniakan saya ruang dan peluang untuk akhirnya menyiapkan Folio Pendidikan Islam Semester 1 Kolej Mara Banting ini. Tanpa kudrat dan iradatnya, tidaklah dapat saya mendapat kekuatan fizikal, mental dan intelektual untuk menyempurnakan kerja khusus ini.Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dari-Nya dan tiadalah daya tanpa yang diberikan oleh-Nya. Kedua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Ustaz Jameer bin Mohd Saad, guru Pendidikan Islam saya atas segala bimbingan dan dorongan beliau kepada saya dalam memberi tunjuk ajar dan panduan berkenaan tajuk yang saya kaji ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa berada di sisi untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi bagi menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua warga Kolej Mara Banting yang banyak memberikan sokongan dan bantuan kepada saya daripada staf Pusat Sumber Pembelajaran hinggalah kepada pihak pentadbiran kolej.Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Semoga Allah membalas budi baik anda semua dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian berikan kepada saya sepanjang proses penyempurnaan folio ini. Segala pertolongan dan bantuan anda semua saya ucapkan jazakumulullah khairan kathira.

PENGENALAN
Dewasa ini, kita sering melihat sering sahaja melihat berita tentang gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerap dipaparkan di pelbagai media baik media massa,media elektronik mahupun media cetak. Fenomena ini kelihatan semakin menjadi-jadi dari hari ke hari sehingga kadang kala tidak sanggup untuk kita menatap akhbar yang dibeli pada setiap hari kerana ada sahaja kes-kes gejala sosial yang amat teruk yang dilaporkan. Lebih menyedihkan apabila perbuatan-perbuatan yang memalukan ini dilakukan oleh remaja Melayu Islam yang mana menduduki carta teratas dalam peratus penglibatan gejala sosial di Malaysia. Kes-kes pembuangan bayi, zina dan seks bebas seakan-akan sudah menjadi lali untuk didengar dan dibaca di saluran media perdana. Ramai pihak yang mengambil jalan mudah dan menuding jari kepada pihak remaja secara khususnya sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal ini. Sedangkan , bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Hal ini kerana, kesalahan atas gejala seperti ini tidak boleh diletakkan dia atas jemala remaja sahaja tetapi harus dilihat secara holistik dan menyeluruh. Fasa remaja adalah fasa yang paling mencabar kerana pada masa inilah mereka terdedah kepada banyak budaya yang tidak sihat dari barat. Ditambah lagi dengan keadaan biologi pada fasa ini iaitu rembesan hormon-hormon yang merangsang keadaan fisiologi remaja , maka terjadilah budaya couple atau berpasangan tanpa ikatan perkahwinan yang menjadi salah satu faktor signifikan dalam menyumbang kepada masalah ini. Sudah menjadi fitrah manusia untuk mempunyai keinginan untuk dicintai dan mencintai, dan rasa ingin memiliki dan dimiliki lebih-lebih lagi di fasa remaja ini. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik. Solusi yang dianjurkan oleh Islam bagi pasangan yang saling mencintai tidak lain dan tidak bukan adalah nikah. Sebagaimana yang diperkatakan dalam hadis Rasululllah (saw):"Tidak ditemukan jalan lain bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah" (HR. Ibnu Majah)1

Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677)

Namun begitu , melihatkan keadaan dan persepsi masyarakat pada ketika ini,amat sukar untuk kita merealisasikan visi Rasululullah (saw) di atas ini. Pelbagai alasan diberikan untuk memadamkan keinginan remaja yang ingin berkahwin awal. Namun, jika remajaremaja ini terlibat dalam perhubungan sebelum kahwin,pergaulan bebas dan yang sewaktu dengannya, tidak ada pula suara-suara yang berani mencegah dan memadamkan api maksiat yang semakin membara dalam diri mereka ini. Baru-baru ini, timbul isu mengenai Nikah Khitbah ataupun lebih dikenali sebagai Nikah Gantung dalam masyarakat Melayu yang digembar-gemburkan sebagai menjadi satu penyelesaian kepada masalah ini. Walau bagaimanapun, perhatian dan minat masyarakat terhadap isu ini mulai pudar dan lesu kerana kurangnya sumber-sumber dan kajian ilmiah tentang nikah gantung ini. Oleh sebab itu, saya berasa terpanggil untuk mengkaji dan melakukan percernaan mengenai isu ini supaya dapat memberi pencerahan kepada masyarakat di luar sana khususnya ibu bapa dan remaja dan menghapuskan segala miskonsepsi berkenaan nikah khitbah ini. Bagi saya, nikah khitbah ini harus diberikan perhatian kerana ianya mempunyai potensi besar untuk menjadi satu solusi kepada gejala sosial dan fenomena cinta sebelum kahwin dalam kalangan remaja di negara kita. Sepanjang kajian yang dilakukan, saya terpaksa melalui beberapa halangan yang besar oleh sebab kurangnya bahan rujukan dan kajian ilmiah tentang nikah khitbah.Namun begitu, ini tidak melemahkan semangat saya untuk menyiapkan kerja khusus ini kerana ianya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan diri saya sebagai seorang remaja yang sedang mengharungi zaman muda remaja yang begitu mencabar dan mempesonakan ini.

Oleh itu,saya berharap agar hasil kajian yang mungkin tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan tesis-tesis yang dilakukan oleh professor-profesor dan alim ulama yang terkemuka , dapat menjadi obor penerang dan perintis kepada kajian-kajian lain yang lebih menyeluruh dan mendalam, selain menjadi sekelumit harapan kepada remaja-remaja seperti saya di luar sana untuk mendapat sedikit pemahaman berkenaan isu ini. Selamat Membaca.

NIKAH KHITBAH
DEFINISI Nikah : Bahasa: Berkumpul atau bercampur Istilah : Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan wanita Khitbah :Bahasa : Melamar Istilah : proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing2

DEFINISI KONSEPTUAL: Khitbah secara literalnya, ia membawa maksud bertunang. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orangorang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud separuh berkahwin. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian bercoupling berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan. Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan akad nikah dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka

Fiqh As-Sunnah, Syed Sabiq

melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama nikah gantung yang mana bunyinya agak mengerikan kepada sesetengah orang. Maksudnya di sini, nikah khitbah adalah nikah yang sebenarnya seperti yang dianjurkan dalam Islam dalam erti kata yang sebenar tetapi pelaksanaan tanggungjawab sebagai suami isteri ditangguhkan sehinggalah walimatul urus diadakan.Sebaik sahaja pengantin perempuan melangkah masuk ke rumah suaminya, maka bermulalah tanggungjawab suami untuk memberi nafkah zahir dan batin serta tanggungjawabtanggungjawab lain seperti yang digariskan dalam Islam.Nikah khitbah juga lebih dikenali sebagai nikah misyar di seluruh dunia dan istilah ini lebih biasa digunakan oleh alim-ulama di seluruh pelusuk dunia.

RUKUN : Rukun bagi nikah khitbah ini adalah seperti nikah yang biasa.Malahan tiada istilah nikah khitbah dalam Islam kerana ianya adalah nikah yang telah termaktub di dalam syariat. Rukun-rukunnya adalah seperti berikut3: 1. Wali Seorang lelaki muslim yang merdeka yang mempunyai hak menjadi wali terhadap perempuan,kerana selaku ayah,atau orang yang diwasiat,atau waris ashabah, atau selaku penanggung, atau selaku penguasa (sultan) atau sebab agama (Islam) 2. Mas kahwin Mas kahwin yang diserahkan oleh suami.Maskahwin yang dianggap mencukupi ukuran minima menurut syara adalah seperempat dinar syarie dari jenis emas atau 3 dinar syarie dari perak.Atau yang menyamai salah satu dari harta perniagaan.Ertinya dianggap sah saja suami menyerahkan mas kahwin misalnya berupa bekas,atau pakaian, atau kitab, atau lagu atau pekarangan atau seterusnya. 3. Saksi Dua orang saksi yang adil.Disunnahkan hendaklah 2 orang saksi hadir di majlis akad.Bila keduanya tidak menjadi saksi ketika akad, maka menjadi saksi ketika suami mengumpul isteri.

Gerbang Perkahwinan:Bimbingan Lengkap Membina Rumahku Syurgaku, Kuala Lumpur,2005, Ustaz Hj. Shihabuddin A.M.P

4. Tempat pelaksanaan Yang dimaksudkan adalah lelaki dan perempuan yang bebas dari segala hal yang menghalangkan dijodohkan seseorang dengan lainnya seperti contoh ada ikatan nasab,masih ada hubungan mertua,masih ada hubungan susuan. 5. Akad Ucapan seperti Aku terima nikahnya. Atau jika dari wali : Aku mengahwinkan.

CARA PELAKSANAAN 1. Akad Nikah Pernikahan dilakukan seperti biasa mengikut rukun-rukun dan cara yang telah termaktub di dalam syariat. Namun,setelah akad nikah dijalankan, suami dan isteri masih tidak duduk bersama sehinggalah walimatul urus diadakan.

2. Walimatul Urus Walimatul urus ditangguhkan terlebih dahulu sehingga waktu yang telah ditetapkan.

3. Nafkah Suami Nafkah kepada isteri masih lagi dipertanggungjawabkan kepada bapa perempuan tersebut. Sebaik sahaja tempoh yang ditetapkan habis dan walimatul urus diadakan dan isteri melangkah masuk ke rumah suami, maka bermulalah tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan tanggungjawab-tanggungjawab lain.

4. Tempoh Masa Tempoh masa dari bermula akad nikah sehingga walimatul urus diadakan akan ditetapkan terlebih dahulu melalui perbincangan antara kedua-dua buah keluarga.Perbincangan ini diadakan sebelum proses perkahwinan dimulakan.

HUKUM 1. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui4.

2. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang disebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan : a) Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya . b) Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya . 3. Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi5 : Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui bahawa terdapat dikalangan para suami yang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada isterinya yang

4 5

Ustaz Nasruddin bin Hassan At-Tantawi Fatwa Masa Kini, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah menyerupai nikah urfi walaupun bukanlah secara keseluruhannya. Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka. Saya bukanlah dikalangan orang yang mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelaki tersebut, Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara memenuhi pekahwinan ini. 4. Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jumah Al-Syafie (Mufti Mesir Sekarang): Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta tidak bercanggah dengan larangan syara pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila telah sempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka sempurnalah pernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut, maka pernikahan tersebut terbatal.

5. Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (Universiti Damsyiq, Syria) Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus tetapi makruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan tertentu.

Telah berkata Prof Dr Wahbah Az-Zuhaily, pensyarah Syariah di Universiti Damsyiq, Syria. Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT untuk merealisasikan beberapa tujuan. Di antaranya adalah :

1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.

2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan,

3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina

4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan wanita untuk kehidupan berumahtangga.

5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan ketenangan di antara suami dan isteri selain bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.

Perkahwinan Misyar juga merealisasikan sebahagian daripada tujuan-tujuan perkahwinan walaupun tidak kesemuanya. Isteri tidak mengambil haknya di dalam nafkah, tempat tinggal, sekiranya suami mempunyai isteri lain. Tujuan yang jelas daripada pernikahan ini adalah untuk bersenang-senang (melunasi fitrah batin isteri) samada si suami jelas mengambil faedah daripada harta isteri manakala si isteri dapat menikmati kehidupan berumah-tangga. Pada hemat saya, hukum perkahwinan misyar ini adalah sah sekiranya cukup dan sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak iaitu kerelaan wali, saksi dan pemakluman kepada umum. Sekiranya tidak cukup salah satu daripada syarat-syarat ini maka tidak sah di sisi para fuqahak.

Tetapi, sebagai jaminan kepada isteri dan hak-haknya dalam jangka masa yang panjang, hendaklah isteri tersebut berwaspada dengan mendaftarkan perkahwinan tersebut kepada pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab. Hal ini kerana, sekiranya si suami meninggal dunia, dituntut daripada si isteri iddah dan berhak terhadap warisan harta pusaka suami. Si isteri pula telah berubah fikiran dan menuntut haknya di dalam nafkah atau bahagian yang wajib daripada harta pusaka suami. Selagimana pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan didalam keadaan

yang sempurna dan optimum, maka saya memberikan peringatan dan tidak menggalakkan pernikahan ini dan menghukumkan ia sebagai makruh. HIKMAH NIKAH KHITBAH 1. Menangani gejala berpasangan tanpa ikatan yang sah(couple) Dengan pengamalan nikah khitbah , remaja khususnya dapat berhubungan di antara lelaki dan perempuan dan memenuhi fitrah berkasih sayang yang sudah ada dalam diri setiap manusia mengikut cara yang telah dianjurkan oleh agama.Faktor kestabilan ekonomi dan juga isu nafkah tidak akan timbul dan ini akan memberi peluang kepada pelajar yang masih berada proses pengajian untuk berada dalam perhubungan yang diberkati, halal dan berlandaskan syariat tanpa mengundang murka Allah.

2. Memberi ketenangan jiwa dan emosi Nikah khitbah akan memberi ketenangan jiwa dan emosi kepada golongan remaja yang mana sebelum ini mereka terpaksa mengharungi dugaan arus gelora emosi akibat perhubungan yang bertentangan dengan kehendak Allah dan menghampiri zina. Hal ini telah lama dijelaskan dalam al-Quran, Ar-Rum ayat 21, :

Maksud:Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir (Ar-Rum:21)

Perkara ini akan mencambahkan kesan yang baik kepada remaja dan pelajar khususnya. Mereka akan lebih fokus dalam pengajian mereka tanpa perlu lagi untuk memikirkan tentang soal hati dan perasaan yang dapat mengganggu konsentrasi dalam pembelajaran. Selain itu, mereka juga akan bebas dari segala fitnah dan kontroversi yang tipikal dalam kalangan remaja terutama yang melibatkan

perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi. Semua ini akan memberi kesan positif kepada pelajar dari segi emosi, karakter dan akademik. 3. Mengurangkan gejala seks bebas dan anak luar nikah Jika anak-anak muda yang sedang asyik bercinta dan betul-betul serius dalam berhubungan mengaplikasikan nikah khitbah, maka kita akan lihat bahawa gejala seks bebas dan anak luar nikah akan berkurangan. Hal ini kerana, kebanyakan kes-kes seperti ini biasanya bermula dari gejala couple atau bercinta tanpa ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Keadaan ini telah diramalkan oleh Rasululllah dalam sebuah hadis yang berbunyi: Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. 6

Dalam nikah khitbah, suami dan isteri masih tidak bersekedudukan namun jika mereka terlanjur sekalipun melakukan persetubuhan dan andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

4. Mendidik sikap tanggungjawab dan memupuk kematangan dalam kalangan muda mudi. Perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat besar dan keputusan yang bakal menentukan keadaan hidup seseorang. Individu ataupun pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan nikah khitbah sudah semestinya sudah berfikir panjang dan semasak-masaknya kerana ianya melibatkan soal tanggungjawab yang besar. Remaja yang memilih untuk terus bercinta atau berpasangan di luar ikatan perkahwinan melambangkan bahawa mereka tidak serius dan berhubungan hanya untuk suka-suka dan merasai keseronokan sementara yang akhirnya membawa kesan buruk kepada masa depan.

Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi

HALANGAN-HALANGAN KEPADA PELAKSANAAN NIKAH KHITBAH DALAM MASYARAKAT MALAYSIA MASA KINI 1. Salah faham tentang nikah khitbah Nikah khitbah sering kali disalah ertikan dengan nikah kontrak atau nikah mutaah yang memang sudah jelas keharamannya di sisi Islam sedangkan ianya amat jauh sekali berbeza dari segi prinsip dan pelaksanaan.Nikah kontrak adalah sebuah perkahwinan yang dibatasi waktu sehingga akan berakhir sesuai ketentuan waktu yang telah disepakati oleh kedua belah pihak yang melakukan perkawinan itu sendiri. Maknanya, lelaki dan wanita tersebut halal untuk masing-masing sehinggalah waktu yang ditentukan,maka terbatallah perkahwinan tanpa talaq. Hal ini amat terang sekali dilarang dalam Islam. Malangnya, ramai yang menyamakan nikah khitbah dengan nikah seperti ini. Kesannya, timbul salah faham dan fobia terhadap nikah khitbah ini dan ianya tidak diterima dalam masyarakat.

2. Budaya dan mindset masyarakat tentang perkahwinan awal Majoriti masyarakat kita bersikap amat skeptikal dengan perkahwinan awal. Hal ini kerana, bagi mereka , perkahwinan di usia muda merupakan satu risiko yang amat tinggi. Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. Saya belum bekerja!, Saya masih belajar!, Mana nak cari duit buat belanja kahwin?, Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?, Mak Ayah tak bagi!, Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Kestabilan ekonomi, kematangan, dan kebolehan memikul tanggungjawab adalah merupakan faktor-faktor utama yang menjadi hujah dalam menentang perkahwinan awal.

3. Penerimaan ibu bapa Perkahwinan merupakan sesuatu yang besar dalam hidup seseorang. Cinta muda mudi biasanya dianggap hanyalah sementara dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor usia. Oleh itu, ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa nikah khitbah merupakan satu risiko yang terlalu besar untuk diambil. Bagi mereka, boleh jadi perasaan cinta dan sayang yang dirasai oleh anak-anak mereka ini merupakan sesuatu yang bersifat sementara atau dengan kata yang lebih senang , cinta monyet , dan keputusan untuk meneruskan nikah khitbah hanya akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan anak mereka.

4. Perbezaan pendapat tentang hukum nikah khitbah Ulama berbeza pendapat tentang hukum sebenar nikah khitbah. Ada yang berpendapat ianya harus dan ada yang tidak begitu menerimanya kerana tiada dalil yang jelas di dalam al-Quran ataupun hadis yang menerangkan tentang hukumnya. Oleh itu, ada sesetengah orang yang ingin mengambil jalan yang lebih selamat dan menolak nikah khitbah sebagai sesuatu amalan di dalam Islam.

5. Risiko Nikah khitbah berisiko tinggi untuk dijadikan sebagai alat penipuan dan pemuasan nafsu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar ada golongan yang menggunakan nikah khitbah untuk sekadar memuaskan nafsu tanpa perlu bertanggungjawab ke atas nafkah zahir kepada isteri yang dikahwini. Hal ini banyak berlaku di Arab Saudi di mana nikah khitbah diamalkan secara meluas.

KESIMPULAN
Walhasilnya, nikah khitbah atau perkahwinan misyar merupakan suatu konsep yang masih asing dan samar kepada majoriti daripada ahli masyarakat kita. Walaupun terdapat banyak perkara yang menghalangi daripada ianya dimplementasikan secara meluas dalam masyarakat itu, namun semakin hari konsep perkahwinan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Hal ini amat penting melihatkan status anak-anak muda kita yang semakin tenat hari demi hari. Tentangan paling besar sudah tentulah datangnya daripada ibu bapa kerana merekalah orang yang paling dekat dan mengambil berat tentang anak-anak mereka yang merupakan remaja ini. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran bayi cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi yang banyak menjurus ke arah maksiat dan nafsu? Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di usia ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.Sudah tiba masanya kita mempromosikan nikah khitbah sebagai satu solusi kepada masalah sosial remaja ini. Setiap saat yang kita lengahkan bermakna seorang lagi anak muda kita tumpas dek gelora nafsu dan arus modenisasi. Ayuh, kita selamatkan generasi syabab!

RUJUKAN
Laman Web: 1. http://www.eperjuangan.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html 2. http://jodohislam.blogspot.com 3. http://menitijalankesana.blogspot.com/2011/08/3-peringkat-cinta.html 4. http://syahirul.com/nikah-khitbah-tiket-untuk-bercouple/ 5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_menurut_Islam 6. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=23340&forum=13 7. http://en.wikipedia.org/wiki/Nikah_Misyar 8. http://permataaqiq.blogspot.com/2006/05/hukum-nikah-misyar.html 9. http://ekspresihati.info/renungan/poligami-nikah-siri-dan-kawin-kontrak.html Buku :

1. Gerbang Perkahwinan:Bimbingan Lengkap Membina Rumahku Syurgaku, Kuala Lumpur,2005, Ustaz Hj. Shihabuddin A.M.P , Jasmin Enterprise.

Ceramah : 1. Ustaz Azhar Idrus, Masjid Wakaf Bharu, Mei 2011 (http://www.youtube.com/watch?v=-JvpNrNp3aA) Fatwa :

1. Al-Qaradawi, Yusuf : Zawaj Al Misyar m/s 11

Keratan akhbar : 1. Arab News Daily, 23 Jun 2009

Anda mungkin juga menyukai