Anda di halaman 1dari 19

NIKAH

KHITBAH
NAMA : NORADILAH HANUM BT AHMAD JAFRI
NO. MATRIK : 2014005187
NIKAH KHITBAH MENURUT ISLAM
• melihatkan keadaan dan persepsi masyarakat pada ketika ini,amatsukar untuk kita
merealisasikan visi Rasululullah (saw) di atas ini. Pelbagai alasan diberikanuntuk
memadamkan keinginan remaja yang ingin berkahwin awal. Namun, jika remaja-remaja
ini terlibat dalam perhubungan sebelum kahwin,pergaulan bebas dan yang
sewaktudengannya, tidak ada pula suara-suara yang berani mencegah dan memadamkan
api maksiatyang semakin membara dalam diri mereka ini.Baru-baru ini, timbul isu
mengenai Nikah Khitbah ataupun lebih dikenali sebagaiNikah Gantung dalam masyarakat
Melayu yang digembar-gemburkan sebagai menjadi satupenyelesaian kepada masalah
ini. Walau bagaimanapun, perhatian dan minat masyarakatterhadap isu ini mulai pudar
dan lesu kerana kurangnya sumber-sumber dan kajian ilmiahtentang nikah gantung ini.
Oleh sebab itu, saya berasa terpanggil untuk mengkaji danmelakukan percernaan
mengenai isu ini supaya dapat memberi pencerahan kepadamasyarakat di luar sana
khususnya ibu bapa dan remaja dan menghapuskan segalamiskonsepsi berkenaan nikah
khitbah ini
•   Namun begitu , melihatkan keadaan dan persepsi masyarakat pada ketika ini,amatsukar untuk kita merealisasikan visi Rasululullah
(saw) di atas ini. Pelbagai alasan diberikanuntuk memadamkan keinginan remaja yang ingin berkahwin awal. Namun, jika remaja-
remaja ini terlibat dalam perhubungan sebelum kahwin,pergaulan bebas dan yang sewaktudengannya, tidak ada pula suara-suara
yang berani mencegah dan memadamkan api maksiatyang semakin membara dalam diri mereka ini.Baru-baru ini, timbul isu
mengenai Nikah Khitbah ataupun lebih dikenali sebagaiNikah Gantung dalam masyarakat Melayu yang digembar-gemburkan
sebagai menjadi satupenyelesaian kepada masalah ini. Walau bagaimanapun, perhatian dan minat masyarakatterhadap isu ini
mulai pudar dan lesu kerana kurangnya sumber-sumber dan kajian ilmiahtentang nikah gantung ini. Oleh sebab itu, saya berasa
terpanggil untuk mengkaji danmelakukan percernaan mengenai isu ini supaya dapat memberi pencerahan kepadamasyarakat di
luar sana khususnya ibu bapa dan remaja dan menghapuskan segalamiskonsepsi berkenaan nikah khitbah ini.Bagi saya, nikah
khitbah ini harus diberikan perhatian kerana ianya mempunyaipotensi besar untuk menjadi satu solusi kepada gejala sosial dan
fenomena cinta sebelumkahwin dalam kalangan remaja di negara kita. Sepanjang kajian yang dilakukan, sayaterpaksa melalui
beberapa halangan yang besar oleh sebab kurangnya bahan rujukan dankajian ilmiah tentang nikah khitbah.Namun begitu, ini tidak
melemahkan semangat sayauntuk menyiapkan kerja khusus ini kerana ianya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengandiri saya
sebagai seorang remaja yang sedang mengharungi zaman muda remaja yang begitumencabar dan mempesonakan ini.Oleh itu,saya
berharap agar hasil kajian yang mungkin tidak seberapa jika ingindibandingkan dengan tesis-tesis yang dilakukan oleh professor-
•  profesor dan alim ulama‟
• yang terkemuka , dapat menjadi obor penerang dan perintis kepada kajian-kajian lain yanglebih menyeluruh dan mendalam, selain
menjadi sekelumit harapan kepada remaja-remajaseperti saya di luar sana untuk mendapat sedikit pemahaman berkenaan isu ini.
SelamatMembaca.
DEFINISI NIKAH KHITBAH
• NIKAH KHITBAH
• DEFINISI
• Nikah : Bahasa: Berkumpul atau bercampurIstilah : Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan wanitaKhitbah :Bahasa : MelamarIstilah : proses lelaki meminta dari
pihak perempuan untuk berkahwin dengancara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing
•2
• 
• DEFINISI KONSEPTUAL
• :Khitbah secara
• literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat
• dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwinmelalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan
fiqhklasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat,
hubunganpertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacarauntuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih
dahsyat lagi,
• ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga
• bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunanganserta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang
•  bertunang kemudian ber‟coupling‟ berakhir dengan keterlanjuran, kemudia
• n putus denganpelbagai alasan.Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amatberbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal
dan juga pengamalan orang
• Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam
• masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan diantara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal
bersamasehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalahsuami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka
• melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut
• diberikan nama “nikahgantung” yang mana bunyinya agak mengerikan kepada
sesetengah orang.
•  Maksudnya di sini, nikah khitbah adalah nikah yang sebenarnya seperti yangdianjurkan
dalam Islam dalam erti kata yang sebenar tetapi pelaksanaan tanggungjawabsebagai
suami isteri ditangguhkan sehinggalah walimatul urus diadakan.Sebaik sahajapengantin
perempuan melangkah masuk ke rumah suaminya, maka bermulalahtanggungjawab
suami untuk memberi nafkah zahir dan batin serta tanggungjawab-tanggungjawab lain
seperti yang digariskan dalam Islam.Nikah khitbah juga lebih dikenalisebagai nikah
misyar di seluruh dunia dan istilah ini lebih biasa digunakan oleh alim-
• ulama‟
• di seluruh pelusuk dunia.
RUKUN
• Rukun bagi nikah khitbah ini adalah seperti nikah yang biasa.Malahan tiada istilah nikahkhitbah dalam Islam
kerana ianya adalah nikah yang telah termaktub di dalam syariat.Rukun-rukunnya adalah seperti berikut:
1.Wali
Seorang lelaki muslim yang merdeka yang mempunyai hak menjadi wali terhadapperempuan,kerana selaku
ayah,atau orang yang diwasiat,atau waris ashabah, atauselaku penanggung, atau selaku penguasa (sultan) atau
sebab agama (Islam)
2. Mas kahwin
Mas kahwin yang diserahkan oleh suami.Maskahwin yang dianggap mencukupi ukuran minima menurut syara‟
adalah seperempat dinar syar‟ie dari jenis emasatau 3 dinar syari‟e dari perak.Atau yang menyamai salah satu
dari harta perniagaan.Ertinya dianggap sah saja suami menyerahkan mas kahwin misalnyaberupa bekas,atau
pakaian, atau kitab, atau lagu atau pekarangan atau seterusnya.
3.Saksi
Dua orang saksi yang adil.Disunnahkan hendaklah 2 orang saksi hadir di majlisakad.Bila keduanya tidak
menjadi saksi ketika akad, maka menjadi saksi ketika suami mengumpul isteri.
4.Tempat pelaksanaan
• Yang dimaksudkan adalah lelaki dan perempuan yang bebas dari
segala hal yangmenghalangkan dijodohkan seseorang dengan lainnya
seperti contoh ada ikatannasab,masih ada hubungan mertua,masih
ada hubungan susuan.
5.Akad
• Ucapan seperti “ Aku terima nikahnya”. Atau jika dari wali :
“Akumengahwinkan”.
CARA PELAKSANAAN
1.Akad Nikah
Pernikahan dilakukan seperti biasa mengikut rukun-rukun dan cara yang telahtermaktub di dalam syariat.
Namun,setelah akad nikah dijalankan, suami dan isterimasih tidak duduk bersama sehinggalah walimatul urus
diadakan.
2.Walimatul Urus
Walimatul urus ditangguhkan terlebih dahulu sehingga waktu yang telah ditetapkan.
3.Nafkah Suami
Nafkah kepada isteri masih lagi dipertanggungjawabkan kepada bapa perempuantersebut. Sebaik sahaja
tempoh yang ditetapkan habis dan walimatul urus diadakandan isteri melangkah masuk ke rumah suami, maka
bermulalah tanggungjawab suamiuntuk memberi nafkah kepada isteri dan tanggungjawab-tanggungjawab lain.
4.Tempoh Masa
Tempoh masa dari bermula akad nikah sehingga walimatul urus diadakan akanditetapkan terlebih dahulu
melalui perbincangan antara kedua-dua buahkeluarga.Perbincangan ini diadakan sebelum proses perkahwinan
dimulakan.
HUKUM
1.Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah
PerkahwinanRasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Bukharidan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah
ketika berumur 6 tahun danhanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9
tahun . Hadis ini menjadi dalilberlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi
kewajipan bagi mempelai untuk terustinggal serumah terutama atas persetujuan
kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetuju.
2.Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal
berasingankerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang disebutkan di
atas tadi , makatidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa
yang timbul ialahperbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara
ini , kita mempunyaibeberapa pandangan :
a) Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkahzahir ] wajib dengan berlakunya
aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suamiwajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
b) Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isterimemenuhi syarat - syarat tertentu
seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta'
[ mengambil keseronokan], jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .
• 3.Pendapat daripada Fadilah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi:Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang
seperti kita selalu perhatikan. Cumayang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu
bukanlahdiambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam
perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Kita mengetahui
bahawa terdapat dikalangan para suamiyang berkahwin dengan isteri yang kedua tanpa memberitahu kepada
isterinya yang pertama berhubung dengan perkahwinan tersebut. Perkahwinan seperti ini seolah-olah
menyerupai nikah urfi walaupun bukanlah secara keseluruhannya.
• Terdapat juga sebahagian daripada para fuqaha‟ yang berpendapat bahawa harus bagi si isteri untuk tidak
menuntut hak kepada suami mereka seperti hak bermalam dirumah mereka.Saya bukanlah dikalangan orang yang
mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk
menyokong kearahperlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan
sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamanaditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan
sebegini? Saya pasti akan berkatasaya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu
berikangambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelakitersebut,
Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhisyarat, terdapat juga didalam
perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara‟ memenuhi pekahwinan
ini.
4.Pendapat daripada Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum‟ah Al-Syafie(Mufti Mesir Sekarang):
Syarat perkahwinan di dalam Islam adalah perlunya ada ijab dan qabul serta
tidak bercanggah dengan larangan syara‟ pada suami, isteri, wali, dan saksi. Apabila
telahsempurna syarat-syarat dengan akad di antara lelaki dan wanita, maka
sempurnalahpernikahan tersebut. Sebaliknya apabila tidak cukup syarat tersebut,
maka pernikahantersebut terbatal.
5.Pendapat Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily (Universiti Damsyiq, Syria)
Perkahwinan Misyar adalah satu perkahwinan dimana seorang wanita
tidak mengambil sebahagian daripada hak-haknya. Perkahwinan ini walaupun
tidak menyampaikan hasrat dan maksud perkahwinan, namun perkahwinan ini harus
tetapimakruh dan tidak sepatutnya diamalkan melainkan pada beberapa keadaan
tertentu.
PERKAHWINAN DISYARIATKAN
BERTUJUAN
1. Untuk menambah keturunan dan memelihara kelangsungan zuriat.
2. Adalah untuk mendatangkan kebahagiaan.
3. Memelihara diri daripada terjebak ke kancah maksiat dan zina.
4. Mewujudkan kerjasama dan keserasian hidup antara lelaki dan
wanita untuk kehidupan berumahtangga.
5. Perkahwinan juga adalah untuk mewujudkan kebahagiaan, dan
ketenangan diantara suami dan isteri selain bertujuan untuk
mendidik anak-anak dengan didikan yang sempurna.
HIKMAH NIKAH KHITBAH
1.Menangani gejala berpasangan tanpa ikatan yang sah(couple)Dengan pengamalan
nikah khitbah , remaja khususnya dapat berhubungan di antaralelaki dan
perempuan dan memenuhi fitrah berkasih sayang yang sudah ada dalam dirisetiap
manusia mengikut cara yang telah dianjurkan oleh agama.Faktor kestabilanekonomi
dan juga isu nafkah tidak akan timbul dan ini akan memberi peluang kepadapelajar
yang masih berada proses pengajian untuk berada dalam perhubungan
yangdiberkati, halal dan berlandaskan syariat tanpa mengundang murka Allah.
2.Memberi ketenangan jiwa dan emosiNikah khitbah akan memberi ketenangan
jiwa dan emosi kepada golongan remajayang mana sebelum ini mereka terpaksa
mengharungi dugaan arus gelora emosiakibat perhubungan yang bertentangan
dengan kehendak Allah dan menghampirizina. Hal ini telah lama dijelaskan dalam al-
Quran, Ar-Rum ayat 21, :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya
dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-
orang yang berfikir” 
(Ar-Rum:21)
3.Mengurangkan gejala seks bebas dan anak luar nikah
Jika anak-anak muda yang sedang asyik bercinta dan betul-betul serius dalamberhubungan mengaplikasikan
nikah khitbah, maka kita akan lihat bahawa gejala seksbebas dan anak luar nikah akan berkurangan. Hal ini
kerana, kebanyakan kes-kesseperti ini biasanya bermula dari gejala couple atau bercinta tanpa ikatan yang
sahiaitu perkahwinan. Keadaan ini telah diramalkan oleh Rasululllah dalam sebuah hadis yang berbunyi:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang,
hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan
kerosakan di atas muka bumi.” 
• Dalam nikah khitbah, suami dan isteri masih tidak bersekedudukan namun jikamereka terlanjur sekalipun
melakukan persetubuhan dan andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama
pihak gadis yang hamil kerana iamenghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti
mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut
kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
4.Mendidik sikap tanggungjawab dan memupuk kematangan dalam kalangan muda mudi.
Perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat besar dan keputusan yang bakalmenentukan keadaan
hidup seseorang. Individu ataupun pasangan yang mengambilkeputusan untuk berkahwin dengan nikah
khitbah sudah semestinya sudah berfikirpanjang dan semasak-masaknya kerana ianya melibatkan soal
tanggungjawab yangbesar. Remaja yang memilih untuk terus bercinta atau berpasangan di luar
ikatanperkahwinan melambangkan bahawa mereka tidak serius dan berhubungan hanyauntuk suka-suka dan
merasai keseronokan sementara yang akhirnya membawa kesanburuk kepada masa depan.
HALANGAN PELAKSANAAN NIKAH
KHITBAH
1.Salah faham tentang nikah khitbah
•  Nikah khitbah sering kali disalah ertikan dengan nikah kontrak atau nikah
muta‟ah yang memang sudah jelas keharamannya di sisi Islam sedangkan
ianya amat jauhsekali berbeza dari segi prinsip dan pelaksanaan.Nikah
kontrak adalah sebuahperkahwinan yang dibatasi waktu sehingga akan
berakhir sesuai ketentuan waktuyang telah disepakati oleh kedua belah pihak
yang melakukan perkawinan itu sendiri.Maknanya, lelaki dan wanita tersebut
halal untuk masing-masing sehinggalah waktuyang ditentukan,maka
terbatallah perkahwinan tanpa talaq. Hal ini amat terang sekalidilarang dalam
Islam. Malangnya, ramai yang menyamakan nikah khitbah dengannikah
seperti ini. Kesannya, timbul salah faham dan fobia terhadap nikah khitbah
inidan ianya tidak diterima dalam masyarakat.
2.Budaya dan mindset masyarakat tentang perkahwinan awal
• Majoriti masyarakat kita bersikap amat skeptikal dengan perkahwinan awal. Hal
inikerana, bagi mereka , perkahwinan di usia muda merupakan satu risiko yang
amattinggi. Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan
memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”,
“Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak
orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang
nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan
untuk melakukan perkara yang halal,tetapi tidak langsung mengemukakan
alasan untuk melakukan perkara yang haram?Kestabilan ekonomi, kematangan,
dan kebolehan memikul tanggungjawab adalahmerupakan faktor-faktor utama
yang menjadi hujah dalam menentang perkahwinan awal.
3.Penerimaan ibu bapa
• Perkahwinan merupakan sesuatu yang besar dalam hidup seseorang. Cinta muda mudi biasanya
dianggap hanyalah sementara dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktorusia. Oleh itu, ramai ibu
bapa yang beranggapan bahawa nikah khitbah merupakansatu risiko yang terlalu besar untuk
diambil. Bagi mereka, boleh jadi perasaan cintadan sayang yang dirasai oleh anak-anak mereka ini
merupakan sesuatu yang bersifat sementara atau dengan kata yang lebih senang , “cinta monyet” ,
dan keputusan untuk meneruskan nikah khitbah hanya akan memberi kesan yang buruk kepada
masa depananak mereka.
4.Perbezaan pendapat tentang hukum nikah khitbah
• Ulama‟ berbeza pendapat tentang hukum sebenar nikah khitbah. Ada yang berpendapat ianya harus
dan ada yang tidak begitu menerimanya kerana tiada dalilyang jelas di dalam al-Quran ataupun hadis
yang menerangkan tentang hukumnya. Oleh itu, ada sesetengah orang yang ingin mengambil jalan
yang lebih selamat danmenolak nikah khitbah sebagai sesuatu amalan di dalam Islam.
5.Risiko
• Nikah khitbah berisiko tinggi untuk dijadikan sebagai alat penipuan dan pemuasannafsu oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar ada golonganyang menggunakan nikah
khitbah untuk sekadar memuaskan nafsu tanpa perlubertanggungjawab ke atas nafkah zahir kepada
isteri yang dikahwini. Hal ini banyak berlaku di Arab Saudi di mana nikah khitbah diamalkan secara
meluas.
KESIMPULAN
• Walhasilnya, nikah khitbah atau perkahwinan misyar merupakan suatu konsep yang masihasing dan samar kepada majoriti daripada
ahli masyarakat kita. Walaupun terdapat banyak perkara yang menghalangi daripada ianya dimplementasikan secara meluas
dalammasyarakat itu, namun semakin hari konsep perkahwinan ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat. Hal ini amat penting
melihatkan status anak-anak muda kita yang semakintenat hari demi hari. Tentangan paling besar sudah tentulah datangnya daripada
ibu bapakerana merekalah orang yang paling dekat dan mengambil berat tentang anak-anak merekayang merupakan remaja ini.
 
• Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlahseperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan
kerosakan moral telahmenggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh mediamassa mengenai
aktiviti pengguguran bayi cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapamengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang
tidak terpengaruh dengan suasanapersekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi yang banyak menjuruske arah
maksiat dan nafsu? Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakanparadigma. Mereka hendaklah menerima realiti
jahiliah moden yang menggila ini. Merekamenghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular
yangmenghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yangakan menanggung malu. Atau pilihan
kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak merekamenikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan
perkahwinan. Walaubagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di usia ini adalah satu risiko. Makadi sinilah peranan
ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risikotersebut demi menyelamatkan agama dan maruah
mereka.Sudah tiba masanya kitamempromosikan nikah khitbah sebagai satu solusi kepada masalah sosial remaja ini. Setiapsaat yang
kita lengahkan bermakna seorang lagi anak muda kita tumpas dek gelora nafsu danarus modenisasi. Ayuh, kita selamatkan generasi
syabab!

Anda mungkin juga menyukai